Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Menurut Miller, Linn dan Gronlund (2009), pentaksiran merujuk kepada istilah umum
yang merangkumi pelbagai prosedur untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran
murid dan membentuk penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran.

Konteks pentaksiran ini menyentuh aspek pengujian di mana item – item ujian direka
dan diberikan kepada murid sebagai langkah dalam prosedur pentaksiran. Pengujian adalah
satu prosedur formal yang sistematik untuk mengumpulkan maklumat mengenai prestasi
murid (Airasian, 2005). Ujian juga dijalankan untuk mengukur pencapaian murid hasil dari
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Dalam membina item ujian, sebuah jadual spesifikasi ujian (JSU) perlu disediakan
terlebih dahulu. Jadual spesifikasi ujian adalah blueprint yang menggambarkan suatu ujian
secara terperinci dari segi huraian objektif, jenis item, sasaran, aras kesukaran dan jumlah
item (Pong Ying, Leh Hong & Aloysius Aeria, 2017). Pembinaan JSU sangat penting bagi
memastikan keselarasan aras kesukaran item dan menyeragamkan bilangannya sekaligus
menstabilkan taraf serta mutu ujian.

2.0 Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

2.1 Tajuk dan Masa


Tajuk yang disenaraikan adalah berdasarkan tajuk – tajuk yang hendak diuji dan
masa yang digunakan untuk mengajarkan tajuk – tajuk ini.

Bil. Topik/Tajuk Masa Untuk Mengajar


1 Hadis Mentaati Pemimpin 2 Jam
2 Sifat Allah - Iradah 1 Jam
3 Sifat Allah - Ilmu 1 Jam
4 Dosa Kecil dan Dosa Besar 1 Jam
5 Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah 1 Jam
6 Solat Berjemaah 1 Jam
7 Solat Jumaat 1 Jam
8 Adab Berjual Beli 1 Jam
9 Adab Beriadah 1 Jam
Jumlah 10 Jam

Jadual 1 : Tajuk dan Masa Untuk Mengajar

3
2.2 Peruntukan Masa dan Masa Untuk Pengajaran
Peruntukan markah bagi soalan yang hendak diuji adalah berdasarkan masa untuk
pengajaran dan pentingannya.

Bil. Topik/Tajuk Masa Untuk Peratus Peratus Markah


Mengajar Markah Muktamad
1 Hadis Mentaati Pemimpin 2 Jam 2 20
10
x 100

= 20
2 Sifat Allah - Iradah 1 Jam 1 10
10
x 100

= 10
3 Sifat Allah - Ilmu 1 Jam 1 10
10
x 100

= 10
4 Dosa Kecil dan Dosa Besar 1 Jam 1 10
x 100
10

= 10
5 Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah 1 Jam 1 10
10
x 100

= 10
6 Solat Berjemaah 1 Jam 1 10
10
x 100

= 10
7 Solat Jumaat 1 Jam 1 10
10
x 100

= 10
8 Adab Berjual Beli 1 Jam 1 10
x 100
10

= 10
9 Adab Beriadah 1 Jam 1 10
10
x 100

= 10
Jumlah 10 Jam 100

Jadual 2: Hubungan Masa Untuk Mengajar dan Peratus Markah


2.3 Aras Kemahiran
Penentuan aras kemahiran dilakukan untuk tajuk mengikut aras Taksonomi Bloom
(semakan semula) iaiti meingati, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan mencipta.

2.4 Aras Kesukaran


Penentuan aras kesukaran dilakukan berdasarkan jenis ujian. Ujian kriteria
menetapkan araskesukaran yang hampir sama bergantung pada sasaran dan
tujuan ujian. Aras kesukaran bagi ujian norma mengikut lengkung norma dan

4
penentuan seperti 25 % soalan mudah, 50% soalan sederhana dan 25% soalan
sukar atau penggunaan nisbah seperti 3:4:3.

2.5 Jenis Ujian


Penentuan jenis ujian sama ada ujian objektif atau ujian subjektif. Dalam
pelaksanaan ini, ujian aneka piihan dipilih.

2.6 Jumlah Item


Pengiraan jumlah item dilakukan berdasarkan setiap topik yang akan diuji dalam
ujian. Berikut merupakan pengiraan jumlah item setiap topik.

Bil. Topik/Tajuk Masa Peratus Kiraan Jumlah Item


1 Hadis Mentaati Pemimpin 2 Jam 20 20 2
100
x 10

= 20
2 Sifat Allah - Iradah 1 Jam 10 10 1
100
x 100

= 10
3 Sifat Allah - Ilmu 1 Jam 10 10 1
x 100
100

= 10
4 Dosa Kecil dan Dosa Besar 1 Jam 10 10 1
x 100
100

= 10
5 Sunat Ab'ad dan Sunat 1 Jam 10 10 1
100
x 100
Haiah
= 10
6 Solat Berjemaah 1 Jam 10 10 1
100
x 100

= 10
7 Solat Jumaat 1 Jam 10 10 1
100
x 100

= 10
8 Adab Berjual Beli 1 Jam 10 10 1
x 100
100

= 10
9 Adab Beriadah 1 Jam 10 10 1
100
x 100

= 10
Jumlah 10 Jam 100 100

Jadual 3 : Penentuan Jumlah Item

2.7 Jadual Spesifikasi Ujian Lengkap


Langkah terakhir adalah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian yang lengkap.
Perkara ini termasuklah jadual yang diisi dengan aras topik dan aras kemahiran.

5
3.0 Jadual Spesifikasi Ujian

4.0 Peratus Markah Murid, Min, Mod dan median Untuk Markah Ujian

4.1 Peratus Markah Murid

Bil Nama Kelas Markah (%)


1 Ahmad Fahim bin Yahya 5 Bukhari 70
2 Amran Haziq bin Badrul Hisyam 5 Muslim 90
3 Aqilah Batrisya binti Razak 5 Tirmidzi 80
4 Husna Auny binti Syazwan 5 Muslim 90
5 Muhamad Arfan bin Mahazir 5 Tirmidzi 70
6 Muhammad Airell Saffuan bin Rusli 5 Tirmidzi 70
7 Muhammad Faiz bin Mad Zamri 5 Bukhari 100
8 Nurul Fitrah binti Badrul Hisham 5 Bukhari 80
9 Shima binti Ahmad 5 Muslim 80
10 Wan Akil bin Wan Anuar 5 Bukhari 80

Jadual 4 : Peratus Markah Murid

6
4.2 Min

Markah, (x) Kekerapan, (𝑓) 𝑓x


10 0 0
20 0 0
30 0 0
40 0 0
50 0 0
60 0 0
70 3 210
80 4 320
90 2 180
100 1 100

Jadual 5 : Pengiraan Jumlah Markah x Kekerapan

Min :

: 210+320+180+100
10

: 81

Dengan 𝑓 = kekerapan, x’ = titik selang tengah, N = bilangan

Selang Kelas Titik Tengah (x’) Kekerapan, (𝑓) 𝑓𝑥′


61 - 70 65.5 3 196.5
71 - 80 75.5 4 302.0
81 - 90 85.5 2 171.0
91 - 100 95.5 1 95.5
Jumlah - 10 765.0

Jadual 6 : Pengiraan Kekerapan Beserta Titik Tengah

Min : ∑ 𝑓x’
N
: 765
10

: 76.5

7
4.3 Mod

Mod / Kekerapan Tertinggi : 80

4.4 Median

70, 70, 70, 80, 80, 80, 80, 90, 90, 100

Median : 80 + 80
2

: 80

5.0 Analisis Indeks Kesukaran Item

Analisis item bertujuan memperbaik mutu ujian dan mengenal pasti masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga tahap analisis bagi item objektif aneka pilihan
yang selalu digunakan iaitu kesukaran item, diskriminasi item dan analisis distraktor. Indeks
kesukaran (IK) menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu
mudah dijawab atau sukar dijawab (Bahri, 2015).

Nilai IK terletak antara nilai 0 dan 1. Mengikut Bloom, Hastings dan Madaus (1971),
sebaran yang baik bagi keputusan ujian dapat diperoleh jika indeks kesukaran, IK¸ berada
dalam julat 0.20 hingga 0.80, dengan min antara 0.50 hingga 0.60. Secara ringkasnya, indeks
kesukaran sesuatu item yang kurang atau melebihi julat ini perlu diubah suai atau digugurkan
terus.

Berikut merupakan keputusan bagi item – item ujian secara keseluruhan bagi 10
soalan untuk 10 murid.

8
IK : Bilangan murid mendapat betul
Jumlah murid

Bil Jumlah Murid Yang Jumlah Murid Yang Kiraan Indeks


Menjawab Betul Menjawab Salah Kesukaran
Item
1 10 0 10 1
=1
10

2 4 6 4 0.4
10
= 0.4

3 10 0 10 1
=1
10

4 6 4 6 0.6
= 0.6
10

5 8 2 8 0.8
10
= 0.8

6 9 1 9 0.9
10
= 0.9

7 10 0 10 1
10
=1

8 4 6 4 0.4
= 0.4
10

9 10 0 10 1
10
=1

10 10 0 10 1
10
=1

Jadual 7 : Pengiraan Indeks Kesukaran Item

Indeks melebihi 0.8 : 6 Soalan

Indeks julat baik : 4 Soalan

Indeks kurang 0.2 : Tiada

Secara keseluruhannya, murid berjaya menjawab soalan ujian ini dengan cemerlang
dan baik. Peratus yang diperoleh menunjukkan murid – murid ini memperoleh markah
daripada 70% hingga 100%.

Dalam meneliti nilai kesukaran item yang dibina, empat soalan didapati berada dalam
tahap yang baik iaitu dalam julat 0.4 hingga 0.8 iaitu soalan 2, 4, 5 dan 8. Dalam konteks ini,
item – item soalan ini wajar dikekalkan. Soalan – soalan ini juga berada di aras kesukaran
Taksonomy Bloom yang sepatutnya. Purata yang baik ini menunjukkan bahawa soalan ini
relevan untuk dijadikan item – item ujian yang akan ditadbir.

9
Seterusnya, 6 soalan dikenalpasti berada di julat melebihi indeks 0.8 iaitu 0.9 dan 1.0.
Secara kasarnya, soalan – soalan ini adalah terlalu mudah kerana sebahagian besar murid
berjaya menjawab dengan tepat.

Dua soalan daripada aras rendah iaitu soalan 1 dan soalan 3 telah mematuhi konstruk
untuk Taksonomy Bloom namun mempunyai ciri – ciri soalan yang ringkas dan tidak memiliki
sebarang penganggu dalam konteks soalan.

Soalan – soalan dari aras sederhana melebihi indeks 0.8 adalah soalan 6 dan soalan
7. Soalan – soalan ini juga adalah terlalu mudah jika dinilai secara purata pemarkahan. Isitilah
‘kecuali’ telah digunakan bagi mengelirukan murid seperti di soalan 6. Namun, tahap
kesukaran yang wujud adalah terlalu rendah jika dikaitkan dengan penguasaan murid dalam
topik tersebut.

Selain itu, soalan di aras sukar juga didapati terlalu mudah. Dalam konteks ini, soalan
– soalan ini berada di tahap tertinggi iaitu di konstruk menilai dan mencipta. Walau
bagaimanapun, murid – murid yang menduduki ujian ini berjaya menjawab dengan markah
yang penuh bagi soalan 9 dan soalan 10. Secara rumusnya, ciri – ciri item dari aspek ayat
dan peneguhan yang digunakan adalah terlalu ringkas. Maka, murid secara mudah berjaya
mengenalpasti jawapan yang betul.

Kertas ujian ini juga tidak memliki soalan – soalan yang susah. Hal ini berjaya
dikenalpasti setelah pengiraan indeks kesukaran yang menghasilkan purata keseluruhannya
0.2 ke atas. Julat 0.0 hingga 0.1 tidak diperoleh kerana murid – murid ini berjaya menjawab
setiap soalan dengan markah yang tinggi. Ciri – ciri soalan yang mempunyai rangsangan yang
rumit juga tidak digunakan dalam ujian ini memudahkan lagi murid untuk mengenalpasti
jawapan yang betul.

6.0 Rumusan Pencapaian 10 Orang Murid

Dalam menjalankan proses tadbir bagi ujian ini, 10 orang murid dari SK Gelong telah
dipilih dari tiga kelas yang berbeza iaitu 5 Bukhari, 5 Muslim dan 5 Tirmidzi. Murid – murid
berlainan kelas dipilih bagi memperoleh keputusan dari penguasaan dan kognitif murid dalam
pelbagai peringkat. Justeru, ujian ringkas yang mengandungi 10 soalan objektif ini dibina bagi
mengesan pencapaian murid – murid ini.

Setelah ujian ini ditadbir, didapati semua murid berjaya menjawab soalan – soalan
ujian dengan baik dan cemerlang. Peratus markah yang diperoleh adalah lingkungan 70% ke
atas. Pemerhatian secara kasar mendapati murid – murid ini telah menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran yang baik serta berjaya mencapai objektif pembelajaran.

10
Setelah ditinjau melalui soal selidik dan temu bual bersama guru di SK Gelong, murid
– murid ini didapati aktif dalam menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah. Dalam
konteks ini, penguasaan murid bertambah dan dibaik pulih dari semasa ke semasa. Justeru,
murid – murid ini tidak mengalami kesukaran dalam menjawab ujian ringkas ini.

Selain itu, keputusan yang cemerlang ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran murid.
Murid – murid ini telah menjalani ujian bulanan pada 11 Mac 2018. Dalam konteks ini,
penguasaan murid dalam pembelajaran bagi matapelajaran ini telah diuji terlebih dahulu di
sekolah. Disebabkan itu, murid – murid SK Gelong ini tidak mengalami waktu yang sukar
dalam menduduki ujian ini.

Dalam mengintepretasi data bagi markah keseluruhan dalam ujian ini, murid – murid
dari kelas 5 Bukhari dan 5 Muslim didapati memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu gred
“A”. 3 murid dari kelas 5 Tirmidzi pula memeperoleh markah 70%, 70% dan 80%. Hasil
temubual bersama Penlong Kanan Pentadbiran SK Gelong, En. Basri bin Saad mendapati
murid – murid dari kelas 5 Bukhari dan 5 Muslim memiliki perkembangan kongnitf yang tinggi
selain aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid – murid dari 5 Tirmidzi pula
tidak mampu menyaingi dengan murid dari dua kelas yang lain. Perkara ini dipengaruhi oleh
faktor pengajaran guru yang kurang berkemahiran serta tahap penguasaan dan kemahiran di
tahap yang rendah.

Walau bagaimanapun, soalan ujian ini tidak mampu mengenalpasti pencapaian murid
dengan tepat. Soalan berbentuk aneka pilihan secara amnya tidak dapat mengukur keaslian
jawapan dan pemikiran murid (Irina, 2011). Dalam konteks ini, soalan ujian yang berbentuk
aneka pilihan menggalakkan murid untuk meneka jawapan. Pencapaian murid diuji secara
kasar melalui jawapan tepat yang diberikan. Namun, murid yang tidak menguasai topik ini
juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dengan meneka jawapan. Ujian berbentuk
aneka pilihan secara khususnya lebih sesuai digunakan dalam ujian sumatif.

7.0 Penutup

Pentaksiran dan pengujian adalah dua bentuk yang berbeza. Namun, pengujian
dilaksanakan bagi mengumpul maklumat dalam konteks pentaksiran. Pengujian melibatkan
prosedur yang sistematik dalam menilai perubahan tingkah laku dengan menggunakan
instrumen tertentu. Pentaksiran juga melibatkan pengumpulan nilai secara peratus markah
sebagai data kuantitatif.

11
Pentaksiran dalam pendidikan adalah medium yang penting untuk dilakasanakan bagi
membantu mengenalpasti tahap pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru.
Dengan ini, maklumat yang diperoleh dapat membantu menambah baik aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (Arends, 2008).

Guru seharusnya menjalankan prosedur pentaksiran dan pengujian dengan tepat. Hal
ini bagi mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta
membantu memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan murid. Guru
juga perlu sedar akan tujuan asal pembinaan ujian iaitu untuk mengukur pencapaian dan
bukan untuk menghukum murid.

Menjelang abad ke-21, guru perlu peka dengan arus pendidikan semasa. Dalam
konteks ini, penggunaan pentaksiran atas talian perlu diterajui di sekolah disebabkan pelbagai
manfaatnya. Menurut McLoughlin dan Luca (2006), banyak kajian mendapati bahawa
pentaksiran ini lebih menyeronokkkan murid dan menjimatkan masa guru. Guru boleh
mengambil manfaat dengan perkembangan ini bagi melicinkan proses pentaksiran yang
dijalankan di sekolah.

12

Anda mungkin juga menyukai