Anda di halaman 1dari 9

FORUM AMBANG MERDEKA

TAJUK : PENGHAYATAN MERDEKA MASA KINI

PANEL :1

Soalan 1

1. Apakah erti penghayatan kemerdekaan dari sudut yang sebenar


pandangan encik?

Jawapan

Malaysia pada tahun ini akan menyambut kemerdekaannya yang ke-62. Di


sebalik 62 tahun kemerdekaan ini kita sewajarnya perlu mengambil iktibar
sejarah kemerdekaan negara ini. Datuk nenek kita, adalah pejuang merdeka
yang sebenar. Bekas-bekas pemimpin kita adalah pahlawan kita. Toleransi
dan penerimaan pada zaman sebelum merdeka adalah ikhtibar yang harus
kita renung dan muhasabahkan hinggalah dewasa ini.

Kita hidup dalam lipatan memori sejarah perjuangan para perajurit yang
bermandi darah, berpeluh keringat, memerah kudrat demi kesejahteraan
masyarakat pada masa kini. Justeru, merdeka dan sejarah tidak dapat
dipisahkan. Sejarah kemerdekaan hanyalah cerita kecil dalam buku teks
sejarah, buku sivik dan kewarganegaraan, serta subjek kajian tempatan. Kisah
tentang kemerdekaan juga hanya diceritakan dalam Kem Biro Tata Negara,
Program Latihan Khidmat Negara dan pegawai yang dipilih mengikuti program
Pegawai Tadbir Diplomatik di mana hanya segelintir yang mendapat input
tentang sejarah merdeka. Kisah merdeka hanya diceritakan kembali berulang
kali ketika bulan 8 memasuki tarikhnya. Kita tidak berminat untuk bercerita
tentang kisah merdeka kita sekiranya tiada keadaan mendesak yang
menyuruh kita berbuat demikian.
Hakikatnya, anak muda kini lahir daripada sistem merdeka yang memberi
mereka peluang untuk belajar, bekerjaya menjawat pelbagai jawatan serta
dapat menikmati hidup dengan keamanan sedia ada. Disebabkan itu, perlu
ada rasa syukur terhadap nikmat dalam kalangan anak muda kerana dapat
menikmati kehidupan dalam sebuah negara yang bebas merdeka. Aktiviti
kibarkan Jalur Gemilang juga perlu dihidupkan kembali. Jangan malu
sebaliknya berbanggalah dengan bendera kita. Tidak perlu tunggu berada di
perantauan untuk mengibarkannya diikuti menyanyikan lagu-lagu yang
bersifat patriotik.

Kibaran Jalur Gemilang sudah jarang kelihatan dan anak muda lebih
cenderung melakukan aktiviti-aktiviti lain sempena cuti kemerdekaan
berbanding mengikuti acara berunsur patriotik. Kita juga sukar melihat
kenderaan yang mengibarkan bendera negara. Jika adapun pemilik
kenderaan melakukannya untuk tujuan pertandingan atau apa sahaja yang
boleh menyebabkan dia mendapat ribuan Like di dalam media sosial
Facebook atau Instagram.

Begitu juga hiasan Jalur Gemilang di rumah atau reka bentuk gubahan
Jalur Gemilang dibuat semata-mata bagi menyertai sesuatu pertandingan atau
mahu menjadi popular dengan menjadikannya viral di media sosial. Aktiviti
yang mengikut peredaran masa dan dekat di hati anak muda perlu
dipertingkatkan. Mereka sudah tidak memahami kebebasan yang dinikmati
hari ini adalah atas keringat para pejuang kemerdekaan seperti Tunku Abdul
Rahman, Mat Kilau, Tok Janggut, Penghulu Dol Said dan ramai lagi.

Kebanyakan situasi yang berlaku pada hari ini menggambarkan anak


muda kita seperti tidak begitu meminati menonton kisah-kisah sejarah atau
perajurit yang dipaparkan menerusi media masa sebaliknya lebih gemar
kepada kisah-kisah sensasi. Oleh sebab itulah, merdeka pada hari ini,
hanyalah sebuah cerita lampau yang seakan tidak bermakna kepada
masyarakat era baru.
Soalan 2

2. Salah satu cara untuk mengekalkan kemerdekaan negara adalah


keharmonian antara kaum. Pada zaman dahulu kaum Melayu, Cina dan
India bersatu padu untuk mencapai kemerdekaan. Jadi pada pandangan
tuan, bagaimanakah cara untuk mengekalkan keharmonian yan telah
dibentuk pada zaman dahulu?

Jawapan :

MALAYSIA adalah sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah

status negara maju dan dalam kita mencapai matlamat itu keamanan dan
keharmonian tidak pernah sesekali dipinggirkan.

Sebaliknya kepelbagaian agama, etnik dan budaya terus menjadi teras

kepada kekuatan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh
beberapa tahun lagi. Hakikatnya, perpaduan jitu yang dibentuk oleh rakyat

negara ini adalah asas kepada pengukuhan Malaysia sebagai sebuah negara
aman dan harmoni. Sungguhpun begitu, perpaduan yang jitu ini jika tidak

diawasi dengan baik boleh menyebabkan negara berada dalam suasana


genting dan huru hara memandangkan kedudukan kaum dan etnik yang

pelbagai.

Justeru beberapa langkah perlu diambil dan dikekalkan dalam usaha

memastikan rakyat di Malaysia ini terus bersatu padu. Antaranya


memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu khususnya melalui sistem

pendidikan sama ada di peringkat sekolah termasuk sekolah vernakular


hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Menurut Perkara 152, Perlembagaan

Malaysia, bahasa Melayu digunakan sebagai alat komunikasi yang penting


untuk menyatu-padukan semua lapisan masyarakat. Oleh itu anak-anak kecil
daripada pelbagai kaum perlu diajar menggunakan bahasa Melayu bagi
membolehkan mereka berkomunikasi bersama rakan di sekolah dan

seterusnya hingga ke peringkat universiti.

Selain itu, kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum
haruslah dihormati dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat

resam kaum masing-masing dengan harmoni. Contohnya, melalui cara mereka


berpakaian, amalan beragama dan perayaan. Sewajarnya sikap saling

menghormati dan memahami budaya sesama kaum ini perlu dipertahankan


demi kesinambungan perpaduan negara. Amalan ini bukan sahaja

menggambarkan persefahaman malah meningkatkan lagi kemesraan sesama


kaum. Dalam pada itu amalan Rumah Terbuka 1Malaysia yang diadakan bagi

meraikan satu-satu perayaan dilihat mampu memupuk perpaduan. Rakyat


Malaysia yang berbilang kaum akan saling berkenalan, bermesra dan merasai

juadah enak yang disediakan.

Hal ini sudah pasti akan dapat mengeratkan hubungan sekali gus
memupuk semangat perpaduan yang utuh. Selain itu amalan

ziarah-menziarahi, tolong–menolong dan semangat kejiranan terutama dalam

kalangan pelbagai kaum perlu dijadikan budaya kita. Perpaduan kaum juga
boleh dipupuk melalui amalan bersukan. Contoh terbaik ialah menjadikan

minggu ke dua bulan Oktober setiap tahun sebagai hari aktiviti sukan di
tempat tinggal kita seiring dengan penganjuran Hari Sukan Negara.

Akhir sekali perpaduan juga tidak akan memberi makna tanpa kestabilan

politik. Oleh itu, setiap pemimpin negara harus menjaga kestabilan politik
supaya keamanan rakyat tidak tergugat. Melalui kestabilan politik rusuhan

kaum dan perpecahan dapat dielakkan, pada masa sama akan mengukuhkan
lagi kedudukan ekonomi negara ini
FORUM AMBANG MERDEKA

TAJUK : PENGHAYATAN MERDEKA MASA KINI

PANEL :3

SOALAN 1

Daripada pengalaman sendiri apa yang dapat dikatakan tentang merdeka


pada masa dahulu dan kini. Apakah terdapat perbezaan 31 0g0s dahulu
atau sekarang atau 31 Ogos hanya untuk bercuti sahaja atau
sebagainya?

Jawapan:

TANGGAL 31 Ogos ini, negara akan menyambut ulang tahun


kemerdekaan yang ke-62 tahun. Bertemakan Sayangi Malaysiaku, ia sudah
pasti sarat dengan kehendak dan tuntutan terhadap rakyat untuk
menghayatinya. Jika ia dibiarkan berlalu begitu sahaja, tarikh keramat
sekali setahun itu akan sama dengan hari-hari biasa, tiada kesan apa-apa.

Manusia jika berumur 62 tahun sudah pasti dianggap golongan warga


emas. Ini kerana jika ia berkhidmat di sektor swasta atau kerajaan umur
sebanyak itu dianggap baru sahaja bersara daripada perkhidmatan.
Bagaimanapun jika ia seorang ahli perniagaan, umur seba-nyak itu mungkin
belum lagi meletakkan dirinya untuk bersara.

Bagi sebuah negara seperti Malaysia, kemerdekaan seusia 61 tahun


dianggap masih muda kerana banyak negara se-perti Amerika Syarikat dan
negara-negara maju yang lain telah mencetak kemerdekaan lebih awal lagi.
Di rantau ini sendiri negara-negara se-perti Indonesia mencapai
kemerdekaan pada tahun 1945, Laos 1949, Myanmar 1948 malah Kemboja
pada 1953. Walaupun negara-negara serantau ini merdeka lebih awal,
banyak lagi yang mereka ketinggalan malah masih lagi terikat dengan
status negara sedang membangun atau berpendapatan rendah. Begitu juga
dengan Malaysia, walaupun tahun kemerdekaan pada 1957, momentum
kemajuannya agak deras baik di segi fizikal mahupun mentaliti rakyatnya.
Di segi ekonomi, pendapatan perkapita rakyat Malaysia adalah lebih tinggi.

Bagaimanapun seperti yang dinyatakan, umur 61 tahun dalam konteks


usia merdeka sesebuah negara, perjalanan adalah masih panjang dan
berliku. Walaupun rakyat dan negara ini telah mencapai pelbagai bentuk
kejayaan, Malaysia masih dianggap negara sedang memba-ngun. Masalah
kemiskinan dan pembangunan di sana sini masih lagi membelenggu. Begitu
juga ketidakseimbangan pendapatan antara penduduk luar bandar dan
bandar. Bagaimanakah sikap rakyat Malaysia? Adakah sematang usia 62
tahun? Jawapannya sudah pasti tidak jika mengambil kira umur rakyatnya
yang umumnya masih muda. Jika ditanya golongan ini bagaimanakah
bentuk rakyat Malaysia yang ideal pada usia 62 tahun atau semuda 30
tahun, sudah pasti jawapan yang diberi berbeza-beza.

Justeru, sebahagian besar orang muda tidak pasti dan tidak


menganggap hari kebangsaan itu sebagai sesuatu yang signifikan di segi
pencapaian dan maruah negara. Pada mereka, kehidupan adalah lebih
penting untuk mencari nafkah dan mempertingkat mutu kehidupan
daripada memikirkan makna 31 Ogos yang lebih diingati sebagai cuti umum
semata-mata. Cuti umum 31 Ogos hanya dihabiskan dengan menonton
ranca-ngan sarkis (suatu masa dahulu) atau hiburan di rumah atau
menonton siaran langsung perarakan hari kebangsaan di televisyen jika
tidak terlajak tidur. Pada malam cuti umum, pelesit rempit pula
menganggapnya sebagai syurga me­nguji ‘power’ jentera masing-masing.

Padahal golongan ini lupa, kesan daripada mencapai kemerdekaan


itulah mereka merasai nikmat dan mutu kehidupan. Sungguh kurang
daripada kalangan mereka untuk me-ngenang kemerdekaan dan
mengekalkannya apatah lagi mencari maknanya. Pada zaman moden tanpa
sempadan kini kemerdekaan boleh hilang bukan melalui peperangan
semata-mata malah melalui belenggu ekonomi dan budaya.
Sesama Kita dengan hanya beberapa hari sahaja menjelang 31 Ogos,
aura sambutannya bagaikan lesu. Tidak ba-nyak kelihatan Jalur Gemilang
dikibar di rumah-rumah, kende-raan, bangunan pejabat atau pengangkutan
awam walaupun dianggap perbuatan klise. Acara-acara teater atau
pementasan bertemakan kemerdekaan dan kecintaan terhadap negara
apatah lagi. Lalu bagaimanakah suasana yang lesu di segi fizikal dan
pemikiran dalam menyambut hari kemerdekaan ini dapat dizahirkan
dengan lebih bermakna - sebagaimana bermaknanya 31 Ogos dalam
kalangan mereka yang ada kaitan dengan perjua-ngan mendapatkan
kemerdekaan, bukan sekadar berlalu sebagai hari cuti umum semata-mata.
Menghayati kemerdekaan sepatutnya sepanjang tahun malah sepanjang
hayat.

31 Ogos, sambutan sepanjang hayat


SOALAN BOCOR 2

Mutakhir ini, terdapat kebimbangan terjejas hubungan / perpaduan


kerana kadang-kadang ada pihak tertentu dalam media sosial menyebar
maklumat yang boleh menimbulkan ketegangan dan kegelisahan dalam
kalangan rakyat. Apa pandangan tuan mengenai cara untuk
mengekalkan perpaduan?

Jawapan:

Kepentingan mengekalkan kedaulatan negaraPerpaduan merupakan


perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan
kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat
menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang
mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta
tidak mudah ditakluki kuasa asing. Langkah langkah mengekalkan
kedaulatan negara. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan
pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk
memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik.

Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang


memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan
negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka,
negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing. Lambang-lambang
kebesaran negara harus dikenali dan dihormati Jalur Gemilang haruslah
dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang
suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang
atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang
berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia.

Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta


menghayati lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara. Kita
perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.Kita
harus mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia
berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan
negara. Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa
dan negara serta cara mengatasinya.

Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak


ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur,
sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup Malaysia. Sifat bersatu-padu
antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan
keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk
bangsa atau kaum sendiri. Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak
mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.

Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti


gotong-royong daapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum
serta mengeratkan hubungan silaturahim. Sifat berdisiplin juga amat
penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak.
Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk
membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan
berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah
berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau
kurang ajar.

Kesimpulan Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua


cabaran dalam negara dan sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di
kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara
untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah
bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan
semua.

Anda mungkin juga menyukai