Anda di halaman 1dari 1

Dapatan kajian

Berita palsu boleh mendatangkan pelbagai masalah sama ada dalam kalangan remaja,
keluarga, atau masyarakat. Berdasarkan dapatan daripada kajian kami, kami mendapati bahawa
antara cabaran berita palsu dalam kalangan masyarakat digital ialah mendatangkan ancaman dari
pelbagai aspek termasuk sosial, politik, ekonomi, perhubungan kaum serta agama. Sebagai contoh, ia
akan mempecahbelahkan hubungan silaturrahmi antara manusia disebabkan maklumat palsu yang
telah tersebar. Sekiranya hubungan masyarakat berpecahbelah, perkara ini akan menjatuhkan
ekonomi negara sekaligus imej politik negara, kaum dan agama akan tercalar.

Selain itu, antara cabaran lain berita palsu dalam kalangan masyarakat digital ialah timbulnya
unsur fitnah keterlaluan yang mampu menjatuhkan reputasi seseorang serta mencalarkan nama dan
maruah individu. Perkara ini akan mendatangkan masalah lain seperti trauma, bunuh diri dan lain-
lain. Hal ini kerana seseorang itu tertekan dengan berita palsu yang disebarkan oleh individu yang
tidak bertanggungjawab dan tidak berhati perut.

Akhir sekali, penyebaran berita palsu mampu mengakibatkan kehancuran perpaduan antara
masyarakat berbilang kaum dan agama. Hal ini kerana, sebelah pihak akan berasa tidak berpuas hati
dan menyebabkan permusuhan berlaku disebabkan perasaan tidak berpuas hati terhadap individu
tersebut. Perkara ini juga akan mengakibatkan seseorang itu akan menganggap kaum atau agama itu
teruk. Bak kata pepatah “disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga”.

Kesimpulannya, kita sebagai masyarakat yang berintergriti, kita perlulah mengkaji dahulu
maklumat dan memastikan bahawa sesebuah berita itu daripada sumber yang tepat seperti berita,
akhbar atau dari tuan badan sendiri. Hal ini akan membantu kita terhindar daripada melakukan dosa
besar fitnah secara langsung atau tidak langsung kerana “dosa fitnah itu lebih besar dosanya dari
membunuh” (HR Bukhari dan muslim).

Anda mungkin juga menyukai