Anda di halaman 1dari 9

Topikȱ X Konsep-

konsep Asas
7 Sains Sosial
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan pengertian konsep institusi sosial;
2. Menjelaskan organisasi dan struktur sosial;
3. Menghuraikan erti budaya dan nilai sosial; dan
4. Memerihalkan konsep interaksi sosial.

X PENGENALAN
Topik ini menghuraikan pengertian konsep-konsep asas dalam bidang sains
sosial, khususnya yang digunakan dalam sosiologi dan antropologi sosial dan
budaya  institusi sosial, struktur sosial, organisasi sosial, budaya, nilai sosial
dan interaksi sosial. Memandangkan bidang sains sosial mengkaji masyarakat
dan budaya, pemahaman tentang konsep-konsep ini adalah penting kerana sains
sosial menggunakan konsep-konsep ini dalam menjelaskan tentang masyarakat
dan budaya.

AKTIVITI 7.1

Sebelum anda meneruskan dengan pembacaan anda, nyatakan


apa yang anda faham dengan istilah sains sosial dan konsep-
konsep sains sosial yang dijelaskan di bawah. Bandingkan
pandangan anda dengan penjelasan yang diberikan di bawah.
62 X TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL

7.1 INSTITUSI SOSIAL


Suatu sistem status, rol dan norma yang berhubung kait dan dicipta untuk
memenuhi keperluan dan/atau fungsi sosial yang penting. Rol dan norma
institusi tersebut menentukan tingkah laku sosial yang diperlukan untuk
memenuhi beberapa keperluan asas dari segi sosial. Ekonomi, pendidikan,
sistem politik, agama (sistem kepercayaan) dan kekeluargaan adalah institusi
sosial utama dalam masyarakat.

AKTIVITI 7.2

Mengapakah institusi sosial merupakan konsep penting dalam


sains sosial dan usaha memahami masyarakat dan budaya?
Bincangkan secara kritis berasas pengalaman anda. Sejauh
manakah anda bersetuju dengan pendapat bahawa kewujudan
institusi sosial adalah perlu bagi kestabilan dan penerusan
sesuatu masyarakat?

7.2 STRUKTUR SOSIAL


Struktur sosial merupakan pola interaksi sosial yang membentuk budaya.
Struktur sosial dikatakan sebagai tulang, manakala budaya merupakan daging
yang meliputi tulang tersebut. Ia wujud dalam masyarakat sebagai satu
rangkaian yang kompleks dalam hubungan sosial yang berkekalan yang
menyatukan kelompok sosial kepada unit yang lebih luas. Ia adalah komponen
dalam masyarakat yang disusun dengan teratur untuk membentuk sesuatu
kesepaduan yang sistematis. Komponen utamanya ialah sistem, norma, status,
rol, interaksi, dan kelompok. Bagi ahli antropologi sosial, stuktur sosial adalah
satu alat analisis, suatu konstruk yang dibina untuk membantu kita memahami
tingkah laku manusia dalam kehidupan sosial mereka. Perubahan pada struktur
sosial sesuatu masyarakat boleh membawa perubahan kepada bahagian-
bahagian lain dalam masyarakat tersebut.

AKTIVITI 7.3

Salah satu daripada hubungan sosial masyarakat Melayu desa


adalah diasaskan kepada sistem derau atau gotong-royong.
Apabila sistem ini tidak wujud lagi, apakah perubahan yang telah
berlaku kepada masyarakat tersebut?
TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL W 63

7.3 ORGANISASI SOSIAL


Organisasi sosial ialah satu tindakan yang tersusun, satu susunan kerja sesuatu
masyarakat, satu proses penyusunan sesuatu tindakan dan hubungan tindakan
tersebut dengan sesuatu matlamat sosial yang diterima umum. Ia adalah sesuatu
aktiviti sosial yang jitu yang juga dianggap sebagai satu aspek bekerjasama yang
paling asas, satu koordinisasi tingkah laku setiap imdividu ke arah matlamat
sosial dan ekonomi yang tertentu (Norazit Selat, 1993). Organisasi sosial boleh
juga dianggap sebagai salah satu daripada cara manusia mengurus perjalanan
masyarakatnya.

