Contoh
Contoh
___________________________________________________________________
BMK 3033
KETERAMPILAN MEMBACA
KUMPULAN: A
Bahagian A
1.0 Pengenalan 3
3.0 Kesimpulan 18
Bahagian B 19
Bibliografi 30
2
1.0 Pengenalan
Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk
menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan
yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Taksonomi
dalam bidang pendidikan sejak lahirnya kurikulum memberi kesedaran kepada para guru
bahawa tujuan pembelajaran harus dirumuskan sebelum proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung. Tujuan pembelajaran perlu diketahui oleh para pelajar bagi mengenal pasti
pembelajaran yang penting dan mana yang tidak penting. Keperluan kepada pembangunan
taksonomi berkaitan pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Apabila setiap guru memahami
kegunaan rumusan tujuan ini maka guru dapat mengajar secara efektif. Ada yang berpendapat
bahawa jika hasil pendidikan merupakan sesuatu yang penting tetapi ia tidak dapat diukur
jadi tujuan itu yang harus diubah.
Menurut Retno Utari dalam Apa dan Bagaimana Menggunakan Taksonomi Bloom
menyatakan bahawa taksonomi berasal daripada dua perkataan dalam bahasa Yunani iaitu
tassein yang bererti mengklasifikasikan dan nomos yang bermakna aturan. Taksonomi
merupakan hierarki yang klasifikasi atas prinsip dasar atau aturan. Benjamin Samuel Bloom
iaitu seorang psikologi dalam bidang pendidikan menggunakan istilah ini dan kemudian
melakukan penelitian dan pengembangan mengenai kemampuan berfikir dalam proses
pembelajaran. Bloom, lahir pada 21 Februari 1913 di Lansford, Pennsylvania dan
melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang pendidikan dari The University of
Chicago pada tahun 1942.
Beliau juga sebagai perunding dan aktivis antarabangsa dalam bidang pendidikan dan
berjaya membuat perubahan besar dalam sistem pendidikan di India. Beliau menubuhkan The
International Association for the Evaluation of Educational Achievement, the IEA dan
membangunkan the Measurement, Evaluation, and Statistical Analysis (MESA) program di
University of Chicago. Bloom pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Research and
Development Committees of the College Entrance Examination Board dan The President of
3
the American Educational Research Association. Bloom meninggal dunia pada 13 September
1999.
Sejarah taksonomi Bloom bermula ketika awal tahun 1950-an, dalam Persidangan
Persatuan Psikologi Amerika, Bloom dan kawan-kawan mengemukakan bahawa penaksiran
hasil pembelajaran yang banyak disusun di sekolah, peratusan soalan yang diajukan hanya
meminta pelajar menyatakan apa yang mereka hafal sahaja. Persidangan tersebut merupakan
lanjutan dari persidangan yang dilakukan pada tahun 1948. Menurut Bloom, teknik
menghafal sebenarnya merupakan peringkat rendah dalam kemampuan berfikir. Terdapat
banyak peringkat atau tahap yang lebih tinggi yang harus dicapai agar proses pembelajaran
dapat menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidangnya.
Pada tahun 1956, Bloom, Englehart, Furst, Hill dan Krathwohl memperkenalkan
Taksonomi Bloom atau konsep kemampuan berfikir. Taksonomi Bloom adalah struktur
hierarki yang mengenal pasti kemahiran dari peringkat yang rendah sehingga peringkat yang
tinggi. Bagi mencapai ke peringkat yang lebih tinggi, terlebih dahulu peringkat yang rendah
perlu dipenuhi. Benjamin Bloom (1956) telah mengklasifikasikan aras tingkah laku
keintelektualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain
afektif, dan domain psikomotor dalam tujuan pendidikan ini.
Dalam domain kognitif, Blooms telah mengidentifikasikan enam aras kognitif iaitu;
aras pengetahuan, aras, kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras
penilaian. Adalah didapati keenam-enam arah domain kognitif didapati relevan dalam
membentuk objektif dalam melaksanakan program pembangunan pelajar. Aras Pengetahuan
memerlukan seseorang itu mengingati dan mengeluarkan maklumat berbentuk fakta yang
telah diperoleh hasil daripada pembelajaran yang telah berlaku. Dalam aras ini seseorang itu
berupaya untuk mengidentifikasikan, menyenaraikan, menerangkan, memberitahu dan
sebagainya.
