Anda di halaman 1dari 8

CU 03 USER TRAINING – NOTA SYARAHAN PN NURSHEILA AM (2018)

TEKNIK SYARAHAN

1.0 PENGENALAN

Pada umumnya, apabila sesuatu pendekatan telah dipilih oleh guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, teknik-teknik juga diperlukan untuk mengukuhkan lagi pendekatan yang dipilih oleh

guru tersebut. Pelbagai pendekatan yang boleh dijadikan panduan oleh guru dan guru hanya perlu

memilih satu pendekatan sahaja. Namun, teknik yang hendak digunakan oleh guru boleh melebihi

daripada satu. Antara teknik yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah

teknik bercerita, teknik latih tubi, teknik bersyarah, teknik main peranan, teknik menghafaz, teknik

simulasi dan sebagainya.

Teknik yang digunakan dalam pendekatan komunikatif ialah teknik syarahan. Teknik

didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah.

Teknik merupakan satu cara pengendalian yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif yang

segera. Selain itu, teknik juga merupakan satu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi

menyampaikan bahan-bahan pengajaran bahasa yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.

(Pengajian Melayu 3, 1997, hal. 132).

Kepelbagaian memilih teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan

untuk menarik minat para pelajar. Sebenarnya, guru harus bijak dalam merancang sesuatu

pengajaran. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan lebih tertarik serta membangkitkan rasa ingin

tahu para pelajar dengan pengajaran guru yang berkesan. Oleh itu, untuk mencapai objektif

pengajaran yang berkesan guru seharusnya bijak memilih teknik- teknik pengajaran yang ada. Guru

juga mestilah peka terhadap umur, kecerdasan, kebolehan dan minat para pelajar sebelum memilih

teknik yang ingin digunakan di dalam bilik darjah. Contohnya, menurut kajian ahli psikologi iaitu

Jean Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur enam hingga sebelas tahun,

teknik pengajaran yang sesuai digunakan oleh guru untuk menyampaikan sesuatu pengajaran ialah

teknik bercerita, permainan dan sebagainya.

1
CU 03 USER TRAINING – NOTA SYARAHAN PN NURSHEILA AM (2018)

2.0 DEFINISI TEKNIK SYARAHAN

Teknik syarahan adalah salah satu teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru di

sekolah. Teknik syarahan bermaksud seseorang guru yang mempunyai ilmu pengetahuan memberi

pengajaran kepada murid secara syarahan. Guru diibaratkan memenuhi tong yang kosong, yang mana

guru dianggap individu yang mengetahui segala-galanya dan pelajar tidak mengetahui apa-apa.

Teknik ini juga dipanggil sebagai teknik kuliah. Biasanya, teknik ini kerap kali digunakan di

institusi-institusi pengajian tinggi. Teknik ini adalah berpusat kepada guru dan pelajar hanya

bertindak sebagai pasif, tidak bergiat cergas dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh guru. Teknik

ini melibatkan pengajaran prinsip-prinsip serta fakta-fakta oleh guru secara lisan dan hanya berlaku

dalam komunikasi satu hala kerana hanya guru yang bertindak memberi syarahan di dalam bilik

darjah. Interaksi satu hala boleh menyebabkan pelajar tidak dapat melibatkan diri dalam pengajaran

bilik darjah. Hal sedemikian, menyebabkan pelajar mudah bosan dengan pengajaran yang

disampaikan oleh guru.

3.0 CIRI-CIRI TEKNIK SYARAHAN

Penggunaan bahasa yang sesuai dan betul penting dalam teknik syarahan ini agar proses pengajaran

dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Ketika menyampaikan pengajaran yang

menggunakan teknik syarahan, aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah dari segi intonansi

dan juga sebutan yang betul, dan pemilihan kosa kata yang betul dan sesuai mengikut konteks serta

situasi. Penggunaan bahasa yang tidak sesuai dan tidak jelas akan menyebabkan berlakunya

ketidakfahaman kepada para pelajar. Tahap penguasaan bahasa yang baik akan membolehkan guru

melahirkan apa yang sebenarnya mahu disampaikannya kepada para pelajarnya. Bahasa sebenarnya

mempunyai gaya yang tersendiri. Gaya ialah cara kita memilih dan menyusun kata-kata dalam ayat.

Gaya juga adalah berbeza antara individu dan berbeza mengikut suasana, situasi dan sebagainya.

Pemilihan perkataan yang ringkas dan pendek akan menjadi lebih jelas dan lebih segera difahami

oleh pelajar berbanding menggunakan perkataan yang lebih panjang dan sukar.
2
CU 03 USER TRAINING – NOTA SYARAHAN PN NURSHEILA AM (2018)

Ciri yang kedua dalam teknik syarahan ialah nada suara yang sesuai. Guru perlu mengelakkan

daripada menggunakan nada kemarahan, nada bengis atau nada yang meninggi yang menunjukkan

perasaan marah. Penggunaan nada sebegini terkeluar daripada kesantunan bahasa. Begitu juga

dengan nada mengejek atau menghina pelajar akan membuatkan pelajar kurang bermotivasi untuk

meneruskan pembelajaran. Guru hendaklah cuba mengawal lidah supaya tidak menggunakan nada-

nada sebegini. Sebagai guru, mereka hendaklah menggunakan nada kelembutan supaya dapat

menyenangkan hati pelajar. Suara merupakan alat utama kepada guru dalam menyampaikan mesej

yang bercorak ilmu pengetahuan.

Suara guru diibaratkan sebagai sebuah kereta. Namun, baik mahupun buruk enjinnya, ia tetap

akan sampai tetapi kelicinan perjalanan ke destinasinya adalah berbeza. Oleh hal yang demikian,

sangat penting untuk guru memperbaiki kualiti suara. Guru hendaklah menggunakan kepelbagaian

nada suara supaya dapat mengekalkan minat dan menarik perhatian pelajar. Hal ini untuk

mengelakkan suara guru menjadi seperti suara robot ataupun bercakap dengan nada yang sama.

Malahan, guru juga hendaklah mencari perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dan

meninggikan suara apabila menyebut perkataan-perkataan tersebut.

Selain itu, guru juga hendaklah memberi soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajar

supaya dapat meningkatkan pembelajaran murid dan seterusnya dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang lebih berkesan. Namun soalan tersebut juga hendaklah disesuaikan dengan

peringkat umur dan tahap kebolehan seseorang pelajar tersebut. Soalan-soalan yang diajukan oleh

guru kepada pelajar ini secara tidak langsung sebenarnya akan membuatkan pelajar terlibat secara

aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

4.0 TIGA FASA DALAM TEKNIK SYARAHAN

Syarahan atau kuliah bukannya satu ucapan formal. Syarahan atau kuliah lebih mengutamakan

kepentingan interaksi antara pengajar dengan pelajar. Antara cadangan atau panduan dalam membuat

persediaan dan penyampaian syarahan yang berkesan terbahagi kepada tiga fasa iaitu pengenalan,

3
CU 03 USER TRAINING – NOTA SYARAHAN PN NURSHEILA AM (2018)

pengisian kuliah (isi kandungan) dan penutup. Fasa yang pertama iaitu, pengenalan merupakan

permulaan suatu syarahan atau kuliah. Guru harus memulakan sesi pengajaran dengan pengenalan

yang boleh menarik minat atau perhatian pelajar agar pelajar dapat memberi sepenuh perhatian

terhadap pengajaran yang akan disampaikan oleh guru. Misalnya guru menimbulkan satu persoalan

yang akan dijawab oleh pelajar pada akhir kuliah. Contohnya guru akan menyoal sama ada pelajar

mengetahui apa yang dikatakan dengan kata nama dan adakah pelajar tahu apa itu kata nama?. Jika

pelajar memahami, maka pembelajaran yang dijalankan akan lebih berkesan.

Fasa kedua ialah pengisian kuliah yang meliputi isi kandungan syarahan atau kuliah. Guru

tidak boleh memberi syarahan atau kuliah sahaja dalam bentuk pengisian sepenuhnya. Hal ini akan

menyebabkan pelajar berasa cepat bosan dengan penerangan yang disampaikan oleh guru. Oleh itu

guru perlulah memberi sedikit fleksibiliti atau kelonggaran dalam pengisian bilik darjah yang

disampaikan supaya ada ruang untuk pelajar bertanya atau memberi komen. Apabila pelajar

mengemukakan soalan proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berlaku

pembelajaran secara dua hala. Guru haruslah menentukan ‘key points’ yang ingin dihuraikan semasa

sesi kuliah agar memudahkan pelajar memahami tentang sesuatu tajuk yang diajar.

Selain itu, guru haruslah menyusun bahan pengisian kuliah dalam urutan yang logikal.

