Anda di halaman 1dari 19

Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

USTAZ MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN / 10 JUNE 2018

1 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

TUNTUTAN membaca sejarah

Antara kewajipan umat Islam hari ini ialah membaca sejarah. Sejarah umat
terdahulu sama ada zaman kegemilangan mahupun zaman kejatuhan mempunyai
pengajaran dan iktibar yang penting buat generasi terkemudian. Kegagalan kita
menghayati sejarah lepas menjadi sebab kemunduran Islam pada hari ini.
Mengapa Allah menyuruh kita membaca sejarah? Walhal kita diminta membuat
persediaan untuk menghadapi hari kemudian? Ini kerana apa yang berlaku di
dunia adalah peristiwa yang berulang‐ulang, hanya berbeza masa, tempat, watak
dan pelakunya sahaja. Allah Taala menyebutkan di beberapa tempat sebagai
peringatan buat kita berkaitan sejarah:


(١٧٦ :‫)االعراف‬

“Demikianlah bandingan orang yang mendustakan ayat‐ayat Kami, Maka


ceritakanlah kisah‐kisah itu supaya mereka ber ikir”

(al‐A'raf: 176)



(١٤٠ :‫ )ال عمران‬

“Jika kamu mendapat luka maka sesungguhnya musuh juga mendapat luka.
Dan demikian itulah keadaan hari‐hari (dunia ini dengan kemenangan atau
kekalahan) kami gilirkan antara sesama manusia (supaya menjadi
pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah terhadap orang
beriman supaya Allah menjadikan sebahagian daripada kalian mati syahid.
Dan Allah tidak menyukai orang yang zalim”

(ali‐Imran: 140)

Kesungguhan para Sahabat dan Tabi`in dalam mendidik anak mereka mengenai

2 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

Sirah Nabi S.A.W sebagaimana ucapan seorang Tabi`in:

“Kami ajarkan kepada anak‐anak kami Sirah peperangan Nabi S.A.W sebagaimana
kami ajarkan mereka al‐Quran”

Begitu juga kesungguhan para ulamak terkemudian yang merekodkan Sirah para
Nabi dan sejarah umat Islam dengan tulisan yang amat banyak seumpama Ibnu
Athir, Ibnu Hazmi dan lain‐lain.

Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiah antara peristiwa hitam yang wajib diketahui
oleh umat Islam. Ia merupakan sejarah yang tidak dapat dina ikan bahawa ia
berlaku dan amat menyakitkan hati. Ibnu Athir ketika mengulas kisah ini dengan
panjang lebar menyebutkan:

“Aku termenung beberapa tahun untuk menulis kisah ini kerana bencinya aku
untuk menceritakan aib dan keburukan umat Islam yang dahsyat! Siapakah yang
begitu mudah baginya untuk menulis aib umat Islam? Siapakah insan yang hina
sangat begitu?”

Tambah beliau lagi:

“Kalau ada yang mengatakan sejak daripada Adam diciptakan hinggalah ke waktu
ini, umat Islam tidak pernah diuji sebegini rupa nyata ianya benar”

Boleh dikatakan tidak ada dalam sejarah umat Islam diperlakukan semacam ini
atau yang hampir serupa dengannya.

Pengasasan Kerajaan Abbas as‐Safah

Bani Abbasiah memerintah selama lebih 500 tahun atau secara tepatnya selama
532 tahun (132H ‐ 528H). Kerajaan Bani Abbasiah selepas persengketaan
panjang dengan Bani Umayyah memangkinkan ke arah penubuhan Kerajaan
Monarki kedua dalam Islam yang diasaskan oleh Abu Abbas as‐Saffah (132 ‐ 136H
/ 750 ‐754M). Naiknya Abu Abbas dengan misi menghapuskan saki baki Kerajaan
Bani Umayyah yang pada ketika itu dipimpin oleh Khalifah Marwan II pada tahun
750M.

3 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

Dengan dibantu oleh golongan Syiah dan penduduk Khurasan, as‐Saffah


melancarkan pemberontakan hingga menubuhkan Dinasti baru di bumi Damsyik.
Mengapa Abbas begitu memusuhi Umayyah? Ada yang menyebutkan ia
merupakan re leksi daripada permusuhan tradisi antara Bani Hashim dan Bani
Umayyah sejak Jahiliah lagi. Para Penyair dan Pegawai Istana pula sentiasa
memarakkan lagi pertembungan perkauman ini dengan bahasa lunak mereka.

Ditambah pula dengan kekejaman dan penindasan berterusan oleh pemimpin


Bani Umayyah terhadap golongan Bani Abbasiah menambah kesumat mereka.
Menyebabkan, apabila Abu Abbas as‐Saffah menaiki takhta pemerintahan,
dilakukan beberapa siri membalas dendam yang dahsyat.

Abdullah Ibrahim, bapa saudara as‐Saffah mebunuh 300 orang Bani Umayyah
hanya selepas 3 bulan as‐Saffah memerintah. Yazid bin Mu`awiyah bin Abdul
Malik dan Abdul Jabbar bin Yazid bin Abdul Malik dan 70 orang yang lain dibunuh
dalam satu majlis. Begitu juga as‐Saffah menjemput keluarga Umayyah ke majlis
keramaian, lalu mereka dibunuh dalam majlis tersebut. Abdul Rahman ad‐Dakhil,
antara kerabat Umayyah yang berjaya menyelamatkan diri lalu melarikan diri ke
bumi Andalus.

Semua ini bertujuan menghapuskan segala kemungkinan pemberontakan yang


bakal berlaku sekiranya pesaing‐pesaing tidak dihapuskan. As‐Saffah, hanya
sempat memerintah selama 4 tahun apabila beliau meninggal pada tahun 136H
dan digantikan dengan Khalifah Abu Jaafar al‐Mansur ( 136 – 158H / 754 –
775M).

Kemunculan Kerajaan Bani Umayyah II

Abdul Rahman Ad Dakhil atau namanya Abdul Rahman bin Muawiyah bin Hisyam
bin Abdul Malik yang berjaya melarikan diri ke Sepanyol menubuhkan Pusat
Pemerintahan Daulah Umawiyah II di sana.

Abdul Rahman tekad membangunkan Sepanyol dan memerintah dengan


saksama. Khalifah Abbasiah ketika itu ialah Khalifah Mansur yang merasa

4 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

tergugat dengan kemunculan Abdul Rahman menghantar bala tentera untuk


menyerang Wilayah Sepanyol namun tidak berhasil kerana Abdul Rahman ad‐
Dakhil telah bertapak kukuh dan mempunyai tentera yang kuat.

Zaman kejatuhan Abbasiah

Kemunculan Tatar

Monggol ataupun lebih dikenali Tatar memulakan misi menjarah bumi umat
Islam pada tanggal 617H dikepalai oleh Temujin ( Genghis Khan ) seterusnya
Kiyuk bin Ughitai, kemudian Mankhu Khan dan diakhiri oleh cucunya Hulaghu
Khan. Di tangan 4 Jeneral ini berkuburnya Kerajaan Islam Abbasiah yang
bertapak lebih 500 tahun di tangan bangsa yang kuno dan Sultan terakhir
Abbasiah al‐Musta`sim mangkat di tangan Hulagu Khan.

Bangsa Tatar muncul pada era perpecahan umat Islam, walhal pada waktu itu
Kerajaan Abbasiyah menguasai hampir satu pertiga dunia. Menggambarkan
gawatnya suasana ketika itu, menurut Said Qutub ketika menafsirkan Firman
Allah Taala:

“Mereka berkata : wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj


sentiasa melakukan kerosakan di bumi…. Mungkin tembok yang dibina itu
telah dibuka yang menjadi petanda dekatnya dengan kiamat, dan serangan
Bangsa Monggol itu merupakan penyerbuan Yakjuj dan Makjuj.”

(al‐Kah i: 94)

Lihat peta :

(Kerajaan Bani Abbasiah pada awal kurun ke‐7 Hijrah menguasai daripada
hujung Andalus hingga ke hujung India)

Pada penghujung kurun, ia berlaku sebaliknya. Walhal pada akhir kurun ke‐6
adalah merupakan zaman keemasan bagi pemerintahan Kerajaan Abbasiah.
Dengan kemenangan mengalahkan tentera Salib melalui Komandan Agung
Salahuddin al‐Ayyubi, juga zaman penyebaran ilmu yang berkembang dengan

5 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

pesat kerana para ulamak Sunnah muncul pada Era Abbasiah termasuklah Imam
Sya ie, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hasan al‐Asya`ri serta ramai lagi
Pakar dalam pelbagai bidang. Pada kurun tersebut juga Islam mempunyai
Perpustakaan terbesar yang terletak di Kota Baghdad yang menjadi tumpuan
seluruh dunia.

Manakala pada akhir kurun ke‐7, Kerajaan Islam berpecah‐pecah dan masing‐
masing dengan haluan dan sikap mementingkan diri sendiri. Ahli Sejarah
merekodkan pada kurun tersebut ketumbukan dunia terbahagi kepada 3
kumpulan besar, Iaitu:

● Kerajaan Islam

Kerajaan Islam berpecah kepada 7 kerajaan:

‐ Kerajaan Bani Abbasiah ‐ yang merupakan Kerajaan Pusat Pemerintahan.


Namun pada akhir kurun ke‐7, ia hanya tertumpu di Baghdad sahaja.

‐ Kerajaan Ayyubiah ‐ Meliputi Mesir, Syam (Jordan, Syria, Lubnan, Palestin),


Yaman dan Hijjaz

‐ Kerajaan al‐Muwahhidin ‐ Meliputi Andalus dan Morocco

‐ Kerajaan al‐Khwarizmi ‐ Meliputi Wilayah Asia daripada Barat China hingga


Barat Iran

‐ Kerajaan al‐Ghuri ‐ Wilayah India

‐ Kerajaan Bani Saljuk ‐ Meliputi Wilayah Turki (Anatolia)

‐ Kerajaan Ismailiah ‐ Merupakan Iran sekarang, diperintah oleh kumpulan


Syiah Ismailiah yang disepakati oleh ulamak bahawa Ismailiah adalah sesat,
berasal daripada Majusi dan menyelewengkan al‐Quran.

● Kerajaan Salib ‐ seteru utama umat Islam melalui siri peperangan


Salib Kerajaan Bizantin.

Kerajaan Armania ‐ Meliputi Utara Iran dan Barat Turki Kerajaan Georgia

6 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

Kerajaan kecil Salib di Syam, Palestin dan Turki.

● Kerajaan Monggol atau Tatar

Kerajaan yang muncul secara mengejut, dan tamat juga dengan mengejut.

Temujin, atau gelarannya Genghis Khan, selepas berjaya memimpin bangsa


Monggol bergerak dan mengembangkan pengaruhnya dengan cepat. Para Ahli
Sejarah menyebutkan beberapa ciri‐ciri mereka yang menjadi sebab mengapa
begitu cepat tersebar:

‐ Bersifat buas

‐ Gerakan gerila yang tersusun dan kemas

‐ Jumlah kepuakan yang ramai

‐ Membawa budaya yang keras

‐ Kepimpinan Genghis Khan dan Jeneralnya yang tangkas

‐ Tidak berhati perut

‐ Tidak menerima pendapat selain daripada puak mereka

‐ Tidak menepati janji

Bangsa Monggol sebagai bangsa dominan akhirnya tewas di tangan salah satu
bangsanya yang kecil iaitu Tatar. Lalu Tatar berkembang menjadi bangsa yang
utama. Tanpa ada perlembagaan dan peraturan, bahkan kemunculannya juga
mendadak dengan kekuatan persenjataan dan keganasannya membolehkan ia
berkuasa cepat.

(Peta ketumbukan dunia pada tahun 603H dan kemunculan Kerajaan Tatar)

Mengapa Tatar memusuhi Islam?

Sudah menjadi Sunnatullah, sekalipun musuh saling bertelagah sesama mereka,


namun ketika mana melihat Islam menjadi ancaman, maka musuh akan bersatu
untuk melawan Islam. Yahudi dan Kristian bertelagah, namun apabila Islam

7 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

datang, mereka bersatu untuk melawan Islam. Sebagaimana Sirah menyebutkan


tatkala Nabi S.A.W dan para Sahabat berjaya berhijrah dari Makkah ke Madinah
dan membuka lembaran baru, ketika itulah orang Yahudi mula bersepakat
dengan Musyrikin Makkah demi menumpaskan Islam. Pastinya Peperangan
Ahzab sentiasa segar di minda kita.

