Anda di halaman 1dari 16

TAJUK 1

PENGERTIAN KONSEP ASAS MORAL

1.0 Pengenalan

Pendidikan Moral adalah satu mata pelajaran yang diajar kepada pelajar-pelajar bukan
Islam mengikut keperluan kurikulum standard Kementerian Pendidikan Malaysia.
Manakala pelajar-pelajar Islam pula wajib mengikut mata pelajaran Pendidikan Islam
dan tidak perlu belajar mata pelajaran Pendidikan Moral.

Oleh kerana itu, diharapkan anda memahami kenapa Konsep Asas Moral ini dan pilihan
lain berkaitan dengan Pendidikan Molra perlu anda ikuti sebagai pilihan elektif dalam
program Diploma Pendidikan Asas di kolej ini.

1.1 Pengertian Teminologi Berikut Penting Sebagai Asas Pengenalan Konsep


Moral

• Nilai (value)
Pengertian dari
• Etika(etos/ethics)
Pemikiran • Moral(morality)
Manusia
Secara umum, ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang agak sama, walaupun
ada beberapa perbezaan di antaranya. Anda dikehendaki memahami setiap konsep
berkaitan dengan moral berikut:

(I) NILAI

Nilai boleh dihurai sebagai benda atau perkara yang dilihat :

o dari segi harga yang dikira secara arithmetik, seperti RM 10, 50 sen.
o dilihat dari aspek kualiti yang dirasai secara dalaman (intrinsik).

Moral adalah sejenis nilai, tetapi bukan semua nilai itu dianggap moral, contohnya:
o Dia mengeluarkan wang simpanannya RM 1000 (Nilai Bukan Moral)
o Dia merompak wang simpanannya sendiri, RM 100 (Nilai Moral)

 Nilai boleh ditonjolkan secara lisan atau melalui perlakuan individu atau kumpulan.

Contoh: Seseorang yang menghayati nilai tanggungjawab akan menunjukkan nilai


tersebut dalam pertuturan dan perlakuannya. Dia juga akan mempertahankan nilai
tanggungjawab ini pada dirinya serta mengkritik orang lain yang tidak
bertanggungjawab.

 Nilai boleh berubah tetapi ada nilai yang masih stabil dalam kehidupan
perseorangan.

Contoh: Nilai hormat kepada ibu bapa masih stabil dalam kehidupan perseorangan
dalam kelompok masyarakat di Negara ini.

 Nilai merupakan satu kepercayaan yang preskriptif sama ada sesuatu yang diharapkan
atau tidak diharapkan.

Contoh: Nilai rajin- sesuatu yang positif dan diharapkan.

Nilai malas – sesuatu yang negatif dan tidak dikehendaki

 Seseorang atau masyarakat lebih mengutamakan sesuatu nilai berbanding nilai lain dan
persepsi seseorang individu terhadap sesuatu nilai juga mungkin berbeza.

Contoh: A mengutamakan nilai amanah lebih daripada nilai ramah mesra dan ini
mungkin berbeza dengan B.
Berdasarkan keutamaan nilai yang berbeza, kemungkinan A memilih tindakan yang
berlainan dengan B bila menyelesaikan/ menghadapi sesuatu situasi. Seseorang atau
masyarakat lebih mengutamakan sesuatu nilai berbanding nilai lain dan persepsi
seseorang individu terhadap sesuatu nilai juga mungkin berbeza.

Contoh: A mengutamakan nilai amanah lebih daripada nilai ramah mesra dan ini
mungkin berbeza dengan B.

(II) ETIKA

 Etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethos bermaksud hukum, adat resam,
kebiasaan dan budi pekerti.

 Etika ditakrifkan sebagai bidang falsafah yang mengkaji tentang moral atau mentafsir
tingkah laku moral manusia berkaitan dengan kelakuan yang baik, kewajipan moral,
keadilan sosial dan ciri-ciri kehidupan yang baik

 Kemoralan (morality) atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan
masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila dan tatatertib masyarakat.

 Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau
adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat atau satu set peraturan tingkahlaku
seperti kod etika perguruan.

Kod etika perguruan mengandungi peraturan moral yang boleh menjamin


wujudnya suatu keadaan yang rukun di sekolah dan untuk mengenalpasti apakah
peribadi mulia yang patut guru miliki dan amalkan agar lebih mudah mereka dapat
mengikut peraturan moral yang telah ditentukan dalam profesion perguruan.

 Etika memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai
yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu.
(III) MORAL

 Moral berasal daripada perkataan Latin “mores” ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab,
sopan santun, tradisi yang menentukan piawai atau norma kelompok.

 Perkataan Yunani menggunakan perkataan etika iaitu ethos yang bermaksud hukum,
adat resam, kebiasaan dan budi pekerti.

 Kesimpulannya, “moral” membawa erti yang hampir sama dengan “etika”

 Moral merupakan asas piawai dan prinsip berkaitan dengan pertimbangan dan tingkah
laku yang bersifat luhur sama ada ianya baik (hati, kelakuan), betul, belas kasihan,
diterima, beradab, bersopan, tolong menolong, bersih (hati, kelakuan), toleransi,
bersosialisasi dan rajin.

 Moral merujuk kepada sistem perlakuan berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap


benar, baik dan patut dilakukan sesuai dengan tatasusila sesuatu masyarakat.

Berikut adalah beberapa penjelasan tentang maksud moral:


1. Kawalan tingkah laku yang berdasarkan kriteria-kriteria yang dihayati dan
diamalkan oleh seseorang seperti mengawal diri supaya tidak melakukan
sesuatu tindakan yang dianggap tidak bermoral.
2. Seorang yang mampu menentang keinginan untuk melakukan sesuatu yang
dianggap salah. Orang yang gagal menahan keinginan terus bertindak untuk
mencapai niatnya yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan
dianggap tidak bermoral.
3. Moral merupakan peraturan-peraturan yang diterima secara rasional. Oleh itu,
tingkah laku bermoral adalah berdasarkan suatu keputusan moral yang
melibatkan pertimbangan tentang apa yang dikenali sebagai tindakan yang betul.
4. Menurut tradisi, secara amnya moral dianggap tetap dan membayangkan
peraturan yang sejagat.
5. Disebabkan wujud pelbagai masyarakat di merata tempat, perkataan “moral”
memberi makna yang berlainan bagi:
- individu dan masyarakat yang berlainan
- di tempat dan pada masa yang berlainan
6. Secara amnya, apa yang dianggap moral atau tidak moral bukanlah sesuatu
yang arbitrari, tetapi tertakluk kepada sesuatu prinsip yang diterima oleh
masyarakat umum.
7. Moral juga berkait rapat dengan bidang sosial – dianggap penting dalam
hubungan individu dengan individu lain, individu dengan komuniti dan
masyarakat.
8. Untuk menentukan sama ada sesuatu perlakuan itu bermoral atau tidak,
lazimnya sesorang akan merujuk kepada pelbagai sumber autoriti, antaranya:
- agama
- undang-undang
- pemimpin komuniti/masyarakat
- ibu bapa
- guru/ketua kelas/pegawas
- sesiapa yang dianggap mempunyai autoriti
LATIHAN 1: Soalan Tugasan Individu(Sila jawab dalam sistem online)

Apa yang anda faham tentang ketiga-tiga konsep dan maksud yang berkaitan dengan Moral di

bawah:

1. Nilai

2. Etika

3. Moral
1.2 AKHLAK DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Cuba fahami rajah di bawah:

AQIDAH
(Takwa/
Tauhid)

ISLAM

AMALAN AKHLAK
(Ibadah) (Adab)

Akhlak dalam Islam sebenarnya mencakupi tiga aspek utama iaitu: Aqidah,
Amalan/Ibadah dan Akhlak – ianya pula bersepadu dan tidak berpisah, iaitu tidak berdiri sendiri.

 AQIDAH ialah keimanan kepada Tuhan – bersih rohani dan jasmani


 IBADAH ialah amalan keimanan kepada Tuhan (khusus untuk patuh kepada Allah) dan
dalam kehidupan seharian (kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan berbakti kepada
bangsa dan negara
 AKHLAK wujud dalam diri insan yang bersih dan mulia

Akhlak dari segi bahasa bermaksud kebiasaan, tabiat atau maruah.

Imam al-Ghazali memberi maksud istilah akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa yang
daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah, dengan tidak memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Ibnu Maskaweh - akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan
sesuatu tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
PENJELASAN AKHLAK DALAM ISLAM, antaranya ialah:

1. Akhlak yang mulia dan paling baik merupakan akhlak orang mukmin yang paling
sempurna.

2. Unsur kejiwaan yang menimbulkan tingkah laku yang mulia dan mudah: perbuatan dan
tingkah laku yang dapat diterima akal

3. Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa yang dengannya lahirlah bermacam
perbuatan, baik atau buruk tanpa memerlukan permikiran dan pertimbangan

4. Akhlak ialah suatu yang bersemi dalam diri seseorang yang daripadanya terbit
perbuatan yang timbul dari kemahuan sendiri.

5. Akhlak merupakan sifat yang tumbuh dan menyatu dalam diri seseorang (baik – sabar,
kasih sayang) (jahat – pemarah, benci, dendam, iri hati dan dengki)

6. Berikut adalah akhlak yang dituntut oleh Islam iaitu:

 Berdiam diri dan berfikir


 Tidak menghina orang lain
 Menghormati orang lain
 Tidak mencela makanan dan minuman
 Tidak memuji berlebihan
 Tidak benci
 Lemah lembut dan berlapang dada
 Tidak marah
 Tidak melampau batas – berlebihan
 Cergas dan rajin
 Tidak terpengaruh dengan nafsu makan
 Tidak gelojoh
 Sabar
 Tenang

7. Akhlak adalah Al-Quran: Berikut adalah dalil dan bukti kepentingan akhlak dalam Islam;

 Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak (Hadis)


 Kemuliaan akhlak Rasullah tidak ada siapa yang menafikannya perlu dicontohi
 Dalam surah al-Qalam ayat 4: “ dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad)
mempunyai akhlak yang sangat mulia”.
 Dalam surah An-Nahl ayat 90: “Sesungguhnya Allah memerintah berlaku adil, berbuat
kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada
perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman”
 Surah al-Maidah ayat 13 di mana Allah berfirman maksudnya supaya orang-orang
Islam memberi kemaafan dan kelonggaran kepada orang yang bersalah.
 Surah Fussilat ayat 34 Allah berfirman maksudnya supaya orang-orang Islam menolak
kejahatan dengan cara yang sebaik-baiknya.

8. Dalam kehidupan ini, Islam mengamalkan pelbagai adab yang telah ditetapkan seperti:

 Adab dalam majlis – salam, tertib, hormat, sopan bila meninggal majlis, tidak
menjampok, bercakap benar, bercakap suara sederhana, menghormati acara,
tidak bising, hormat azan/bacaan doa/quran
 Adab masuk dan keluar rumah
 Adab ketika musafir atau di perjalanan
 Adab makan dan minum
 Adab bertemu/berziarah – mementing silaturahim: memuliakan tetamu, adab
mengundang tetamu, adab menerima jemputan, menghadiri jemputan, adab
berpakaian
 Adab dalam ibadah

1.3 NILAI/MORAL DALAM FAHAMAN DAN KEPERCAYAAN LAIN

(a) Kristianisme (Perjanjian Baru)

Mementingkan etika dan moral baik seperti berbudi pekerti dan bersopan santun

Tidak membeza taraf di kalangan penganutnya

Mengajar sikap hormat menghormati dan tidak menghina orang lain

Berkata benar dan menyayangi manusia

Beradab dan merendah diri

Berkasih sayang

Menanam rasa sayang kepada orang lain lebih daripada diri sendiri

Jangan menipu, tamak, mementing diri sendiri, membunuh, bersikap angkuh, melakukan
kejahatan, mewujudkan perselisihan faham atau pertengkaran
(Perjanjian Lama)

Patuh pada Tuhan pencipta makluk

Patuh kepada perintah-perintah Tuhan dan ajaran yang disampaikan

Hari Ahad hari suci (the sabbath day)

Percaya kepada kehidupan semula selepas mati

Percaya kepada Jesus Christ akan dilahirkan semula untuk memimpin mereka

Menghormati dan kasih sayang kepada ibu bapa

Agama Kristian menegah penganutnya melakukan sebarang kejahatan seperti


membunuh, mencuri, minum arak dll

Jangan berzina

Berkasih sayang sesama manusia – jiran, jangan jadi saksi palsu, melarang mengambil
harta jiran termasuk isterinya

Berdasarkan catatan kitab Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama dalam fahaman
Kristianisme, disenaraikan etika/moral utama yang dituntut oleh kepercayaan ini seperti
berikut:

Kasih sayang – Tuhan, rakan, keluarga, saudara mara, jiran termasuk musuh

Kejujuran – bercakap benar dan jujur

Bersyukur – jangan mementingkan dunia

Tidak berdendam

Adil

Bertanggungjawab terhadap tugas, pekerja bawahan dan pilih kasih

Cekap menjalankan tugas dan jangan buang masa

Rajin, tekun dan dedikasi


Bersemangat

Ajaran Kristian lain – keberanian, kekayaan dan optimistik, sembahyang dan berdoa

Menggalakkan bekerja keras

Sentiasa berbuat baik

Meminta maaf

Menjauhi minuman keras/ mabuk

Pemikiran yang baik

(b) Buddhisme

Agama yang sebenarnya berasas dari India dan kemudian berkembang hingga ke
China, Korea dan Jepun ini menyatakan manusia mesti membebaskan diri daripada
kongkongan dan keinginan nafsu, perlu merendah diri, hidup manusia hanya sementara
atau fana.

Agama ini percaya manusia hidup penuh dengan kesengsaraan hidup (dukkha) iaitu
keadaan kegelisahan, ketidakpuasan kekosongan yang dirasai oleh manusia kerana
kesakitan dan penderita jasmani, konflik rohani dan kerapuhan dunia.

Agama ini menekan tentang nilai moral/etika yang perlu ada pada pengikutnya seperti

 Berbuat baik, membentuk sikap positif dan mulia iaitu


- kemurnian sifat benar; ketulusan, kebenaran, keluhuran
- kemurnian sifat murah hati; kasih sayang, simpati, kesamaan
- kemurnian sifat menahan diri: sabar, berpada, menahan nafsu syahwat
 Larangan membunuh sebarang kehidupan yang bernyawa, mencuri, mencari
keseronokan nafsu, berbohong dan minum arak
 Panca sila Buddhisme - jangan membunuh, mencuri, berzina, berdusta, minum
arak

(c) Hinduisme/Sikhisme

Doktrin Hinduisme dan Sikhisme merupakan kepercayaan atau fahaman penyembahan


banyak Tuhan atau Dewa, percaya kepada penjelmaan semula manusia dan makhluk-
makhluk lain dan mengamal sistem kasta
Matlamat akhir Hinduisme ialah menyatukan diri (atman) dengan hakikat sebenar
(Brahman). Jiwa hendaklah disucikan dengan melakukan atmansiddhi iaitu
menyempurnakan sifat-sifat manusia

Sebenarnya Sikhisme merupakan campuran fahaman Hindu dan Islam.

Kedua-dua fahaman ini menuntut penganut-penganutnya mengamalkan nilai etika


berikut dalam kehidupan mereka:

 Mencari kebahagian
 Kelangsungan hidup
 Penerusan zuriat
 Keseronokan
 Ketenangan
 Persahabatan
 Pengetahuan
 Kebenaran
 Larangan melakukan kejahatan, kesengsaraan, sakit, kecederaan, kematian,
kemandulan, kemarahan, permusuhan, kejahilan dan kepalsuan
 Ajaran Hindu memupuk sifat sabar, berdisiplin, murah hati, ikhlas, bersikap
benar, mampu mengawal hawa nafsu dan sebagainya.

(c) Confucianisme

Ajaran fahaman ini mengutamakan setiap orang mesti setia kepada keluarga, sahabat
handai dan pemerintah, menyeru berbuat baik kepada orang lain dan percaya bahawa
fitrah manusia adalah baik.

Ajaran ini memuja atau menyembah roh datuk nenek yang dipercayai dapat menahan
anak-anak dari melakukan kejahatan, mengukuh ikatan kekeluargaan dan
menggalakkan semangat bantu membantu.

Secara umum fahaman ajaran ini menekan nilai etika berikut dalam kehidupan pengikut-
pengikutnya:

 Mengamalkan prinsip kemurahan hati


 Menjaga kelurusan fikiran
 Menjaga kebaikan tingkah laku
 Mengamalkan kebijaksanaan
 Mempunyai sifat kejujuran
 Jangan bersikap tidak bertimbang rasa, berfikiran kotor, berkelakuan buruk,
bertindak secara tidak bijak, bersikap tidak jujur
Penganut confuciusime ini perlu mengamalkan nilai-nilai seperti baik, bertimbang
rasa, taat setia, amanah, rela berkorban, baik hati kepada diri sendiri, keluarga,
masyarakat dan negara

(c) Toaisme (maksud jalan/ the way)

Sejumlah kecil masyarakat Cina di Negara ini menganuti fahaman ini yang merupakan
satu sistem falsafah alam keagamaan China dan telah memperkayakan ajaran
Confucianisme dan membantu memperluaskan ajaran Buddha.

Kepercayaan fahaman ini bertujuan untuk emberi semangat, inspirasi dan panduan
akhlak. Ia menekan konsep ketenangan jiwa, keharmonian emosi dan kedamaian
fikiran.

LATIHAN 2 - TUGASAN INDIVIDU(Sila jawab dalam sistem online)


Anda dikehendaki memilih lima nilai-nilai sejagat yang terdapat dalam semua agama dan
kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat Malaysia dan terangkan secara ringkas apa
yang anda faham tentang nilai yang dipilih.

2.1 Soalan 1

Nilai Sejagat Penerangan Ringkas

1.

2.

3.

4.

5.

2.2 Soalan 2

Anda dikehendaki menghuraikan secara ringkas bagaimana nilai yang dipilih ini boleh
membantu pembangunan diri rakyat Negara ini. (Pilih satu nilai sahaja)
PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DENGAN MORAL/ETIKA/NILAI

Rajah di bawah boleh membantu anda untuk memahami perbezaan di antara Akhlak dalam
Islam dengan pemikiran tentang Moral/ Etika/ Nilai. Sila fahami dengan sebaik-baiknya.
AKHLAK MORAL/ETIKA/NILAI

Satu sistem yang menilai


Satu sistem yang
tindakan zahir dan batin
menilai tindakan zahir
manusia
manusia sahaja

Mencakupi pemikiran,
perasaan dan niat di hati Mencakupi pemikiran,
manusia dalam hubungan perasaan dan niat di
manusia dengan Allah, hati manusia dalam
manusia dengan manusia; hubungan manusia
dan manusia dengan dengan manusia sahaja
makhluk lain.

Moral ditentukan oleh


Nilai akhlak ditentu oleh pemikiran manusia
Allah melaluiAl Quran
dan sunnah Rasulullah
saw

Nilai moral bersifat


relatif, subjektik dan
Nilai akhlak bersifat sementara
mutlak, sempurna dan
tetap (benar)

Berubah mengikut
masa/zaman,
Tidak berubah dan
daerah/negara, puak,
sama sepanjang
masyarakat
masa/zaman,
daerah/negara , semua
manusia

PERBINCANGAN / FORUM
Bincangkan perbezaan di antara akhlak amalan umat Islam dengan nilai moral dan
etika yang diamalkan oleh masyarakat lain di Negara ini. (Sila jawab dalam sistem
online)

Anda mungkin juga menyukai