Terdapat beberapa cadangan skima penyusunan isi kandungan kuliah iaitu, sebab-akibat, berasaskan

topik, masalah penyelesaian dan sebagainya. Selain itu, guru haruslah menyediakan beberapa contoh

untuk menjelaskan dan menekankan isi-isi penting. Hal ini memudahkan pelajar untuk mengingat

dan memahaminya. Tambahan pula guru haruslah memberi peluang kepada pelajar untuk

mengemukakan pertanyaan sekiranya tidak memahami pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.

Fasa yang terakhir ialah penutup. Pada fasa ini guru akan menamatkan sesi pengajaran

dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pada awal kuliah. Selain itu, guru boleh

menamatkan sesi pengajaran dengan cadangan-cadangan seperti merumuskan sesi pengajaran secara

ringkas dan memberi serba sedikit topik yang akan dibincangkan pada sesi pengajaran yang akan

4
CU 03 USER TRAINING – NOTA SYARAHAN PN NURSHEILA AM (2018)

datang. Disamping itu, guru mengaitkan semula bahan kulian ke sesi yang lepas atau yang akan

datang.

5.0 KEBAIKAN TEKNIK SYARAHAN

Kebaikan merupakan kelebihan yang terdapat dalam penggunaan sesuatu teknik. Terdapat beberapa

kebaikan apabila guru menggunakan teknik syarahan di dalam bilik darjah mahupun di dalam bilik

kuliah. Hal ini kerana teknik syarahan dapat digunakan oleh guru atau pensyarah di sekolah dan

institut pengajian tinggi. Jika teknik syarahan ini digunakan penggunaan saiz bilik kuliah atau kelas

yang tidak terhad membolehkan kaedah ini dijalankan dengan lebih berkesan. Hal ini kerana saiz

bilik kuliah tidak bergantung kepada kaedah syarahan. Walaupun begitu, bagi memberi keselesaan

kepada pelajar dan guru, bilangan pelajar perlu bersesuaian dengan ruang kuliah atau kelas yang

digunakan. Perkara ini akan mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran.

Kebaikan kedua ialah kaedah syarahan dapat memberi impak yang positif terhadap

penyampaian seseorang guru. Penyampaian maklumat boleh dilakukan dalam masa yang singkat dan

jelas. Selain itu, guru dapat memperkenalkan topik-topik baru dengan mudah kepada pelajar. Melalui

teknik ini guru dapat menyampaikan idea yang hendak diajar kepada pelajar secara terus. Selain itu

juga guru boleh menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diajar sebelum

memulakan kelas. Setelah memastikan objektif-objektif tersebut, barulah guru boleh menyampaikan

proses pengajaran dan pengajaran secara berkesan. Penyediaan objektif semestilah berdasarkan isi

atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran tersebut. Jumlah

objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang mempunyai pencapaian pelajarnya yang

baik, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah

pencapaian pelajarnya.

Selain itu juga, melalui teknik syarahan ini guru dapat mengawal masa pengajaran. Sekiranya

masa lebih daripada mencukupi, guru boleh menambahkan contoh-contoh atau mengulangi semula

isi-isi penting. Contohnya jika masa pengajaran habis awal, guru boleh menguji tahap kefahaman
5
CU 03 USER TRAINING – NOTA SYARAHAN PN NURSHEILA AM (2018)

pelajar dengan member kuiz atau sebagainya. Selain itu juga jika terdapat ketidakfahaman daripada

pelajar guru boleh memberi penjelasan secara berulang kali. Pelajar juga boleh menggunakan

keseluruhan pancaindera mereka terhadap pembelajaran dengan melihat apa yang ditunjukkan oleh

guru, mendengar segala yang diperkatakan dan membuat cacatan atau menyalin nota. Namun jika

kesuntukkan masa, guru boleh mempercepatkan pengajaran dengan mengurangkan contoh-contoh

yang hendak diajar. Oleh itu, teknik ini sesuai digunakan oleh guru di sekolah supaya dapat

menghabiskan sukatan pelajaran mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Kebaikan seterusnya ialah guru dapat mengetahui pemahaman pelajar tentang topik yang

diajar. Hal ini kerana, apabila guru memberi penerangan pelajar perlu memberi sepenuh perhatian

terhadap pengajaran yang telah berlangsung. Guru dapat mengetahui tahap kefahaman pelajar

melalui sesi soal jawab di akhir kuliah. Hal ini bermakna, guru akan bertanyakan beberapa soalan

kepada para pelajar dan jika pelajar dapat menjawab soalan tersebut pengajaran yang berlangsung

adalah berkesan dan jika pelajar tidak dapat menjawab guru perlu memberi penerangan atau

merumuskan tentang topik yang diajar supaya pelajar dapat mengetahui serba sedikit topik yang

diterangkan oleh guru tersebut.

Secara amnya, teknik syarahan ini mempunyai banyak kebaikan daripada keburukan. Namun,

untuk memastikan teknik ini berjalan dengan lancar dan berkesan, guru perlulah memainkan peranan

yang penting semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian, kerana

teknik syarahan lebih bergantung kepada guru itu sendiri dalam mengaplikasikan teknik ini dalam

bilik darjah supaya pelajar dapat memahami isi pengajaran dengan lebih teliti.

6.0 KELEMAHAN TEKNIK SYARAHAN

Syarahan pada umumnya melibatkan perancangan dan penyampaian sesuatu pengajaran dan

pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Teknik syarahan mengutamakan kepentingan interaksi dua hala

antara guru dengan pelajar. Namun demikian, usaha untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas sesetengah pelajar akan menjadi pasif. Selain itu juga pelajar akan
6
CU 03 USER TRAINING – NOTA SYARAHAN PN NURSHEILA AM (2018)

menjadi malas untuk berusaha dalam mencari ilmu dan maklumat berkaitan. Hal ini kerana, melalui

teknik syarahan guru akan menyediakan semua bahan yang hendak digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dan pelajar hanya menerima secara pasif. Melalui teknik syarahan ini

pelajar lebih banyak mendengar berbanding bertutur.

Selain itu, kelemahan dalam teknik syarahan ini menggalakkan komunikasi secara sehala.

Hal ini berlaku kerana dalam aktiviti pengajaran yang menggunakan teknik ini, guru yang akan

mempersembahkan sesuatu tajuk. Seterusnya tajuk tersebut akan diterangkan secara keseluruhan oleh

guru semasa di dalam kelas. Keadaan inilah yang dinamakan sebagai komunikasi secara sehala. Hal

ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat mengembangkan idea mereka di dalam kelas. Selain itu

juga, sesetengah pelajar tidak akan terlibat secara langsung dalam memberi idea atau pendapat

berkenaan tajuk yang bincangkan oleh guru dalam proses pengajaran.

Disamping itu juga, teknik ini memerlukan guru atau tenaga pengajar mempunyai ilmu dan

kemahiran yang tinggi dari segi penyampaian. Hal ini penting bagi menarik minat pelajar untuk

mendengar dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Jika penyampaian kurang berkesan,

pelajar akan mudah berasa jemu dan bosan untuk mendengar ilmu yang hendak disampaikan. Oleh

itu, secara tidak langsung pembelajaran yang berlaku tidak akan berkesan ke atas pelajar. Hal ini juga

boleh melahirkan pelajar yang kurang berminat terhadap pembelajaran akibat proses pengajaran yang

disampaikan oleh guru kurang menarik perhatian pelajar terhadap pelajaran.

Kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa kebaikan dalam teknik syarahan ini, namun

perlu diingatkan bahawa jika guru sering menggunakan teknik ini sahaja ia akan melahirkan pelajar

yang pasif di dalam bilik darjah. Oleh itu guru perlu menggunakan pelbagai teknik dalam proses

pengajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku lebih berkesan.

7.0 PENUTUP

7
CU 03 USER TRAINING – NOTA SYARAHAN PN NURSHEILA AM (2018)

Kesimpulanya, teknik syarahan yang lebih kepada berpusatkan guru. Hal ini kerana, teknik

ini memerlukan kepakaran guru daripada segi ilmu pengetahuan dan kemahiran menerang. Dalam

hal ini, guru akan lebih banyak memberi penerangan. Manakala, pelajar lebih banyak mendengar.

Teknik ini dilihat sebagai kurang berkesan kerana menggalakkan para pelajar kurang aktif di dalam

kelas dan pelajar akan menjadi malas berusaha kerana semuanya sudah diterangkan oleh guru. Oleh

itu, sebagai guru mereka harus mengaplikasikan teknik ini dengan menggunakan pelbagai alternatif

seperti apabila tamat sesi pengajaran guru hendaklah menguji kefahaman pelajar dengan

mengemukakan soalan. Malah, guru juga boleh menggunakan teknik ini dengan subjek yang sesuai

dan diselang selikan dengan teknik yang lain supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih

berkesan. Hal ini penting, supaya pelajar dapat memahami dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan

yang disampaikan oleh guru dalam kehidupan sebenar. Sekolah diibaratkan sebagai tempat

bermulanya proses pembentukkan masyarakat. Oleh itu, semuanya bermula semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai