Anda di halaman 1dari 6

Latihan Ulang Kaji 3

a) Terangkan ciri-ciri kompetensi pengajaran dna pembelajaran yang efektif.


Seseorang guru pelru memahami objektif, oengethauan, pengalaman
pembelajaran dan kaedah penilaian yang terdapat dalam kurikulum sebelum mula
melaksanakan pengajaran. Guru juga perlu arif dalam memahami konsep, dan
prinsip secar amendlaam dalam mata pelajaran yang diajar. Seseorang guru harus
memahami isi kandungan mata pelajarannya dengan baik akan memberikan contoh
yang baik dan dapat mengatikannya dengan situasi kehidupan seharian murid.
Di samping itu, guru juga harus peka dengan pelbagai perubahan seperti
perkara-perkara bahara yang berlaku dalam sistem pendidikan dengan membaca,
menghadiri seminar dan bengkel berkaitan dengna mata pelajaran yang diajar.
Hujah-hujah lain:
 Merancang proses pengajaran dan pembelajaran
 Mempelbagaikan aktiviti Pdp.
 Penggunaan pelbagai stategi, kaedah dna teknik dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

1(b) Jelaskan bagaimana pengurusan aspek fizikal dan psikososial


menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat
melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan dalam pembelajaran. Ciri
persekitaran bilik darjah yang kondusif yang boleh ditunujukkan melalui
kebijaksanaan guru mengurus aspek fizikal dan psikososial dalam persekitaran bilik
darjah. Keadaan fizikal bilik darjah seperti cara penyusunan kerusi dan meja murid,
ruangan membaca serta ruangan aktiviit yang sesuai memanikan peranan adalah
antara penyumbang kepada suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa di
kalangan murid. Sususnan bilim darjah harud memudhakan guru bergerak ke
tempat duduk murid, memberi peluang kontak mata antara guru dengna murid.
Susunan fizikal sedemikian dapa tmempengaruhi persekitaran psikososial yang
selesa dna mesra. Murid-,urid mempunyai perasaan diterima, selamat dna bersedia
untuk belajar.
Di samping itu, aspek pengudaraan harus diberi perhatian. Guru perlu
memastikan kipas dalam bilik darjah berfungsi dna sentiasa berada dlaam keadaan
baik. Pintu dan tingkap harus sentiasa dibuka untuk pengudaraan. Keadaan yang
panas akan menyebabkan murid berasa mengantuk, mudah letih dan tidak selesa.
Hujah-hujah lain:
 Membincang bersama untuk menetapkan peraturan bilik darjah serta
pamerkan peraturan tersebut pada sudut yang sesuai.
 Keceriaan bilik darjah unruk menarik perhatian murid untuk belajar.

