Adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya
disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak
dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang
diharamkan.
Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh
sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah
digariskan oleh Syara' untuk kita melakukannya ialah menghidupkan
malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti
mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan
sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan
melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.
Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak
akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian
besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.
Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita
lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan
'Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir
dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari
malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram
sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala:
Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd Radhiallahu
'anhum bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan mandi
pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh
Ibnu Majah.
6. Mengucapkan tahniah
Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka
sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah
antara satu sama lain dengan mengucapkan:
7. Ziarah menziarahi
Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali
saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang
sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga
sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di
dalam Islam.