Anda di halaman 1dari 32

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 1

1.0 PENGENALAN

Konsep terapi dalam Pendidikan Khas adalah berdasarkan konsep kepelbagai


kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama
ada ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu
kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai
perkembangan tersebut.

Secara umumnya, terapi merupakan satu cara untuk mengubah


pemikiran,perasan dan tingkah laku di mana ia boleh dibahagikan kepada tiga aspek
terapi yang utama iaitu terapi kognitif,terapi psikodinamik dan terapi tingkah laku. Terapi
kognitif contohnya bermula dengan pemikiran individu untuk mengubah perasaan dan
tingkah laku, manakala psikodinamik pula memberikan penekanan kepada perassan

Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan,
kecacatan,halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani
kehidupan seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai.
Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh menjalani terapi pertuturan. Jika
seseorang individu menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar atau halus
(psikomotor),individu tersebut boleh didedahkan dengan terapi fisio atau carakerja

Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang
berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu
bapa dan guru seperti terapi muzik,terapi seni,terapi pertuturan dan terapi pergerakan.
Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah
mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan
atau rujukan pada pakar.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 2

NOTA
GRAFIK
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 3

TERAPI

Fisioterapi main Cara Kerja Pertuturan Muzik Hidroterapi

alternative pergerakan Seni


kreatif
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 4

 DEFINISI
 Rawatan ke atas
Terapi Fisio ketidakupayaan pada
seseorang individu dengan
menggunakan agen-agen
fizikal

 Berjalan
 Melompat
 Menendang
 Duduk tegak

 DEFINISI
 latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna
Terapi Cara untuk meningkatkan kefungsian
seharian dan mencegah
Kerja ketidakupayaan atau kecacatan atas
individu yang mempunyai masalah
mental dan fizikal pada semua
peringkat umur

 Menggunting
 Menampal
 Membutang
baju
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 5

 DEFINISI
 Kaedah yang digunakan untuk
membantu murid yang
Terapi mengalami kesukaran dalam
menyebut perkataan dan
Pertuturan berkomunikasi

 Meniup belon
 Meniup kertas
di atas air
 Latihan lisan

 DEFINISI
 Alternative dalam alternatif dalam
rawatan moden dan satu bidang
professional yang menggunakan muzik
bertujuan untuk pemulihan,pemeliharaan
Terapi Muzik dan peningkatan taraf kesihatan mental
dan fizikal

 Menyanyi
 Menari ikut irama
muzik
 Mendengar pilihan
muzik atau lagu
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 6

 DEFINISI
 Menggunakan air sebagai medium
semulajadi untuk meringankan /
Terapi mengubah keadaan sedia ada
kepada yang lebih baik
Hidroterapi

 Bermain di tepi air


 Berjalan di dalam
kolam
 Aktiviti renang bebas

 DEFINISI
 Sebarang aktiviti yang memberikan
kegembiraab dan kepuasan kepada
kanak-kanak tanpa menimbangkah
Terapi Main apakah hasil aktiviti itu

 Mainan mencirikan
kehidupan sebenar
 Mainan bercirikan
luahan perasaan
agresi
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 7

 DEFINISI
 Satu profesion kesihatan mental yang
menggunakan proses kreatif dakam
lukisan untuk menambah baik dan
Terapi Seni menyempurnakan fizikal,mental dan
emosi

 Catan
 Kolaj dan asemblaj
 Reka bentuk
 Anyaman
 Kraftangan

 DEFINISI
 Intepretasi idea,perasaan serta
tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik melalui
pergerakan

Terapi
Pergerakan
Kreatif
 Berjalan
 Melompat
 Merangkak
 Gimrama
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 8

 Terapi aroma
 Terapi herba
 Terapi ozon
Terapi  Terapi floortime
Alternatif  Terapi pasir
 Terapi haiwan
 Terapi snoozelang
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 9

3.0 KEPENTINGAN DAN FAEDAH AKTIVITI TERAPI

Tujuan utama terapi diwujudkan ialah bagi membantu individu mempunyai


masalah-masalah-masalah sama ada dari segi fizikal mental,emosi malahan sosial.
Justeru pelbagai jenis terapi direka khusus mengikut masalah-masalah yang dialami
oleh seseorang yang ada akhirnya akan mencapai tujuan yang sama iaitu melakukan
perubahan atau lebih tepat lagi pemulihan kognitif,psikodinamik dan tingkah laku
mereka. Penglibatan murid-murid bekeperluan khas di dalam sesi-sesi terapi ini
memang diharuskan kerana ia mendatangkan banyak kepentingan dan faedah kepada
mereka sehinggakan didalam perancangan persediaan mengajar pada guru Pendidikan
Khas turut diselitkan unsur-unsur terapi.

