Anda di halaman 1dari 5

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan "Ilmu Jambatan Hidup".

Itulah
antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia.
Pada era Revolusi Industri 4.0 atau “Internet of Things” (IoT) ini, jika seseorang itu tidak
mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan mereka akan mengalami kesusahan dalam
kehidupan, golongan orang seperti ini boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung akan
sentiasa ketinggalan dalam berbagai aspek kehidupan sama ada aspek sosioekonomi, mahupun
sosiobudaya. Untuk memperoleh serta mendalami ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana
ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih
tidak datang melayang. Menurut Hadis, Rasululah pernah meriwayatkan tuntutlah ilmu sehingga ke
nagara China. Berdasarkan kenyataan di atas, sudah terang lagi bersuluh, ilmu pengetahuan amat
penting dalam kehidupan dan kita perlu berusaha untuk menggapainya, bak kata peribahasa
Melayu genggam api biarlah jadi arang, menjeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan,
begitulah konsep sepatutnya menjadi pegangan kita lakukan untuk mengembangkan ilmu di dada.
Bahkan ilmu pengetahuan juga mampu mengubah kehidupan keluarga kita terutama untuk memecah
kepompong kemiskinan keluarga. Persoalannya, bagaimanakah kita mampu untuk menambah ilmu
pengetahuan?

Mari kita bersama-sama mengupas isi pertama iaitu cara untuk memperoleh ilmu pertama
adalah melalui pembacaan. Ayat pertama yang diturunkan Allah kepada junjungan besar Nabi
Muhammad ialah surah Al-Alaq. Wahyu tersebut disampaikan oleh Malaikat Jibrail dengan berkata,
'Bacalah wahai Muhammad! ' Beliau bersabda: "Aku tidak pandai membaca." Rasulullah bersabda:
"Lalu malaikat memegang dan memelukku erat-erat, ketika aku merasakan kepayahan ia pun
melepasku. Sudah terang lagi bersuluh betapa dalam Islam konsep membaca amat diutamakan
selaras dengan Surah Al-Alaq di atas, Malaikat Jibrail meminta Rasululah membaca walaupun
beberapa kali Rasulullah menyatakan bahawa beliau tidak tahu membaca. Oleh sebab itu, sebagai
khalifah di muka bumi kita sebagai generasi yang sedar akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan
seharusnya membudaya membaca dalam kehidupan seharian. Sebagai khalifah pada zaman moden
pelbagai cara membolehkan kita memperoleh ilmu dengan membaca kerana membaca gedung ilmu.
Kita boleh membaca secara konvensional dengan membaca buku pelbagai aspek ilmuan seperti
bahasa, matematik, sains dan sebagainya. Seyogia, pada zaman moden ini, maklumat di hujung
jari, dunia tanpa sempadan kerana kita boleh melayari pelbagai sumber ilmu menggunakan pelbagai
peranti sama ada dengan komputer riba atau gadjet terkini telefon pintar, dan cara pembacaan
ini bukan sahaja pantas dan murah tetapi bahan pembacaan boleh diperoleh dengan pelbagai
pendekatan sama ada melalui video dengan melayari laman sesawang Youtube, atau melalui bahan
secara e-buku, dan sebagainya. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan boleh kita peroleh melalui
pembacaan sama ada secara konvensional, mahupun menggunakan teknologi terkini.
Mari kita telusuri perbincangan seterusnya dengan menggunakan minda pelajar kelas pertama
dengan kata kunci isi kedua iaitu cara menuntut ilmu pengetahuan dengan memberi tumpuan
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru ibarat lilin membakar diri
untuk menerangi kehidupan pelajar, justeru adalah sangat malang jika kita tidak cakna dan tidak
menumpu perhatian kepada proses pengajaran guru. Selain itu, amalkan tabiat suka bertanya
sekiranya kita tidak memahami penerangan guru kerana malu bertanya sesat jalan dan malu
biarlah bertempat. Oleh sebab itu pelajar yang proaktif dan sentiasa melibatkan diri dalam proses
pengajaran merupakan pelajar yang berjaya dan disayangi guru. Selalunya pelajar dalam kategori
ini sentiasa mengungguli tempat pertama dalam setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.
Bahkan konsep mencatat setiap penerangan guru merupakan amalan terpuji kerana adakalanya
penerangan guru tidak ada dalam nota tetapi keluar secara spontan semasa pengajaran kerana
proses mengunakan deria telinga untuk mendengar, deria mata untuk melihat dan angota tangan
dan jari jemari mencatat akan memudahkan proses memantapkan ingatan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran guru semasa di dalam kelas. Seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa
“lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh
perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Oleh itu, kita perlu
mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang menimbul kemarahan guru seperti bersembang,
dan mengganggu proses guru semasa mengajar kerana konsentrasi guru akan hilang semasa
mengajar, dan selalunya pelajar dalam kategori ini akan berada di belakang pelajar yang berjaya.
Kesimpulannya, Jika kita tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat
yang membusukkannya.” Maksud peribahasa berkenaan ialah kita tidak harus menimbulkan masalah
kepada orang lain kerana sifat berkenaan amat merugikan.
Seterusnya saya akan membincangkan isi ketiga di bawah kata kunci membentuk kumpulan
belajar mampu meningkatkan kefahaman terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran
yang kita tidak kuasai. Sebagai seorang pelajar yang mendambakan kecemerlangan kita perlu
memilih anggota kumpulan yang akan membatu kita menguasai kefahaman terutama mata pelajaran
yang tidak kita kuasai kerana berkawan biarlah ramai, musuh jangan dicari. Antara faktor
pemilihan rakan untuk kumpulan berkenaan ialah rakan berkenaan biarlah sealiran dengan jiwa
kita, mudah untuk kita mengadakan perbincangan maksudnya biarlah rakan kumpulan studi ini
rakan boleh mengadakan perbincangan sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran malah
boleh mengadakan perbincangan di luar waktu persekolahan. Seterusnya, rakan yang kita pilih
perlu bervariasi kemahiran, maksudnya rakan yang tersebut perlu menguasai mata pelajaran
tertentu. Apabila semua faktor pemilihan berkenaan diambil kira, sudah pasti proses pembelajaran
berkumpulan akan memberi impak maksima dan perbincangan boleh dilakukan dengan perkongsian
ilmu yang akan dapat meningkatkan penguasaan ilmu pelbagai untuk ahli perbincangan. Contohnya
rakan pertama mahir dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, anda mahir mata pelajaran Bahasa
Melayu, rakan kedua mahir mata pelajaran matematik, sementara rakan ketiga anda mahir mata
pelajaran matematik tambahan, dan rakan kelima mahir mata pelajaran Biologi. Tepuk dada tanya
selera, jika semua faktor pemilihan di atas lengkap sudah pasti aktiviti pembelajaran secara
kumpulan akan ceria, di samping perkongsian ilmu akan berkonsep menang menang dan semua
ahli kumpulan akan menerima kesan terutama untuk menguasai pelbagai ilmu. Peribahasa ada
mengatakan "Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari." Konklusinya, membentuk
kumpulan belajar sealiran mampu meningkatkan kefahaman terhadap ilmu pengetahuan, terutama
mata pelajaran yang kita tidak kuasai.
Kalau hendak tahu luasnya padang,
tanyalah belalang.
Kalau hendak tahu banyaknya teluk,
tanyalah siput.
Kalau hendak tahu luasnya kolam,
tanyalah katak.
Seterusnya, untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya akan menjadikan pesanan orang
tua-tua di atas sebagai kompas kehidupan. Dengan kata lain, saya akan membicarakan isi keempat
di bawah tajuk pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat penting untuk meraih
pengetahuan berdasarkan pengalaman mereka menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama
kejayaan mereka memperoleh kejayaan dengan ilmu pengetahuan. Mereka telah menerbitkan karya
ilmiah yang mampu meningkatkan minat dan kesungguhan pembaca untuk mengumpulkan ilmu
pengetahuan untuk menerangi kehidupan serta kesejahteraan masyarakat serata alam. Antara nama
pengarang tersohor Islam yang perlu kita contohi seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Syed Muhammad
Abduh, Syed Tahir Jalaluddin, HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul
Karim bin Syeikh Muhammad Amarullah. Ketekunan ilmuan tersohor ini untuk menuntut ilmu perlu
perlu dijadikan budaya dalam kehidupan kita. Contohnya Ibnu Sina seorang ulama tersohor Islam
malah pakar dalam bidang perubatan sehingga hasil karya beliau diterjemahkan dalam bahasa
latin, Hebrew dan bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, bak kata pepatah Melayu, di mana ada
kemahuan di situ ada jalan . Antara hasil penemuan Ibnu Sina dalam ilmu perubatan ialah beliau
telah menemui pengaruh kuman dalam penyakit seperti penyakit rubella, alahan, cacar, penyakit
jiwa, dan menghasilkan ubatan dan preskripsi ubat yang mujarab untuk digunakan sebagai
penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama, begitulah jasa ilmuan tersohor Islam yang menguasai pelbagai ilmu untuk
kegunaan manusia sehingga ke zaman moden ini. Intihanya, pemilihan buku bacaan terutama hasil
karya ilmuan Islam tersohor mampu meningkat usaha kita untuk menghasilkan penemuan baru
dalam apa-apa juga bidang ilmu terutama untuk kejahteraan masyarakat negara malah untuk
masyarakat dunia amnya.
Selanjutnya, perbicaraan saya menjurus kepada membicarakan isi kelima iaitu untuk
menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar adalah dengan mengikuti kelas tuisyen atau
program kecemerlangan anjuran sekolah. Sebagaimana kita sedia maklum, banyak pusat tuisyen
menjadi medan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar selain mereka memimba ilmu pada waktu
persekolahan. Setiap tahun, pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kenapa situasi ini
berlaku? Antaranya, ibu bapa dan pelajar sedia maklum, tenaga pengajar yang mengajar di pusat
tuisyen adalah dalam kalngan guru-guru berpengalaman mengajar dan kebanyakan mereka
penyemak kertas berdasarkan bidang ilmu mereka, justeru ibu bapa berusaha untuk melaburkan
duit mereka untuk kecemerlangan anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke
pusat tuisyen. Tindakan ibu bapa ini umpama di mana ada gula, di situ ada semut. Kebiasaannya
guru-guru berpengalaman di pusat tuisyen akan mempermudah dan mendedahkan cara-cara untuk
menjawab soalan, terutama item-item soalan sukar kepada pelajar. Oleh sebab itu, kebanyakan
pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang adalah dalam kalangan pelajar yang mengikuti
kelas tuisyen. Selain itu, budaya sekolah cemerlang, sentiasa mengadakan program kecemerlangan
dengan menjemput guru-guru cemerlang, sama ada dalam daerah malah ada yang menjemput
guru-guru cemerlang luar daerah dan antara kriteria guru-guru yang dipilih untuk menjadi tenaga
penceramah adalah kalangan guru berpengalaman terutama menjadi penyemak kertas mata
pelajaran berkenaan. Dalam kalangan ibu bapa pula, mereka sentiasa menyokong sebarang usaha
pihak pentadbir sekolah untuk mengadakan program kecemerlangan untuk anak-anak mereka.
Sokongan ibarat aur dengan tebing, antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta bantuan Persatuan
Ibu Bapa Guru, begitu juga sekiranya program yang dijalankan melibatkan Ahli Dewan Undangan
Negeri atau Ahli Parlimen di tempat tersebut, sudah pasti usaha tersebut akan membuahkan impak
yang maksimun. Kesimpulannya, untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar adalah
dengan mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah amat perlu untuk
kecemerlangan ilmu dalam kalangan pelajar.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah, pendekatan untuk kita menambahkan
ilmu pengetahuan. Sebagaimana perbincangan di atas, ilmu pengetahuan boleh diperkembangkan
dengan inisiatif membudayakan membaca dalam kehidupan seharian, memberi tumpuan kepada
sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas, membentuk kumpulan belajar mampu
meningkatkan kefahaman terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang tidak kita
kuasai, pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat penting untuk meraih pengalaman
mereka menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama kejayaan mereka memperoleh
kejayaan dengan ilmu pengetahuan, dan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar
adalah dengan mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah. Sudah terang
lagi bersuluh, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek,
justeru untuk menambah ilmu pengetahuan kita perlu berusaha untuk mendapatkanya kerana usaha
tangga kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai