Anda di halaman 1dari 2

1) Gejala Pembuangan Bayi

Anak merupakan penyeri kehidupan kepada manusia yang bergelar sebagai


ibu dan bapa. Ibu bapa mestilah menjalankan tanggungjawap kepada zuriat
mereka sebaik mungkin dengan memenuhi kehendak anak-anak seperti makan,
minum pakaian dan pendidikan mereka, Tetapi dapat kita lihat di dunia yang
semakin tenat ini, pembuangan bayi semakin berleluasa mengikut peredaran
zaman. Hal ini kerana, setiap hari akan ada pembuangan bayi berlaku.

Berdasarkan statistik kes pembuangan bayi yang diambil daripada Jabatan


Kebajikan Masyarakat,didapati 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan
antara Januari 2014 sehingga Disember 2018. Ini menunjukkan masyarakat kini
hilangnya sifat berperikemanusiaan dalam diri. Lokasi startegik pembuagan bayi
adalah di kawasan perumahan, surau, tandas, pembuangan sampah, semak dan
lain-lain lagi.

Lazimnya pembuangan bayi ini disebabkan oleh anak tidak sah taraf atau digelar
sebagai anak zina. Maksudnya adalah anak yang dilahirkan daripada persetubuhan
yang tiada akad yang sah (luar nikah). Ini berkemungkinan akibat daripada
perbuatan zina atau kes rogol. Terang lagi bersuluh menurut statistik Jabatan
Pendaftaran Negara sebanyak 4,992 bayi tidak sah taraf dilahirkan oleh remaja
perempuan bawah umur 18 tahun pada 2017. Selain itu, faktor keluarga dari segi
kewangan, penerimaan ahli keluarga dan ketidakmampuan juga menjadi asbab
kepada peningkatan kes tersebut.

Anda mungkin juga menyukai