Anda di halaman 1dari 3

NAMA : ___________________________ KELAS : _______________

MINGGU PSS & KARNIVAL AKADEMIK 2018

PERADUAN TEKA SILANG KATA (PENJODOH BILANGAN)

KATEGORI : TERBUKA

MELINTANG

1: untuk binatang
3: untuk benda-benda yang kecil-kecil seperti telur
4: untuk bunga
5: untuk buah seperti anggur
8: untuk benda yang berangkaian seperti rantai

KE BAWAH

2: untuk benda yang tipis seperti gambar


3: untuk benda seperti pokok
4: untuk benda-benda yang bergugus-gugus seperti pisang
6: untuk isi buah seperti durian
7: untuk benda yang berbongkah seperti
PERTANDINGAN TULISAN TERCANTIK
TAHAP 1

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat


bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha
mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu


pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru
yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan
bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau


perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar
negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan,
krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.
Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti
katak di bawah tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan


membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan
sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih
baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca


buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap
suka membaca buku. Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat


diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan
amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara
maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup
mereka.
PERTANDINGAN TULISAN TERCANTIK
TAHAP 2

Dadah musuh negara

Isu penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat terutamanya golongan


remaja semakin membimbangkan di negara ini. Penyalahgunaan dadah boleh
mengakibatkan kemerosotan dalam kesihatan seseorang itu dan seterusnya
menjurus kepada kematian. Masalah ini haruslah ditangani dengan segera agar
tidak menjadi serius. Oleh itu, pendidikan pencegahan dadah haruslah diberikan
kepada masyarakat agar mereka sedar akan kesan dan keburukan penyalahgunaan
dadah.
Masalah penyalahgunaan dadah tidak sepatutnya dipandang ringan dan
ditangani dengan sewenang-wenangnya sahaja. Segala masalah yang berlaku mesti
mempunyai punca-puncanya. Sebagai contoh, pengaruh rakan sebaya. Kebanyakan
rakan sebaya di sekeliling kita bermuslihat tidak baik dan sentiasa berusaha
menjatuhkan maruah kita, mungkin disebabkan adanya perasaan hasad dengki.
Para remaja haruslah sentiasa berwaspada jika ditawarkan dadah atau terlibat
dalam kegiatan penyalahgunaan dadah kerana kita tidak pernah tahu motif
sebenar rakan sebaya kita ini. Tahap kesedaran yang tinggi perlu ditanamkan
dalam diri kita agar kita dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Di samping itu juga, peranan ibu bapa juga tidak terkecuali dalam mendidik
anak-anak menjadi insan yang bebas dari kegiatan anti-sosial kelak. Sebagai
seorang anak yang berpendidikan, kita tidak boleh bersikap mementingkan diri
dan sentiasa memikirkan nama baik keluarga. Betapa malunya jika salah seorang
daripada ahli keluarga itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Alangkah baik
jikalau kita melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah bersama keluarga
seperti memancing, berkelah di pantai dan sebagainya.

Menurut kebanyakan pakar, dadah boleh mendatangkan kesan-kesan


bahaya ke atas kesihatan dan fungsi badan seseorang itu. Jadi wajarlah kita
sedar bahawa dadah itu racun dan merupakan musuh utama yang harus kita
hindari.
Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat mestilah sentiasa sedar dan
tidak terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Sehubungan itu, pihak
kerajaan boleh mengadakan kempen anti-dadah atau ceramah bagi mengurangkan
lagi masalah tersebut. Ingatlah bahawa penyalahgunaan dadah tidak akan
membawa sebarang manfaat! Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu bagi
sama-sama mengatasi masalah ini demi mewujudkan warganegara yang bebas dari
segala kegiatan anti-sosial.

Anda mungkin juga menyukai