Anda di halaman 1dari 47

MODUL

PEMBUDAYAAN AMAL KHAIR

SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA
NEGERI SELANGOR

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
10 REJAB 1439H/ 28 MAC 2018M

0
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


Prakata 2
Kata-Kata Aluan Pengarah 3
Jabatan Agama Islam Selangor
Kata Aluan Ketua Penolong Pengarah 4
Bahagian Pendidikan Islam JAIS
Jawatankuasa Panel 5
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 6
Falsafah Pendidikan JAIS 6
Matlamat 7
Visi Bahagian Pendidikan Islam JAIS 7
Misi Bahagian Pendidikan Islam JAIS 7
Motto Bahagian Pendidikan Islam JAIS 7
Latar Belakang Program 8
Objektif Program 8
Moto Program 9
Pengurusan Pembudayaan Amal Khair di Sekolah 10
Perancangan Dan Pelaksanaan Modul 12
Penilaian 41
Pengiktirafan dan Penghargaan 45
Penutup 46

1
PRAKATA

Sekolah yang bersih dan ceria merupakan asas kepada kecemerlangan dalam
pendidikan. Selain daripada keperluan membina suasana pembelajaran yang
kondusif, ia juga memenuhi asas-asas Islam sebagai ADDIN. Islam sangat
menekankan kebersihan fizikal dan rohani. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor
sangat prihatin untuk menjadikan semua sekolah di bawah tadbiran jabatan ini
menjaga dan memelihara kebersihan dan keceriaan.

Program Pembudayaan Amal Khair adalah cetusan idea Dato’ Pengarah JAIS di
dalam Multaqa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pada 27 Januari 2018 di Dewan
Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ia adalah suatu program
jabatan bagi menanamkan nilai tanggungjawab dan kebersamaan di kalangan
semua murid ke arah menghasilkan sekolah kondusif. Islam sangat menekan aspek
kebersihan sama ada kebersihan fizikal maupun rohani. Sebagai sebuah sekolah
berorientasikan agama, maka sewajarnya nilai-nilai Islam menjadi keutamaan dalam
menjadikan sekolah yang bersih dan ceria.

Buku ini akan memberikan penjelasan kepada semua guru dan murid, satu garis
panduan bagi melaksanakan aktiviti kebersihan dan keceriaan di sekolah. Melalui
lapan aktiviti yang telah ditetapkan akan menjadikan semua sekolah akan menjadi
lebih menarik dan cantik. Namun ia sangat memerlukan kepada kesungguhan dan
komitmen semua guru dan murid melaksanakannya. Sokongan PIBG sekolah sangat
diperlukan. Pihak sekolah perlu memberikan penjelasan yang baik agar matlamat
program ini dapat dicapai. Semua pentadbir sekolah perlu memahami garis panduan
ini dan melaksanakannya secara bijaksana.

Jabatan sangat mengharapkan satu jadual pelaksanaan yang sesuai dapat


dihasilkan berdasarkan garis panduan ini. Penglibatan semua guru dan murid perlu
dipastikan berlaku agar tujuan dan matlamat program ini dapat dicapai. Dengan ini
hasrat dan cita-cita jabatan akan dapat diaplikasikan dalam amalan pendidikan dan
Amal Khair dapat dibudayakan.

2
KATA ALUAN PENGARAH

Saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Bahagian


Pendidikan Islam yang telah berjaya menghasilkan “Modul Pembudayaan Amal Khair
Sekolah- Sekolah Agama Negeri Selangor”. Modul ini diharapkan dapat memberikan
penjelasan bagi menjayakan aktiviti ini kepada semua guru dan murid di sekolah-
sekolah agama negeri Selangor.

Saya mengambil inisiatif ini untuk menggerakkan satu usaha ke arah kebersihan dan
keceriaan sekolah kerana kita adalah sebuah agensi Islam di negeri Selangor. Islam
sangat mementingkan kebersihan dan ia menjadi tanda dan bukti keimanan
seseorang. Kebersihan di sekolah-sekolah agama negeri Selangor adalah cermin
kepada amalan Islam yang sedang dilaksanakan di JAIS. Saya berpandangan
bahawa Jabatan ini akan dikatakan sebagai jabatan yang mengamalkan Islam
apabila amalan kebersihan ini menjadi budaya di semua sekolah.

Saya sangat mengharapkan Modul Pembudayaan Amal Khair ini akan dapat
membantu sekolah menjayakan program ini. Ia menyatakan dengan jelas kaedah
dan tatacara bagaimana program ini perlu dijalankan. Saya meminta supaya semua
pentadbir sekolah memastikan semua guru dan murid terlibat melalui jadual
pelaksanaan yang telah ditetapkan.

Satu perkara yang sangat penting ialah pihak sekolah dapat menjelaskan dengan
baik kepada semua ibubapa berkaitan program ini. Saya menasihatkan supaya
kerjasama pintar antara sekolah dan PIBG dapat diselaraskan agar tiada timbul salah
faham dalam melaksanakannya.

Akhirnya saya mendoakan semoga kita semua diberikan kekuatan menjayakan


program ini. Matlamat menjadikan sekolah sebagai iklim bersih dan ceria akan dapat
kita capai bersama. Kerjasama semua pihak sangat saya harapkan dalam
menjayakan program murni ini.

Sahibus Sa’adah Dato’ Haris bin Kasim


Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor

3
KATA ALUAN

KETUA PENOLONG PENGARAH

Saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada


semua yang terlibat menghasilkan Modul Pembudayaan Amal Khair Sekolah-
Sekolah Agama Negeri Selangor. Objektif program ini sangat jelas iaitu untuk
menghasilkan iklim sekolah yang bersih dan ceria. Sebagai langkah awal, kefahaman
dan kesediaan melaksanakan modul ini adalah asas kepada kejayaan program ini.

Sikap memelihara kebersihan dan keceriaan ialah salah satu nilai yang perlu
dihasilkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mencerminkan budi dan
menghargai kehidupan dan alam sekitar. Islam sebagai agama syumul dan
sempurna memulakan keindahannya melalui kebersihan. Kebersihan di dalam Islam
ialah kebersihan jasmani dan rohani. Sekolah yang dibangunkan kebersihannya di
atas asas Islam lebih bermakna dari segalanya.

Oleh kerana itu, saya mengharapkan semua pentadbir sekolah, guru dan murid serta
warga sekolah terlibat dalam menjayakan usaha ini. Menjaga nama baik sekolah
yang berteraskan agama dari aspek kebersihan dan keceriaan ini akan melonjakkan
nama baik agama Islam pada kaca mata orang lain. Saya meminta semua pihak
memberikan sokongan kepada usaha murni dan saling bekerjasama dalam
menjayakannya.

Akhirnya, saya yakin dengan sikap dan kesungguhan semua pihak untuk menyokong
dan melaksanakan program ini. Bahagian Pendidikan Islam JAIS akan sentiasa
bersedia memberikan khidmat nasihat dan bantuan. Moga cita-cita dan harapan akan
dapat dicapai melalui permuafakatan kita bersama.

Tuan Anas Bin Ayob


Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor.

4
Jawatankuasa Panel Pembina Modul Pembudayaan Amal Khair

Penasihat : Sahibus Sa’adah Dato’ Haris bin Kasim


Anas bin Ayob

Ketua Projek : Mohamad Asmadi bin Mustakim

Setiausaha : Mohammad Shihabuddin bin Nor Rodin

Jawatankuasa : Solekhan bin Roup


Bong Salleh bin Adnan
Azlinah Binti Paiman
Mohd Don bin Raban
Nairawi bin Sarry
Masamah binti Zainal
Soleha binti Yatim
Zam zam bin Saroni
Salamah binti Ismail
Latipah binti Yunus
Asmadi bin Maarof
Zaidi bin Mohamed Nusran
Nurul Azmi bin Burasman
Jahidi bin Chamari
Jamsiah binti Hassan

5
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat

dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN JAIS

“Satu usaha berterusan ke arah membina potensi individu berilmu, beriman, beramal,

berakhlak mulia dan berketerampilan secara seimbang dan sepadu berlandaskan

wahyu Allah Dan Sunnah Rasulullah bagi melahirkan masyarakat muslim yang

bertaqwa, maju, mampu bersaing untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan

kebahagiaan di akhirat”

6
MATLAMAT

Memberi Pendidikan Islam kepada semua individu muslim di Negeri Selangor

supaya berilmu, beriman, berakhlak mulia dan berketrampilan berasaskan nilai-

nilai Islam, bagi melahirkan muslim bertaqwa untuk mendapatkan keredhaan Allah

S.W.T.

VISI

“Terbaik, Bertaraf Dunia Dan Diredhai Allah S.W.T”

MISI

“Melahirkan Ummah Yang Beriman Dan Bertaqwa Melalui Pengurusan Hal Ehwal

Islam Secara Hikmah, Amanah Dan Berkesan”

MOTO

"Cekap, Cepat & Berkualiti"

7
LATAR BELAKANG PROGRAM

Kebersihan dan kecerian adalah satu amalan yang sangat dituntut di dalam
Islam. Ia adalah satu ukuran bagi menilai keperibadian seseorang. Dalam konteks
organisasi ia menjadi kayu ukur bagi menilai sejauhmana sesebuah sekolah
mengamalkan amalan ini.

Kebersihan di dalam Islam merujuk kepada kebersihan rohani dan jasmani.


Kebersihan rohani ialah membersihkan dari mensyirikkan Allah dan cenderung
kepada amal-amal kebaikan. Kebersihan jasmani ialah membersihkan diri dan
persekitaran dari sebarang kekotoran. Gabungan kedua-duanya akan menghasilkan
suasana yang lebih bermakna dalam aspek kebersihan dan keceriaan di sekolah

Penerapan nilai-nilai murni dan elemen nilai merentas kurikulum juga telah wujud
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam JAIS.
Dengan sebab itu, usaha melahirkan guru, murid dan warga sekolah yang peka
dengan kebersihan dan keceriaan adalah harapan jabatan ke arah menjadikannya
sebagai Amal Khair di Sekolah-Sekolah Agama Negeri Selangor.

OBJEKTIF PROGRAM

i. Meningkatkan pengetahuan guru dan murid kepentingan kebersihan dan


keceriaan di sekolah.

ii. Meningkatkan kemahiran mengurus dan menyelenggara aktiviti kebersihan dan


keceriaan di sekolah.

iii. Memperkasa dan membudaya guru, murid dan warga sekolah dengan nilai
kerjasama dan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan
sekolah.

8
MOTO PROGRAM

“IMAN, IHSAN, INFAQ : Fastabiqul Khairat”

i. IMAN : Menurut Istilah Ialah “Membenarkan Dengan Hati, Mengucapkan


Dengan Lisan, Dan Mengamalkan Dengan Perbuatannya.

ii. IHSAN : Berbuat Baik Kepada Manusia, Makhluk dan Alam Sekitar serta
Menghindari daripada Melakukan Perbuatan Yang Buruk dan Jahat.

iii. INFAQ : Mengeluarkan Sebahagian Harta Atau Pendapatan Bagi Sesuatu


Kepentingan Yang Di Perintahkan Oleh Islam.

iv. FASTABIQUL KHAIRAT : Berlumba-Lumba Dalam Melakukan Kebaikan.

9
PENGURUSAN PEMBUDAYAAN AMAL KHAIR DI SEKOLAH

1. Pentadbir Sekolah hendaklah mewujudkan sebuah Jawatankuasa


Pembudayaan Amal Khair di bawah tanggungjawab Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid (HEM).

2. Program Pembudayaan Amal Khair bermula pada 1 April 2018.

3. Ahli Jawatankuasa Pembudayaan Amal Khair adalah seperti berikut:


i. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar / Ketua Guru
ii. Timb. Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iii. Setiausaha : Guru
iv. Bendahari : Guru
v. Ahli : Semua Guru Kelas

4. Fungsi Jawatankuasa ini ialah :


i. Merancang pelaksanaan Pembudayaan Amal Khair di Sekolah.
ii. Melaksana dan menyelia program
iii. Menilai status program
iv. Mengadakan penghargaan dan pengiktirafan

5. Waktu pelaksanaan:
i. Semua Pentadbir sekolah hendaklah menetapkan waktu Amal Khair
pada setiap hari berdasarkan modul.
ii. Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan oleh pengurusan sekolah.
iii. Jabatan akan memantau pelaksanaan berdasarkan penetapan waktu
oleh pihak sekolah.

10
6. Carta Organisasi:

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PEMBUDAYAAN AMAL KHAIR

Pengetua/Guru Besar/Ketua Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha

Bendahari

Ahli Jawatankuasa
(Semua Guru Kelas)

11
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN MODUL

1: MINDA MUMTAZ (KELAS)

1.PENGETAHUAN  Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan mewujudkan kelas


yang kondusif

2.KEMAHIRAN  Meningkatkan kemahiran murid cara-cara menjaga dan membersihkan


OBJEKTIF
dengan betul

3.SIKAP Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bekerja sebagai satu


pasukan

:‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫عن أيب مالك احلارث بن عاصم األشعري رضي هللا عنه قال‬
Dalil
ُ ‫الطُّ ُه‬
.....‫ور َشطُْر اإلميان‬
Maksudnya : Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.....

(Hadis Muslim)

12
Panduan Pelaksanaan:

TINDAKAN
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA DAN
KERJASAMA

1. Penerangan  Lantai di sapu dan  Setiap hari  Guru, murid


penggunaan peralatan dibersihkan  (sebelum dan dan
dan cara-cara  Dinyahkuman selepas berakhir Pembersih
Lantai penggunaan setiap PdP)
Kawasan.
2. Tunjuk cara  Dua kali
penggunaan peralatan setahun
yang betul dan selamat  Cermin dibersihkan  Setiap hari  Guru dan
Cermin
 (sebelum PdP) murid
3. Pengawalan semasa
dan selepas  Papan putih dibersihkan  Setiap hari  Guru dan
Papan Putih
pelaksanaan: (Guru  (sebelum dan murid
sebagai fasi, menepati selepas berakhir
masa, keterlibatan) setiap PdP)

 Meja kerusi disusun rapi  Setiap hari  Guru dan


Kerusi Meja Guru Dan
dan kemas murid
Murid

13
 Bakul sampah, penyodok  Setiap hari  Guru dan
Bakul sampah dan penyapu disusun, murid
Penyodok, Penyapu disimpan dan diselenggara
dengan baik

 Suis lampu dan suis kipas  Setiap hari  Guru dan


Suis lampu dan suis ditutup selepas digunakan/ murid
kipas sebelum meninggalkan
kelas

 Kipas dibersihkan  Mingguan  Guru dan


Kipas  (Sekali Dalam murid
Seminggu)

 Tingkap dibersihkan  Mingguan  Guru dan


Tingkap  (Sekali Dalam murid
Seminggu)

 Siling dibersihkan  Mingguan  Guru , murid


 (Sekali Dalam dan
Siling Seminggu) pembersih
kawasan

14
 Papan kenyataan  Mingguan  Guru dan
dibersihkan murid
 Sentiasa dikemaskini
dengan maklumat terkini
Papan Kenyataan
 Hasil kerja murid
dipamerkan

15
2: HARUMAN KASTURI (TANDAS)

 Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan mewujudkan


1.PENGETAHUAN tandas yang bersih dan ceria

 Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membersihkan tandas


2.KEMAHIRAN dengan betul
OBJEKTIF

 Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi

3.SIKAP menjamin kebersihan dan keselamatan

‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه‬:‫عن أيب مالك احلارث بن عاصم األشعري رضي هللا عنه قال‬
DALIL
ُ ‫ الطُّ ُه‬:‫وسلم‬
...‫ور َشطُْر اإلميان‬
Maksudnya : Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.....

(Hadis Muslim)

16
Panduan Pelaksanaan:

TINDAKAN DAN
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA
KERJASAMA

 Penerangan penggunaan  Memastikan sistem  Pemeriksaan  Pembersih


peralatan dan cara-cara tandas berfungsi , dijalankan 2 kali Kawasan,
Sistem Tandas penggunaan selamat dan dalam sebulan Guru dan
keadaan baik  Dilaporkan jika murid
 Kenalpasti tempat yang ada kerosakan
perlu dibersihkan (mangkuk
tandas, sinki, lantai  Sinki hendaklah dalam  Pembersihan 2  Pembersih
sentiasa kering, bersih dan keadaan bersih dan kali sehari Kawasan,
selesa) tidak bersumbat ( tiada  Setiap kali Guru bertugas
tisu /sisa makanan dan selepas dan murid
 Tunjuk cara penggunaan lain-lain) penggunaan
Sinki
peralatan yang betul dan  Penyeliaan
selamat sekali sehari

 Pengawalan semasa
pelaksanaan: (Guru
sebagai fasi, menepati  Berkarung plastik &  Setiap Hari  Pembersih
masa, keterlibatan) Pembuangan yang betul  Dua kali sehari Kawasan,
 Penerapan nilai ; ke dalam tong sampah Guru dan
Bakul sampah tanggungjawab menjaga murid
kebersihan dan
keselamatan

17
 Tuala wanita hendaklah  Setiap hari  Murid
di basuh, dibungkus dan  (Setiap kali Perempuan
Khidmat Sanitari dibuang dalam bekas selepas  Pembersih
sanitari penggunaan)
Kawasan

 Lantai hendaklah  2 kali sehari  Pembersih


dibersihkan  Setiap hari Kawasan,
Lantai  Menggunakan selipar/  (Setiap kali Guru dan
terompah memasuki murid
tandas)
 Dibersihkan dan dilap  Setiap Hari  Pembersih
Cermin Muka
 (sekali sehari) Kawasan
Baldi/timba dan  Pastikan air yang  Setiap hari  Guru dan
Gayung disimpan bertutup murid
 Mangkuk tandas  Setiap hari  Guru dan
Mangkuk Tandas hendaklah dibersihkan,  (Setiap kali murid
siram atau flush selepas selepas
digunakan penggunaan)

18
3: HALALAN TOYYIBAN (KANTIN)

 Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan mewujudkan


1.PENGETAHUAN kantin yang bersih, selamat dan ceria

 Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membuang sisa makanan


OBJEKTIF 2.KEMAHIRAN di kantin.

 Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi


menjamin kebersihan, keceriaan dan keselamatan
3.SIKAP

Surah Al-Baqarah : 172


ۡ ُ َٰ َ ۡ َ َ َ َٰ َ َ ْ ُ ُ ْ ُ َ َ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ذ‬
…‫ت ما رزقنكم‬ ِ ‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا ُكوا مِن طيِب‬

DALIL Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang
Kami berikan kepadamu

19
Panduan Pelaksanaan:

PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA TINDAKAN DAN


KERJASAMA

1. Penerangan langkah-  Meletakkan pinggan  Setiap kali  Guru dan


Pinggan Mangkuk langkah dan cara-cara mangkuk dan cawan yang makan di murid
dan cawa mengekalkan kebersihan telah digunakan di tempat kantin
kantin yang disediakan
 Membersihkan sisa  Setiap kali  Guru dan
2. Kenalpasti perkara- makanan di meja makan makan di murid
perkara yang perlu
 Membuang sisa makanan kantin
dibersihkan (pinggan
ke dalam tong sampah
mangkuk, tempat makan
dan sinki)

3. Tunjuk cara
Meja Makan membersihkan peralatan
(pengasingan sisa
makanan) dan tempat
makan selepas makan

4. Pengawalan semasa
pelaksanaan: (Guru
sebagai fasi, menepati
masa, keterlibatan)

20
5. Penerapan nilai ;
tanggungjawab menjaga
kebersihan dan
keselamatan

21
4:LALUAN ROSIF ( LALUAN)

 Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan menjaga


kebersihan, keceriaan dan keselamatan tangga, kaki lima dan
1.PENGETAHUAN longkang

 Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membersih dan


menceriakan tangga, kaki lima dan longkang dengan betul
2.KEMAHIRAN
OBJEKTIF

 Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi


menjamin kebersihan, keceriaan dan keselamatan
3.SIKAP

Surah Al Baqarah : 222


Maksudnya : ………Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai
DALIL orang-orang yang mensucikan diri.

22
Panduan Pelaksanaan:

TINDAKAN DAN
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA
KERJASAMA

 Penerangan langkah  Menjaga kebersihan kaki  Secara  Pembersih


Kaki Lima Bangunan dan cara-cara lima bangunan dan Berkala kawasan , guru
mengekalkan menceriakan dan murid
kebersihan tangga,
kaki lima dan  Membersihkan dan  Secara  Pembersih
Kaki Lima Kelas longkang menceriakan kaki lima kelas Berkala kawasan , guru
dan murid
 Kenalpasti dan
tunjukcara perkara-
 Membersihkan longkang  Secara  Pembersih
perkara yang perlu
dan memastikan aliran air Berkala kawasan , guru
Longkang dibersihkan di tangga,
berjalan lancar dan murid
kaki lima dan
longkang
 Memastikan tangga dalam  Secara  Pembersih
 Tunjuk cara melukis keadaan selamat dan bersih Berkala kawasan , guru
mural di dinding dan
dan murid
Tangga anak tangga

 Pengawalan semasa
pelaksanaan: (Guru
sebagai fasi, menepati
masa, keterlibatan)

23
 Penerapan nilai ;
tanggungjawab
menjaga kebersihan
dan keselamatan

24
5:TITIAN JANNAH (SURAU,DEWAN DAN PUSAT SUMBER)

 Meningkatkan pengetahuan murid berkaitan kepentingan menjaga


kebersihan, keceriaan dan keselamatan surau, dewan dan pusat sumber.
1. PENGETAHUAN

OBJEKTIF:  Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membersih dan menceriakan


surau, dewan dan pusat sumber dengan betul.
2. KEMAHIRAN

 Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi menjamin


kebersihan, keceriaan dan keselamatan.
3. SIKAP

‫ إن هللا مجيل حيب‬..... :‫عن عبد هللا بن مسعود رضي هللا عنه عن النيب صلى هللا عليه وسلم قال‬
DALIL
.....‫اجلمال‬
Maksudnya : ......Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai kecantikan.....
( Hadis Muslim)

25
Panduan Pelaksanaan:

TINDAKAN DAN
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA
KERJASAMA

SURAU:

Lantai/ Karpet 1. Penerangan langkah dan  Dibersihkan mengikut  Setiap hari  Guru dan murid
cara-cara mengekalkan jadual tugas yang
kebersihan, keceriaan dan ditetapkan.
keselamatan surau, dewan  Memastikan tiada
sampah dan habuk.
dan pusat sumber
 Lipat dan susun di  Sebelum dan  Murid
Sejadah
tempat yang disediakan. selepas
2. Kenalpasti dan tunjukcara digunakan.
perkara-perkara yang perlu  Susun di tempat yang  Setiap hari dan  Murid
Al-Quran diambil tindakan di surau, tinggi. selepas
dewan dan pusat sumber digunakan.
Rehal  Susun di tempat yang  Sepanjang  Murid
3. Tunjuk cara penjagaan disediakan. masa.
1. Langsir/Tirai kebersihan dan keceriaan di  Sentiasa bersih dan  Setiap hari  Guru dan murid
tersusun rapi.
surau (susun atur mengikut
2. Tingkap  Sentiasa dibersihkan.  Setiap minggu  Guru dan murid
tagging di rak), dewan (susun
Telekong  Bersih dan tersusun di  Setiap hari  Murid
atur peralatan) dan pusat tempat yang disediakan.
sumber (susun atur mengikut  Bersih  Sepanjang  Murid
Rak
sistem pengkelasan dewey) masa
26
Kasut  Tersusun  Sepanjang  Murid
4. Tunjuk cara melukis mural di masa solat
Siling, lampu dan surau, dewan dan pusat  Dibersihkan  Sebulan sekali  Guru dan murid
kipas sumber

 Cara penggunaan yang  Setiap kali  Guru dan murid


5. Pengawalan semasa
Penggunaan selamat penggunaan
pelaksanaan: (Guru sebagai  Tutup suis selepas  Sebelum
alatan elektrik
fasi, menepati masa, digunakan meninggalkan
keterlibatan) tempat
 Dibersihkan  Setiap kali  Guru dan murid
6. Penerapan nilai ;  Paip sentiasa dalam penggunaan
Tempat wuduk
tanggungjawab menjaga keadaan tertutup setiap
kebersihan dan keselamatan kali selepas penggunaan
 Tiada air bertakung
 Dikemaskini dengan info  Mengikut  Guru dan murid
Papan kenyataan
terkini keperluan dan
semasa.
 Periksa alat pemadam  Sekali  Guru bertugas
api seminggu  Pentadbir
Pemadam api
 Pemeriksaan alat sekolah
pemadam api oleh
Jabatan Bomba  Setahun sekali
DEWAN:  Dibersihkan mengikut  Seminggu  Pembersih
jadual tugas yang sekali kawasan
1. Lantai ditetapkan.

27
 Memastikan tiada
sampah dan habuk.
 Sentiasa bersih dan  Mengikut  Guru dan murid
2. Meja
tersusun. penggunaan
Kerusi  Sentiasa bersih dan  Mengikut  Guru dan murid
tersusun. penggunaan
 Cara penggunaan yang  Mengikut  Guru dan murid
PA Sistem selamat penggunaan
 Tutup suis selepas
digunakan
Tingkap, pintu  Sentiasa dibersihkan.  Seminggu  Guru dan murid
sekali
Langsir dan tirai  Sentiasa dibersihkan.  Seminggu  Guru dan murid
sekali
Siling, lampu dan  Dibersihkan  Seminggu  Pembersih
kipas sekali kawasan
 Cara penggunaan yang  Setiap kali  Guru dan murid
Penggunaan selamat penggunaan
alatan elektrik  Tutup suis selepas  Sebelum
digunakan meninggalkan
tempat
 Sentiasa bersih.  Setiap kali  Guru dan murid
Bakul sampah
 Sampah dibuang dalam selepas
tong sampah penggunaan
 Periksa alat pemadam  Sekali  Guru bertugas
Pemadam api api seminggu  Pentadbir
sekolah
28
 Pemeriksaan alat
pemadam api oleh
Jabatan Bomba  Setahun sekali
PUSAT SUMBER:  Sentiasa kemas dan  Setiap hari  Guru dan murid
Kaunter tersusun
 Dibersihkan mengikut  2 hari sekali  Guru dan murid
jadual tugas yang
Lantai ditetapkan.
 Memastikan tiada
sampah dan habuk.
Meja  Sentiasa bersih dan  Mengikut  Guru dan murid
tersusun. penggunaan
Kerusi  Sentiasa bersih dan  Mengikut  Guru dan murid
tersusun. penggunaan
Tingkap, pintu  Sentiasa dibersihkan.  Seminggu  Guru dan murid
sekali
Langsir dan tirai  Sentiasa dibersihkan.  Seminggu  Guru dan murid
sekali
Siling, lampu dan  Dibersihkan  Sebulan sekali  Guru dan murid
kipas
 Cara penggunaan yang  Senantiasa  Guru dan murid
Penggunaan
selamat  Sebelum
alatan elektrik  Tutup suis selepas meninggalkan
digunakan bilik
 Sentiasa bersih dan  Setiap kali  Murid
Bakul sampah
tersusun. selepas
penggunaan
29
 Sampah dibuang dalam
tong sampah
Pemadam api  Periksa alat pemadam  Sekali  Guru bertugas
api seminggu  Pentadbir
 Pemeriksaan alat  Setahun sekali sekolah
pemadam api oleh
Jabatan Bomba

30
6: HADIQAH (TAMAN, PADANG DAN PAGAR)

 Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan menjaga kebersihan,


1. PENGETAHUAN keceriaan dan keselamatan taman, padang dan pagar.

 Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membersih, menjaga dan


OBJEKTIF 2. KEMAHIRAN menceriakan taman, padang dan pagar dengan betul.

 Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi menjamin


kebersihan, keceriaan dan keselamatan
3. SIKAP

Surah Al-An’am : 99
DALIL Maksudnya: Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu
segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang
menghijau….

31
Panduan Pelaksanaan :

PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA TINDAKAN DAN


KERJASAMA

TAMAN:
 Menyelenggara tanaman  Setiap hari  Pembersih
1. Tanaman hiasan 1. Penerangan langkah dan cara- seperti: kawasan, guru
cara mengekalkan kebersihan, I. Merumput dan murid
keceriaan dan keselamatan di II. Menggembur
taman, padang dan pagar. III. Membaja
IV. Menyiram
2. Kenalpasti dan tunjukcara V. Memastikan tiada
perkara-perkara yang perlu sampah.
diambil tindakan di taman,
padang dan pagar.

3. Tunjuk cara penjagaan


kebersihan dan keceriaan di
taman, padang dan pagar.

4. Pengawalan semasa  Menyelenggara kolam  Dua minggu  Pembersih


pelaksanaan: (Guru sebagai seperti: sekali kawasan, guru
Kolam ikan fasi, menepati masa, I. Dibersihkan  Sekali sehari dan murid
(Sekiranya ada) keterlibatan) II. Memberi makan

32
5. Penerapan nilai ;  Menyelenggara binatang  Dua minggu  Pembersih
tanggungjawab menjaga seperti: sekali kawasan, guru
kebersihan dan keselamatan I. Membersihkan Tempat  Sekali sehari dan murid
Binatang Pemeliharaan supaya
peliharaan selamat, menarik dan
tidak berbau
II. Memberi makan

 Dibersihkan  Sepanjang  Pembersih


 Memastikan tiada masa kawasan, guru
sampah dan murid
 Membina lanskap yang
Pondok rehat
menarik di sekitarnya
 Menyediakan tong
sampah bertutup

 Menyelenggara tanaman  Setiap hari  Pembersih


seperti: kawasan, guru
I. Merumput dan murid
Kebun
II. Menggembur
III. Membaja
IV. Menyiram

 Bersihkan dan simpan di  Selepas  Pembersih


Alatan tempatnya. digunakan kawasan, guru
dan murid

33
PAGAR:
 Pintu pagar sentiasa  Sepanjang  Pengawal
Pintu pagar tertutup masa keselamatan,
 Dibersihkan supaya pembersih
menarik dan ceria kawasan, guru
 Palang keselamatan dan murid
berfungsi dengan baik

 Membersihkan sekitar  Dua kali  Pengawal


kawasan sebulan keselamatan,
Pagar kawasan
 Menyelenggara pagar pembersih
sekolah dengan rapi kawasan, guru
 Memotong rumput di tepi dan murid
pagar
PADANG:
 Menyelenggara padang  Dua kali  Pembersih
seperti: sebulan kawasan, guru
 Rumput tidak melebihi 3 dan murid
Rumput
cm panjang
 Memotong rumput
 Memastikan tiada
sampah
 Mencabut tumbuhan
berduri
 Membuang bahan-bahan
yang mengganggu aktiviti
di padang.
34
 Menjaga dan memelihara
rumput daripada mati:
 menanam semula rumput
 mengadakan kawasan
larangan memijak rumput
 Menyelenggara tiang  Sebulan sekali  Guru
permainan supaya dalam
Tiang permainan
keadaan baik dan
selamat daripada reput
dan berkarat.

35
7: KHIZANAH (SETOR DAN GARAJ)

 Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan menjaga


kebersihan, keceriaan dan keselamatan setor dan garaj.
1. PENGETAHUAN

OBJEKTIF  Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membersih, menjaga dan


2. KEMAHIRAN menceriakan setor dan garaj dengan betul.

 Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi


3. SIKAP menjamin kebersihan, keceriaan dan keselamatan

:‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫عن أيب مالك احلارث بن عاصم األشعري رضي هللا عنه قال‬
ُ ‫الطُّ ُه‬
...‫ور َشطُْر اإلميان‬
DALIL

Maksudnya : Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.....


(Hadis Muslim)

36
Panduan Pelaksanaan:

TINDAKAN
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA DAN
KERJASAMA

SETOR:
1. Penerangan langkah dan  Patuhi peraturan  Setiap masa  Guru dan
1. Peraturan cara-cara mengekalkan keselamatan murid
keselamatan kebersihan, keceriaan dan penggunaan setiap bilik.
penggunaan bilik keselamatan di setor dan
garaj.

2. Kenalpasti dan tunjukcara


perkara-perkara yang perlu
diambil tindakan di setor dan
garaj.  Dibersihkan mengikut  Sepanjang  Guru dan
jadual tugas yang masa murid
3. Tunjuk cara penjagaan ditetapkan.
2. Meja kerja/ lantai dan kebersihan dan keceriaan di  Menyusun alatan di
peralatan setor dan garaj. tempat asal.  Selepas
digunakan
4. Pengawalan semasa
pelaksanaan: (Guru sebagai
3. Siling, lampu dan fasi, menepati masa,  Dibersihkan  Sebulan  Guru dan
kipas keterlibatan) sekali murid

37
 Periksa alat pemadam  Sekali  Guru
5. Penerapan nilai; api seminggu bertugas
4. Pemadam api tanggungjawab menjaga  Pemeriksaan alat  Setahun  Pentadbir
kebersihan dan keselamatan pemadam api oleh sekali sekolah
Jabatan Bomba
 Cara penggunaan yang  Sentiasa  Guru dan
selamat berhati-hati murid
 Tutup suis selepas  Setiap kali
5. Penggunaan alatan digunakan penggunaan
elektrik  Sebelum
meninggalka
n tempat

GARAJ:
 Dibersihkan mengikut  Sepanjang  Pembersih
jadual tugas yang masa kawasan,
1. Lantai
ditetapkan. guru dan
murid

 Dibersihkan  Sebulan  Guru dan


2. Lampu dan siling
sekali murid
 Disusun rapi  Sepanjang  Guru dan
3. Kenderaan (basikal, masa murid
motosikal dan kereta)

38
8: INFAQ (SUMBANGAN)

 Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan menderma dan


menyumbang.
1. PENGETAHUAN

OBJEKTIF  Mempelbagai kaedah menderma (duit, barangan, makanan dan lain-lain)


2. KEMAHIRAN

 Memupuk rasa tanggungjawab dan kesedaran menderma secara ikhlas


3. SIKAP

ُ َٰ َ ۡ َ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ٓ ْ َ ُ ْ ذ‬
Surah Al Baqarah : 254
DALIL ….‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا أنفِقوا مِما رزقنكم‬
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki
yang telah kami berikan kepadamu.

39
Panduan Pelaksanaan :

TINDAKAN DAN
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA
KERJASAMA

 Diwujudkan di tempat yang  Seminggu  Guru dan


1. Tabung 1. Penerangan fadhilat sesuai (surau, kantin, koperasi sekali murid
menderma dan infaq. sekolah (10 sen)
 Tabung beredar.
2. Kenalpasti kaedah infaq
 Diwujudkan sudut
yang bersistem.
pengumpulan (pakaian
sekolah dan makanan)
3. Pengawalan dan
pengurusan kutipan
(Pengetua/Guru Besar,
GPK HEM dan Guru
Kelas)

4. Penerapan nilai;
tanggungjawab dan
tolong-menolong

40
PENILAIAN

1. Borang Instrumen Penilaian Program Pembudayaan Amal Khair hendaklah


diisi oleh pihak sekolah.

Skala :

1.Musaádah 2.Maqbul 3.Jayyid 4.Jayyid Jiddan 5. Mumtaz

MINDA MUMTAZ

Murid mengetahui kepentingan kelas kondusif

SKOR
BIL PERKARA
1 2 3 4 5

1 Perabot dalam kelas

(lengkap, tersusun, kemas)

2 Keadaan iklim kelas

(tingkap berfungsi, pengudaraan dan


pencahayaan, siling, kipas, lampu bersih)

10 MARKAH

HARUM KASTURI

Mewujudkan tandas bersih dan ceria

1 Gunakan tandas dengan betul

(sediakan selipar, pam tandas setiap kali


digunakan dan membasuh tangan sebelum
keluar)

2 Baca doa sebelum masuk dan keluar tandas

(melalui contoh 5 orang murid )

10 MARKAH

41
HALALAN TOYYIBAN
Mewujudkan kantin yang bersih, selamat dan ceria

1 Pengamalan adab di kantin

(basuh tangan, baca doa, makan dengan tangan


kanan, duduk ketika makan dan minum, pinggan
mangkuk diletakkan di tempat yang disediakan)

2 Bijak mengurus sisa makanan

(dalam pinggan dan atas meja, masukkan dalam


tong yang disediakan)

10 MARKAH

LALUAN ROSIF
Mengetahui kepentingan dan kemahiran menjaga kebersihan dan
keselamatan kaki lima, longkang dan tangga

1 Kaki lima bangunan, kelas bersih dan ceria

(tiada sampah, tidak berhabuk dan dinding ada


hiasan )

2 Longkang dan tangga bersih

(tiada sampah, lumut dan air mudah mengalir)

10 MARKAH

TITIAN JANNAH

Meningkatkan kemahiran murid menjaga kebersihan dan keceriaan


surau, dewan serta pusat sumber

Surau :

1 Dalam surau bersih dan suci

(tiada sampah, tidak berhabuk dan dinding ada


hiasan)

42
2 Dalam surau kemas

(al-Quran , sejadah, telekung dan langsir


tersusun)

10 MARKAH

Dewan:

1 Dalam dewan bersih dan ceria

(tiada sampah, tidak berhabuk dan dinding ada


hiasan)

2 Peralatan dan kemudahan diurus dengan baik

(PA sistem berfungsi, tempat berucap dan


peralatan lain dalam keadaan tersusun)

10 MARKAH

Pusat Sumber :

1 Pusat sumber bersih dan ceria

(tiada sampah, tidak berhabuk dan dinding ada


hiasan)

2 Peralatan dan buku-buku tersusun

(kerusi meja, alat pandang dengar, bahan BBM


dan bahan rujukan disusun rapi)

10 MARKAH

HADIQAH

Meningkatkan Pengetahuan dan kemahiran murid cara-cara membersih


menjaga dan menceriakan taman, padang dan pagar sekolah

1 Taman dan padang diurus dengan baik


(tiada sampah)
2 Pagar

(Dalam keadaan baik )

10 MARKAH

43
KHIZANAH

Mengetahui kepentingan dan kemahiran menjaga kebersihan dan


keselamatan kaki lima, longkang dan tangga

1 Kaki lima bangunan, kelas bersih dan ceria

(tiada sampah, tidak berhabuk dan dinding ada


hiasan )

2 Longkang dan tangga bersih

(tiada sampah, lumut dan air mudah mengalir)

10 MARKAH

INFAQ

Meningkatkan pengetahuan dan kepentingan Menderma

1 Menyediakan Tabung

(Ada tabung bergerak dan tabung kekal di


pejabat, kantin dan lokasi yang sesuai)

2 Menyediakan Peti Barangan dan bekas


makanan

( Pakaian sekolah, peralatan, air kotak, biskut


dan lain-lain)

10 MARKAH

JUMLAH BESAR

44
PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN

1. Pihak sekolah melaksanakan aktiviti bagi tujuan pengiktirafan dan

penghargaan seperti:

i. Pertandingan kebersihan dan keceriaan antara kelas dan

kawasan.

ii. Dimasukkan di dalam Laporan Sijil Berhenti Sekolah murid.

2. Satu hadiah atau sijil untuk tujuan pengiktirafan boleh diadakan melalui

pertandingan.

3. Sumber penilaian berasaskan instrument penilaian yang telah disediakan

di dalam modul.

4. Penilaian di dalam Standard Kualiti Pendidikan JAIS (SKPJ) dari aspek

Kebersihan dan Keceriaan akan diambilkira.

5. Instrumen Pembudayaan Amal Khair bagi Anugerah Sekolah Cemerlang

turut diambilkira.

6. Pihak PIBG boleh dilibatkan dalam menjayakan pertandingan ini.

45
PENUTUP

Hasrat Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam


membangunkan Modul Pembudayaan Amal Khair ini adalah sebagai inovasi
kepada program kebersihan dan keceriaan di sekolah. Ianya akan dapat dicapai
melalui kesungguhan dan kerjasama semua pihak. Semoga hasrat yang murni
ini dapat direalisasikan secara berterusan (Istiqomah) dengan jayanya.

46

Anda mungkin juga menyukai