Anda di halaman 1dari 7

AMJ 卓越教育顾问

Free BM BHG A (20 Soalan) JAWAPAN


1 Langkah-langkah menjaga keselamatan di rumah
a Kita perlulah memasang lampu di dalam rumah jika hendak meninggalkan
rumah pada waktu malam.
b Kita hendaklah memastikan pintu rumah dan pintu pagar telah dikuncikan
sebelum meninggalkan rumah.
c Kita boleh meminta bantuan jiran untuk mengawasi kawasan rumah sepanjang
ketiadaan kita di rumah.
d Kita boleh memasang kamera litar tertutup sebagai langkah keselamatan.
e Kita hendaklah memastikan tanam-tanaman di sekeliling rumah terjaga agar
orang yang berniat jahat tidak dapat bersembunyi atau berlindung.

2 Punca-punca pencemaran udara berlaku


a Kenderaan yang menggunakan petrol akan membebaskan asap yang
mengandungi gas karbon dioksida yang akan mencemarkan udara.
b Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran telah menyumbang kepada
pencemaran udara.
c Aktiviti pertanian yang menggunakan racun serangga secara berlebihan akan
menyebabkan udara tercemar.
d Letusan gunung berapi yang mengeluarkan asap dan debu juga mengakibatkan
pencemaran udara.
e Serombong asap kilang membebaskan asap yang belum ditapis turut
menyebabkan pencemaran udara.

3 Cara-cara membuat air teh di rumah


a Kita perlu menyediakan bahan-bahan seperti teh uncang, susu, air, gelas dan
sudu.
b Kita memanaskan air di dalam cerek di atas dapur sehingga air mendidih.
c Kita memasukkan teh uncang dan susu mengikut sukatan ke dalam gelas yang
disediakan.
d Kita menuang air panas ke dalam gelas dan kacau.
e Segelas teh telah siap dibuat dan boleh diminum sebagai hidangan minum
petang.

4 Cara-cara menjaga kesihatan diri


a Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan diri.
b Kita perlu memandi setiap hari untuk membersihkan diri.
c Kita makan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar sentiasa sihat.
d Kita perlu mangamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan beriadah.
e Kita perlu tidur awal setiap malam supaya badan kita segar keesokan harinya.

FACEBOOK 专页:AMJ BOOK / FACEBOOK 群组:卓越小学讨论区


AMJ 卓越教育顾问

5 Cara-cara mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga


a Kita haruslah meluangkan masa untuk menonton televisyen bersama-sama
dengan anggota keluarga pada waktu tertentu.
b Kita hendaklah berkelah bersama-sama dengan anggota keluarga pada waktu
lapang.
c Kita haruslah beriadah atau bersenam bersama-sama dengan anggota keluarga
pada waktu petang.
d Semua anggota keluarga perlu membersihkan kawasan rumah secara
bergotong-royong pada setiap hujung minggu.
e Kita hendaklah makan bersama-sama dengan anggota keluarga untuk
meningkatkan komunikasi.

6 Punca-punca kemalangan jalan raya


a Keadaan cuaca yang tidak tertentu memyebabkan pemandu tidak boleh
bersedia dan mudah berlaku kemalangan jalan raya.
b Pemandu yang bersikap kecuaian membahayakan pemandu lain dan
menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku.
c Kelemahan kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang dengan ketat
telah memberikan peluang kepada pemandu yang berniat jahat.
d Kegiatan mat rempit yang berlakuan bahaya mudah mencetuskan kamalangan
jalan raya.
e Kenderaan dan jalan raya yang berada dalam keadaan tidak baik menyebabkan
pemandu memandu dengan bahaya.

7 Cara-cara demam denggi berjangkit


a Demam denggi adalah dijangkitkan oleh nyamuk yang membawa virus.
b Nyamuk Aedes menggigit pesakit demam denggi yang mengandungi virus
denggi.
c Nyamuk Aedes membawa virus denggi di dalam badannya dan mencari
sasaran.
d Nyamuk Aedes menggigit orang yang sihat dengan menyebarkan virusnya ke
dalam badan orang.
e Orang yang sihat kini dijangkiti demam denggi dan akan mula mendapat ciri-
ciri penyakit demam denggi.

FACEBOOK 专页:AMJ BOOK / FACEBOOK 群组:卓越小学讨论区


AMJ 卓越教育顾问

8 Cara-cara mencegah pembiakan nyamuk aedes


a Kita perlu memastikan longkang atau kawasan rumah lain tidak tersumbat agar
mengelakkan nyamuk aedes membiak.
b Kita haruslah membersihkan halaman rumah untuk megelakkan pembiakan
nyamuk aedes.
c Kita boleh mengisikan pasu bunga dengan pasir untuk mengelakkan takungan
air di sekeliling pasu bunga.
d Takungan air dalam tayar buruk dan botol harus dicurahkan supaya tidak
mengakibatkan nyamuk membiak.
e Kita haruslah memastikan sampah sarap dikemaskan dan dibuangkanke dalam
tong sampah.

9 Kesan-kesan merokok
a Pengambilan rokok akan membawa beberapa keburukan kepada manusia.
b Merokok akan mendorong perokok kepada penagihan dadah.
c Kita perlu membazirkan sejumlah wang untuk membeli rokok.
d Orang yang merokok akan membahayakan kesihatan sendiri dengan
mendapatkan kanser paru-paru.
e Merokok akan membebaskan asap yang mencemarkan persekitaran dan
mengakibatkan orang lain sakit.

10 Kesan negatif kedatangan warga asing


a Kedatangan warga asing membawa kesan negatif kepada orang tempatan.
b Peluang pekerjaan akan dikurangkan akibat kelebihan pekerja dan kemurahan
kos penggunaan terhadap warga asing.
c Penyakit berjangkit ditambahkan oleh sebab pembawa warga asing dari negara
sendiri.
d Kedatangan warga asing menambahkan jenayah berlaku di kawasan yang lebih
ramai warga asing.
e Masyarakat terasa terancam dan bimbang tentang pemnambahan kes jenayah
yang dicetuskan oleh warga asing.

11 Usaha-usaha memupuk semangat kejiranan


a Semangat kejiranan haruslah dipupukkan antara satu sama lain.
b Jiran-jiran boleh mengadakan gotong-royong bersama-sama untuk memupuk
semangat bekerjasama.
c Jiran juga boleh mengadakan rumah terbuka untuk mengeratkan hubungan
antara satu sama lain.
d Amalan ziarah-menziarahi boleh meningkatkan komunikasi antara satu sama
lain.
e Kempen kesedaran boleh diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang
pemupukan semangat kejiranan.

FACEBOOK 专页:AMJ BOOK / FACEBOOK 群组:卓越小学讨论区


AMJ 卓越教育顾问

12 Kaedah-kaedah belajar yang berkesan


a Pembelajaran yang berkesan boleh dilakukan secara beberapa kaedah.
b Pelajar boleh mengadakan pembelajaran berkumpulan supaya boleh
berbincang sesama lain.
c Pembelajaran berkumpulan boleh mendapatkan pendapat berlainan tenteng
topic berbincang.
d Pelajar juga boleh menanyakan cikgu apabila terdapat soalan yang tidak dapat
terjawab.
e Pelajar harus membuat ulang-kaji selepas belajar topik atau pengetahuan baru.

13 Langkah-langkah jimat-cermat
a Kita membuat simpanan di bank atau membuat pelaburan.
b Kita membuat jadual kewangan bulanan di rumah.
c Kita mengurangkan penggunaan air di rumah.
d Kita menutup lampu di ruang tamu.
e Kita membezakan barangan kehendak di pusat membeli-belah.

14 Langkah-langkah keselamatan penggunaan peralatan elektrik


a Bapa memasang palam pada soket dengan menggunakan tangan yang kering.
b Emak mengelap periuk nasi elektrik sehingga kering sebelum dimasukkan ke
dalam tapaknya.
c Kakak menutup suis kipas sebelum keluar dari rumah.
d Abang membaiki alat elektrik selepas sumber elektrik telah dimatikan.
e Datuk tidak menyambung banyak peralatan elektrik ke satu soket.

15 Punca-punca obesiti dalam para remaja


a Para remaja tidak bersukan dan beriadah pada masa lapang.
b Para remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang dalam
kehidupan seharian.
c Ibu bapa kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka setiap hari.
d Para remaja makan tidak seimbang sepanjang masa.
e Para remaja tidak mendapat tidur yang cukup pada waktu malam.

16 Cara-cara bergotong-royong
a Seorang budak perempuan menyusun bingkai gambar di depan televisyen.
b Seorang budak lelaki menggantung gambar pada dinding rumahnya.
c Seorang lelaki berdiri di atas sebuah kerusi.
d Seorang budak lelaki membantu ayahnya dengan memegang kain langsir.
e Seorang wanita menggubah bunga di bahagian ruang tamu.

FACEBOOK 专页:AMJ BOOK / FACEBOOK 群组:卓越小学讨论区


AMJ 卓越教育顾问

17 Cara-cara membuat agar-agar


a Kita menyediakan bahan seperti air, gula, santan, agar-agar dan pewarna.
b Kita memasukkan agar-agar ke dalam periuk dan letakkan di dapur selama 10
minit.
c Kita memasukkan serbuk pewarna, gula, dan santan ke dalam periuk besama
agar-agar tadi.
d Kita menuangkan agar-agar yang siap ke dalam bekas-bekas acuan.
e Kita menunggu agar-agar beku ke dalam bekas acuan.

18 Cara-cara menjaga kebersihan


a Seorang pekerja membaling sebungkus sampah ke dalam lori sampah.
b Seorang pekerja menolak sebuah tong sampah ke lori sampah.
c Seorang wanita membawa sebungkus sampah ke dalam lori sampah.
d Seorang wanita menyapu sampah di depan pintu pagar rumahnya.
e Seorang wanita menutup tong sampah di hadapan rumahnya.

19 Cara-cara mengeksport nanas ke luar negara


a Pekerja-pekerja memetik buah nanas yang telah masak.
b Pekerja menghantar buah nanas ke kilang.
c Kulit buah-buah nanas dikupas dengan menggunakan mesin.
d Buah-buah nanas yang telah diproses akan ditin menggunakan mesin.
e Tin nanas akan dimasukkan ke dalam kotak sebelum dieksport ke luar negara.

20 Proses-proses psaukan bomba memadamkan kebakaran


a Seorang anggota bomba memapah mangsa yang cedera keluar dari rumah
yang terbakar.
b Seorang anggota bomba menenangkan keluarga mangsa dari kawasan
kebakaran.
c Tiga orang anggota bomba memadamkan api di depan kawasan kebakaran.
d Dua orang anggota bomba mengawal orang ramai yang melihat kejadian
daripada menghampiri kawasan kebakaran.
e Dua orang anggota bomba meleraikan gulungan getah pili daripada kereta
bomba.

FACEBOOK 专页:AMJ BOOK / FACEBOOK 群组:卓越小学讨论区


AMJ 卓越教育顾问

FACEBOOK 专页:AMJ BOOK / FACEBOOK 群组:卓越小学讨论区


AMJ 卓越教育顾问

FACEBOOK 专页:AMJ BOOK / FACEBOOK 群组:卓越小学讨论区

Anda mungkin juga menyukai