Anda di halaman 1dari 2

📌 *Zakat Fitrah Lupa Bayar?!

*Situasi* :

Aidilfitri menjelma lagi, si Abu yang pulang bercuti di kampung seronok ingin beraya bersama
keluarga. Dia telah berniat untuk menunaikan Zakat Fitrah di kampungnya pada malam raya. Dek
kerana keletihan membantu ibunya membakar lemang pada malam tersebut, dia terlena hinggalah
Subuh. Keesokkannya dia menyambut hari Raya Aidilfitri tanpa sedar zakat fitrahnya belum
dilaksana hinggalah terbenam matahari 1 Syawal. Kini dia gelisah memikirkan bagaimana untuk
melunaskan zakat fitrahnya.

*Jawapan* :

Kewajipan menunaikan zakat fitrah adalah terbatas dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan
syara'. Ianya harus ditunaikan bermula daripada 1 Ramadhan dan mestilah ditunaikan sebelum
terbenam matahari 1 Syawal. Walaupun hukumnya makruh sekiranya ditunaikan zakat fitrah selepas
solat Aidilfitri, tetapi seseorang itu mesti bersegera melaksanakannya sebelum terbenam matahari
atau masuknya waktu Maghrib 1 Syawal.

Situasi seperti di atas, apabila seseorang terlupa dengan tidak sengaja kerana sebab-sebab tertentu
maka wajib dia segera qadha' atau menggantikan zakat fitrahnya. Dia tidak dikira berdosa kerana
terlupa yang bukan daripada sebab kelalaiannya atau sengaja bertangguh. Kewajipan menunaikan
zakat fitrah juga tidak akan gugur dengan habis tempoh waktunya sepertimana ibadah solat fardhu.
Ia dikira hutang dengan Allah Taala, dan hutang Allah Taala paling berhak untuk ditunaikan.

Hadis riwayat Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda :

_Barangsiapa menunaikan zakat fitrah itu sebelum solat (Aidilfitri) maka itu adalah zakat yang
diterima. Dan barangsiapa menunaikan zakat fitrah itu setelah solat (Aidilfitri) maka itu adalah dikira
satu shaqadah dari shadaqah-shadaqah.” (HR Abu Dawud, no 1609)_

Di dalam Kitab Al-Muhazzab, Fiqh Imam As-Syafie halaman 543 menyebutkan :

“ Tidak harus melewatkan pembayaran zakat fitrah pada harinya, kerana _Sabda Nabi SAW :
Kayakan mereka (orang- orang miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Aidilfitri)_,(HR
Daruquthni, 2/153).

Maka jika dia sengaja melewatkan pembayaran sehingga keluar dari harinya, maka dikira berdosa,
dan keatasnya Qadha.

Dinamakan Qadha kerana zakat fitrah terbatas dengan waktu tertentu, maka perbuatan selepas dari
waktunya disebut qadha sepertimana solat fardhu, dan inilah makna qadha dari segi istilah iaitu
sesuatu amal ibadah yang dilakukan selepas dari waktu yang ditetapkan. (Kitab Al- Majmuk 6/116)”
Justeru itu, menjadi kewajipan kepada amil lantikan Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk menerima
qadha Zakat Fitrah yang dibayar selepas solat sunat hari raya bagi mengelakkan mereka dari tidak
membayar zakat.

✅ _*Jangan Berlengah Lagi!*

* Tunaikan Qadha Zakat Fitrah atau Lain-lain Zakat*_

Di Pejabat Zakat Daerah yang berdekatan atau melalui laman sesawang :

https://jom.zakatkedah.com.my

atau hubungi *019-570 7022*

(Bahagian Dakwah & Penyelidikan LZNK)

untuk persoalan dan bantuan.

Anda mungkin juga menyukai