Antara kepentingan dan faedah terapi kepada golongan kanak-kanak


bekeperluan khas ialah membantu murid-murid mengembangkan kemahiran otot-otot
mereka. Dari segi fizikal kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal Cuma terdapat
sedikit perbezaan namun dari sudut penggunaan, fungsinya masih sama kerana
manusia diciptakan mempunyai ketulan otot-otot yang terdiri daripada otot-otot besar
dan otot-otot kecil. Melalui otot-otot besar, kita dapat melatih kemahiran motor kasar
kanak-kanak khas apabila kita menggunakan terapi fizikal atau dikenali dengan nama
fisioterapi. Contoh kemahiran motor kasar ialah berlari, berjalan,melompat dan lain-lain.
Manakala, bagi otot-otot kecil pula dapat kita bantu dengan mengembangkan
kemahiran-kemahiran mototr halus mereka seperti memasukkan benang dalam straw
minuman, mengunting,menampal,melipat kertas atau pakaian, membutangkan baju,
menjahit dan lain-lain yang memerlukan kawalan terhadap penggunaan otot-otot yang
paling kecil untuk melakukan pergerakan pergerakan berfungsi pada tahap paling
mudah.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 10

Kepentingan dan faedah terapi ke atas kanak-kanak bekeperluan khas yang


seterusnya ialah membantu mereka ini menghilangkan tekanan. Disebabkan
kekurangan yang terdapat pada diri mereka, masyarakat sekeliling seperti murid-murid
normal, guru-guru dan jiran tetangga banyak memandang rendah kepada kanak-kanak
khas ini. Ada yang mengambil pendekatan menjauhkan diri apabila didekati oleh kanak-
kanak khas, tidak kurang juga yang berasa jijik melihatkan mereka ini walaupun tidak
dizahirkan melalui percakapan tetapi hal ini dapat ditafsirkan melalui tingkah laku
mereka. Justeru, perkara-perkara seumpama ini akan mendatangkan tekanan kepada
kanak-kanak khas dari segi emosi dan mempengaruhi tingkah laku mereka. Melalui
terapi yang dijalankan kepada kanak-kanak khas ini,ia akan berfungsi sebagai satu
saluran kepada mereka bagi melepaskan sebarang tekanan yang dihadapi. Antara
contoh terapi yang boleh dilakukan ke atas kanak-kanak khas ini bagi membantu
mereka melepaskan tekanan ialah terapi bermain dan terapi seni. Melalui permainan,
murid-murid akan berasa seronok dan melupakan segala masalah dan tekanan yang
mereka hadapi. Begitu juga dengan terapi seni. Melalui luahan seni, mereka akan dapat
memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa sekaligus
dapat memahami bantuan dalam pencarian resolusi.

Kepentingan dan faedah terapi selain daripada dinyatakan di atas ialah melalui
terapi, kanak-kanak khas ini akan dibantu tentang kawalan kendiri atau cara mengurus
diri sendiri. Kita telah sedia maklum tentang kelemahan dan kekurangan kanak-kanak
khas ini daripada pelbagai segi. Contohnya dari segi fizikal murid-murid mempunyai
masalah dalam kemahiran yang melibatkan motor halus dan motor kasar serta
koordinasi tubuh seperti koordinasi tangan-mata dan lain-lain. Melalui sesi terapi yang
dijalankan ke atas mereka ini, mereka akan dapat melatih dan mengembangkan
kebanyakan fungsi merka hingga ke tahap yang paling tinggi mereka dapat capai. Ini
secara tidak langsung akan mendedahkan mereka bahawa mereka mampu melakukan
sendiri kebanyakan pergerakan dan fungsi-fungsi tubuh di mana ia akan menjurus
kepada pengurusan kendiri. Ini amat penting kerana sebagai kanak-kanak khas mereka
memang memerlukan banyak bantuan samada dari segi fizikal, mental mahupun emosi.
Namun adapila mereka dapat mengurus diri hasil daripada sesi terapi yang dijalankan
bermaksud ia membantu murid tersebut satu kemahiran untuk hidup iaitu berdikari.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 11

Selain itu, terdapat banyak lagi kepentingan dan faedah terapi kepada kanak-
kanak khas seperti membina keyakinan dalam diri murid, merangsang pertuturan dan
meningkatkan komunikasi serta meningkatkan kesabaran murid dan melatih daya
konsentrasi.

4.0 TERAPI CARAKERJA

4.1 DEFINISI TERAPI CARAKERJA

Turner, Foster dan Johnson (2002) mendifinisikan terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-
aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah
ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan
fizikal pada semua peringkat umur.

Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki
kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti
hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.

Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja sebagai
aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit,
kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi
membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti
dan pelbagai aktiviti riadah.

4.2 OBJEKTIF TERAPI CARAKERJA DIJALANKAN

Membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik


Memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
Membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian

4.3 KEPENTINGAN TERAPICARA KERJA

Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus


dengan lebih baik
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 12

Meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-


otot kecil yang ada
Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas
individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat
umur

4.4 AKTIVITI TERAPI CARAKERJA


Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran
sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di
pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru pendidikan khas juga boleh
melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah
pembelajaran di sekolah.

Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah :


Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup
Latihan pravokasional
Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan
Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif

5.0 LAPORAN AMALI TERAPICARAKERJA

SEBELUM

Terapi carakerja merupakan salah satu cara untuk melatih murid-murid


memperkembangkan kemahiran motor halus mereka iaitu kemahiran menggunakan
jari-jemari. Secara keseluruhannya, Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai
Occupational Therapy (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus
kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor
keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 13

aktiviti kehidupan harian (activities of daily living), produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti
riadah (leisure).

Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan
perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi,
orthopedik, medikal, pediatrik, geriatrik dan psikiatrik. Ahli terapi carakarja perlu kreatif
dan inovatif dalam mengadaptasikan setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar
boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap
kefungsian yang optima dalam kehidupan.

Bagi perbentangan kumpulan kami, kami telah memilih doh mainan sebagai
bahan bantu belajar di dalam kelas. Doh tepung yang dipilih haruslah mempunyai
warna yang menarik dan sesuai untuk digunakan oleh murid-murid Pendidikan Khas.
Kami telah menyediakan bahan seperti tepung gandum, air, minyak masak, garam dan
pewarna yang tidak berbahaya. Kami menguli tepung berkenaan sehingga menjadi
kental dan boleh membentuk sesuatu benda. Kami telah membuat 3 adunan yang
mempunyai 3 jenis warna. Hal ini kerana dapat menarik minat murid dengan
menggunakan warna-warna yang ceria.

Pada awalnya, kami berlima ingin menggunakan plastisin dan juga beberapa
bekas penekap bentuk bagi menjalankan terapi ini. Oleh kerana terdapat beberapa
kekangan masalah yang tidak dapat dibendung, maka kami telah bersetuju untuk
membuat aktiviti terapi dengan menggunakan doh mainan yang diuli sendiri dan juga
aktiviti membentuk objek daripada objek besar kepada objek kecil.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 14

Rajah 1 : Bahan yang diperlukan untuk membuat doh tepung

Rajah 2 : Doh yang telah siap diuli

Cara-cara membuat doh mainan


TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 15

1. Adunkan bahan-bahan seperti tepung gandum, garam, minyak masak ke dalam


bekas dan digaul rata.
2. Masukkan air dan gaul hingga sebati (minyak masak adalah untuk mengelakkan
doh dari menjadi keras).
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut jumlah warna yang
disediakan (jumlah warna tidak ditetapkan).
4. Gaulkan pewarna makanan dengan doh tadi hingga sebati.
5. Uli bahan hingga lembut.
6. Simpan doh tadi ke dalam bekas kedap udara.
7. Doh sedia digunakan untuk aktiviti membentuk.

Terdapat pelbagai manfaat guru menggunakan doh tepung menggantikan plastisin.


Hal ini kerana plastisin mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh membahayakan
kesihatan murid-murid. Penggunaan doh tepung buatan sendiri lebih selamat kerana
murid-murid boleh rasa sedikit doh tersebut. Tetapi sebelum itu, kita harus pastikan
bahawa kita menggunakan pewarna yang berperisa seperti pewarna perisa strawberi,
pandan, anggur dan sebagainya. Selain itu, bermain doh tepung ini sama manfaatnya
seperti bermain tisu dan kertas juga. Aktiviti ini dapat Memahirkan jari–jemari
membentuk pelbagai bentuk akan membuatkan kanak-kanak merasa seronok untuk
mengulangi permainan tersebut berulang kali. Hal ini menandakan bahawa kemahiran
motor halus telah digunakan sebaik mungkin iaitu dari memegang, menumbuk, melecek
dan semuanya.

SEMASA

Pada 1 Februari 2012, kami seramai 5 orang telah menjalani amali terapi
carakerja di Bilik Pembelajaran 6 pada pukul 8.00 pagi. Encik Azmi merupakan
pensyarah yang memantau kami semasa amali terapi carakerja dijalankan. Sebelum
aktivti dimulakan, kami telah mengedar brosur mengenai terapi carakerja kepada
semua pelajar dan pensyarah. Selain itu, kami telah membentang serba sedikit
maklumat mengenai terapi carakerja. Hal ini untuk memudahkan semua pelajar
memahami terapi carakerja lebih dalam.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 16

Selepas kami membuat perbentangan, kami membahagikan pelajar kepada 12


kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 hingga 6 orang ahli. Kami mengedar 3
doh tepung yang berlainan warna. Kami menggunakan doh tepung untuk menggantikan
plastisin. Hal ini dapat menjaga keselamatan pelajar disamping untuk mengelak murid
daripada termakan plastisin yang berbahaya. Dengan adanya doh yang berlainan
warna seperti warna kuning,hijau dan biru dapat menarik minat pelajar untuk membuat
bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Untuk memulakan aktiviti, kami telah
meminta pelajar berdiri dan membuat sedikit regangan pada otot jari tanpa
menggunakan doh seperti menggengam jari sambil menggangkat tangan ke atas,tepi
dan disisi dengan diiringi muzik. Selepas itu, kami meminta pelajar meramas doh
tepung yang besar kemudian membahagikan doh yang besar menjadi saiz
besar,sederhana dan kecil. Untuk mempelbagaikan lagi aktiviti, kami meminta pelajar
untuk membentuk doh tepung menjadi bola dengan menggunakan kedua tapak
tangan,menguli,menggentel,memicit dan mencubit doh tepung. Kesemua aktiviti
dijalankan secara individu untuk memastikan motor halus meningkat.

Dalam aktiviti terakhir, kami memberi masa selama 10 minit kepada semua
pelajar untuk membuat dan mencipta sesuatu bentuk dengan menggunakan doh
tepung. Terdapat beberapa kumpulan menghasilkan tema yang tersendiri seperti
bunga,haiwan,makanan,kuih tradisional dan lain-lain. Sebagai contoh tema bunga,
kumpulan tersebut menghasilkan bunga Rafflesia, Bunga Raya,Orkid. Kami mengakhiri
amali terapi carakerja dengan menilai hasil kerja setiap kumpulan.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 17
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 18

RUJUKAN

BUKU

INTERNET

http://cahayacinta.com/tag/bermain-play-doh-atau-tepung

http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2009/05/cara-membuat-doh.html

http://kist.edu.my/v2/ot.html

http://marhainimohamed.blogspot.com/2011/07/resipi-doh-tepung.html

http://www.scribd.com/doc/60515100/Notes-Terapi-Dalam-Pendidikan-Khas

http://kejesookasooki.blogspot.com/2010/11/pismp-5-pk-terapi-dlm-pk-en-azmi-abu.html
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 19

NAMA : AMALINA AFIQAH BINTI MD SUHAIMI


NO KAD PENGENALAN : 901108-07-5580

Bagi kursus terapi Pendidikan Khas pada semester ini, saya dan empat orang
rakan saya telah memilih terapi carakerja sebagai tugasan yang perlu dibentangkan di
hadapan kelas. Kami perlu memberikan penerangan tentang terapi tersebut dan fikirkan
aktiviti yang sesuai bagi laksanakan terapi tersebut.

Setelah saya membahagikan tugas antara kami berlima, kami mula menjalankan
tugas masing-masing agar tiada kerja yang tertangguh berlaku. Saya berbangga
kerana setiap ahli telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam tugasan terapi ini.
Setiap ahli telah memberi idea masing-masing yang sangat bernas. Pada awalnya,
kami telah mengambil keputusan untuk membeli plastisin dan bekas doh untuk
menekap. Oleh kerana kami masih belum mendapat elaun, maka sudah pasti masalah
wang yang menjadi penghalang bagi kami laksanakan aktiviti tersebut. Saya dan rakan-
rakan telah mendapatkan khidmat nasihat daripada Cik Zubaidah selaku salah seorang
pensyarah pembimbing dalam kursus ini. Beliau telah mencadangkan kami
menggunakan doh tepung yang dibuat sendiri bagi menjalankan aktiviti terapi ini. Cik
Zubaidah telah mengajar kami supaya mulakan aktiviti dengan aktiviti senaman jari
kemudian diikuti dengan membentuk doh dari saiz besar hingga saiz kecil.

Saya telah membuat beberapa rujukan tentang terapi ini. Sedikit sebanyak saya
mendapat tahu bahawa terapi carakerja ini melibatkan kemahiran motor halus dan
penting bagi murid-murid pembelajaran khas dan juga orang dewasa yang baru lepas
hadapi penyakit strok. Tugas saya ialah menyediakan doh tepung. Saya membuat
rujukan internet bagi mendapatkan bahan-bahan dan cara-cara membuat doh mainan.
Pada awalnya saya dapati agak susah untuk membuat doh tepung tetapi setelah
beberapa kali cubaan, saya dapat siapkan tiga doh mainan yang pelbagai warna. Untuk
cubaan kali ini, saya menggunakan pewarna air kerana saya fikirkan para pelajar tidak
akan cuba mencubit untuk merasa doh tepung tersebut. Hal ini kerana sepatutnya doh
tepung perlu menggunakan pewarna yang mempunyai perasa seperti perasa strawberi,
anggur dan lain-lain. Guru boleh meminta murid untuk mencubit sedikit doh tepung
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 20

untuk rasa perasa tersebut. Hal ini dapat meningkatkan deria rasa murid-murid
tersebut. Di samping itu, guru boleh mengajar murid-murid tentang deria rasa.

Pada hari perbentangan iaitu 1 Februari 2012 di waktu kuliah Encik Azmi Bin
Abu Bakar rakan seperjuangan saya iaitu Nazri Fahmy dan Siti Sarah telah
mengelolakan slaid perbentangan yang telah dibuat oleh Nur Bazilah dan juga Husna
Nasiha. Nazri telah memberi penerangan tentang pengenalan terapi carakerja,
manakala Siti Sarah telah mengelola aktiviti senam ringan dan juga aktiviti yang
menggunakan doh mainan. Setelah semua pelajar membuat senam ringan tersebut,
saya, Nur Bazilah dan Husna Nasiha mula membahagikan doh-doh tepung kepada 12
kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada lima orang. Hal ini kerana aktiviti ini
perlu dilakukan oleh setiap orang. Para pensyarah inginkan semua pelajar turut serta
dalam aktiviti ini. Walaupun kami semua menghadapi masalah kewangan, tetapi itu
tidak menjadi penghalang bagi kami menjalankan tugasan dengan cara yang terbaik.

Aktiviti perbentangan kami sekumpulan berjalan dengan lancar. Saya berasa


gembira kerana semua pelajar memberikan komitmen sepenuhnya dan berasa seronok
membentuk benda menggunakan doh tepung tersebut. Sememangnya saya akui rakan-
rakan kursus Pendidikan Khas bagi kumpulan saya sangat kreatif dan berfikiran luar
daripada kotak. Hal ini terbukti daripada hasil-hasil kerja yang telah saya dan ahli
kumpulan saya perhatikan sehingga kami tidak dapat membuat keputusan kumpulan
mana yang harus menang kerana semuanya cantik belaka.

Setelah selesai menjalankan aktiviti membentuk doh mainan, kami sekumpulan


mengambil keputusan untuk membenarkan setiap kumpulan simpan doh tepung
tersebut kerana melihat mereka begitu khusyuk bermain doh mainan. Kami manfaatkan
dua jam perbentangan tersebut dengan pengisian yang bermakna hingga rakan-rakan
lain dapat mengingati apa yang mereka lakukan pada hari tersebut.

Saya berasa bangga mempunyai ahli kumpulan yang sanggup bersusah


bersama-sama, meluangkan masa mengeluarkan idea-idea bernas dan berkongsi wang
untuk membeli tepung dan bahan-bahan lain. Sikap beginilah yang harus diterapkan
dalam diri seseorang guru iaitu sikap bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 21

NAMA : NAZRI FAHMY BIN BAHARIN


NO KAD PENGENALAN : 901219-10-5703

Pada semester kali ini,saya diwajibkan menjalani kursus terapi Pendidikan Khas.
Bagi tugasan ini kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil agar perjalanan
terapi Pendidikan Khas kali ini tampak lancar. Saya bersama-sama empat lagi ahli
kumpulan saya yang lain dari kumpulan Pendidikan Khas tiga telah bergabung usaha
dan tenaga dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami telah memilih untuk
menjalankan serta membentangkan mengenai terapi cara kerja di hadapan kelas.

Sebaik sahaja pembahagian tugas dijalankan, kami berlima mula memulakan


tugas masing-masing demi melunaskan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan di dalam
menyiapkan tugasan ini. Saya mula mencari baha mengenai terapi cara kerja di laman-
laman sesawang dan buku-buku di perpustakaan. Saya juga berjumpa kepada
pensyarah-pensyarah yang pakar mengenai bidang terapi ini. Akhirnya hasil di antara
kami berlima mendapatkan maklumat serta input-input mengenai terapi cara kerja ini
menampakkan hasil yang cemerlang. Alhamdulillah tanpa ada kerjasama di Antara
rakan-rakan yang lain, tugasan ini pastinya tidak dapat dilakukan dengan mudah. Saya
turut berasa terharu dengan kerjasama yang diberikan setiap ahli kumpulan saya dalam
menyiapkan tugasan yang diberi. Setiap seorang daripada ahli dapat menyumbangkan
beberapa idea yang hebat dalam ketika sesi perbincangan di dalam kumpulan, hal ini
amat membanggakan saya. Pada perbincangan kali pertama, kami berlima telah
bersetuju untuk membuat doh dengan menggunakan plastisin serta bekas doh untuk
menekap. Namun oleh kerana kami kekurangan sumber kewangan berikutan masalah
elaun yang tidak dapat lagi maka kami membuat doh dengan menggunakan tepung.
Idea ini terhasil melalui perbincangan kami dengan pensyarah pembimbing Cik
Zubaidah. Beliau mencadangkan kepada kami agar membuah doh tepung bagi
menjalankan aktiviti terapi cara kerja ni. Beliau terut memberi nasihat dan tunjuk ajar
kepada kami tentang bagaimana untuk menjalankan aktiviti terapi ini kepada kanak-
kanak Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 22

Hasil daripada pengalaman serta pemerhatian saya sewaktu saya menjalankan


tugasan Program Berasaskan Sekolah(PBS) pada semester lepas, saya dapati aktiviti
terapi cara kerja ini adalah melibatkan bahagian-bahagian motor halus. Terapi cara
kerja ini penting bagi murid-murid pembelajaran khas.

Tugas saya pada tugasan kali ini adalah membentangkan terapi cara kerja ini di
hadapan rakan-rakan di dalam kelas. Bagi tugas menyiapkan doh tepung pula telah di
berikan kepada ahli kumpulan saya yang lain. Justeru itu saya hanya perlu menyiapkan
serta wajib memahami apa yang dimaksudkan dengan terapi carakerja sebelum saya
membuat pembentangan nanti.

Tanggal 1 Februari 2012, iaitu pada hari pembentangan saya telah meyediakan
peralatan-peralatan untuk pembentangan seperti komputer riba dan LCD bersama-
sama ahli kumpulan saya. Pada permulaan agak sukar untuk memahamkan kepada
rakan-rakan kelas akan apa yang kami perbentangkan kerana terdapat pelajar yang
bersembang sewaktu perbentangan di jalankan. Namun setelah saya menegur
kesalahan mereka barulah mereka senyap. Akhirnya semua perjalanan aktiviti kami
berjalan dengan lancar tenpa sebarang gangguan. Pandangan serta komen daripada
pensyarah pembimbing iaitu En. Azmi juga amat lah membina serta memuaskan hati
saya.

Akhir sekali, saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana mempunyai ahli
kumpulan yang begitu memberikan kerjasama yang sangat baik pada saya. Saya harap
di semester-semester akan datang, akan ada lagi aktiviti-aktiviti seperti ini yang banyak
memberikan kebaikan serta input-input baru pada pelatih-pelatih guru saperti saya ini.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 23

NAMA : HUSNA NASIHA BINTI HAKIMI


NO KAD PENGENALAN : 891117-08-6218

Terapi cara kerja adalah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk


meningkatkan kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan atas
individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.
Secara umunya, terapi cara kerja ini adalah merupakan satu latihan untuk
mengembalikan kefungsiaan otot-otot halus individu khususnya di bahagian jari jemari.

Aktiviti amali terapi cara kerja ini telah dilakukan pada 1 Februari yang lalu
selama dua jam di dalam kelas. Berdasarkan aktiviti amali yang telah dijalankan,
beberapa penilaian dan semakan semula telah dibuat oleh saya dan ahli kumpulan
saya yang lain bagi mengenalpasti kekurangan, kelemahan dan seterusnya melakukan
beberapa cadangan penambahbaikan pada masa akan datang.

KEKURANGAN DAN KELEMAHAN

Antara kekurangan dan kelemahan yang dapat dikenalpasti selepas aktiviti ini
berlangsung adalah, kumpulan saya hanya menjalankan satu aktiviti sahaja iaitu aktiviti
‘doh mainan’ yang hanya menggunakan sejenis bahan sahaja iaitu doh tepung.
Ketidakpelbagaian aktiviti ini menyebabkan aktiviti dilihat kurang menarik minat murid
untuk melakukan aktiviti dan kurangnya timbul keseronokan dalam kalangan murid.

Kelemahan seterusnya dapat dikenalpasti apabila bahan yang disediakan agak


kurag berbanding jumlah bilangan murid yang ramai. Oleh itu setiap murid terpaksa
berkongsi bahan doh mainan tersebut bersama. Terdapat juga beberapa orang murid
yang tidak mencuba melakukan terapi ini akibat kekurangan bahan yang disediakan.
Hal ini menyebabkan tidak semua murid dapat mengambil bahagian dalam melakukan
terapi cara kerja ini.

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN


TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 24

Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan amali terapi cara


kerja ini, namun terdapat juga beberapa kelebihan yang telah dikenalpasti terdapat di
dalam amali yang dijalankan ini. Antara kelebihan amali ini adalah, walaupun kami
hanya menggunakan satu bahan sahaja iaitu doh mainan, tetapi saya dan ahli
kumpulan yang lain dapat mempelbagaikan aktiviti hanya menggunakan satu bahan
sahaja iaitu dengan meminta murid membentuk objek besar, objek kecil, membentuk
abjad dan seterusnya meminta murid menggunakan imaginasi mereka untuk
membentuk doh mainan tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Walaupun hanya
menggunakan satu bahan sahaja sebagai terapi, terapi ini tetap dapat dilakukan
dengan baik dan mencapai objektifnya kerana bahan yang disediakan ini dapat
dijadikan sebagai satu bahan terapi untuk meningkatkan penguasaan motor halus
murid.

Selain itu, semasa terapi cara kerja ini dilakukan, kawalan kelas dapat
dilaksanakan dengan baik di mana semua murid dapat mendengar arahan yang diberi
dengan baik dan melakukan aktiviti seperti yang telah diarahkan. Selain itu, doh mainan
yang telah disediakan dengan pelbagai warna juga dilihat mampu menarik minat murid
terhadap bahan tersebut dan seterusnya membuatkan murid berminat dan teruja untuk
melakukan aktiviti terapi cara kerja ini.

Kelebihan seterusnya dapat dilihat apabila aktiviti terapi yang dijalankan ini
mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada murid sebagai satu latihan asas kepada
murid untuk meningkatkan kemahiran motor halus mereka untuk memegang pensel dan
menulis. Selain itu, aktiviti terapi yang dijalankan ini juga dapat meningkatkan daya
pemikiran murid supaya berfikir secara lebih kreatif dan kritis untuk membentuk doh
mainan yang disediakan kepada pelbagai bentuk mengikut kreativiti masing-masing.
Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan dan mencegah ketidakupayaan dan
kefungsian mental murid untuk berfikir.

Di samping itu, kelebihan bagi aktiviti terapi cara kerja yang dilakukan ini juga
dilihat mampu memulihkan anggota murid yang lemah khususnya di bahagian motor
halus murid iaitu di bahagia tangan dan jari. Aktiviti terapi ‘doh mainan’ ini dapat
memberikan latihan asas kepada murid untuk menggunakan pergerakan jarinya secara
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 25

keseluruhan dalam membentuk doh tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan penggunaan pergerakan jari jemari murid ke tahap maksimum.
Peningkatan terhadap penggunaan pergerakan jari ini membolehkan murid dapat
menggunakan jarinya dengan lebih baik untuk melakukan aktiviti seharian seperti
mandi, memakai baju, melipat baju, memberus gigi, menyapu sampah dan sebagainya.

Seterusnya melalui aktiviti terapi cara kerja ini juga, kelebihan dapat dilihat di
mana melalui aktiviti terapi ini murid akan dapat meningkatkan keupayaan dan
kemahiran mereka untuk berkomunikasi bersama rakan kelas. Melalui aktiviti terapi
yang dijalankan secara berkumpulan ini, ia akan dapat menggalakkan wujudnya
interaksi mesra dalam kalangan murid di dalam satu kumpulan yang sama. Selain itu,
aktiviti terapi ini juga dapat membentuk emosi murid yang stabil dan tenang. Aktiviti
terapi yang dijalankan secara tenang dan secara bermain dapat menimbulkan rasa
seronok dalam kalangan murid. Emosi murid yang stabil ini juga dapat mewujudkan
suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah dengan


menyediakan pelbagai bahan terapi supaya pelbagai aktiviti cara kerja dapat dilakukan.
Sebagai contoh, guru boleh membentuk beberapa kumpulan dan setiap kumpulan
melakukan aktiviti terapi cara kerja yang berbeza menggunakan bahan yang berbeza.
Antara aktivitinya adalah membentuk doh mainan, menggunting kertas dan membuka
dan memasang alatan. Kepelbagaian aktiviti terapi ini mampu mengelakkan murid dari
cepat merasa bosan dan juga menyediakan pengalaman yang bermakna kepada murid
dalam menjalankan aktiviti yang pelbagai.

