Anda di halaman 1dari 2

PUNCA-PUNCA EKSTREMISME

Terdapat lima punca utama penyebab kecenderungan masyarakat terpengaruh

dengan gejala ekstremisme. Punca pertama ialah sosioekonomi di mana kegagalan

mendapat kerja dan gaji yang rendah untuk menanggung perbelanjaan bulanan menjadikan

anak muda kurang bersemangat dalam memberi fokus jangka pendek dan panjang kepada

kerjaya mereka (Khairy Jamaluddin,2015). Hal ini demikian kerana, kadar penggangguran di

Malaysia secara keseluruhannya amat membimbangkan. Satu daripada empat lepasan

universitit gagal mendapat kerja selepas tamat pengajian dan satu saripada lima belia

bawah 25 tahun sudah ada segulung ijazah tetapi masih lagi gagal mendapat kerja selepas

enam bulan. Oleh itu, esempitan ini mendorong anak muda untuk mengaku kalah dengan

ranjau kehidupan di dunia dan menyertai kumpulan (seperti) IS dengan harapan mati syahid,

terjagalah mereka di akhirat kelak.

Punca kedua adalah kerana adanya faktor daripada luar. Contohnya, konflik yang

berlaku di Syria. Ia akan mempengarrhi cara berfikir masyarakat. Sebagai contoh,

keganasan agama Islam yang berlaku di negara luar akan mempengaruhi cara berfikir orang

bukan Islam kepada orang Islam di negara kita. Punca ketiga ialah emosi kesunyian. Hal ini

demikian kerana, kesunyian memberi impak yang kuat dan serius kepada mental

seseorang. Ketiadaan rakan-rakan rapat mengundang kesunyian yang membelungi

perasaan sehingga mereka boleh berfikir, apa salahnya sertai kumpulan seperti IS jika ia

dapat mengisi kekosongan masa dan jiwa. Selain itu, mereka akan merasa bebas untuk

melakukan sesuatu tanpa halangan daripada sesiapa.

Punca yang seterusnya adalah disebabkan oleh media sosial. Umum diketahui

bahawa media sosial kini merupakan medium terbesar dan terengaruh dalam

menyampaikan sesuatu maklumat. Semua maklumat dan infomasi boleh didapati hanya

dengan hujung jari sahaja. Oleh itu, sesetengah netizen yzng tidak bertanggungjawab akan

menyalahgunakan medium ini untuk menyampaikan sesuatu yang berkaitan dengan


ekstremisme. Masyarakat akan lebih terdedah kepada fahaman ekstremisme dan militan IS

disebabkan maklumat diterima terus dari media sosial. Bagi individu yang kurang ilmu atau

pengetahuan, mereka akan mudah percaya atau mempercayai sesuatu maklumat itu secara

membuta tuli. Masyarakat lebih mudah terpengaruh dan terikut sesuatu perkara kerana

faktor psikologi mereka cenderung mempercayai berbanding menilai kesahihannya.

Punca yang terakhir adalah kerana anak muda khususnya yang kurang diberikan

platform untuk melontarkan pendapat mereka, lebih-lebih lagi untuk terlibat secara langsung

dalam pembentukan dasar negara (Khairy Jamaluddin,2015). Hal ini akan menyebabkan,

mereka merasakan bahawa mereka disisihkan dan pendapat mereka tidak dapat

disampaikan. Kekurangan platform seperti ini akan menyebabkan mereka memberontak

dengan cara mengikuti kumpulan ekstremisme kerana mereka merasakan ini adalah jalan

yang mudah dalam menyuarakan pendapat mereka atau sekadar untuk memberontak

sahaja.

Anda mungkin juga menyukai