Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DARI ASPEK AGAMA, EKONOMI, DAN SOSIAL

PENDAHULUAN

Dasawarsa ini, dalam membelek dada-dada akhbar, sering kelihatan isu kebersihan
disebut-sebut umat manusia segenap empat penjuru dunia. Umum mengetahui bahawa
kebersihan merupakan komponen penting dalam kehidupan seharian kita. Bahkan ianya
meliputi aspek agama, ekonomi dan sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan bersih
merupakan sesuatu yang tidak kotor. Maksudnya disini kebersihan adalah sesuatu yang
bebas dari kekotoran dan dalam keadaan yang suci. Golongan berkeperluan khas turut terlibat
untuk menjaga kepentingan kebersihan.

KEBERSIHAN DARI ASPEK AGAMA

Kebersihan amat dititikberat dalam agama. Umum mengetahui bahawa di negara kita
mempunyai variasi penganut agama yang terdiri daripada agama Islam, Kristian, Buddha,
Hindhu dan lain-lain. Dari perspektif Islam, kebersihan itu bersumber dari iman dan
merupakan bahagian dari iman. Ajaran kebersihan tidak hanya merupakan slogan atau teori
belaka, tetapi harus dijadikan pola hidup amalan yang mendidik manusia hidup bersih
sepanjang masa, bahkan dikembangkan dalam hukum islam. Nabi Muhammad juga turut
menunjukkan amalan kebersihan seseorang muslim itu dalam kehidupan seharian. Sebagai
contoh, anjuran memperkemaskan diri, misalnya, memotong kuku dilakukan sekali seminggu
iaitu bagi persediaan Solat Jumaat pada setiap minggu. Bagi penganut agama lain,
kebersihan juga turut ditekankan pelbagai agama yang lain iaitu kebersihan sebagai tunjang
kebersihan daging dan roh. Jelaslah disini bahawa kepentingan kebersihan ditekankan bagi
setiap agama. Bagi murid berkeperluan khas, tidak kira agama apa yang mereka anuti,
kepentingan kebersihan tetap ditekankan bagi memastikan mereka menghayati erti
kebersihan itu sendiri.
KEBERSIHAN DARI ASPEK EKONOMI

Di Malaysia, ekonomi merangkumi pertanian, perikanan, perdagangan, dan


perlombongan. Bidang ekonomi di negara ini telah banyak membantu kerajaan menjana
pendapatan untuk memajukan tanah air. Bagi memastikan kelangsungan itu berterusan salah
satu aspek yang perlu dipertahankan dan ditekankan ialah aspek kebersihan. Setiap sektor
ekonomi yang disebutkan tadi amat menitikberatkan kebersihan. Hal ini demikian kerana
tanpa kebersihan pengurusan ekonomi akan terjejas dan pelabur yang meletakkan dalam
sesuatu ekonomi merasakan kurang yakin terhadap ekonomi yang diusahakan oleh pihak
berkenaan. Sebagai contoh, negeri Kedah mengusahakan pertanian iaitu penanaman padi
tetapi mengabaikan kebersihan dengan membiarkan sampah sarap di kawasan sawah padi
bakal mengakibatkan bukan sahaja kerosakan pada tanaman padi malah kerosakan kepada
ekonomi, di mana para pelabur yang melabur saham terhadap tanaman padi tersebut oleh
sebab kegagalan dalam pengurusan kebersihan pihak tersebut. Oleh itu, kebersihan amat
memainkan peranan besar dalam ekonomi negara.

KEBERSIHAN DARI ASPEK SOSIAL

Kepentingan kebersihan merentas pelbagai aspek, antara aspek tersebut adalah


aspek sosial. Dalam aspek ini, ruang likupnya adalah luas dan pelbagai. Jika dilihat dalam
konteks Malaysia, masyarakat berbilang kaum bukan penghalang bagi mengekalkan dan
membudayakan amalan kebersihan kepada setiap individu. Kebersihan dari aspek sosial
boleh dimulakan dari individu. Hal ini dapat dilihat jika seseorang itu menjaga keterampilan
semasa bersosial dengan orang lain, maka, serba sedikit akan mempengaruhi individu lain
untuk turut serta mengekalkan kekemasan diri semasa bersosial. Kegagalan menjaga
kebersihan ketika berinteraksi dengan orang lain mampu membuatkan orang lain menjauhkan
dan menjarakkan diri. Sebagai tamsil, seseorang individu ini tidak memberus gigi setiap pagi,
ia akan menghasilkan bau-bauan yang tidak elok di hidu menyebabkan pendengar tidak
selesa untuk berinteraksi dan bersosial. Jelaslah bahawa kepentingan kebersihan dari aspek
sosial amat menyerlah kepentingannya. Lebih-lebih lagi di kalangan murid berkeperluan khas,
mereka perlu mengetahui cara untuk mengurus diri dengan lebih bersih agar interaksi sosial
mereka lebih teratur.
PENUTUPAN

Sebagai penutup wacana, dapat disaksikan kepentingan kebersihan merangkumi


aspek agama, ekonomi dan sosial. Perkara ini wajar diketahui dan melibatkan segenap
penduduk dunia. Hal ini kerana semua warga bumi hendaklah mengambil berat tentang
penjagaan kebersihan. Dalam semua agama, variasi peringkat ekonomi dan berbagai lapisan
sosial, semua menekankan kepentingan kebersihan sebagai amalan sejagat yang harus
diamalakan dan diaplikasi.

Anda mungkin juga menyukai