Anda di halaman 1dari 23

PENGURUSAN DAN

PEMBUATAN KEPUTUSAN
(FEM 3201)

BUKRYMAN SABRI
Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna

1
KULIAH 3:
PENGENALAN KEPADA
PENGURUSAN ORGANISASI

2
Definisi Organisasi
 Sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada
manusia yang bekerjasama dan saling
bergantung antara satu dengan yang lain bagi
mencapai matlamat individu, kumpulan dan
organisasi.

3
Ciri-Ciri Organisasi
 Hierarki atau tingkat autoriti.
 Terdapat struktur organisasi atau pembahagian
kerja.
 Terdapatnya peraturan, dasar, prosedur dan
sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti
organisasi.

4
Definisi Pengurusan
 Pengurusan sebagai proses perancangan,
penyusunan, pengarahan dan pengawalan
usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan semua sumber organisasi secara
cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat
organisasi.

5
Fungsi Pengurusan
1. Perancangan :
– Tujuan & Objektif : kenalpasti perkara yang hendak
dicapai berdasarkan matlamat penubuhannya.
– Strategi : Mencari jalan untuk mencapai tujuan dan
matlamat Jabatan.
– Mengatur program atau projek mengikut strategi
yang berasaskan matlamat organisasi.

6
Fungsi Pengurusan
2. Penyusunan:
– Melibatkan kerja menstruktur organisasi dan staf.
– Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja
mengikut aktiviti dan tingkat autoriti.
– Pengurusan staf melibatkan perancangan sumber
manusia, orientasi latihan, program keselamatan
dan program kebajikan.

7
Fungsi Pengurusan
3. Pengarahan :
– Fungsi penting bagi menjamin aktiviti organisasi
berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana
harmoni.
– Terlibat faktor motivasi, kepimpinan dan sistem
komunikasi.

8
Fungsi Pengurusan
4. Pengawalan :
– Bagi memastikan prestasi organisasi telah dicapai
mengikut perancangan.
– Masalah dalam penyusunan dikenalpasti dan
langkah tertentu diambil.
– Sifat kakitangan yang ada hubungan dengan
prestasi dan tingkah laku diberi perhatian dan
diawasi.

9
Tanggungjawab Pengurus
1. Penyelaras : Mengawasi aliran kerja serta
meyatupadukan kakitangan yang berada di
bawah tanggungjawabnya dalam organisasi.

2. Bertanggungjawab menggunakan segala


sumber dengan cekap dan berkesan untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

10
Tanggungjawab Pengurus
3. Menetapkan keutamaan projek yang hendak
dicapai.

4. Mewujudkan matlamat, perundangan, dasar dan


implementasi strategi.

11
Peranan Pengurus
 Mengikut Henry Mintzberg dalam bukunya The
Manager’s Job : Folklore & Fact :
– Peranan Pengurus dibahagi kepada 3 bahagian:
 Peranan sebagai penghubung atau orang pengantara

bagi mendapatkan maklumat luar.


 Peranan sebagai penyebar atau penyampai maklumat.

 Peranan sebagai pembuat keputusan berdasarkan

maklumat yang lengkap dan kemaskini.

12
Tahap Pengurus
1. Pengurusan Atasan : terlibat dalam perancangan
jangka panjang organisasi, membuat dasar serta
analisa perkara yang berlaku di persekitaran luaran.
(Pengurusan Strategik)

2. Pengurusan Pertengahan : Penyelarasan dan


pengawalan kerja pada peringkat bahagian atau unit
bagi mencapai matlamat di atas.( Perancangan
Tektikal)
13
Tahap Pengurusan

3. Pengurus Bawahan : Mengawasi kerja-kerja


harian di bahagian operasi mengikut
perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan atasan dan pengurusan
pertengahan.(Perancangan Operasi)

14
Penilaian Kejayaan Pengurusan
 Boleh diukur berdasarkan :
– Kecekapan
– Keberkesanan ( sejauh mana strategi mencapai
matlamat )
– Produktiviti ( penggunaan tenaga manusia)
– Kualiti Prosedur ( kepuasan pelanggan)
– Perkhidmatan yang ditawarkan.

15
Prinsip Pengurusan
 Henri Fayol (1841 – 1925): digelar sebagai bapa
pemikiran Pengurusan menggariskan 14 prinsip
pengurusan :
– Pembahagian Kerja : pembahagian kerja yang
khusus dapat meningkatkan produktiviti.
– Autoriti : Autoriti sebagai hak untuk memberi arahan
dan sebagai kuasa untuk menarik seseorang
menurut arahan itu.

16
Prinsip Pengurusan
– Disiplin : menurut arahan dan prosedur serta
menghormati persetujuan yang telah dibuat di antara
organisasi dan kakitangan.
– Satu perintah : mendapatkan arahan daripada
seorang ketua sahaja bagi mengelakkan kekeliruan
dan konflik.
– Satu arahan : aktiviti yang mempunyai objektif yang
sama hendaklah disatukan dan diurus oleh seorang
ketua.
17
Prinsip Pengurusan
– Mengutamakan kepentingan organisasi .
– Pembayaran upah.
– Penurunan kuasa : kepada kakitangan bawahan
untuk menjalankan tugas dengan berkesan.
– Rantai pemerintahan: melalui aliran komunikasi
formal di dalam organisasi.

18
Prinsip Pengurusan

– Susunan kakitangan.
– Keseimbangan layanan bagi melahirkan ketaatan
kepada organisasi.
– Kestabilan personel : Firma yang berjaya
mempunyai kumpulan pengurus yang stabil.

19
Prinsip Pengurusan
– Inisiatif : kakitangan diberi kebebasan untuk
memajukan dan mengimplementasi rancangan.
– Kekitaan : keharmonian di kalangan kakitangan
mewujudkan perpaduan dan keteguhan organisasi.

20
Komunikasi dalam Organisasi
1. Saluran Menegak : Dari atas ke bawah lebih
bersifat arahan, perintah berhubung sesuatu
tindakan yang harus di ambil.

2. Saluran mendatar : Di mana hierarki autoriti


yang sama berkomunikasi.

21
Model Penambahbaikan Kualiti
1. Tentukan matlamat penambahbaikan
2. Tentukan kaedah
3. Latih kakitangan
4. Laksanakan penambahbaikan
5. Menilai pencapaian
6. Seragamkan proses
7. Ambil tindakan pembetulan.
22
Rumusan
1. Pengurus mestilah mempunyai konsep yang
jelas tentang tujuan, misi unit dan organisasi.
2. Pengurus mestilah menilai dengan realisitik.
3. Pengurus memikir masa depan organisasi dan
membuat perubahan mengikut keperluan
pelanggan.

23

Anda mungkin juga menyukai