2(a) Jelaskan kepentingan penjalinan hubungan yang positif antara guru


dengan murid.
Kebaikan kepada guru

1
Hubungan guru-murid yang baik meningkatkan motivasi dna semangat kepada
guru untuk mengajar. Guru yang membina hubungan yang baik dengan murid-
muridnya dapa tmelicinkan perjalanan P&P. Apabila aktivit pdp berjalan lancar, guru
akan menjadi semakin bemrotivasi untuk mengajar. Selain itu, murid senang dikawal,
hubungan guru-murid yang baik kaan membuahkan kerjasama antara guru-murid.
Sebagai contoh, murid akan senang bekerjasama dengan guru dlaam mematuhi
peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Dengan ini, guru dapat meneruskan
pengajaran dan pembelajaran dna mengawal murid-muridnya dengan lebih efektif.
Kebaikan kepada murid
Murid lebih berminat untuk belajar. Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik
dengna guru-guru dapat meluahkan maslaha serta dapat memberikan pandangan
mereka. Guru juga dapat memberikan maklum balak yang dikehendaki yang boleh
diterima oleh murid. Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik akan
meransang minat murid untukmelibatkan diri dalam aktiviti pDp. Selain itu, murid-
murid dpaat meningkatkan kerjasama kepad aguru. Hubungan guru-murid yang baik
memberikan peluang kepad amurid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan
guru. Murid berpeluang untuk leibh rapat dengan gurunya. Hal ini membolhkann
guur mengelan pasti kekuatan dan kelemahan muridn-muridnya sert amemberikan
peneguhan yang sesuai.
 Kerjasama murid-murid akan memberikan kesan kepada pengjaaran guru.
 Menaikan imje guru.
2(b) Membina hubungan yang baik antara guru-murid harus dimulakan seawal
mungkin.
Menjalin dan membina sebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid
pelru melalui beberapa proses sosial yang memerlukan uasah daripada pihak guru.
Hubungan guru-murid perlum dibina bermula daripada hari pertama penggla
persekolahan. Guru perlu menarik murid kea lam pembelajaran dengna bersikap
mesra dan mudah didekati. Selain itu, guru perlu ingat nama murid dan panggil murid
dengna nama masing-masing. Guru perlu elakkan memanggil nama murid dengan
menggunakan nombor pendaftaran atau nama ganti diri yang am. Contohnyam
“awak..”, “kamu…”, atau berdasarkan posisi di dalam kelas, ‘Awak yang duduk di
belakang sekali…’, ‘Kmau yang duduk di tepi tingkap…’. Kebanyakan murid berasa
banggga apabila guru-guru mwngingati nama-nama mereka. Guru juga perlu
menyebut nama murid dengan betul. Elakkan daripada menyebut nama yang salah.
Perkara ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru. Guru jug
aboleh menanmkan semangat cinta terhadap kelas atau bilik darjah. Sikap ini boleh
membangikitkan motivasi intrinsic dalam kalangan murid-murid sekolah. Guru boleh
menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas dengna membuat perbincangan
untuk menetukan moto atau cogan kata yang melambangkan semnagat ahli di dlaam
kelas.
 Agihkan tanggungjawab bersama
 tetapkan jangkaan yang realistik
 masukkan unsur kecindan dalam komunikasi
3(a) Huraikan mana-mana dua jenis guru tersebut.
 Guru yang Agresif
Garang, kasar dan bertimbang rasa dan menganggap murid sebagai seteru.
 Guru yang tidak Agresif

2
Guru menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Mereka gagal
membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini
dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid.
 Guru yang Asertif
Guru membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang
dapat membawa kejayaan dan tingkah laku sebaliknya membawa kepada
kegagalan. Guru tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau
tegas. Mereka membina hubungan yang saling mempercayai dengan murid-
murid.
3(b) Bincangkan keberkesanan Model Pengurusan Kelompok Kounin dalam
menangani masalah disiplin dalam bilik darjah sekolah rendah.
Model Pengurusan Kelompok Kounin dalam menangani masalah disiplin
dalam bilik darjah berkesan dalam kawalan disiplin bilik darjah. Tujuan utama Model
Pengurusan Kelompok Kounin ialah untuk memaksimakan masa pembelajaran dan
mengelakkan terjadinya tingkah laku tidak diingini di dalam bilik darjah. Seseorang
guru yang bersedia akan menggunakan teknik dan strategi yang
menggabungjalinkan arahan dan aspek disiplin dalam menangani masalah tingkah
laku. Kemahiran pertindahan (overlapping) berkesan dalam menangani masalah
disiplin iaitu dapat menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak.
Contohnya, “Ali, baca petikan yang saya berikan” atau “Ravi, namakan satu
tumbuhan yan g tidak berbunga”. Guru yang berkebolehan melakukan tindakan
pertindahan ini, boleh mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan baik.
Hujah-hujah lain:
 Arahan guru tegas dan bernada serius. Mimik muka perlu serius. Perlakuan non-
verbal ini akan membantu teguran atau tindakan disiplin dijalankan dengan lebih
berkesan.
 Guru harus mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa (withitness).
Apabila terdapat salah laku, pilih masa yang sesuai untuk memberi teguran
dengan jelas, tegas dan serius.

4(a)
Murid yang mempunyai masalah tingkah laku disruptif sering kali
mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sehingga tumpuan murid-
murid yang lain terhadap pengajaran guru teralih kepada tingkah laku disruptif
tersebut. Antara ciri-ciri masalah tingkah laku disruptif adalah seperti membuat
bising semasa guru mengajar, tidak dapat duduk diam, sering berjalan-jalan dan
menjerit jawapan atau memberi komen dengan tiba-tiba. Mereka juga sering tidak
mengikut arahan guru atau peraturan kelas
4(b)
Guru mempunyai peranan penting dalam mendidik dan membimbing kanak-
kanak ADHD yang ditempatkan dalam kelas inklusifnya untuk memastikan
pembelajaran berlaku. Pertama, saya akan pastikan kanak-kanak ini ditempatkan di
ruang bilik darjah di mana saya dapat memantau pergerakannya. Contohnya di
barisan pertama jika susunan fizikal adalah susunan tradisional/kaedah kuliah. Di
samping itu, sudutu ini tidak ada banyak perkara yang boleh mengalihkan
perhatiannya dan seterusnya meningkatkan daya tumpunya terhadap pelajaran.
Saya juga akan merancang satu satu sistem memberi ganjaran dan
pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini. Sistem ganjaran ini akan dijelaskan
kepada kanak-kanak ADHD supaya dapat dilaksanakan dengan berkesan.

3
Contohnya, penggunaan token ekonomi (sticker, stem, syling plastik) yang
mempunyai nilai ekonomi untuk ditukarkan dengan barang yang kanak-kanak ADHD
sukai. Secara tidak langsung kanak-kanak tersebut akan berusaha mengekalkan
tumpuan kepada proses pembelajaran kerana dimotivasi untuk memperolehi token
yang dihargainya.
 Memberi arahan yang jelas, tepat dan ringkas dan memberitahu tentang
akibatnya sekira arahan atau peraturan itu tidak dipatuhi.
 Membenarkan pergerakan di suatu kawasan tertentu sahaja.
5. Bincangkan implikasi pentadbiran pentaksiran bilik darjah yang baik
terhadap tingkah laku pembelajaran murid.
Pentadbiran pentaksiran mempunyai implikasi ke atas tingkah laku
pembelajaran murid. Pentadbiran pentaksiran yang baik akan menitikberatkan
kepentingan ujian dan peperiksaan kepada murid. Ini akan memotivasikan pelajar
untuk mengambil berat tentang pentaksiran yang dilaksanakan. Apabila pentadbiran
pentaksiran dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik, keputusan
ujian/peperiksaan tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Pihak guru,
murid dan juga ibu bapa murid akan mempunyai keyakinan dan kepercayaan
terhadap pentaksiran yang dikendalikan di peringkat sekolah (Contohnya,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Ini secara langsung memberikan kesan terhadap
tingkah laku murid dalam sistem pentaksiran sekolah.
 Apabila prosedur pentaksiran diurus dengan baik tanpa sebarang masalah,
murid-murid mempunyai ketenangan minda untuk menjawab soalan ujian dengan
penuh semangat dan keyakinan.
 Penyediaan jadual pentaksiran/peperiksaan memberi mesej kepada murid untuk
menepati masa dan memberi perhatian kepada kehadiran mereka ke sekolah
secara serius.