4
Aras Analisis memerlukan seseorang itu merungkaikan bahagian atau meneliti (bagi
memahami sesuatu struktur) hasil daripada pembelajaran yang telah diperoleh. Dalam aras ini
seseorang itu, berupaya membuat analisis, membuat banding beza, membuat perbandingan,
mengklasifikasikan, menyusun dan sebagainya. Aras Sintesis memerlukan seseorang itu
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk mencantumkan elemen-elemen yang
telah dipelajari. Dalam aras ini seseorang itu berupaya mencantumkan, menyusun semula,
mengganti, mencipta, mereka bentuk, dan sebagainya. Aras Penilaian memerlukan seseorang
itu membuat penghakiman ataupun penilaian berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Dalam
arah ini seseorang itu berupaya membuat kesimpulan, menerangkan, mengukur,
membanding, rumusan, keputusan dan sebagainya. Dalam Rajah 1 di bawah terdapat aras
kognitif domain.
5
No Kategori Penjelasan Kata kerja kunci
6
mengakui keseimbangan antara
7
2 Persiapan Kemampuan untuk mempersiapkan Memulai, mengawal, membantu,
diri, baik dari segi mental, fizikal, memperlihatkan mempersiapkan
dan emosi, dalam menghadapi diri, menunjukkan.
sesuatu. Contoh: melakukan
pekerjaan yang sesuai, menerima
kelebihan dan kekurangan
seseorang.
8
Contoh: Melakukan perubahan memodifikasi.
secara cepat dan tepat terhadap
kejadian tak terduga tanpa merosak
pola yang ada.
Pada tahun 1994, salah seorang murid Bloom, Lorin Anderson Krathwohl dan para ahli
psikologi aliran kognitif memperbaiki taksonomi Bloom agar sesuai dengan kemajuan
zaman. Hasil daripada penambahbaikan tersebut barulah diterbitkan pada tahun 2001 dengan
nama Revisi Taksonomi Bloom. Semakan semula hanya dilakukan pada domain kognitif.
Semakan semula tersebut meliputi perubahan kata kunci dari kata benda menjadi kata
kerja untuk setiap tahap taksonomi dan perubahan hampir terjadi pada semua tahap hierarki,
namun urutan tahap masih sama iaitu dari peringkat yang terendah hingga tertinggi.
Perubahan pada tahap 5 dan 6. Perubahan- perubahan tersebut dapat dijelaskan sebagai
berikut:
Pada tahap 5, synthesis menjadi level 6 tetapi dengan perubahan mendasar, iaitu
creating (mencipta).
9
Pada tahap 6, Evaluation menjadi level 5, dengan sebutan evaluating (menilai).
Jadi, Taksonomi Bloom baru versi Kreathwohl pada domain kognitif terdiri dari enam
tahap: remembering (mengingat), understanding (memahami), applying (menerapkan),
analyze (menganalisis, mengurai), evaluating (menilai) dan creating (mencipta). Dapat dilihat
dalam Rajah 2 di bawah.
Sama dengan sebelum Revisi, tiga tahap pertama (terbawah) merupakan Lower Order
Thinking Skills, dan tiga tahap berikutnya Higher Order Thinking Skill. Jadi, dalam
menginterprestasikan piramid di atas, secara logiknya adalah sebagai berikut:
Sebelum kita memahami sebuah konsep maka kita harus mengingati terlebih dahulu.
10
Sebelum kita menganalisis maka kita harus menerapkan dulu.
Sebelum kita mereka atau menciptakan sesuatu, maka kita harus mengingat,
memahami, mengaplikasikan, menganalisis dan menilai.
Benjamin Bloom (1956) telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam
pembelajaran kepada tiga domain iaitu, domain kognitif, domain afektif dan domain
psikomotor. Domain kognitif Bloom dikelaskan kepada enam jenis kemahiran berfikir (Meyer,
1988; Som et al., 1998; Widad dan Kandar, 2006). Kemahiran berfikir aras rendah terdiri
daripada pengetahuan, kefahaman dan aplikasi, manakala kemahiran berfikir aras tinggi pula
terdiri daripada analisis, sintesis dan penilaian (Tee et al, 2009a).
Taksonomi Bloom boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, domain kognitif, domain afektif
dan domain psikomotor.
a) Domain Kognitif
Pengetahuan
Pemahaman
Penerapan
Analisis
Sintesis
Penilaian
b) Domain Afektif
Penerimaan
Gerak balas
Penilaian
11
Organisasi
Pembentukan Pola Hidup
c) Domain Psikomotor
Persepsi
Persiapan
Gerak Balas Berpandu
Gerak Balas Automatik
Penyesuaian Pola Gerakan
Kreativiti
12
kehidupan yang nyata pada menyesuaikan,
suatu khusus atau masalah menghasilkan,
yang baru. membandingkan,
Contohnya, menggunakan memisahkan,
aturan dalam menghitung gaji menghubungkan dan
pegawai. menemukan.
4 Analisis Memerlukan seseorang itu Menganalisis,
merungkaikan bahagian atau membezakan,
meneliti hasil daripada membandingkan,
pembelajaran yang telah menghubungkan,
diperoleh. menunjukkan hubungan,
Contohnya, menganalisis memilih dan
penyebab peningkatan mempertentangkan.
penjualan harga rokok dengan
membahagikan kepada
beberapa komponen.
5 Sintesis Kemampuan untuk Mengkategorikan,
menempatkan bahagian- mengintegrasikan,
bahagian bersama-sama untuk menyusun semula,
membentuk unik baru atau menyalin semula,
koheren. menghubungkan dan
Contohnya, menyusun merancang.
kurikulum dengan
mengintegrasikan pendapat
dari beberapa sumber.
6 Penilaian Kemampuan untuk menilai Mengulang kaji,
sesuatu berdasarkan kepada membandingkan,
norma, acuan atau kriteria. menyimpulkan,
Contohnya, membandingkan mengkritik,
hasil ujian siswa dengan mempertahankan,
skema jawapan. menghasilkan dan
menyesuaikan.
13
DOMAIN AFAKTIF – SIKAP
BIL KATEGORI HURAIAN KUNCI KATA KERJA
1 Penerimaan Kemampuan untuk Menanyakan, mengikuti,
menunjukkan penghargaan memberi, menahan,
kepada orang lain. mengendalikan diri dan
Contohnya, mendengar menjawab.
pendapat orang lain dan
mengingati nama seseorang.
2 Gerak Balas Kemampuan untuk bersifat Menjawab, membantu,
aktif dalam pembelajaran dan memenuhi, menyetujui,
sentiasa motivasi untuk segera melakukan, memilih,
bereaksi dan mengambil melaporkan,
tindakan atas sesuatu menceritakan, menulis dan
kejadian. menyelesaikan.
Contohnya, aktif dalam kelas.
3 Penilaian Kemampuan untuk Menunjukkan,
membezakan perkara yang membezakan, meminta,
baik dengan perkara yang mengikuti, memenuhi,
tidak baik terhadap sesuatu menjelaskan, membentuk,
kejadian dan nilai tersebut melaksanakan,
diamalkan dalam tingkah mengusulkan,
laku. melaporkan,
Contohnya, mengusulkan membenarkan,
kegiatan Corporate Social menyatakan dan
Responsibility yang sesuai mempertahankan
dengan nilai yang berlaku dan pendapat.
komitmen dalam perusahaan.
4 Organisasi Kemampuan untuk Mentaati, mematuhi,
membentuk sistem nilai dan merancang, mengatur,
budaya dalam organisasi mengkombinasikan,
dengan membezakan nilai. merumuskan,
Contohnya, mengikuti etika menyamakan,
14
profesion dan mengakui menggabungkan,
perlunya keseimbangan antara memperbaiki,
kebebasan dengan menyepakati, menyatukan
tanggungjawab. pendapat,, melengkapi,
membandingkan dan
menjelaskan.
5 Pergerakan Pola Kemampuan untuk Melakukan,
Hidup mengendalikan tingkah laku melaksanakan,
berdasarkan nilai yang memperlihatkan
dimiliki dan memperbaiki perbezaan, memisahkan,
hubungan intrapersonal, mendengarkan,
interpersonal dan social. mempraktikkan,
Contohnya, menunjukkan rasa mengusulkan,
keyakinan dalam diri semasa memperbaiki, membatasi,
bekerja dan koperatif dalam menyatakan, bertindak,
aktiviti berkumpulan. membuktikan dan
mempertimbangkan.
15
kelebihan dan kelemahan
seseorang.
3 Gerak Balas Kemampuan untuk Meniru, mentafsir,
Berpandu memulakan keterampilan mengikuti, mencuba,
yang kompleks dengan mengerjakan, membuat,
bantuan dan bimbingan memperlihatkan,
berdasarkan kepada ujian. memasang dan beraksi.
Contohnya, mengikuti segala
arahan.
4 Gerak Balas Kemampuan untuk Membangun, memasang,
Automatik melakukan kegiatan pada membongkar,
tahap keterampilan yang lebih memperbaiki,
sukar. Melalui tahap ini mengerjakan,
diharapkan siswa akan biasa menggunakan,
melakukan rutin hariannya. mengendalikan,
Contohnya, menggunakan mempercepat dan
komputer. menangani.
5 Penyesuaian Pola Kemampuan untuk Mengubah,
Gerakan mengembangkan keahlian dan mengadaptasikan,
membuat pola sesuai dengan menyusun semula dan
yang diperlukan. merancang semula.
Contohnya, melakukan
perubahan secara cepat dan
tepat terhadap kejadian yang
tidak disangka tanpa
mengubah pola.
6 Kreativiti Kemampuan untuk Merancang, membangun,
menciptakan pola baru yang menciptakan dan
sesuai dengan keadaan dan membuat.
juga kemampuan untuk
mengatasi masalah dengan
menunjukkan kreativiti
sendiri.
16
Contohnya, membuat formula
baru, inovasi dan produk
baru.
Kekuatan terbesar taksonomi Bloom adalah taksonomi tersebut mengangkat topik yang sangat
penting yang berkaitan dengan proses berfikir dan menempatkan sebuah struktur yang
bermanfaat bagi para pendidik. Banyak guru yang menggunakan kaedah ini semasa belajar dan
mengajar secara terangsang dengan menghubungkannya dengan pelbagai tingkat yang terdapat
pada taksonomi Bloom. Hal ini akan dapat memastikan semua guru dapat menjalankan tugas
dengan baik terutamanya untuk mewujudkan kemampuan berfikir dengan tingkat keteraturan
yang lebih tinggi sekiranya dibandingkan dengan guru lain yang tidak mempunyai alat bantuan
mengajar yang lain.
Pada tahun 1994, salah seorang murid Bloom iaitu, Lorin Anderson Krathwohl dan para ahli
psikologi aliran kognitif telah membaik pulih Bloom agar sesuai dengan kemajuan zaman.
Hasil daripada pembaikan taksonomi Bloom tersebut baru dipamerkan pada tahun 2001
dengan nama Revisi Taksonomi Bloom. Revisi ini hanya dilakukan pada domain kognitif
sahaja. Revisi tersebut merangkumi:
i. Perubahan pada kata kunci daripada kata sifat menjadi kata kerja untuk setiap peringkat
taksonomi.
ii. Perubahan hampir berlaku pada semua peringkat hierarki namun, urutan level masih
sama iaitu daripada urutan terendah kepada urutan tertinggi. Perubahan yang ketara
terletak pada peringkat 5 dan 6.
17
Pada level 5, synthesis dinaikkan peringkatnya menjadi level 6 tetapi dengan perubahan
mendasar, iaitu creating (mencipta).
Jadi, Taksonomi Bloom baru versi Kreathwohl pada domain kognitif terdiri daripada
enam level iaitu, remembering (mengingat), understanding (memahami), applying
(menerapkan), analyzing (menganalisis, mengurai), evaluating (menilai) dan creating
(mencipta). Revisi Krathwohl ini sering digunakan untuk merumuskan tujuan belajar yang
sering kita kenal dengan istilah C1 sampai dengan C6.
3.0 Kesimpulan
Pembaharuan dilakukan terhadap taksonomi Bloom iaitu, perubahan dari kata benda
(dalam taksonomi Bloom) menjadi kata kerja (dalam taksonomi baru). Perubahan ini dibuat
agar ianya sesuai dengan tujuan-tujuan pendidikan. Tujuan-tujuan pendidikan beranggapan
bahawa para pelajar akan dapat melakukan sesuatu berdasarkan kepada kata benda dan kata
kerja. Pembaharuan dilakukan oleh Kratwohl dan Anderson yang membahagikan taksonomi
kepada mengingat (remember), memahami (understand), mengaplikasikan (apply),
menganalisis (analyze), menilai (evaluate) dan mencipta (create).
18
Bahagian B
Empayar Rome Barat mengalami kejatuhan dan akhirnya lenyap pada abad ke-5.
Pemerintahan empayar Rome Barat ketika itu Augustus Romeulus gagal untuk
mempertahankan kemantapan Empayar Rome Barat akhirnya telah mengundung kepada
keruntuhan Empayar Rome Barat di Eropah. Namun, selain faktor pentadbiran empayar
mengundang kapada kejatuhan Empayar Rome Barat sebenarnya terdapat satu lagi faktor
yang turut mempercepatkan kejatuhan Empayar Rome Barat iaitu serangan orang Gasar.
Orang Gasar atau orang berbarisan merupakan gelaran yang diberikan kepada satu
masyarakat manusia yang tidak bertamadum. Kehidupan masyarakatnya kea rah keganasan
membawa kepada kehidupan yang kucar-kacir. Antara ciri-ciri orang Gasar ialah:
1) Gemar berperang antara ras dan suku: Semua suku dan ras bermusuhan dan saling
memerangi tanpa henti. Setiap masyarakat berperang atas nama dewa dan patung
ciptaan mereka masing-masing.
2) Kehidupan bersifat kekerasan: Dalam masyarakat pagan, mengobarkan
pertumpahan darah, penderitaan, dan penyeksaan dipandang sebagai tindakan
heroik yang menyenangkan “dewa-dewa perang” mereka.
Menjelang keruntuhan empayar Rome, ia telah diterajui oleh dua orang pemerintah
iaitu Dioletion (284M-305M) dan Constantine (324M-337M), pada asalnya untuk
mengukuhkan Empayar Rome, tetapi akhirnya dianggap membebankan dan seterusnya telah
membawa kepada kejatuhan Empayar Rome. Pemerintahan Rome terakhir, Romeulus Agustus
(476M), turut tidak dapat mengembalikan pada zaman pax Romana iaitu zaman kegemilangan
Rome.
19
Terdapat pelbagai faktor yang dikemukakan oleh sejarawan mengenai kejatuah
Empayar Rome termasukklah faktor faktor politik, ekonomi dan sosial. Malah, ada juga
dinyatakan berlaku kekeliruan yang mana terdapatnya faktor lain yang turut dikemukakan
dalam mentafsirkan sebab dan alas an di sebalik kejatuhan empayar ini.
Pada tahun 378M, golongan tersebut bersedia untuk mengalahkan Rome. Alaric
mengumpul semua tentera pada tahun 410M, Rome berjaya ditawan dan Gaul (Perancis) dan
Itali. Di bawah pemerintahan yang lemah (anak Honorius dan Arcaduis) dalam masa dua
tahun setengah Empayar Rome hanyut dan jauh terpisah serta berlaku keadaan huru-hara di
tengah empayar Rome. Utara Gaul pernah diduduki oleh Franks, Alamans dan Burgandians.
Sementara Vandal dan sekutunya mengambil Aquitaine dan Sepanyol.
Serangan orang-orang Gasar ini dilakukan dengan pelbagai cara. Mereka telah
memusnahkan kebudayaan Rome. Ia bermula dari zaman Augustus apabila ia mengambil
orang-orang Gasar untuk menjadikan mereka tentera. Secara tidak langsung, mereka
mempercepatkan proses kejatuhan Empayar Rome. Anglo Saxon (suku kaum Jerman) yang
membantu pembentukan Britain moden hari ini, mengambil alih England daripada Rome dan
menguasai penduduk awal England iaitu Briton.
Menjelang akhir abad ke-5M, kerajaan Rome lenyap dalam empayar Rome Barat
mulai diserap denga unsur-unsur Kristian. Kedudukannya diambil alih oleh beberapa kerajaan
20
orang-orang Gasar, antaranya Visigoth di Sepanyol (410M), Vandals di Afrika (439), Franks
di Perancis di bawah Clovis I (481M-511M) dan Anglo Saxon di England.
21
kecil.
4. Terdapat golongan masyarakat yang Analisis Perbandingan
mendiami sempadan Rome pada abad ke- masyarakat yang
3M iaitu: mendiami
I- Moors atau barbar di Afrika. sempadan Rome
II- Arab dan Parsi di Asia Barat. pada abad ke-3M.
III- Caspian dan orang nomad Ural Alttaic.
IV- Gaul dan Itali
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II dan III
D. III dan IV
22
Soalan struktur
1. Senaraikan faktor yang menyebabkan Kefahaman Faktor Rome jatuh
kejatuhan Rome Barat.
i. ………………..
ii. ……………......
iii. ………………..
2. Huraikan ciri-ciri orang Gasar yang Analisis Ciri orang Gasar
menunjukkan gelaran yang diberikan kepada
masyarakat manusia yang tidak bertamadun.
i. …………………
ii. ………………...
3. Nyatakan masyarakat yang mendiami Pengetahuan Kelompok
sempadan Rome pada abad ke 3M. masyarakat
i. …………………
ii. ………………....
iii. …………………
iv. ………………...
v. ………………...
4. Cara serangan yang dilakukan oleh orang- Aplikasi Serangan orang
orang gasar. Gasar
i. ………………..
ii. ……………….
iii. ………………..
5. Apakah yang berlaku kepada empayar Rome Pengetahuan Peristiwa yang
semasa dibawah pemerintahan anak berlaku semasa
Honorius dan Arcaduis? pemerintahan
i. ……………….. Honorius dan
ii. ……………….. Arcaduis
iii. ………………..
6. Senaraikan kerajaan yang mengambil alih Analisis Kerajaan yang
kedudukan empayar Rome Barat pada akhir mengambil alih
abad ke-5M. empayar Rome
i. ……………….
23
ii. ……………….
iii. ……………….
iv. ……………….
Soalan esei
1. Huraikan kehidupan masyarakat orang gasar Kefahaman Kebudayaan
atau barbarian yang menunjukkan sebuah kehidupan orang
masyarakat yang tidak bertamadun. Gasar yang tidak
bertamadun
2. Orang Huns dianggap sebagai penentang Analisis Faktor penentangan
kepada kemajuan oleh Peradaban Rome. orang Huns
Bincangkan.
3. Terangkan serangan orang-orang gasar yang Pengetahuan Perubahan Eropah
telah membawa Eropah ke zaman ke zaman
pertengahan awal. pertengahan
24
ii. Pentadbiran yang lemah
iii. Serangan orang Gasar.
2. Huraikan ciri-ciri orang Gasar yang menunjukkan gelaran yang diberikan kepada
masyarakat manusia yang tidak bertamadun.
i. Gemar berperang perang antara ras dan suku.
ii. Kehidupan bersifat kekerasan.
5. Apakah yang berlaku kepada empayar Rome semasa dibawah pemerintahan anak
Honorius dan Arcaduis?
i. Empayar Rome hanyut dan jauh terpisah
ii. Berlaku keadaan huru-hara di tengah empayar Rome
iii. Utara Gaul pernah diduduki oleh Franks, Alamans dan Burgandians
iv. Vandal dan sekutunya mengambil Aquitaine dan Sepanyol
6. Senaraikan kerajaan yang mengambil alih kedudukan empayar Rome Barat pada akhir
abad ke-5M.
i. Visigoth di Sepanyol (410M)
ii. Vandals di Afrika (439M)
iii. Franks di Perancis di bawah Clovis I (481M-511M)
iv. Anglo Saxon di Englan
25
Rubrik jawapan bagi soalan kefahaman subjektif esei
1. Huraikan kehidupan masyarakat orang gasar atau barbarian yang menunjukkan
sebuah masyarakat yang tidak bertamadun.
- Kehidupan masyarakatnya ke arah keganasan membawa kepada kehidupan kucar-
kacir.
-Gemar berperang antara ras dan suku iaitu semua suku dan ras bermusuhan dan
saling memerangi tanpa henti.
-Setiap masyarakat berperang atas nama dewa dan patung ciptaan mereka masing-
masing.
-Kehidupan mereka bersifat kekerasan
-Dalam masyarakat pagan, mengorbankan pertumpahan darah, penderitaan, dan
penyiksaan dipandang sebagai tindakan heroik.
2. Orang Huns dianggap sebagai penentang kepada kemajuan oleh Peradaban Rome.
Bincangkan.
-Orang huns dianggap sebagai penentang kemajuan
-Mereka hidup secara kuno
-Kehidupan mereka sangat membahayakan
-Mempunyai bentuk fizikal yang sering digambarkan sebagai sangat hodoh, buruk
dan menjijikkan
26
4. Apakah yang anda faham tentang Rome. Bincangkan.
- merupakan suatu peradaban yang tumbuh daripada sebuah komuniti pertanian yang
kecil.
- dalam abad ke-12 peradaban Rome beralih daripada sebuah pemerintahan beraja
kepada sebuah republik.
-empayar Rome menguasai Eropah Barat dan seluruh kawasan yang mengelilingi Laut
Mediterranean melalui penaklukan dan asimilasi.
-empayar Rome akhirnya merosot apabila wilayahnya seperti Hispania, Gaul, dan Itali
berpisah menjadi kerajaan merdeka.
5. Kejatuhan Rome barat adalah disebabkan oleh serangan orang Gasar. Huraikan.
- bermula dari zaman Augustus apabila ia mengambil orang-orang Gasar untuk
menjadikan mereka merdeka.
- orang Gasar terbahagi kepada lima suku iaitu Goths, Huns, Vandals, Franks dan
Lombards.
- orang Gasar menyerang Rome pada tahun 378M.
- Alaric mengumpul semua tentera pada tahun 410M, Rome berjaya ditawan.
- dalam masa setengah empayar Rome hanyut dan jatuh terpisah serta berlaku keadaan
huru-hara.
- menjelang akhir abad ke-5M kerajaan Rome lenyap.
27
Skala bagi Soalan Struktur
Skala
1 Lemah
2 Sederhana
3 Baik
4 Cemerlang
Skala
Soalan 1 2 3 4
28
Skala bagi Soalan Esei
Skala
1 Lemah
2 Sederhana
3 Baik
4 Cemerlang
Skala
Soalan 1 2 3 4
29
BIBLIOGRAFI
Anderson, L.W, & Krathwohl, D.R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching, and
Assessing: A Revision of Bloom's Taxonomy of Educational Objectives. New York:
Longman
Anwar Ridhwan. (6 Januari 2015). Budaya Hidup Tentukan Nasib Alam Sekitar. Berita
Harian Online. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/node/27354
Imam Gunawan et al., (2008). Taksonomi Bloom – Revisi Ranah Kognitif: Kerangka
Landasan untuk Pembelajaran, Pengajaran dan Penilaian. Diambil daripada
https://akhmadsudrajat.files.wordpress.com/2008/01/revisi-taksonomi-bloom.pdf
Mohd Hashim Othman (2006). Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Mereka Bentuk Program
Pembangunan Pelajar. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Diambil daripada
http://eprints.utm.my/513/1/MohamadHashimOthman2006_Aplikasitaksonomibloomsda
lammerekabentuk.pdf
Retno Utari. (15 April 2015). Taksonomi Bloom: Apa dan Bagaimana Menggunakannya?.
Diambil daripada http://www.bppk.depkeu.go.id/webpkn/attachments/766_1-
Taksonomi%20Bloom%20-%20Retno-ok-mima.pdf
Suppiah Nachiappan (2013). Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan
Interpretasi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
30
Tee et al., (2011). Pembangunan dan Penilaian Kualiti Modul Pembelajaran Kendiri
Kemahiran Berfikir dan Peta Minda Buzan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Diambil daripada http://eprints.uthm.edu.my/3331/1/5.pdf
31