AKTIVITI 7.4

Adakah sistem derau merupakan suatu organisasi sosial? Apakah


persamaan dan perbezaan di antara konsep struktur sosial dan
organisasi sosial?

7.4 BUDAYA
Terdapat beberapa definisi budaya, tetapi kalau kita teliti dengan mendalam
setiap definisi itu menyentuh tentang manusia dan perlakuannya secara umum
dan spesifik dalam masyarakat:

(a) E. B. Tylor
Keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu, kepercayaan,
kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain. Kebolehan
dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

(b) L. Kroeber & C. Kluckhohn


Budaya terdiri daripada pola tingkah laku tersurat dan tersirat yang
diperolehi dan ditransmisi oleh simbol. Budaya adalah pencapaian
kelompok manusia termasuk artifak atau barangan seninya. Teras budaya
terdiri daripada idea tradisional yang ditentukan melalui sejarah serta nilai
yang dikaitkan dengannya.
64 X TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL

7.4.1 Integrasi Budaya


Menyatupadukan elemen atau unsur budaya yang berkonflik supaya
diwujudkan satu keseluruhan atau satu unit yang berharmoni dan bersepadu.
Nilai, norma dan adat di dalam sesuatu budaya yang kukuh integrasinya akan
menyokong antara satu sama lain dan memperkuatkan lagi kesepaduan tersebut.

7.4.2 Variasi Budaya


Variasi Budaya boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah:

(a) Sub-Budaya
Sub-budaya merupakan satu segmen masyarakat yang berkongsi pola
norma (folkways, mores, adat dan undang-undang) serta kepercayaan dan
nilai tertentu, yang berbeza dalam beberapa aspek daripada pola budaya
masyarakat luas. Misalnya budaya masyarakat Melayu desa berbeza dalam
beberapa perkara daripada budaya masyarakat Melayu umumnya. Ia juga
boleh merupakan budaya sesuatu komuniti yang menolak norma, nilai dan
kepercayaan asas budaya masyarakat luas. Sub-budaya ini dikenali sebagai
counterculture. Misalnya komuniti Al-Arqam yang wujud di Malaysia
pada satu ketika dahulu mengamalkan beberapa norma dan nilai yang
berbeza dengan amalan masyarakat luas.

(b) Kejutan Budaya


Kejutan yang dirasai oleh seseorang apabila terdedah buat kali pertama
kepada sesuatu masyarakat yang mempunyai budaya yang berbeza. Oleh
kerana budaya masyarakat itu, sama ada dari segi material atau bukan
material, begitu berbeza daripada budayanya ia mendapati dirinya sukar
untuk berinteraksi dan menyesuaikan diri dalam masa yang singkat
dengan budaya masyarakat tersebut. Ia memerlukan masa untuk
disosialisasikan ke dalam masyarakat tersebut. Misalnya seorang Melayu
dari pedalaman yang tidak pernah terdedah kepada budaya Australia
berkunjung ke Melbourne buat pertama kali. Perasaan tidak selesa yang
dirasainya itu adalah satu bentuk kejutan budaya.

(c) Etnosentrisme
Etnosentrisme ialah perasaan yang terdapat pada diri seseorang bahawa
budayanya itu adalah lebih baik daripada budaya masyarakat lain.
Perasaan ini kemudiannya akan mempengaruhi tingkah laku individu
tersebut dalam perhubungannya dengan anggota masyarakat lain.
Lazimnya tingkah lakunya akan berbentuk negatif dari segi fizikal atau
verbal terhadap mereka. Dalam setiap masyarakat atau komuniti sudah
TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL W 65

pasti ada anggotanya yang mempunyai kecenderungan untuk menjadi


etnosentrik atau memandang rendah ahli masyarakat lain.

(d) Budaya Material


Semua objek fizikal (trait budaya material) yang direka cipta oleh manusia,
termasuk objek semula jadi yang diberikan makna dan berfungsi untuk
manusia. Ianya digunakan oleh manusia tetapi tidak dihasilkan atau
diubahsuai oleh manusia.

(e) Budaya Bukan Material


Trait budaya abstrak yang direka cipta oleh manusia seperti kemahiran
teknikal, norma, ilmu, bahasa dan sebagainya yang diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi.

7.5 NILAI SOSIAL


Konsepsi masyarakat tentang apa yang dianggap baik, diidamkan atau diingini,
sesuai (proper) dikenali sebagai nilai positif. Sebaliknya, apa yang dianggap
tidak baik, tidak diingini, tidak sesuai (improper) disebut sebagai nilai negatif.
Nilai sosial juga meliputi apa yang anggota masyarakat suka atau tidak suka,
penting atau tidak penting dan bermoral atau tidak bermoral. Wujud hubungan
langsung di antara nilai, norma dan isbat. Nilai juga boleh dibahagikan kepada
nilai khusus dan nilai umum. Isbat merupakan bentuk tindak balas masyarakat
terhadap mereka yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai sosial
yang positif.

7.5.1 Nilai Khusus


Konsep ini merujuk kepada sesuatu perkara tertentu yang dihargai oleh majoriti
anggota sesuatu masyarakat. Oleh itu, perkara itu akan diburu oleh anggota
masyarakat tersebut. Misalnya, menunaikan haji di Makkah adalah nilai khusus
yang terdapat pada penganut agama Islam dan mereka yang telah menunaikan
haji akan diberikan status yang tinggi dalam masyarakat, terutama sekali dalam
masyarakat Melayu Islam. Oleh itu kebanyakan orang Islam akan berusaha
menunaikan haji kerana perkara yang pertama akan mendorong mereka
berusaha sedaya upaya untuk berbuat demikian kerana bukan sahaja perlakuan
itu telah memenuhi tuntutan agama, tetapi juga mendapat imbuhan sosial dari
segi status dan penghormatan.
66 X TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL

7.5.2 Nilai Umum


Konsep ini merujuk kepada perkara-perkara umum dan abstrak yang dihargai
oleh majoriti anggota sesuatu masyarakat. Misalnya kesihatan dan demokrasi.
Kedua-dua perkara ini adalah umum dan abstrak dan dihargai oleh penduduk
Malaysia tidak mengira kaum atau agama. Seperti nilai khusus, ia juga akan
mempengaruhi tingkah laku anggota masyarakat. Begitu juga dengan
penghormatan terhadap ibu bapa dan usaha untuk mendapatkan ilmu serta
pendidikan tinggi. Dua perkara ini juga merupakan nilai umum yang dihayati
oleh semua golongan etnik.

7.5.3 Konflik Nilai


Konflik nilai berlaku apabila sesuatu nilai masyarakat yang diterima umum
tetapi tidak diterima oleh sesetengah golongan dalam masyarakat yang sama.
Misalnya, di Amerika Syarikat, egalitarianisme (nilai umum) yang diterima
dengan meluas sebagai nilai masyarakat jelas bertentangan dengan tingkah laku
sesetengah anggota masyarakat yang mirip ke arah rasisme. Bagi golongan ini,
mereka tidak boleh menerima egalitarianisme sebagai nilai yang perlu
dipelihara. Justeru nilai tersebut perlu ditentang. Pendirian ini telah
menyebabkan berlakunya pertentangan atau konflik nilai.

AKTIVITI 7.5
Bandingkan nilai sosial (positif dan negatif) kelompok etnik anda
dengan nilai sosial kelompok etnik lain. Huraikan bagaimana nilai
sosial kelompok etnik anda mempengaruhi tingkah laku anda.

7.6 INTERAKSI SOSIAL


Suatu proses sosial yang berlaku antara dua atau lebih individu dan kelompok.
Ia melibatkan tindakan saling balas membalas maklumat antara individu. Ia
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh tindakan orang lain. Ia juga mengambil
kira tingkah laku orang lain dan melibatkan jangkaan dan ramalan. Pola saling
jangkaan ini lama kelamaan akan menjadi norma. Ia turut melibatkan pelbagai
tatacara berkomunikasi seperti bahasa dan simbol. Ia membenarkan individu
bertukar-tukar makna dan fikiran melalui instrumen komunikasi ini. Inti pati
interaksi sosial ialah penukaran makna. Apabila sesuatu interaksi sosial
berlangsung buat beberapa lama dan membentuk pola ia dikenali sebagai
perhubungan sosial. Apabila interaksi sosial itu berterusan dalam masa yang
lama dan membentuk pola yang kekal, ia disebut sebagai hubungan sosial.
TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL W 67

Interaksi sosial, perhubungan sosial dan hubungan sosial juga dikenali sebagai
tingkah laku sosial. Masyarakat terus wujud kerana adanya pola yang
membenarkan anggotanya mengetahui apa yang patut mereka lakukan dan
meramal tingkah laku anggota lain. Meramal apa yang orang lain akan lakukan
di dalam sesuatu situasi adalah penting bagi setiap tingkah laku sosial.

AKTIVITI 7.6

1. Bincang kenapa kebolehan meramal tingkah laku orang lain di


dalam sesuatu situasi sosial penting bagi tingkah laku sosial.
2. Tanpa interaksi sosial, institusi sosial, struktur sosial, organisasi
sosial, budaya sosial dan nilai sosial tidak akan wujud. Sejauh
manakah anda bersetuju dengan pandangan tersebut?

 Sains sosial adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji masyarakat dan budaya
dengan menggunakan beberapa konsep asas.

 Institusi adalah suatu konsep asas sains sosial yang menjelaskan suatu sistem
status, rol, dan norma yang berhubung kait dan dicipta untuk memenuhi
keperluan dan fungsi sosial yang penting.

 Struktur sosial, suatu konsep asas sains sosial, adalah alat analisis yang
digunakan untuk membantu kita memahami tingkah laku manusia dalam
kehidupan sosial.

 Organisasi sosial ialah suatu aktiviti sosial, sesuatu tindakan dan hubungan
tindakan tersebut dengan sesuatu matlamat yang diterima umum.

 Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi


pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat
resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia
sebagai anggota masyarakat.

 Nilai sosial ialah perkara yang dianggap baik dan diidamkan atau
sebaliknya.
68 X TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL

 Interaksi sosial ialah suatu proses sosial yang melibatkan penukaran makna
antara dua atau lebih individu dan kelompok serta tindakan saling balas
membalas yang berorientasikan tindakan individu lain.

Adat Resam Kesenian


Agama Konflik Nilai
Antropologi Sosial/Budaya Matlamat Sosial
Budaya Nilai Khusus
Budaya Bukan Material (Mantifak) Nilai Sosial
Budaya Material (Artifak) Nilai Umum
Counter Culture Norma
Ekonomi Organisasi Sosial
Etnosentrisme Pendidikan
Fungsi Pengetahuan
Hubungan Sosial Politik
Ilmu Rol
Institusi Sosial Sains Sosial
Interaksi Sosial Sistem Sosial
Isbat Sosiologi
Kehidupan Sosial Status
Kejutan Budaya Struktur Sosial
Kekeluargaan Sub-Budaya
Kelompok Sosial Tingkah Laku Sosial
Kepercayaan Undang-Undang
Variasi Budaya
TOPIK 7 KONSEP-KONSEP ASAS SAINS SOSIAL W 69

George, A. & Achilles, G. T. (1969). A modern dictionary of sociology. London:


Methuen & Co. Ltd.

Norazit Selat. (1993). Konsep asas antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ting Chew Peh. (1997). Konsep asas sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai