sumber: http://rara-carter.blog.friendster.com/2007/05/bahaya-merkuri-dan-hidrokuinon/
Hydroquinone merupakan salah satu bahan kimia yang dipergunakan dalam bahan tambahan
pembuatan kosmetik. Hydroquione berfungsi untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang
bertindak menghasilkan melanin. Dengan begitu kulit akan Nampak lebih cerah dan lebih putih.
Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini
ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang
menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat
merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-
herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.
Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan
hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau
preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.
Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 – 6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu,
penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone
perlu diberhentikan.
Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk
mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini
bermakna hanya doktor saja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan
kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh
mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.
Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat
yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan
berkurangan.
Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis
adalah alahan kulit apabila terkena obat ini. Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang
berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di
tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.
Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan
kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang
mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil
metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.
Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana
tidak ada kajian khusus telah dijalankan.
ginjal terkena
hidroquinon.