Anda di halaman 1dari 2

PENGALAMAN SEMINGGU DI INSTITUT PERGURUAN

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Seminggu sudah berlalu kehidupan saya di INSTITUT


PERGURUAN KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM. Pelbagai
pengalaman pahit dan manis telah dirasai. Sudah menjadi
lumrah pelajar asrama perasaan gembira dan sedih pasti ada di
benak fikiran mereka. Jadi di dalam penulisan ini saya akan
menceritakan pengalaman saya sepanjang keberadaan saya di
bumi adat temenggong ini.

Pengalaman saya yang pertama ialah amalan bertegur


sapa.Saya amat gembira dan selesa dengan amalan yang
diterapkan disini kerana boleh merapatkan hubungan dengan
pelbagai jenis kaum di samping dapat menyemai sifat sopan
santun dalam diri seorang pelajar yang bakal digelar seorang
guru pada suatu hari nanti.

Seterusnya, pengarah kampus ini mengadakan program


“Assolatukhoirumminannaum” iaitu memastikan semua
pelajar muslim wajib hadir menunaikan solat subuh secara
berjemaah di surau al Jawahir. Program ini amat bagus di
jalankan untuk menguatkan lagi sikap disiplin dan jati diri para
pelajar di samping dapat memulihkan sahsiah para pelajar.
Selain dapat mendidik bi’ah soleh dan solehah para pelajar
juga dilatih untuk menepati masa. Memang secara jujurnya
amat susah kepada pelajar yang dulunya tidak menetap di
asrama tetapi secara tidak langsung dapat mengimarahkan lagi
surau al Jawahir yang dulunya sepi.

Selain itu, pengalaman yang paling saya suka ialah


amalan senaman pagi.Senaman pagi ini dilakukan setiap pagi
Ahad,Isnin,Selasa dan Rabu. Senaman pagi yang dilakukan
adalah senaman ringan sahaja yang mengambil masa dalam 5-
10 minit sahaja. Disamping itu, senaman ini diiringi dengan
muzik yang telah direka sendiri oleh para pelajar . Hal ini baik
kepada para pelajar untuk belajar kerana badan yang sihat
datang dari akal yang cerdas.

Setakat ini saja perkongsian pengalaman saya sepanjang


menjadi pelajar di kampus ini. Saya berharap dapat melakukan
semua budaya temenggong ini dengan istiqomah di samping
mengikuti aktiviti yang di jalankan di kampus ini. Semoga
semua warga kampus temenggong ibrahim dapat menerima
kami pelajar baru yang sedang mengikuti PPISMP dengan
tangan yang terbuka.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai