Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 2
Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 2
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya,
ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti
rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.
Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada
keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.
Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang
ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya
kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama
mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali
dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau
rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme
boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya
mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa,
apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.
Langkah-langkah
i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak
berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil
Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh
didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit
kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah
vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan
menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat
awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah
agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah
kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-
anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta
sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini
maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu
mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan
dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa
remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada
anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu
peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif
terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota
masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa
buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan
kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu
diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta
benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg
sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab
Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang
pentingnya sikap dan tanggungjawab.
Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media
massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa
memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran
memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa
bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan
kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik
Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa
maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.