Begitu juga dalam situasi pada zaman Abbassiah. Kerajaan Bizantin, apabila
mendengar dari kejauhan kemunculan Monggol yang semakin membesar
jajahannya, mula merancang sesuatu untuk menyekat kemaraan Islam. Maka,
Bizantin mengutuskan utusan mereka bagi bertemu Genghis Khan meminta
bantuan supaya Monggol menyerang Islam.

Penjarahan Bangsa Tatar terhadap bumi Umat Islam

Serangan Bangsa Tatar terhadap umat Islam berlaku dalam tiga fasa yang
bermula pada tahun 616H hingga 658H iaitu selama 42 tahun. Saya hanya
nyatakan sepintas lalu untuk mendapat gambaran keseluruhan secara ringkas
bagaimana Tatar meranapkan bumi umat Islam dalam tempoh yang singkat!
Pastinya kita tertanya‐tanya mengapa begitu mudah melawan umat Islam?
Apakah begitu gagah Bangsa Monggol? Di manakah Panglima segagah Salahuddin
al‐Ayyubi??

● Fasa pertama

616H Tatar menyerang Wilayah Bukhara

617H Tatar menyerang Wilayah Samarqand hingga bumi Afghanistan

618H Tatar menyerang Wilayah Hamdan, Iran, Chechen dan beberapa kawasan di
Rusia

619H Tatar mengukuhkan kedudukannya di antara China dan Iraq

620H Tatar meranapkan Bulgaria

624H Kematian Genghis Khan dan diganti dengan Ukitai

8 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

● Fasa kedua

628H Tatar menerobos Parsi (Iran), Iraq dan Arzebeijan

634H Tatar menakluk Armenia, Chechen dan Dagistan

635H Bato mengepalai misi menjarah Rusia

636H Mosko ditumpaskan

638H Tatar memasuki Wilayah Ukraine

639H Poland ditumpaskan

Kematian Ukitai dan diganti dengan anaknya Kiuk

640H Kewafatan Khalifah Abbasiah al‐Mustansir billah diganti dengan al‐


Musta`sim Billah

648H Peperangan Salib di Mansurah

Fasa serangan di atas meranap bumi umat Islam dan juga wilayah kekuasaan
Kristian. Nyata Bangsa Tatar langsung tidak mengendahkan Perjanjian Awal
antara puak Salib dan Tatar untuk menyerang umat Islam, tetapi Tatar menjarah
semua sekali gus!

● Fasa ketiga

656H Tatar mengepung Pusat Pemerintahan Abbasiah, Kota Baghdad

Tumbangnya Kerajaan Bani Abbasiah

Wilayah Miyarfarqin (Syam) diranapkan

657H Tatar menghancurkan keseluruhan Wilayah Syam

658H Saifuddin Qutuz dan Zhahir Bybrus mengepalai tentera Islam menebus
maruah umat Islam di Ain Jalut (Palestin) pada 25 Ramadan 658H yang memberi
kemenangan bermaruah buat umat Islam.

(Peta : Pergerakan Bangsa Tatar yang terlalu cepat menyerang bumi umat Islam

9 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

dan Salib!)

Kafa bit tarikh mauizah! (Cukuplah sejarah itu suatu peringatan yang
berkesan!)

Sejarah yang berulang selayaknya menjadi panduan dan pengajaran yang


berkesan buat kita. Namun, nyata ia tidak berlaku kerana kita tidak membaca
sejarah, dan gagal menghayati sejarah untuk diadaptasi pada zaman ini! Membaca
sejarah yang paling penting ialah menjiwai jalan ceritanya untuk digunakan pada
zaman kita, bukan untuk seronok disampaikan semata‐mata.

Ada Sarjana yang menyebutkan bahawa, Barat hampir boleh dikatakan tidak
mengulangi semula sejarah hitam mereka kembali kerana amat peka dengan
peristiwa lalu dan belajar daripadanya. Ada pun umat Islam berlaku sebaliknya,
kelemahan kita terhadap sejarah tambahan pula penyelewengan fakta yang
dibuat mengakibatkan kita leka dan sentiasa mengulangi perkara yang sama
berulang‐ulang kali!

● Pelajaran pertama: Meninggalkan Islam

Firman Allah Taala:

“Sekiranya kamu membantu agama Allah, pertolongan Allah akan datang…"

(Muhammad : 7)

Menjadikan panduan selain al‐Quran dan Sunnah adalah merupakan bala yang
besar. Sultan dan Pemerintah di akhir kurun ke‐7 dilihat sangat jauh daripada
ajaran Islam yang sebenar. Malahan pengaruh Hedonisme, dan pemikiran falsafah
masuk ke dalam umat Islam menyebabkan mereka menyimpang.

Berbeza apabila Saifuddin Qutuz mengambil alih kuasa, ditambah dengan


dokongan ampuh daripada Syeikh Izzuddin bin Abd Salam meletakkan slogan ‘Wa
Islamah’ iaitu demi Islam sebagai bukti kesungguhan Qutuz melawan Tatar bukan
kerana hajat yang lain. Lalu Allah memberi kemenangan yang besar buat umat
Islam. Qutuz sendiri menyebutkan kepada Raja‐raja yang takut hilang jawatan:

10 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

“Biarkan aku yang mengepalai misi melawan Tatar, selepas kita mengalahkan
Tatar, aku serahkan urusan pemerintahan kepada kalian.”

Malangnya, kerana takut tidak mendapat jawatan, Qutuz dibunuh oleh temannya
sendiri.

Sebab itu dalam perjuangan, selain daripada ujian kepayahan, ujian kesenangan
mesti diambil berat supaya kita tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa ataupun
kita sendiri yang kalah dengan bisikan hawa nafsu. Ada yang berjuang untuk
merebut jawatan, menaikkan nama sendiri dan untuk menunjuk‐nunjuk. Andai
ada niat berjuang bukan kerana Allah, maka selagi itulah pertolongan Allah tidak
akan turun.

● Pelajaran Kedua: Perpecahan umat Islam dan kesatuan musuh Islam

Allah menegaskan dalam Surah al‐Anfal ayat 46, betapa pentingnya bersatu :

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul‐Nya, dan janganlah kamu saling
bertelagah, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan,
dan bersabarlah sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”

Beberapa peristiwa dicatatkan yang menyaksikan umat Islam bertelingkah,


walhal musuh berada di depan mata. Kerajaan al‐Khawarizmi Shah, antara
wilayah pertama yang mula‐mula diserang pada tahun 617H, akan tetapi
langsung tidak dibantu oleh wilayah yang berdekatan. Mengapa ini terjadi? Ini
berpunca daripada sikap al‐Khawarizmi sendiri yang suka mencetus perbalahan
menyebabkan ia tidak dibantu. Akan tetapi, dalam keadaan sebegitu, logikkah
umat Islam membiarkan sahaja tanpa berbuat apa‐apa?

Ketika Tatar menyerang Selatan Afghanistan, umat Islam ada yang bangkit
melawan. Antaranya Saifuddin Baghraq, ketua tentera Saljuk, yang bersamanya
30,000 orang tentera digabungkan bersama 60,000 tentera Sultan Jalaluddin al‐
Khawarizmi. Nyata bantuan Allah bersama mereka, berjaya membunuh ramai
tentera Tatar dan ramai yang melarikan diri. Namun, Genghis Khan bangkit
melawan dengan menghantar ketumbukan kedua yang lebih besar. Malangnya

11 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

ketika itu tentera Saifuddin Baghraq dan Jalauddin al‐Khawarizmi berebut harta
ghanimah dan saling berbunuh!

● Pelajaran ketiga: Mencintai dunia dan kehidupan eksklusif

Antara ujian yang melemahkan umat Islam ialah ujian kesenangan. Melihat
kembali sejarah pembunuhan Saidina Uthman R.A ialah selepas fasa kemenangan
Islam menawan Rom dan Parsi pada zaman Umar al‐Khattab sekali gus
memberikan kesenangan buat mereka dan generasi terkemudian. Khabbab bin
Arat antara Sahabat yang sempat merasa imbuhan yang banyak atas jasanya
sebagai golongan awal yang masuk Islam dan menghadapi ujian kepayahan yang
dahsyat, namun ia tidak melekakan beliau. Sebaliknya berlaku kepada generasi
terkemudian yang tidak merasai kepayahan perjuangan, lalu mereka mudah
terpengaruh dan terkesan dengan omokan golongan Muna ik yang iri hati
terhadap Islam.

Umat Islam pada waktu serangan Tatar mereka sudah terbiasa dengan kehidupan
yang selesa, sarat dengan hiburan hingga tahap penguasaan terhadap lagu‐lagu
lebih banyak berbanding penguasaan terhadap al‐Quran! Ia juga melanda kita
dewasa ini, artis dan penyanyi lebih dikenali, lagu‐lagu hiburan menjadi halwa
telinga berbanding al‐Quran, pemain bola dan atlit menjadi ikon lebih daripada
pejuang agama, para Sahabat bahkan para Nabi sekalipun!

Al‐Quran sekadar meniti di bibir bukan meresap ke dalam hati‐hati manusia


walhal Musabaqah al‐Quran adalah tradisi tahunan negara dan dunia. Allah Taala
mengancam manusia dengan kehancuran bagi mereka yang tenggelam dengan
kesenangan:

“Dan apabila Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah kampung,


kami perintahkan terlebih dahulu orang‐orang yang melampau dengan
kemewahan di antara mereka lalu mereka menderhaka dan melakukan
maksiat. Maka berhaklah negeri itu dibinasakan lalu kami menghancurkan
sehancur‐hancurnya.”

12 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

(al‐Isra : 16)

Sunnah ini dimulakan oleh Sultan dan Pemerintah. Di Istana subur dengan
budaya berhibur tanpa batasan masa. Dikisahkan ketika tentera Tatar menyerang
Istana dengan anak panah, Sultan mengarahkan pengawal supaya menutup tirai‐
tirai Istana supaya tidak melihat apa yang berlaku di luar! Lihatlah betapa
teruknya sikap pemerintah pada waktu itu.

● Pelajaran keempat: Umat Islam meninggalkan kefarduan Jihad

Antara penyumbang terbesar kepada kekalahan umat Islam ialah meninggalkan


kefardhuan Jihad. Termasuklah meninggalkan mempelajari selok‐belok jihad, erti,
tuntutan seterusnya praktikal terhadap Jihad dengan mempersiap kekuatan
ketenteraan mahupun persediaan peribadi dalam aspek pertahanan diri,
berenang, dan menunggang kuda. Percaya atau tidak, pada zaman serangan Tatar
kesemua ini ditinggalkan oleh umat Islam! Yang lebih parah ialah mereka
kehilangan roh Jihad, sekalipun sudah berada dalam saf tentera, namun ada yang
melarikan diri kerana takut mati! Dikisahkan ketika Tatar menjarah bumi
Samarqand, wilayah tersebut mempunyai tentera seramai 50,000 orang! Apa
yang terjadi, kesemua tentera ini melarikan diri dan tidak mahu keluar
berperang!

● Pelajaran kelima: Mengabaikan aspek persediaan ketenteraan

Negara yang mengabaikan aspek ketenteraan membuka ruang yang luas untuk
musuh menyerang dengan mudah. Itulah yang berlaku terhadap Kerajaan
Abbasiah. Hampir kesemua Sultan kecuali Mesir sahaja yang langsung tidak
bangkit mengatur rakyatnya melawan mahupun menyerang. Sebaliknya dibiarkan
Tatar masuk dan meranapkan segala‐galanya.

Jika dilihat dalam ketiga‐tiga fasa serangan Tatar, terdapat beberapa tempoh
bertenang yang tidak berlaku serangan. Ini kerana berlaku pergolakan dalaman
sesama mereka, dan mereka menyusun kembali tentera selepas berperang dalam
tempoh yang panjang. Namun sepanjang waktu itu, langsung tidak ada persiapan

13 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

yang dibuat oleh umat Islam! Alangkah malangnya!

● Pelajaran keenam: Kehilangan Tokoh sebagai ikutan

Islam mengajar kita kepimpinan mestilah melalui tauladan. Dengan tauladan


menjadikan rakyat dan umat di bawah mengikut sebagaimana ketua mereka.
Sikap Sultan yang tidak mengendahkan urusan rakyat, ditambah dengan hanya
sibuk merebut kuasa menjadikan rakyat hidup tanpa seliaan kearah kebaikan.

Lalu bagaimana mendidik rakyat dengan roh Jihad seandainya Raja orang
pertama yang lari dari medan perang? Sudah tentu ia amat bercanggah dengan
perihal Baginda S.A.W yang sentiasa menjadi ikutan para Sahabat. Dalam
Peperangan Khandak, Baginda S.A.W individu pertama yang turun menggali parit
dan Baginda orang terakhir yang naik ke atas. Ketika mana ada Sahabat yang
mengadu kelaparan lalu mengangkat bajunya dan memperlihatkan perutnya yang
diikat dengan seketul batu tanda menahan lapar, lantas Baginda S.A.W menyelak
bajunya dan memperlihatkan perut Baginda S.A.W diikat dengan dua ketul batu
petanda Nabi S.A.W lebih lapar! Begitu juga dengan perihal Khalifah Umar al‐
Khattab, menjiwai kesusahan rakyatnya dengan beliau sendiri memikul gandum,
memberi makan kepada orang susah dan tidak akan makan yang sedap
melainkan ia dinikmati oleh rakyatnya dahulu.

● Pelajaran ketujuh: Hilang jati diri dan tunduk kepada musuh

Firman Allah Taala dalam Surah al‐Maidah ayat 51:

“Wahai orang‐orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang‐


orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka
menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara
kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia
adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan
petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”

Peringatan yang keras dari Allah supaya orang Islam tidak menyendeng bahu kita
dengan orang bukan Islam. Ia bakal menjadikan kita bergantung harap pada

14 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

mereka, meletakkan kepercayaan kepada mereka dalam segala hal, sebagaimana


berlaku hari ini apabila kita mempercayai Barat lebih daripada yang lain seolah‐
olah hampir mustahil untuk Islam mengalahkan Amerika yang menjadi kuasa
besar waktu ini.

Begitulah yang berlaku terhadap umat Islam dengan Tatar, mereka dikalahkan
dengan serangan propaganda yang dibuat oleh Tatar dengan slogan “Bangsa yang
tak terkalah”. Ia tersebar meluas dalam kalangan umat Islam hingga dikisahkan,
sekiranya datang seorang tentera Monggol kepada umat Islam yang ramai,
mereka akan menundukkan kepala ke bumi sebagai isyarat sedia disembelih
tanpa mereka melawan. Bahkan dikisahkan juga, seorang tentera wanita Tatar
masuk ke dalam rumah yang menyorok di dalamnya ratusan umat Islam kerana
takut dibunuh, akhirnya membiarkan sahaja seorang demi seorang dibunuh
tanpa seorang pun melawan! Betapa murahnya nyawa umat Islam.

● Pelajaran kelapan: Pengkhianatan golongan Pragmatis

Dalam satu Hadis, Nabi S.A.W menyebutkan orang beriman akan diuji dengan 5
golongan, antaranya Muna ik yang benci kepadanya. Golongan ini akan sentiasa
ada sepanjang zaman. Mereka duduk bersama orang Islam tanpa sedikit pun
dicurigai kecuali setelah mereka berjaya berada pada posisi yang sukar digugat.

Sepanjang serangan Monggol terhadap umat Islam, ada 3 individu yang menjadi
dalang dan tali barut kepada Tatar. Mereka berpakat dan menggadaikan nyawa
jutaan umat Islam demi survival diri mereka sendiri yang akhirnya nyata mereka
juga menjadi korban dek kebodohan sendiri.

Raja Kaikawus Sani, dan Raja Qalaj Arsalan ke‐4, yang merupakan Raja di Wilayah
Anatolia, Turki antara yang memberi laluan mudah untuk tentera Monggol masuk
menyerang. Begitu juga Raja Badaruddin Lu`lu yang merupakan Raja bagi
Wilayah Mosul turut melakukan perkara yang sama kerana termakan janji‐janji
manis oleh musuh tanpa mereka sedari bahawa Tatar tidak pernah menepati
janjinya!

15 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

Dan benteng umat Islam yang terakhir di Kota Baghdad ialah Muayiduddin al‐
Alqami yang merupakan penasihat kepada Sultan al‐Musta`sim yang berfahaman
Syiah. Tanpa diketahui oleh Sultan, al‐Alqami membuat Perjanjian Awal dengan
Tatar dan dimaklumkan kepada Sultan bahawa Tatar menjanjikan keamanan
kepada Baghdad. Akhirnya Kota Baghdad ranap kerana pengkhianatan al al‐Qami
ditambah dengan kebodohan Sultan yang tidak mempunyai pengetahuan ilmu
dan strategi peperangan.

Dr Raghib as‐Sarjani menyebutkan, penyakit umat Islam yang paling parah pada
waktu itu ialah (‫ )الحول السياسي‬iaitu buta dalam politik yang dahsyat. Pemerintah
dan rakyat langsung tidak tahu apakah yang sepatutnya mereka buat untuk
menghalang Tatar kerana sudah jauh dan tidak pernah didedahkan dengan ilmu
Jihad yang sebenar sejak sekian lama! Realiti itu juga kita hadapi dewasa ini
apabila anak muda ramai yang tidak minat untuk terlibat dengan politik Islam
yang sebenar kerana mereka jemu dan jelek dengan kebobrokan yang berlaku
dalam dunia. Akibatnya, sang politikus dan golongan Pragmatis terus mendapat
tempat dan melakukan kerosakan.

Penutup

Mengapa sejarah Abbasiah? Bukan Umawiyah atau Usmaniah? Saya memilih


sejarah kejatuhan Abbasiah untuk direnungi bersama kerana punca kejatuhan
banyaknya adalah daripada masalah dalaman umat Islam sendiri. Kerajaan
Umawiyah digulingkan oleh umat Islam, manakala kejatuhan Usmaniah walaupun
dengan kelemahan kita, namun campur tangan pihak luar dan Yahudi Zionis perlu
diperhalusi dengan panjang lebar yang memang sarat dengan pengajaran buat
kita.

Sebagai akhirnya, marilah sama‐sama kita merenung Firman Allah Taala ini
sebagai sumber inspirasi untuk kita terus memposisikan diri di dalam agenda
memartabatkan Islam:

"Wahai orang‐orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela‐pembela


(agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong‐penyokong) Nabi Isa ibni

16 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong‐penyokongnya itu: "Siapakah


penolong‐penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan
menegakkan agama‐Nya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela‐pembela
(agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka
sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) ka ir. Lalu
Kami berikan pertolongan kepada orang‐orang yang beriman untuk
mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang‐orang yang
menang."

(as‐Saff: 14)

Wallahu a`lam bissowab.

(Penulis ialah MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN merupakan Ketua Pemuda PAS


Kawasan Bakri lepasan Jurusan Usuluddin, Hadith Universiti al‐Azhar Kaherah,
Mesir)

Rujukan:

‐ Tafsir Fi Zhilal oleh Said Qutub

‐ Kerajaan Khalifah Islam Kegemilangan Pemerintahan Abbasiah oleh Raffar Mat

‐ Kisah Tatar minal Bidayah ila Ain Jalut oleh Dr Raghib As Sarjani

‐ Daulah Abbasiah oleh Dr Ali As Solabi

‐ Sultan Saifuddin Qutuz oleh Dr Ali As Solabi

‐ At Tarikh Al Islami (Al Wajiz) oleh Dr. Muhammad Suhail Taqqush

‐ Daulah Zinkiah oleh Dr Ali As Solabi

‐ Tafsir Ibnu Kathir ‐ HARAKAHDAILY 10/6/2018

Like 146

17 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

18 of 19 6/10/2019, 3:13 PM
Menyingkap malapetaka umat: Kejatuhan Abbasiah https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7005-menyi...

19 of 19 6/10/2019, 3:13 PM

Anda mungkin juga menyukai