Anda di halaman 1dari 3

Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain.

Tanpa
pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan
warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti
yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pernyataan di atas menggambarkan peranan utama yang diharap dapat dilaksanakan oleh
sistem pendidikan formal di Malaysia dalam membina bangsa yang bersatu dan moden. Situasi
ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam
mendidik anak bangsa menacapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai tahap
keprofesionalan yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu melahirkan
insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh dapat
disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar agar hasrat
untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya akan dapat dilakukan
sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya dalam usaha
memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta
membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi.

a. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum


Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan
tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan
kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan
amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat tertentu
yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada pertimbangan
akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan percakapan. Penerapan
watak nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup bertatahkan adab agar
pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.

Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya faham makna diri,
makna Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama. Dalam
pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menyusun
sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya, bergantung kepada kebijaksanaan
melaksanakan proses pedagogi dalam bilik darjah. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan
ko kurikulum sama ada bentuknya sukan dan permainan, kesenian dan persatuan, ianya
berkembang dalam batas nilai.

Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur
dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai
tambahan dan kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang
bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan
fokus utama dalam penerapan nilai. Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu,
maklumat dan ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan
penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai
sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina
insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya
boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah
sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan
dan sumber ikutan para pelajar.

b. Menyediakan Pendidikan Berkualiti


Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika masyarakatnya
mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di bidang pendidikan.
Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua.
Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana
pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang
terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang
dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar telah
tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains,
teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam
pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada
kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah
melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan,
antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan
organisasi berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini
memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53
berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

c. Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum


Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam mengembangkan lagi
bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam
menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang. Disiplin dalam organisasi, adab dalam
bersukan dan berseni menjadi aset yang penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa
kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan
suatu jambatan kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan
mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang.

Watak-watak berkeperibadian yang tinggi serta kepimpinan berasaskan nilai inilah secara tidak
langsung yang akan menghasilkan produk berkualiti untuk kemajuan negara pada masa akan
datang untuk meneroka kemajuan dan perubahan yang sifatnya membangun bukan
meruntuhkan. Inilah peranan utama guru yang mempunyai tahap profesianal yang tinggi dalam
pembentukan watak insan kamil demi kepentingan pembentukan negara bangsa.

d. Memupuk Kefahaman Yang Jelas Terhadap Islam Hadhari


Fokus terakhir teras membina Negara Bangsa dalah meupuk kefahaman yang jelas terhadap
Islam Hadhari. Strategi pelaksanaan fokus ini adalah “mempelbagai aktiviti untuk membimbing
pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan kehidupan.
Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada 10 aspek kehidupan seharian umat
Islam yang mengutamakan nilai-nilai murni, kasih sayang dan toleransi. Namun kefahaman
Islam Hadhari masih belum diterima sepenuhnya oleh masyarakat di Malaysia. Peranan guru-
guru di sekolah adalah perlu bagi memupuk kefahaman tentang Islam Hadhari kepada murid-
murid supaya Islam Hadhari tidak disalah tafsirkan oleh murid dan masyarakat umum.

Pelbagai aktiviti seperti seminar, ceramah dan kursus berkaitan Islam Hadhari telah diadakan
sepanjang tahun 2007 kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah bagi memupuk
kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari. Oleh demikian, setiap guru perlu menerapkan
kefahaman Islam Hadhari Merentas Kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran kepada
murid dan ianya tidak diajar sebagai mata pelajaran tersendiri. Oleh sebab itu, KPM telah
membekalkan buku panduan pengajaran dan pembelajaran Islam Hadhari untuk murid
Tingkatan 1 hingga 5 kepada semua guru. Bagi meningkatkan kefahaman mengenai Islam
Hadhari kepada pemimpin sekolah dan guru-guru, KPM juga telah memperbanyakkan bahan
bacaan mengenai Islam Hadhari seperti menerbitkan dan mengedarkan ke sekolah-sekolah
Buku Perancangan Strategik Lima Tahun Pendekatan Islam Hadhari, Buku Panduan
KBSR/KBSM berasaskan Islam Hadhari serta risalah-risalah mengenai Islam Hadhari. Harapan
KPM supaya kefahaman serta penerimaan warga guru sendiri terhadap Islam Hadhari dapat
ditingkatkan dan prinsip-prinsip Islam Hadhari dapat diamalkan dalam kehidupan masyarakat
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai