Anda di halaman 1dari 3

Cabaran pelaksanaan Kssr di sekolah

Cabaran kepada pihak pentadbiran

1) Cabaran dari segi kelengkapan prasarana sekolah.

Kurikulum KSSR menekankan pelaksanaan pengajaran ndan pembelajaran yang menggunakan


Teknologi Maklumat danKomunikasi (TMK). Oleh itu, pihak kerajaan melalui sekolah perlulah
menyediakan prasarana yang sesuai dengan kurikulum tersebut. KSSR telah mengubah landskap
sekolah dari segi kelengkapan sekolah, di mana bilik darjah atau makmal komputer. Setiap sekolah
perlu disediakan dan dilengkapkan dengan prasarana yang sesuai dengan keperluan kurikulum
terbaru terutamanya kelengkapan ICT seperti Laptop untuk guru-guru, LCD, projektor, skrin dan
speaker di setiap kelas.

Bahan pengajaran dan pembelajaran menjadi salah satu factor yang menyumbang kepada
keberkesanan kurikulum sekolah. Bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah cukup, boleh
digunakan,berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra pengguna. Bahan ini biasanya
disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang optimum dalam pengajaran mereka.
Sekiranya bahan pengajaran danpembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yangmenyeronokkan bagi pelajar
serta meningkatkan pemahaman mereka.

2) Pembekalan kelengkapan Komputer yang tidak seimbang

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkanTeknologi Maklumat dan Komunikasi


atau Information and CommunicationTechnology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek
prasarana,pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan
pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah
yang menjejaskan usahapenggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara
masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang
antarasekolah bandar dan luar bandar, perisian computer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh
dan sebagainya lagi.

3) Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran
turut menjadi masalah dalam melakukan tranformasi pendidikan yang berkesan.Berdasarkan
statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP)
Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar
bandar,khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat
guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan.Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku
ketidak sepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan
dimana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi

“bidan terjun” .

Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru
dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.Kekurangan guru dan masalah guru
bukan opsyen juga bolehmenimbulkan kesukaran memupuk budaya ownership kerana guru
menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen.
4) Cabaran dari segi penglibatan semua pihak. Kejayaan pelaksanaan KSSR banyak bergantung
kepada bagaimana pemimpin sekolah melibatkan seluruh organisasi yang terlibat dalam membuat
keputusan, merancang, menilai dan melaksanakanprogram-program kurikulum baru. Perkongsian

equal

(equal partnership) sebegini antara pentadbir dan organisasi di bawahnya akan menjadi satu suara
yang lebih jelas dan lebih diterima serta dihormati bagi melaksanakan sebarang program kurikulum.
Keputusan satu hala mahupun sesi latihan

yang berbentuk „ one

off ‟ tidak mungkin

dapat mewujudka

n „ownership‟ ke atas

program dan teknologi yang di sampaikan. Justeru adalah menjadi cabaran pemimpin sekolah ialah
mewujudkan ownership di kalangan guru, pelajar dan ibu bapa ke atas proses transformasi
kurikulum dan produk yang dihasilkan dengan menggunakan sumber secara optimum bagi
memastikan peningkatan kualiti yang berterusan. Guru, pelajar dan ibu bapa hanya akan berjaya
menghayati dan mendapat manfaat daripada suatu perubahan kurikulum apabila pandangan
mereka dihargai. Begitu juga, apabila suatu program yang dirancang itu bersesuaian dengan
keperluan organisasi secara keseluruhannya

dan melibatkan ciri-ciri rasa tanggungjawab bersama, komitmen, keahlian bersama dan perkongsian
bersama.

Cabaran kepada guru

1) Guru masih lagi kabur dan kurang jelas tentang KSSR. Guru menyatakan kursus yang telah dihadiri
masih tidak mencukupi untuk beliau mendapat maklumat yang jelas tentang KSSR. Tiada kursus
lanjutan selepas itu dan tiada pemantauan dilakukan dalam melihat pelaksanaan KSSR di sekolah.
Keadaan ini menyebabkan guru-guru melaksanakan pengajaran mereka berdasarkan apa difahami
semasa kursus dan tiada perubahan dari segi amalan pengajaran dilakukan kerana guru sendiri tidak
pasti apa yang sepatutnya mereka laksanakan.Mereka juga tidak pasti bagaimana penilaian dalam
konteks pentaksiran perlu dilaksanakan dalam menentukan sama ada murid telah mencapai dan
menguasai kemahiran yang telah berlaku dalam pengajaran yang dilakukan. Ini menunjukkan kursus
yang diberi kurang berkesan dalam memfokuskan guru-guru tentang perubahan penting yang perlu
diberi perhatian oleh guru-guru. Kemungkinan juga disebabkan oleh kecairan maklumat kerana
bukan semua guru yang terlibat telah menghadiri kursus tersebut. Setiap sekolah hanya diwakili oleh
seorang guru dan guru tersebut perlu menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada guru-guru
lain di sekolah mereka.
2) Penggunaan teknik dan kemahiran dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
masih lagi menggunakan pendekatan yang sama seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun
sebelum ini. Tiada perubahan yang dilakukan dari aspek teknik pengajaran. Guru-guru masih
menggunakan buku teks dan BBM seperti carta yang ada di sekolah. Modul pengajaran yang
disediakan oleh KPM untuk panduan guru,yang boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM,
namun tidak diwajibkan penggunaannya kepada semua guru. Semua guru mengetahui tentang
modul pengajaran dan menggunakan modul ini sebagai panduan tetapi ada juga guru yang hanya
menggunakan modul ini pada topik yang awal sahaja, sementara bagi topik-topik yang lain
menggunakan lembaran kerja yang dibina sendiri. Keadaan ini menunjukkan tiada keseragaman dari
segi pelaksanaan dalam penggunaan modul kerana tidak diwajibkan penggunaannya kepada semua
guru. Oleh yang demikian, sepatutnya KPM perlu mewajibkan semua guru menggunakan modul agar
berlaku keseragaman dari segi pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh guru.

3) Ketidakupayaan guru-guru untuk melengkapkan dan mempertingkatkan kemahiran menaakul


yang menjadi teras tambahan dalam kurikulum pendidikan sekolah berasaskan KSSR. Pada masa ini
kebanyakkan guru turut menyatakan KSSR ini adalah baik namun begitu penerangan yang lebih jelas
dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru berkenaan apa yang sepatutnya dilaksanakan dari
segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai kemahiran 4M,iaitu menulis,
membaca, mengira dan menaakul. Ketidakupayaan dan ketidakpastian guru untuk menjelas dan
mengaplikasikan kemahiran menaakul apatah lagi membimbing pelajar bagi menguasai kemahiran
menaakul merupakan masalah utama. Hal ini dapat diatasi jika guru sendiri mempunyai kefahaman
jelas tentang konsep menaakul secara keseluruhan, iaitu bermula dengan memberi maksud
menaakul, disokong dengan strategi pengajaran yang akan digunakan dalam menerapkan kemahiran
menaakul dan guru sendiri jelas

dalam menentukan tahap dan penguasaan kemahiran menaakul murid berdasarkan kriteria yang
telah ditentukan. Jika guru sendiri tidak jelas maka ia akan menyukarkan guru untuk membimbing
murid untuk menaakul dan membuat penilaian yang sepatutnya. Maka guru-guru memerlukan dan
mengharap pendedahan seperti kursus menaakul yang lebih komprehensif diadakan dalam
menentukan strategi pengajaran yang perlu dilaksanakan semasa P&P bagi meningkatkan
penguasaan murid-murid dalam kemahiran menaakul. Sehubungan itu, satu kursus yang
memfokuskan guru kepada konsep menaakul secara keseluruhan bermula dari maksud menaakul,
strategi pengajaran yang dapat dilaksanakan dan penilaian yang perlu dilaksanakan dalam menaakul
perlu diberi secara terperinci agar perjalanan P&P berjalan lancar.

Anda mungkin juga menyukai