Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Sebagai seorang guru yang berkaliber bukan sekadar menyampaikan maklumat berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajarnya, malah bermatlamat membangunkan anak-anak
secara menyeluruh, yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sejajar dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha membangunkan pelajar dengan
menyeluruh.

Oleh hal yang demikian, konsep asas psikologi pendidikan amat penting dalam diri
seorang guru, bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Psikologi pendidikan merujuk kepada pelaksanaan ilmu psikologi dalam dunia pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, ianya boleh ditafsirkan sebagai kajian tentang aspek psikologi
merangkumi pembangunan potensi individu, personaliti, prinsip dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, termasuk pengurusan kelas, keperluan dan motivasi,
penilaian, bimbingan dan kaunseling, penyelidikan pendidikan dan perkara-perkara
pendidikan. (Mok Soon Sang, 2006). Menurut Penguin Dictionary of Psychology (2001),
menyatakan bahawa psikologi pendidikan merupakan sub disiplin psikologi berkaitan
dengan teori dan masalah dalam bidang pendidikan. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk
mengenal pasti dan memahami dengan lebih lanjut tentang perbezaan gaya pembelajaran
dua orang pelajar yang berbeza terdiri daripada latar belakang yang berlainan.

Dalam pada itu, saya telah menemu bual dua dan membuat pemerhatian terhadap
dua orang pelajar dari Tingkatan 1 tentang gaya pembelajaran yang berbeza iaitu dari segi
kognitif, fizikal, dan sosio budaya. Matlamat utamanya ialah, untuk memerihal dan
memahami tingkah laku pelajar tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
dapat menegnal pasti kepentingan perbezaan individu. Hal ini amat penting bagi membantu
pelajar tersebut terutamanya dalam bidang pembelajaran serta memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

1
BIODATA PELAJAR

Pelajar A Pelajar B

Nama : Clarissa Umah Anak Leo Dennis Nama : Esther Lya Anak Alexander
Nyungkang

Tarikh Lahir : 7 Januari 2006 Tarikh Lahir : 16 Disember 2006

Alamat : No.27 Taman Teo Tze Hian, Jalan Alamat : Rumah Panjang Setambak Ili,
Bebangai, 95700 Betong Sarawak. 95700 Betong Sarawak
Ketinggian : 158 cm Ketinggian : 144 cm
Berat Badan : 46 kg Berat Badan : 55 kg
Umur : 13 tahun Umur : 13 tahun (belum genap)
Pencapaian Akademik UPSR (2018) : Pencapaian Akademik UPSR (2018): 2A,
4A,2B (BM 1 & BM 2 – A, MATEMATIK – A, 2B, 2C. (BM 1 & BM 2 – A, Bahasa Inggeris
BAHASA Inggeris Pemahaman – A, Bahasa Pemahaman & Penulisan – B, Sains – C,
Inggeris – B, SAINS - B Matematik – C

Maklumat Keluarga:- Maklumat Keluarga:-


Pendapatan keluarga : RM8000.00 Pendapatan keluarga : RM2500.00

Pekerjaan Bapa : Guru Pekerjaan Bapa : Tentera


Pekerjaan Ibu : Guru Pekerjaan Ibu : Surirumah

Hobi : Menyanyi, membaca, Hobi : Memasak , menari

Subjek Digemari : Sains Subjek Digemari : Bahasa Inggeris

Waktu Mengulangkaji : 8.00 – 10.00 pm Waktu Mengulangkaji : 4.00 – 5.00 pm

Tempat tinggal lebih kepada tinggal di Tempat tinggal lebih kepada kawasan rumah
kawasan bandar panjang.

Subjek yang kurang digemari: Bahasa Subjek yang kurang digemari: Reka
Inggeris, kerana susah untuk memahami Bentuk & Teknologi, kerana sukar untuk
mengingati prinsip RBT.

2
Pemerhatian Dan Temubual

Pemerhatian

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas, didapati


bahawa Pelajar A iaitu Clarissa Umah lebih pandai berbanding dengan Pelajar B iaitu,
Esther Lya. Hal ini kerana, berdasarkan pencapaian akademik antara dua orang pelajar ini
yang dipengaruhi oleh tiga aspek penting iaitu, kognitif, fizikal, sosio budaya atau latar
belakang yang berbeza. Ketiga-tiga aspek ini sangat penting selain daripada dipengaruhi
oleh faktor baka dan persekitaran yang berbeza.

Berdasarkan pemerhatian dari sudut kognitif iaitu gaya pemikiran dua orang pelajar
ini sangat berbeza dimana, Clarissa lebih bersifat matang dan mampu berfikir lebih jauh
berbanding dengan Esther Lya. Kematangan gaya pemikiran kedua-dua orang pelajar ini
dipengaruhi oleh faktor perbezaan bulan lahir dimana, Clarissa lahir pada bulan Januari,
manakala Esther lahir pada bulan Disember yang menyebabkan Esther kurang matang
berbanding dengan Clarissa. Dalam proses perkembangan, seseorang itu akan melalui
peringkat perkembangan tertentu. Kematangan seseorang individu itu dapat dilihat dari
aspek kognitif dan afektifnya. Melalui pemerhatian yang telah dibuat, Clarissa lebih aktif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dimana dia selalu bertanya kepada
guru sekiranya kurang faham serta memberikan respons yang positif terhadap
pembelajaran. Berbeza pula dengan Esther yang kurang memberikan tindak balas serta
kurang berinteraksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Oleh itu,
sebagai seorang guru, saya sentiasa bertanyakan soalan kepada Esther agar dia terlibat
aktif dan sentiasa berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika kita lihat
dari segi pencapaian akademik Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun 2018, Clarissa
mendapat 4A, 2B manakala Esther memperolehi keputusan 2A,2B,2C. Berdasarkan
pencapaian akademik ini, kita dapat lihat bahawa

Selain itu, berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, dari segi fizikal Clarissa lebih
tinggi berbanding dengan Esther dimana ketinggian Clarissa ialah, 158 sentimeter manakala
ketinggian Esther ialah 144 sentimeter. Dari segi berat badan, Clarissa adalah 46 kg,
manakala Esther 55 kg dimana Body Mass Index(BMI) Esther melebihi BMI. Hal ini kerana,
keadaan fizikal seseorang dapat mempengaruhi gaya pembeajaran dan kecerdasan
seseorang individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keerdasan minda
seseorang amat penting ianya merangkumi berat badan seseorang. Sekiranya pelajar

3
tersebut aktif, maka penerimaannya terhadap sesuatu pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah dan berkesan.

Di samping itu, jika dilihat dari aspek sosio budaya pula, Clarissa terdiri daripada
keluarga yang berpendidikan. Kedua-dua ibu dan bapa Clarissa merupakan seorang guru.
Hal ini secara tidak langsung, mempengaruhi gaya pembelajarannya dimana, ibu dan
bapanya amat mementingkan pendidikan anak-anak mereka dan memastikan anak mereka
menjadi pelajar yang berguna dan berjaya pada masa akan datang. Jika kita lihat dari segi
tempoh masa mengulangkaji pelajaran di rumah, Clarissa belajar selama dua jam dengan
pantauan ibu bapanya. Berbeza pula dengan Esther terdiri daripada latar belakang keluarga
yang bukan daripada guru, dimana bapanya bekerja sebagai tentera manakala ibunya
hanya menjadi surirumah tangga. Maka kesedaran dan pantauan terhadap anak adalah
kurang. Bapa Esther yang bekerja sebagai tentera adalah berada di Johor manakala ibunya
sebagai surirumah yang sibuk mengurus anak-anak dan kurang memberikan pantauan dari
segi pembelajaran Esther. Pada masa yang sama, kehidupan Clarissa adalah
kebanyakannya tinggal di kawasan Bandar iaitu di Taman Teo Tze Hian Betong. Manakala
Esther kebanyakannya tiggal di kawasan rumah panjang iaitu, Rumah Panjang Setambak Ili,
Betong. Keadaan ini jelas menunjukkan perbezaan antara Clarissa dan Esther yang terdiri
daripada latar belakang persekitaran tempat tinggal yang berbeza. Pada masa yang sama,
dari segi interaksi semasa pengajaran dan pembelajaran, Clarissa lebih cepat memberikan
respons semasa sesi soal jawab soalan berbanding dengan Esther. Oleh hal yang demikian,
saya sebagai seorang pendidik harus memastikan semua pelajar bertindak balas secara
positif di dalam kelas agar sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan lebih
efektif.

Aspek gaya pembelajaran kedua-dua orang pelajar ini amat berbeza. Berdasarkan
maklumat yang telah diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan temu bual, pencapaian
akademik antara Clarissa dan Esther adalah berbeza. Clarissa mempunyai pencapaian
akademik yang lebih baik berbanding dengan Esther seperti yang dinyatakan dalam biodata
mereka. Misalnya dari segi waktu pembelajaran antara Clarissa dengan Esther, dimana
Clarissa belajar pada waktu malam selama dua jam iaitu dari pukul 8 sehingga 10 malam.
Berbeza pula dengan Esther yang hanya mengulangkaji pelajaran dari jam 4 hingga 5
petang. Jelaslah di sini menunjukkan gaya pembelajaran yang berbeza. Pada masa yang
sama, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, Clarissa sangat aktif semasa sesi soal
jawab dan sentiasa memberikan tindak balas yang baik manakala Esther kurang aktif
semasa sesi soal jawab dan perbincangan di dalam kelas. Hal ini kerana, ianya dipengaruhi
oleh perwatakan atau sikap (afektif) yang pemalu ada dalam diri Esther.

4
Temu bual

Dalam melaksanakan kajian tentang perbezaan indidvidu terhadap gaya pembelajaran ini,
saya juga menggunakan kaedah temu bual. Dalam hal ini, saya telah menemu bual dua
orang pelajar iaitu, Clarissa Umah Anak Leo Dennis dan Esther Lya Anak Alexander.
Kedua-dua orang pelajar ini merupakan pelajar Tingkatan 1 Orkid.

Pada tanggal 1 April 2019 yang lalu saya telah menemu bual dua orang pelajar iaitu,
Clarissa dan Esther untuk mendapatkan maklumat tentang perbezaan gaya pembelajaran
individu. Antara soalan yang ditemu bual adalah seperti kenyataan di bawah :-

Soalan temu bual bersama pelajar A dan Pelajar B.

1. Siapakah nama anda?


Pelajar A : Clarissa Umah Anak Leo Denis
Pelajar B : Esther Lya Anak Alexander Nyungkang

2. Bilakah tarikh lahir anda?

Pelajar A : Lahir pada 7 Januari 2006

Pelajar B : Lahir pada 16 Disember 2006

3. Apakah Alamat rumah anda?


Pelajar A : Taman Teo Tze Hian, Jalan Bebangai, 95700 Betong Sarawak.
Pelajar B : Rumah Panjang Setambak Ili, 95700 Betong Sarawak.

4. Berapakah ketinggian anda?


Pelajar A : Ketinggian 158 cm
Pelajar B : Ketinggian 144 cm

5. Berapakah berat badan anda?


Pelajar A : 46 kg
Pelajar B : 55 kg

6. Berapakah pencapaian akademik UPSR?


Pelajar A : 4A, 2B (BM 1 & 2, Matematik, Bahasa Inggeris Pemahaman – A,
Bahasa Inggeris Penulisan, Sains –B)
Pelajar B : 2A,2B,2C (BM 1 & 2 – A, BI 1 & BI 2 – B, Sains, Mtematik – C

5
7. Untuk maklumat keluarga, apakah pekerjaan ibu dan bapa anda?
Pelajar A : Ibu dan bapa bekerja sebagai guru
Pelajar B : Ibu adalah surirumah tangga manakala bapa bekerja sebagai tentera

8. Berapakah pendapatan kasar bulanan ibu bapa anda?


Pelajar A : Ibu + bapa = RM8000.00
Pelajar B : Bapa = RM2500.00 . Ibu tidak mempunyai pendapatan bulanan

9. Bilakah anda selalu mengulang kaji pelajaran?


Pelajar A : 8.00 – 10.00 PM
Pelajar B : 4.00 – 5.00 PM

10. Apakah subjek yang anda fokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran?
Pelajar A : Sains
Pelajar B : Bahasa Inggeris

11. Apakah subjek kegemaran anda?


Pelajar A : Subjek Sains
Pelajar B : Subjek Bahasa Inggeris

12. Apakah subjek yang kurang digemari?


Pelajar A : Bahasa Inggeris kerana sukar untuk memahami
Pelajar B : Reka Bentuk Teknologi (RBT) kerana sukar untuk mengingati
prinsip-prinsip RBT.
13. Apakah hobi anda?
Pelajar A : Menyanyi dan membaca
Pelajar B : Menari dan memasak

6
Analisis Dapatan Pemerhatian Dan Temu bual

Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan temu
bual, hasil dapatannya dapat dilihat dari aspek fizikal kedua-dua orang pelajar yang
berbeza, faktor kematangan dari segi tarikh lahir atau umur, kognitif atau gaya
pemikiran yang berbeza dan juga sosio budaya kedua-dua orang pelajar tersebut.
Hasil dapatan pemerhatian dan temu bual dari aspek keadaan fizikal,
Clarissa mempunyai ketinggian 158 cm, manakala Esther adalah 144 cm.
Berdasarkan dapatan maklumat, ianya secara tidak langsung daapt mempegaruhi
keyakinan diri khasnya dalam pembelajaran. Ketinggian kedua-dua orang pelajar ini
amat berbeza kerana ianya sangat dipengaruhi oleh faktor baka. Hal ini kerana, jika
kita lihat Clarissa ketinggiannya ialah 158 cm. Secara tidak langsung faktor baka
atau dikenali sebagai gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anaknya
melalui gen, kromosom, kelenjar dan hormon. Dalam hal ini, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Gen ini akan menguasai perkembangan manusia dan
memberi sifat unik kepada setiap individu. Dalam hal ini, keadaan fizikal badan
khasnya dari segi ketinggian dapat mempengaruhi seseorang pelajar.
Selain itu, faktor tarikh lahir juga mempengaruhi kematangan sekali gus
pemikiran atau kognitif kedua-dua orang pelajar ini. Jika kita lihat tarikh lahir
Clarissa ialah 7 Januari 2006 dimana Clarissa lebih tua berbanding Esther yang lahir
pada 16 Disember 2006. Dari segi kognitif menunjukkan bahawa Clarissa
mempunyai daya pemikiran yang lebih matang dan dapat memberikan respons yang
lebih baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama,
Esther yang mempunyai perwatakan pemalu telah mempengaruhi daya
pemikirannya dalam pembelajaran. Hal ini kerana, Esther malu untuk bertanya
tentang topik pembelajaran yang diajar. Sekiranya dilihat dari aspek mata pelajaran
yang digemari, Clarissa lebih cenderung untuk meminati subjek Sains, manakala
Esther lebih meminati subjek Bahasa Inggeris. Di sini kita dapat melihat bahawa
Clarissa lebih menyukai mata pelajaran yang sukar manakala Esther lebih meminati
subjek Bahasa iaitu, Bahasa Inggeris. Hal ini amat mempengaruhi gaya
pembelajaran kedua-dua orang pelajar ini.
Di samping itu, latar belakang sosio budaya yang berbeza amat
mempengaruhi gaya pembelajaran antara kedua-dua orang pelajar ini. Berdasarkan
maklumat yang telah diperolehi, Clarissa terdiri daripada keluarga yang
berpendidikan dimana kedua-dua orang ibu bapanya merupakan seorang guru.
Maka secara tidak langsung, ibu bapanya sangat menekankan betapa pentingnya

7
kesedaran untuk belajar. Hal ini terbukti bahawa, Clarissa sentiasa mengulangkaji
pelajarannya setiap malam dari pukul 8.00 sehingga 10.00 malam iaitu selama dua
jam. Berbeza pula dengan Esther yang mengulangkaji pelajarannya dari jam 4.00
hingga 5.00 petang iaitu satu jam sahaja. Keadaan ini secara tidak langsung
mempengaruhi keputusan akademik kedua-dua pelajar tersebut.

8
Kepentingan Memahami Gaya Pembelajaran

9
Rujukan

10
Lampiran

11

Anda mungkin juga menyukai