Anda di halaman 1dari 10

BAHAN BANTU MENGAJAR

PENGENALAN

 Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan
yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.
 Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis,
kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua
pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar.
 Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh
dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu

- bahan bantu mengajar bukan elektronik


- bahan bantu mengajar elektronik
- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
 Namun walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh
seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk

- memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat


verbalistik
- mengatasi keterbatasan ruang
- mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan
- mempersamakan pengalaman
- membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.

 Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran


sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan
kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar
yang mencukupi.
 Oleh yang demikian adalah jelas bahawa, bahan bantu mengajar adalah
faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,
menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu
dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.

 Pada masa sekarang penggunaan bahan bantu mengajar telah berkembang


dengan pesat dalam dunia pendidikan.

 Perkembangan ini amat ketara sekali disebabkan oleh kemajuan dalam


bidang sains dan teknologi.

 Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan


secara praktis dalam pengajaran dan pembelajaran.

 Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan teknologi dalam mencipta


peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyata
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh
guru dan juga dalam mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan para
pelajar.

 Keberkesanan setiap bahan bantu mengajar bukan terletak pada kecanggihan


bahan atau alat tersebut, namun yang lebih utamanya ialah kesesuaiannya
berdasarkan penggunaan serta penyerlahan konsep atau idea kandungan
sesuatu mata pelajaran.

 Di samping itu kecekapan seseorang guru mengapliksikan bahan bantu


mengajar adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran
menjadi tidak berkesan atau merosakkan pengajaran dan pembelajaran
seluruhnya.

 Selanjutnya Omardin Ashaari (1997), berpendapat sebagai pendidik, guru


juga harus dapat membuat penilaian mengenai bahan bantu mengajar yang
dipilih untuk digunakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR

 Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar


yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai
kepentingannya yang tersendiri.
 Antaranya bahan bantu mengajar yang digunakan dapat memberi rangsangan
dan mengekalkan minat murid.
 Bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan
dapat meransangkan para pelajar untuk belajar.
 Para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi
mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
 Disamping itu, bahan bantu mengajar yang baik juga akan dapat
mengekalkan minat para pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada
pengajaran guru.
 Dalam pengajaran moral, bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau
rakaman video sebenar, mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu
dalam hati para pelajar

 Seterusnya beliau menyatakan bahawa bahan bantu mengajar dapat


menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan
daripada pelajar-pelajar.
 Penggunaan bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau
sebarang bahan sokongan akan memberikan kesan peneguhan.
 Contohnya dengan melayari internet banyak maklumat yang akan diperolehi
oleh murid, sekaligus internet akan mengurangkan gerak balas lisan yang
tidak perlu di kalangan para pelajar.
 Mereka akan memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang
sedang diterokai.

 Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mempelbagaikan


aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
 Melalui bahan bantu yang sesuai akan memberi peluang pelajar berinteraksi
dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran.
 Justeru dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk, yang kurang digemari
oleh para pelajar.
 Contohnya dalam aktiviti menggunakan bahan rangsangan gambar tunggal,
guru meminta para pelajar memberikan idea berdasarkan gambar tersebut, di
samping meramalkan kemungkinan-kemungkinan yang lain.

 Tidak kurang penting, bahan bantu mengajar juga dapat memberikan


pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar berbanding kaedah
konvesional yang lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan
buku teks.
 Dengan menggunakan bahan yang menarik seperti boneka, pengajaran
pendidikan moral akan memberikan keseronokan kepada para pelajar.
 Mereka akan rasa terhibur dan terangsang lebih-lebih lagi sekiranya guru
yang mengajar bijak memainkan peranan sebagai tukang cerita serta jalan
cerita juga tidak membosankan.
 Para pelajar juga boleh dilibatkan bersama dan secara tidak langsung
pembelajaran secara interaktif dapat dilaksnakan.

 Kepentingan bahan bantu mengajar bukan sekadar yang telah dinyatakan dia
atas sahaja, malah ia juga dapat membina pemikiran yang berterusan,
membantu pemahaman dan perbendaharaan kata pelajar, mendorong pelajar
menyiasat sesuatu isu atau perkara melalui peningkatan lagi aktiviti bacaan
mereka dan dapat memberi pengalaman baru serta menjadikan pembelajaran
lebih mendalam dan beragam.
SEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK MENGAJAR NILAI 4.3 PEKA
TERHADAP ISU ALAM SEKITAR (TAHUN 5).

 Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun Lima,


bagi nilai peka terhadap isu alam sekitar, kandungan akademiknya
memfokuskan kepada
- hidup sihat tanpa pencemara
- merangkumi kebijaksanaan dalam menjaga alam sekitar boleh mengelakkan
daripada berlakunya pencemaran alam sekitar,
- penjagaan alam sekitar secara bijaksana dapat mengelakkan kesan
pencemaran seperti jerebu, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan
hujan asid.
 Hasil pembelajaran bagi nilai tersebut ialah melibatkan diri dalam usaha-
usaha yang boleh mengelakkan pencemaran alam sekitar.
 Bagi mengajar tajuk ini, guru memerlukan satu bahan bantu mengajar yang
sesuai dan dijangka mampu memberikan kesan pembelajaran yang optimum
kepada para pelajar.
 Justeru, guru telah memilih internet sebagai medium yang paling relevan
sebagai bahan bantu mengajar yang sangat sesuai dengan nilai serta
kandungan pelajaran yang akan disampaikan.
 Sumber maklumat yang diperlukan sangat banyak dan mudah untuk
diperolehi oleh para pelajar.
 Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks semata-mata,
tetapi juga dalam bentuk gambar-gambar warna dan rakaman-rakaman video.
 Gambar-gambar serta rakaman video amat berkesan untuk kefahaman dan
mampu membantu daya ingatan para pelajar.
INTERNET

 Internet atau International Network of Networks ialah sebuah rangkaian


gergasi komputer di peringkat antarabangsa dan merupakan cara komputer
berkomunikasi antara satu sama lain.
 Dalam rangkaian internet terdapat pelbagai jenis bahan yang berjuta-juta
bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari.
 Bahan-bahan tersebut termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer,
video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan projek dan sebagainya.
 Menurut Ismail Zain (2002), dalam internet terdapat lebih daripada 8000
kumpulan diskusi elektronik.
 Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke
beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama.
 Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik
berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan
pembelajaran .
 Pertama, internet hanya akan bertindak sebagai sumber alat bantu mengajar
dalam pengajaran dan pembelajaran, justeru aktiviti pembelajaran hendaklah
dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan
berkesan.
 Kedua, komputer dan internet tidak mengubah peranan guru, sebaliknya guru
akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka, khususnya dalam bidang IT.
 Ketiga, penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas
guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur
dan sistematik
 keempat, internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibu bapa
dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi.
 Industri berasaskan maklumat akan mencorakkan kehidupan pada masa
hadapan, perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli
masyarakat, khususnya warga pendidik dan ibu bapa.
 Menurut Ryder dan Hughes dalam Hassan Mohd Ghazali (2006), terdapat tiga
bentuk sistem yang menggunakan internet dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pertama Web Course, iaitu penggunaan internet untuk
keperluan pembelajaran, di mana seluruh bahan belajar, diskusi, konsultasi,
tugasan dan ujian sepenuhnya disampaikan melalui internet. Guru dan pelajar
sepenuhnya terpisah, namun komunikasi antara kedua-dua pihak boleh
dilakukan pada setiap saat, secara ansynchronous atau synchronous. Kedua,
Web Centric Course, iaitu sebahagian bahan belajar, disukusi, konsultasi,
tugasan dan latihan disampaikan melalui internet, sedangkan sebahagian lagi
amalan tersebut berlaku secara bersemuka atau secara trsdisi. Ketiga Web
Enhanced Course, iaitu pemanfaatan internet dalam pendidikan hanya untuk
membantu peningkatan kualiti kegiatan pengajaran dan pembelajaran di
kelas. Peranan internet adalah untuk menyediakan sumber-sumber yang
sangat kaya dengan memberi alamat-alamat atau membuat hubungan (link)
ke pelbagai sumber pembelajaran yang sesuai yang boleh diakseskan secara
online.

Proses pengajaran dan pembelajaran bagi nilai peka terhadap isu alam sekitar
tersebut menggunakan teknik inkuiri penemuan, yakni satu teknik yang
memberi peluang kepada para pelajar dalam mencerna serta mencanai daya
pemikiran mereka. Bagi tujuan penyatuan idea serta perkongsian maklumat
yang lebih mantap, guru telah menetapkan bahawa pembelajaran ini
dijalankan dalam bentuk kumpulan. Berkenaan nilai dan tajuk pelajaran yang
hendak disampaikan guru akan memberikan arahan yang jelas tentang
sesuatu projek yang akan dilaksanakan oleh kumpulan. Berdasarkan projek ini
setiap kumpulan diharap dapat membuat pemerhatian atau penyelesaian.
Teknik inkuiri penemuan ini akan dapat membina daya pemikiran para pelajar
dalam menyelesaikan masalah, meransang perasaan ingin tahu, memberi
kebebasan dalam membuat keputusan dan sangat mencabar.

Untuk mengajar nilai 4.3 Peka kepada isu alam sekitar, guru perlu merancang
pembelajaran dengan teliti supaya proses pembelajaran menggunakan
internet dapat berjalan lancar, berkesan, menarik, meransang dan tidak
membazir masa. Berikut adalah beberapa langkah pembelajaran yang
dirancang oleh guru tentang penggunaan internet dalam proses pengajaran
dan pembelajaran tersebut :
1. Guru membahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan yang terdiri
daripada 3 hingga 4 orang ahli dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan
ditentukan tugas masing-masing untuk mendapat maklumat dengan melayari
laman-laman web tertentu. Sebagai contoh Kumpulan A : jenis-jenis
pencemaran, Kumpulan B : Punca-punca pencemaran air, Kumpulan C :
punca-punca pencemaran udara, Kumpulan D : punca-punca pencemaran
alam sekitar, Kumpulan E : langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam
sekitar, Kumpuylan F : kesan pencemaran alam.

2. Seterusnya guru akan mencadangkan beberapa laman web yang boleh


diakseskan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

3. Pelajar juga boleh mengakses maklumat tambahan yang diperlukan melalui


engin carian google, yahoo atau Lycos dengan menaip kata kunci yang
sesuai, seperti punca pencemaran, jenis pencemaran,pencemaran udara,
langkah pencegahan pencemaran, kesan pencemaran dan seumpamanya
melalui engin carian tersebut :
http://www.google.com
http://www.yahoo.com
http://www.lycos.com

4. Setiap kumpulan diberikan masa selama 30 minit untuk mendapatkan


maklumat mengenai tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Guru sentisasa
memantau dan memberikan bantuan bagi kumpulan yang menghadapi
masalah. Maklumat yang telah diperolehi boleh dicetak, kemudian disalin
dalam bentuk peta minda pada kad manila.

5. Setiap kumpulan akan membentangkan maklumat yang telah diperolehi


berdasarkan peta minda yang dipamerkan kepada kelas. Semasa sesi
perbentangan, pelajar lain dibenarkan berinteraksi dengan kumpulan
perbentangan supaya semua pelajar dapat maklumat yang jelas.
6. Lanjutan daripada pembelajaran tersebut dan sebagai langkah
pengukuhan, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan Folio yang berkaitan
dengan pelajaran yang telah disampaikan. Guru boleh memberi sedikit
kelonggaran masa supaya tugasan tersebut dapat dihasilkan dengan baik
tetapi tidak membebankan para pelajar.

KEBAIKAN INTERNET DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Antara kebaikan yang mungkin dikecapi oleh para pelajar melalui penggunaan
internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kebebasan belajar. Para
pelajar diberi peluang untuk belajar atau memilih maklumat dengan cara yang
disukai, di samping dapat melatih para pelajar untuk berdikari. Kebaikan yang
seterusnya ialah penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat secara pantas. Para pelajar
berupaya memperolehi input yang begitu banyak, relevan dan berkesan.

Penggunaan komputer juga akan menggalakkan minat para pelajar terhadap aplikasi
komputer, yakni berpotensi mengurangkan jurang fobia penggunaan komputer di
kalangan para pelajar terutamanya pelajar yang kurang berinteraksi dengan
komputer. Selain itu, penggunaan internet juga menyediakan kesempatan belajar
yang baik kepada pelajar. Proses pembelajaran boleh berlaku di mana-mana tanpa
mengira waktu, tiada had waktu belajar seperti di bilik darjah biasa. Penggunaan
medium internet sebagai bilik darjah maya mampu membekalkan pengajaran dan
pembelajaran secara interaktif walaupun tidak bersemuka.
KESIMPULAN

Bahan bantu mengajar adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatu
pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matkamatnya. Sebagai seorang guru
yang berdedikasi aspek tersebut tidak boleh dipandang ringan. Pengajaran guru
yang menggunakan bahan bantu pengajaran berbanding dengan guru yang
mengajar secara tradisi tentu sekali mempunyai perbezaan yang ketara dari segi
penerimaan dan tumpuan pelajar, aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran serta pencapaian pelajar. Apa yang penting, seseorang guru yang
dedikasi perlu menyedari hakikat bahawa pengajaran yang menggunakan bahan
bantu mengajar lebih diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu daripada
gurunya.

Selain bahan bantu mengajar, seseorang guru juga hendaklah peka tentang
penyediakan soalan-soalan latihan atau soalan-soalan peperiksaan. Mengikut
Taksanomi Bloom terdapat enam aras kognitif yang berbeza. Justeru guru yang baik
perlu menguasai kemahiran membina soalan, untuk disesuaikan dengan
kemampuan dan latar belakang para pelajar, kandungan pelajaran serta tujuan
sesuatu soalan tersebut dikemukakan.

Kesimpulannya sekiranya kedua-dua faktor di atas dapat diberi perhatian yang


sewajarnya oleh para guru, maka pembelajaran Pendidikan Moral akan mencapai
matlamat seperti yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Mata pelajaran Pendidikan
Moral tidak lagi dilabelkan sebagai mata pelajaran yang membosankan atau sebagai
mata pelajaran suka-suka sahaja.

Anda mungkin juga menyukai