Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 LATAR BELAKANG DASAR 1
3.0 ISU YANG CUBA DISELESAIKAN OLEH DASAR 2
4.0 BAGAIMANA DASAR TERSEBUT DILAKSANAKAN 3
5.0 MASALAH UTAMA DALAM MELAKSANAKAN DASAR TERSEBUT 4
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 5
7.0 KESIMPULAN 5
8.0 RUJUKAN 6

i
1.0 PENGENALAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu unit khas dikenali sebagai AMANITA
dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang tidak dilapor di kalangan
masyarakat. Amanita adalah anggota polis wanita yang digerakkan di setiap daerah dalam negara
untuk menarik penglibatan wanita dan suri rumah dalam program keselamatan yang dijalankan.
AMANITA bertujuan bertemu dan berkenalan dengan surirumah dan kaum wanita bagi membina
hubungan dan keyakinan terhadap pihak polis di samping bekerjasama dalam membendung
jenayah (Portal PDRM, 2016).

AMANITA menyasarkan wanita terutamanya suri rumah yang duduk di kampung dan taman
perumahan untuk didampingi dan menjadikan mereka sebagai mata dan telinga pihak polis.
Golongan wanita terutamanya suri rumah adalah perantara terbaik untuk menyampaikan
maklumat mengenai kejadian jenayah yang berlaku di kawasan kejiranan mereka. Golongan itu
sudah dikenali sebagai pembawa berita dengan cepat mengenai perkara yang berlaku di sekitar
mereka termasuk kes jenayah.

Namun begitu, disebabkan ingin menjaga hubungan baik dengan jiran dan tidak mahu dilihat
seperti menjaga tepi kain orang, maklumat penting tersebut mungkin dibiarkan tanpa dilaporkan
kepada pihak berkuasa. Dengan adanya hubungan erat dan aktif antara mereka, ia mampu
mengurangkan tahap kebimbangan masyarakat terhadap jenayah dan pada masa yang sama
mengubah persepsi komuniti terhadap kualiti pasukan polis.

Usaha untuk memerangani jenayah bukan hanya terletak di bahu pihak penguatkuasa semata-
mata, tetapi tugas sedemikian harus juga dipikul oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira
ideologi politik, keturunan bangsa, dan kepercayaan agama masing-masing. Masyarakat
memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat tentang sebarang aktiviti jenayah
yang berlaku di persekitaran mereka kepada pihak berkuasa.

2.0 LATAR BELAKANG DASAR

Inisiatif “Engage Housewives in Neighbourhood Safety Through a Specially Designated Female


Staff in Each Balai” adalah satu inisiatif yang telah dicadang dan diterima untuk dilaksanakan di
bawah National Blue Ocean Strategy 7 (NBOS7) di bawah Kempen 1Aman Fasa 2. Inisiatif ini
mula dilaksanakan pada bulan Oktober tahun 2012 dengan perlantikan seorang pegawai polis
wanita di peringkat kontinjen dan seorang pegawai polis wanita atau anggota polis wanita di
peringkat daerah seramai 152 orang. Sejumlah 166 pegawai polis atau anggota polis wanita yang
dilantik digelar sebagai “Peace Lady” atau nama singkatan di dalam Bahasa Melayu adalah
‘AMANITA’ (Berita Bukit Aman Bil. 4, 2012).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan kepolisan konvensional dan mengaplikasikan
community policing serta mewujudkan kerjasama positif dengan masyarakat komuniti untuk
membantu menangani masalah jenayah dengan membentuk kerjasama strategik melalui National

1
Blue Ocean Strategy (NBOS) dan penggunaan strategi ini merangkumi inisiatif-inisiatif tertentu
dan salah satunya adalah AMANITA (Zulaiha Aminudin, 2015).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan unit khas dikenali sebagai AMANITA iaitu ‘Aman
Wanita’ atau Peace Lady sebagai langkah untuk mendapatkan maklumat berhubung kegiatan
jenayah yang tidak dilaporkan. Pogram ini menyasarkan suri rumah sebagai Rakan Polis atau
diperkenalkan sebagai Engage Housewives in Neighbourhood Safety, satu komunikasi dua hala
dengan polis dalam usaha mengurangkan kegiatan jenayah di kawasan kejiranan (Portal PDRM,
2016).

AMANITA diwujudkan di bawah Program Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourhood) atau
dikenali sebagai MyBN. MyBN telah dilaksanakan untuk menangani isu-isu yang rapat dan
sinonim dengan rakyat sejak 2012. Dibawah Program MyBN, diwujudkan lagi sebuah program
yang dukenali Program Transformasi Sosial. Program ini mewujudkan untuk meningkatkan
'sense of belongging' serta menggalakkan penglibatan penduduk menjaga dan menyenggara
kawasan kediaman mereka secara berterusan. Lebih 10,000 anggota dan pegawai 'Peace Lady' di
seluruh negara telah digerakkan bagi mendekati golongan wanita khususnya golongan suri
rumah bagi sama-sama memerangi jenayah di persekitaran tempat tinggal mereka

Melalui AMANITA, seorang pegawai kanan wanita dilantik sebagai "Peace Lady" (AMANITA)
di setiap daerah di seluruh Malaysia bagi menggerakkan dan menyelaraskan penglibatan/aktiviti
wanita khususnya suri rumah tangga didalam program ini. Peranan AMANITA adalah
melibatkan menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda, mengenali dan melaporkan
aktiviti-aktiviti yang mencurigakan serta kejadian jenayah yang berlaku, menjaga keselamatan
harta jiran sekitar kediaman dan bekerjasama dengan polis bagi kegiatan jenayah yang sering
berlaku dikawasan mereka (Irwan Shafrizan Ismail, 2014).

Skuad AMANITA turut berperanan mengajar dan memupuk kesedaran orang ramai khususnya
wanita, mengenai keselamatan diri dan bagaimana cara melindungi kawasan kejiranan masing-
masing. Ia turut merangkumi kaedah mempertahankan diri daripada menjadi mangsa keganasan
rumah tangga, penyalahgunaan dadah, pencabulan dan jenayah siber. Skuad AMANITA juga
menyertai kegiatan masyarakat setempat seperti kenduri, kelas taici dan kelas memasak, yang
secara tidak langsung mengukuhkan ikatan perhubungan mereka dengan masyarakat setempat.

3.0 ISU YANG CUBA DISELESAIKAN OLEH DASAR

Isu seperti jenayah yang tidak dilaporkan merupakan salah satu punca mengapa sesuatu kes
jenayah itu sukar ditangani. Hal ini kerana walaupun wujud bukti dan matlumat yang kukuh,
jenayah itu tidak dapat dibenteras sekiranya tiada sebarang laopran dilakukan kepada pihak
PDRM. Golongan penduduk kejiranan terutama golongan wanita telah menyaksikan pelbagai
masalah jenayah dan social di Kawasan kediaman mereka. Namun akibat dari sikap tidak ambil
peduli, kurang peka atas musibah berlakunya jenayah dan terlalu bergantung kepada pihak polis
semata-mata menyebabkan kes jenayah di kawasan mereka tidak dapat dibanteras dan semakin
berlarutan.

2
Kebanyakan kes jenayah yang menjadi topik perbualan suri rumah, tidak dilaporkan kerana
mereka tidak mahu mencampuri dan merosakkan hubungan sesama jiran terutamanya jika
sesuatu perkara itu melibatkan anak di kawasan kejiranan mereka. Masyarakat hari ini harus
menghakis mentaliti tidak mahu mencampuri urusan peribadi orang lain, sebaliknya mengambil
tahu hal di sekeliling mereka terutama yang melibatkan keselamatan. Dalam konteks ini,
kerjasama dan peranan masyarakat bersama PDRM akan dapat mengurangkan kadar jenayah di
kawasan masing-masing

Golongan ibu dan suri rumah yang kebiasaannya menghabiskan waktu seharian mereka di rumah
merupakan golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam membantu
memberi maklumat aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar kawasan perumahan mereka atau
kawasan berdekatan. Ia merupakan satu inisiatif berkesan menjadikan golongan suri rumah
sebagai rakan polis dalam usaha mengurangkan jenayah. Selama ini wanita memainkan peranan
penting dalam rumahtangga termasuk menjadi penasihat kepada suami sebelum mereka
membuat keputusan. Mereka juga dapat memainkan peranan dalam menjaga ketenteraman dan
keamanan negara melalui inisiatif “Engage Housewives in Neighbourhood Safety”.

4.0 BAGAIMANA DASAR TERSEBUT DILAKSANAKAN

“Peace Lady” (AMANITA) secara umumnya menjadi perantara bagi mendapatkan sebarang
maklumat khususnya yang berunsur jenayah daripada golongan suri rumah. Maklumat
terkumpul kemudiannya disalurkan kepada jabatan atau unit berkaitan di balai polis bagi
membolehkan tindakan selanjutnya diambil. “Peace Lady” (AMANITA) juga akan
menggerakkan ahlinya menemui komuniti di setiap kampung/taman perumahan untuk
mendampingi dan beramah mesra dengan masyarakat khususnya suri rumah (Portal PDRM,
2016). Melalui pertemuan seperti ini, komunikasi dua hala boleh berlaku di mana “Peace
Lady” (AMANITA) yang bertanggungjawab menyampaikan dan menjelaskan berkaitan aspek-
aspek keselamatan kepada golongan sasaran pada masa yang sama menerima maklumat yang
disalurkan oleh golongan suri rumah tersebut.

AMANITA akan turun ke padang bertemu dan berkenalan dengan suri rumahtangga bagi
membina perhubungan yang memberi keyakinan dan kepercayaan terhadap pihak polis.
AMANITA perlu meyakinkan suri rumahtangga bahawa adalah menjadi sebahagian
tanggungjawab mereka di dalam masyarakat untuk bekerjasama mencegah jenayah. Seorang
pegawai kanan polis wanita berpangkat Inspektor dilantik sebagai “Peace Lady” di setiap
daerah seluruh negara bagi menggerak dan menyelaraskan penglibatan wanita/suri rumahtangga
dalam program keselamatan ini. “Peace Lady” (AMANITA) merupakan pendekatan terbaik
dalam memperoleh maklumat jenayah yang tidak dilapor dan akan menghubungkan polis wanita
dengan persatuan penduduk terutama suri rumah. Dengan adanya hubungan erat dan aktif
antara “Peace Lady” (AMANITA) dengan masyarakat, ia mampu mengurangkan tahap
kebimbangan terhadap jenayah dan pada masa yang sama mengubah persepsi masyarakat
terhadap kualiti pasukan PDRM (Zulaiha Aminudin, 2015).

3
Bagi mencapai halatuju ke arah “Neighbourhood Safety” maka suri rumahtangga perlu
didedahkan dengan pengetahuan dan panduanpanduan cara mempertahankan keselamatan pada
dirinya, hartanya dan keselamatan kejiranannya. Ini dapat dicapai dengan mengadakan pelbagai
aktiviti sosial untuk berinteraksi di antara AMANITA dan suri rumahtangga. Sebagai lanjutan,
program-program ceramah dan dialog yang melengkapkan suri rumahtangga dengan cara-cara
keselamatan diri dan harta serta meyakinkan mereka bahawa dengan menjadi mata dan telinga di
komuniti mereka adalah merupakan cara yang paling efektif di dalam menangani jenayah. Ini
adalah kerana sebagai suri rumahtangga mereka meluangkan lebih banyak masa di dalam
kawasan kejiranan mereka dan tahu apa yang berlaku di kawasan mereka.

Inisiatif “Engage Housewives Through Neighbourhood Safety Through A Specially Designated


Female Staff in Each Balai” akan menghasilkan seorang suri rumahtangga untuk menjalankan
perkara-perkara tertentu. Salah satunya adalah mengenali dan melapor aktiviti-aktiviti yang
mencurigakan dan jenayah yang berlaku, menjaga diri, keluarga, jiran dan harta benda,
mengenalpasti jenayah dan masalah-masalah di kawasan mereka dan bekerjasama dengan polis
(Berita Bukit Aman Bil. 4, 2012). Harapan inisiatif ini adalah dengan suri rumahtangga dengan
bersatu hati bekerjasama dengan pihak polis akan menjadi satu cara yang efektif untuk
mengawal jenayah dan menjadikan kejiranan mereka selamat bagi diri sendiri, keluarga, jiran
dan komuniti secara umumnya.

5.0 MASALAH UTAMA DALAM MELAKSANAKAN DASAR TERSEBUT

Masalah utama yang dapat dilihat melalui program ini adalah aspek keselamatan. Bagi golongan
ini iaitu golongan wanita, mereka akan berasa lebih risau dan takut untuk menyuarakan
kebimbangan mereka dan seterusnya melaporkan sebarang aktiviti jenayah. Hal ini kerana
mereka risau dan bimbang sekiranya jika mereka melapor sebarang aktiviti jenayah kepada pihak
polis akan menyebabkan keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam. Mereka akan
berasa bimbang jika penjenayah akan menyerang, mencederakan dan membunuh diri mereka
atau ahli keluarga mereka. Hal ini akan menyebabkan golongan wanita lebih memilih untuk
berdiam diri, mengambil sikap tidak peduli dan tidak mengambil sebarangan risiko yang mampu
mengancam mereka.

Selain itu, golongan wanita ini juga tidak didedahkan dengan ilmu dan matlumat secara
mendalam dalam menjalankan tanggungjawab mereka sabagai sebahagian dari komuniti.
Golongan wanita ini kebanyakan adalah golongan suri rumah yang sibuk dengan tugasan rumah
tangga. Oleh itu, mereka tidak mempunyai masa terluang yang banyak untuk mendengar taklimat
atau mencari matlumat di internet. Kesan dari kesibukan aktiviti harian mereka menyebabkan
mereka gagal untuk memperoleh matlumat dan membuatkan mereka tercicir dari tujuan asal
program ini

4
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi menjamin dan meningkatkan keberkesanan dan kejayaan program ini, beberapa cadangan
boleh diambil kira. Salah satunya adalah menyediakan satu sistem perhubungan dan perantaraan
yang mudah dan berkesan. Anggota polis yang dilantik sebagai “Peace Lady” boleh menjadi
ketua dan menyediakan platform khas bagi memudahkan aktiviti perhubungan dan komunikasi
di kawasan kejiranan dibawah jagaannya. Misalnya, mewujudkan group dalam pelantar social
seperti Whatsapp atau Telegram yang berupaya menyebarkan matlumat secara pantas dan
mudah. Hal ini dapat meningkatkan proses perkongsian, penerimaan dan penyampaian berita
atau matlumat kepada “Peace Lady” untuk tindakan serta merta.

Selain itu, pihak PDRM juga perlu meningkatkan penglibatan wanita dalam program ini
terutama di kawasan pedalaman, perkampungan, pertempatan setinggan dan kos rendah. Hal ini
kerana, kebanyakan kes jenayah berlaku di kawasan seumpama ini. Namun akibat daripada
perasaan takut, tidak mengetahui cara untuk berhubung dengan pihak polis menyebabkan kes
jenayah ini tidak dilaporkan. Pihak polis boleh menjalankan kempen, taklimat atau kelas dengan
lebih banyak dan menyeluruh di kawasan terbabit agar pihak wanita ini dapat mengambil
peranan dan tanggujawab mereka dengan lebih baik lagi. Mereka perlu mengadakan program
dengan golongan wanita seperti surirumah, tetapi bukan hanya sekadar memberikan
tips pencegahan jenayah tetapi apa yang diharapkan ialah mereka dapat menjalinkan hubungan
yang erat dengan golongan wanita agar mereka dapat menjadi mata dan telinga kepada pihak
PDRM serta melaporkan aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan mereka.

Selain itu, melalui penglibatan polis secara langsung akan meningkatkan hubungan era tantara
golongan ini dengan pihak polis. Perlaksanaan program ini dapat mengubah persepsi dan
memenangi hati masyarakat terhadap tahap kebimbangan keselamatan mereka dengan
mewujudkan jalinan hubungan yang lebih erat. Secara tidak langsung, kaedah yang dilakukan
ini menunjukkan PDRM mengiktiraf peranan wanita dalam pelbagai sektor di negara ini,
termasuk suri rumah dalam pembentukan modal insan.

7.0 KESIMPULAN

Golongan sasar ini dilihat dapat membantu serta memantau penempatan mereka untuk
membanteras kegiatan serta sasaran jenayah di kawasan kediaman mereka. Dengan pengwujudan
unit ini, ianya merupakan sebuah inisiatif yang sangat efisyen kerana golongan sasar ini
senantiasa berada di kawasan mereka sendiri dan mampu memantau keselamatan perumahan
penduduk sekitar yang sentiasa keluar masuk.

Ia merupakan satu inisiatif berkesan menjadikan golongan suri rumah sebagai rakan polis dalam
usaha mengurangkan jenayah. Selama ini wanita memainkan peranan penting dalam
rumahtangga termasuk menjadi penasihat kepada suami sebelum mereka membuat keputusan.
Mereka juga dapat memainkan peranan dalam menjaga ketenteraman dan keamanan negara
melalui inisiatif “Engage Housewives in Neighbourhood Safety”.

5
Skuad AMANITA terbukti berkesan kerana mudah meraih kepercayaan masyarakat setempat
terutama golongan suri rumah dan banyak membantu mengurangkan kadar jenayah di kawasan
kejiranan masing-masing. Dalam erti kata lain, suri rumah menjadi mata dan telinga pihak polis,
manakala semua polis wanita adalah anggota Skuad AMANITA, perlu menjalin rangkaian
kerjasama antara masyarakat setempat dan pihak polis.

8.0 RUJUKAN

Berita Bukit Aman Bil. 4 (2012). Komitmen kepada komuniti. Dirujuk daripada
https://www.live4d88.com/docs/default-source/Penerbitan/41816_bba4-2012.pdf?sfvrsn=4

Irwan Shafrizan Ismail (2014). Skuad polis wanita bantu masyarakat. Dirujuk daripada
https://www.bharian.com.my/node/21611

Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (2016). AMANITA. Dirujuk daripada


http://www.rmp.gov.my/program-pdrm/amanita

Zulaiha Aminudin (2015). Amanita sedia tangani jenayah. Dirujuk daripada


https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan/amanita-sedia-tangani-jenayah-
1.55977

Anda mungkin juga menyukai