Anda di halaman 1dari 1

Tulis karangan tentang cara-cara menjadi murid yang cemerlang

dalam pelajaran.

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun


demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya,
sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan,


seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita
perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh
guru. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang
disampaikan oleh guru.

Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila
di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh
itu, sesuatu topik itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.

Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan


oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan
memberi penekanan pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman
terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.

Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya,


latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali.
Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana
sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk


menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan
menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai