Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Syed Badriz bin Syed Mazlan

PROGRAM : Ambilan Jun 2015

NAMA SEKOLAH : SK Bukit Changgang

NAMA PROJEK : Smart Teng Teng

TEMPOH PELAKSANAAN : 18 Februari 2019 – 18 Mac 2019

OBJEKTIF :

Pada akhir penggunaan produk inovasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran, murid
akan dapat:

1. Menarik minat murid-murid untuk belajar.

2. Memupuk dan meningkatkan tahap kerjasama antara murid-murid.

3. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan berkesan.

4. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti murid-murid.

5. Memotivasi semangat murid-murid untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

6. Memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.

7. Memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai permainan


tradisional.

STRATEGI PELAKSANAAN :

Sebelum saya merancang projek saya telah berbincang dengan pihak


sekolah mengenai projek inovasi saya. Saya telah bertanya Encik Zailan selaku
Penolong Kanan Pentadbiran mengenai masalah yang terdapat di sekolah.

1
Salah satunya adalah masalah obesiti dalam kalangan murid. Justeru itu, saya
telah merancang untuk membuat inovasi Smart Teng Teng.

Projek inovasi Smart Teng-Teng adalah satu projek yang multi fungsi.
Projek ini mempunyai serampang dua mata kerana selain dapat memupuk
gaya hidup sihat dalam kalangan murid, projek ini juga dapat memudahkan
guru-guru bagi menyampaikan proses pembelajaran dan pengajaran secara
lebih berkesan melalui kaedah permainan. Permainan merupakan saluran yang
boleh mengembangkan perkembangan murid-murid ke tahap yang optima.
Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang
penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar


melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan
selamat, menggembirakan dan bermakna.

Persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja bagi sebarang tugas


amat dititikberatkan bagi memastikan setiap produktiviti atau hasil yang
diperolehi adalah berkualiti dan dapat menepati objektif dan sasaran yang telah
ditetapkan. Ia juga dapat melicinkan perjalanan proses yang terlibat. Terdapat
pelbagai kemungkinan yang akan berlaku sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah, makmal dan lain-lain. Ianya boleh
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Namun, sebagai langkah bagi memastikan perjalanan proses yang


dirancang berjalan lancar, guru harus bersedia dan mempersiapkan diri
sebelum memulakan tugas mengajar dan sebaganya. Persediaan
perancangan mengajar mempunyai tiga komponen penting iaitu komponen
persediaan, penyampaian, dan penutup (Mok, S. S., 2002).

2
REFLEKSI:

Kekuatan projek:

Antara kekuatan projek inovasi Smart Teng Teng yang telah saya kenalpasti
ialah:

• Murid berasa seronok

• Murid belajar tanpa menyedari mereka belajar

• Murid tidak tertekan dalam proses PdP yang dijalankan

• Murid berusaha untuk menang dan wujudnya persaingan yang positif

• Murid menghafal secara tidak langsung

• Produk inovasi yang multifungsi dan menjimatkan kos

• Produk inovasi yang boleh digunakan untuk pelbagai subjek

Kelemahan:

Smart Teng Teng adalah satu alat yang multifungsi, namun begitu,masih
terdapat perkara yang membataskan projek ini. Projek ini adalah satu projek
PdP diluar kelas, oleh yang demikian, penggunaan alat ini dibatasi oleh cuaca.
Cuaca seperti hujan pasti membahayakan murid menggunakan alatan ini.

3
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Antara cadangan penambahbaikan ialah, saya perlu memikirkan soal keselamatan


murid dalam pembikinan sesuatu inovasi. Hal ini berikutan tempat Laman Smart Teng
Teng yang telah saya bina terlalu dekat dengan longkang. Ini boleh membahayakan
keselamatan murid. Selain itu, Smart Teng Teng juga haruslah dibina di tempat yang
berbumbung bagi mengekalkan kualiti cat agar tidak lekang dek panas tidak lapuk dek
hujan.

KESIMPULAN:

Projek Inovasi Smart Teng Teng adalah satu projek multifungsi yang mampu
membantu guru-guru dalam PdP pelbagai subjek. Sesungguhnya dengan adanya
inovasi ia mampu menjana kekreatifan seseorang guru agar PdP mampu berjalan
dengan lebih aktif dan efektif.

Anda mungkin juga menyukai