6. Merujuk kes yang diberi, cadangkan intervensi disiplin yang sesuai kepada
En. Rahman berdasarkan model-model disiplin yang telah anda pelajari. Beri
Justifikasi terhadap cadangan-cadangan tersebut.
Model Disiplin Logikal Akibat Dreikurs
Menurut Rudolf Dreikurs, salah laku adalah kesan daripada matlamat salah
yang terbentuk bagi memperolehi perhatian, menunjukkan kuasa, membalas
dendam dan mempamerkan kekurangan. Hasil daripada analisis kes di atas,
ternyata pendekatan behaviouris seperti peneguhan negatif (time out) dan dendaan
(kelas tahanan) tidak berkesan untuk menangani masalah tingkah laku yang
ditunjukkan oleh Danny. Boleh dikatakan masalah tingkah laku yang dipamerkan
oleh Danny berpunca daripada kekurangan perhatian dan keinginan untuk
menunjukkan kuasa. Guru berkenaan boleh menggunakan tindakan-tindakan yang
disyorkan dalam Model Disiplin Akibat Logikal Dreikurs untuk mengurus masalah
disiplin yang dipamerkan oleh Danny.
Langkah awal yang penting ialah guru mengenal pasti motif Danny berbuat
demikian. Contohnya, kemungkinan motif Danny adalah untuk memenuhi keperluan
untuk disayangi atau diterima oleh rakan-rakan kelasnya, guru kelasnya dan juga ibu
bapanya. Cara yang Danny gunakan seperti mengganggu kawan-kawan serta
mengeluarkan pelbagai bunyi semasa guru mengajar merupakan salah laku yang
membawa kepada akibat negatif. Guru perlu memberi perhatian dan berbincang
dengan Danny untuk membantunya membina kefahaman atau kesedaran kendiri

4
berhubung tingkah laku beliau. Seterusnya, guru perlu bertindak membantu Danny
menggantikan matlamat salah tersebut dengan matlamat yang betul atau berfaedah.
Hujah-hujah lain
 Penggunaan Model Terapi Realiti Glasser
 Menurut Glasser, semua manusia perlu memenuhi keperluan psikologikal – rasa
kesepunyaan dan kasih sayang, memperolehi kuasa dan kawalan, kebebasan
dan keseronokkan. Jika tidak, akan muncul salah laku. Danny tidak mampu
memenuhi keperluannya, maka beliau menunjukkan salah laku.
 Tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan guru tersebut:
 Membina rasa kesepunyaan – beri Danny tanggungjawab dalam kelas dan
menjadi ahli kumpulan kecil bagi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
 Memberi perhatian – rakan sekelas dan guru bertanya khabar dan sudi
mendengar masalah serta membantu Danny.

7. Dalam bilik darjah yang bertemakan pembelajaran koperatif, apakah faktor-


faktor yang perlu diambil kira semasa menyediakan pelan pengurusan bilik
darjah yang berkesan? Beri justifikasi anda.
Persekitaran bilik darjah yang kondusif harus mengambil kira fakotr fizikal,
sosial dan emosi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
dengan berkesan. Peringkat penyediaan pelan pengurusan bilik darjah amat penting
untuk menjamin kejayaan pada peringkat pelaksanannya. Pada permulaan semester,
seorang guru yang berkesan akan mempertimbagkan perkarapperkara seperti
susuanan fizikal kelas, rutin dan peraturan bilik darjah, cara-cara membina hubungan
mesra dengan murid, pengurusan aktiviti pembelajaran dan pentaksiran bersesuaian
dengan strategi pengajaran yang digunakan.
Faktor pertama yang harus guru ambil kira ialah susunan fizikal bilik darjah.
Susunan tempat duduk murid harus murid-murid berinteraksi dan memberi
kerjasama berpasukan secara positif dan berkesan. Susunan kelompok adalah
paling sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut. Susunan bersemuka ini
membenarkan murid berbincang semasa aktiviti koperatid diadakan. Murid dapat
merasa dirinya dihargai dan seronok untuk berada di dalam kelas. Penggunaan
sususan kelompok off-set style juga disarankan untuk mengelakkan perbualan yang
berlebihan. Oleh keranan pembelajaran koperatif memerlukan pergerakan murid di
sekitar kelas, ruang di antara susunan kelompok harus mencukupi untuk pergerakan
murid dan guru dengna selesa.

v
Off set style
Hujah-hujah lain:
 Rutin dan peraturan bilik darjah
 Pengurusan aktiviti pentaksiran

5
Nota: Hujah-hujah di atas perlu dibincangkan dalam konteks pembelajaran
koperatif yang menyokong persekitaran semangat berpasukan positif,
akauntabiliti individu, interaksi bersemuka yang positif dan penguasaan
kemahiran sosial yang positif.

Anda mungkin juga menyukai