Penambahbaikan seterusnya yang dapat dilakukan adalah dengan menyediakan


lebih banyak bahan terapi yang bersesuaian dengan jumlah murid dalam satu kelas.
Hal ini bagi memastikan setiap murid dapat mencuba melakukan akiviti terapi yang
dijalankan seterusnya dapat memastikan tidak terdapat murid yang tidak melibatkan diri
dalam aktiviti terapi ini.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 26

NAMA : NUR BAZILAH BINTI MUSTAFA BAKRAY


NO KAD PENGENALAN : 901101-08-6498
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran saya tidak terhingga ke atas hadrat Illahi
dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menjalankan amali bagi kursus Terapi
Dalam Pendidikan Khas, kod PKU 3109, dalam masa yang ditetapkan berdasarkan
giliran untuk melaksanakan amali. Melalui amali yang telah diberikan ini, saya dapat
menimba seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai terapi cara kerja.
Melalui penyelidikan saya terhadap terapi, saya mendapat pelbagai maklumat baharu.
Hal ini kerana sebelum ini, saya tidak memahami peranan terapi dalam pendidikan khas
dan cara pelaksanaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi pendapat
saya, sekiranya tidak ada tugasan seumpama ini mungkin saya tidak akan menimba
pengetahua bak mutiara tidak berpeluang untuk mengecapi nikmat ilmu dan
pengalaman tersebut.

Adat menjalankan tugas dalam kumpulan hendaklah sentiasa bergerak seiringan dan
melakukan sesi perbincangan yang kerap bagi menghasilkan amali dan tugasan yang
bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Saya bersyukur kerana ahli kumpulan saya
mempunyai ciri yang sangat baik iaitu rajin bertanya dan membuat rujukan serta
melakukan perbincangan bersama-sama. Saya dan rakan berjumpa dengan Cik
Zubaidah selepas waktu kelas untuk meminta pendangan beliau mengenai aktiviti yang
kami akan laksanakan. Cik Zubaidah memberi penambahbaikan terhadap idea kami.
Hasilnya, saya dan rakan-rakan dapat melaksanakan proses pembikinan ini dengan
lancar dan baik. Selain tunjuk ajar dari Cik Zubaidah, pensyarah pembimbing seperti
Encik Azmi dan Puan Sharina sentiasa memberi idea dan cadangan penambaikan
terhadap setiap amali yang dijalankan
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 27

Kami berlima telah membahagikan tugas masing-masing. Antara tugas yang diberi ialah
membuat slaid perbentangan, brosur, doh tepung dan membentangkan maklumat
semasa amali dijalankan. Saya telah ditugaskan untuk membuat slaid perbentangan
untuk memastikan pelajar dapat memahami terapi cara kerja yang dilaksanakan kepada
murid pendidikan khas di sekolah.

Melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan lebih sistematik. Hal ini
kerana bagi saya untuk menghasilkan satu tugas yang boleh dianggap cemerlang, ia
memerlukan komitmen yang tinggi serta pengurusan masa yang cekap. Dengan
adanya perbincangan saya dapat melatih supaya lebih menghargai masa
memandangkan terdapat pelbagai tugasan yang harus saya selesaikan dalam sama
yang sama. namun demikian, saya dapat jua akhirya untuk mengatur masa dan saya
berpuas hati dengan hasil tugasan saya.

Semasa menjalankan amali terapi cara kerja, saya berasa gembira kerana
walaupun doh tepung sedikit untuk setiap kumpulan tetapi pelajar dapat menghasilkan
pelbagai bentuk mengikut kreativiti pelajar. Di sini saya dapat melihat semangat
berkumpulan dan bekerjasama amat tinggi. Kekuatan yang saya peroleh semasa
menjalankan amali terapi kerja, pelajar dapat menfokuskan aktiviti yang dijalankan.
Dengan menggunakan doh tepung, kami dapat menghasilkan pelbagai aktiviti dengan
meminta pelajar menguli,meramas,menggentel,memicit dan lain-lain. Pelajar dapat
menguatkan lagi motor halusnya. Bilik Pembelajaran 6 yang selesa membuatkan saya
tidak tersukar untuk memantau dan mengawal kelas yang besar. Selain itu, pelajar
selesa menjalankan aktiviti kerana lengkap dengan meja, kerusi dan pelajar mudah uli
doh tepung atas meja.

Saya dapat merasakan bahawa tugasan ini telah mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim antara saya dan ahli kumpulan. Hal ini kerana kebanyakkannya masa saya
diluangkan bersama untuk membincangkan perkara yang masih kurang jelas.
Walaubagaimanapun, sekeras mana usaha saya dalam menyiapkan tugasan ini pasti
akan berlaku banyak kekurangan dan kelemahan tetapi saya telah mencuba yang
terbaik dan saya berharap, saya dapat mencapai tahap kualiti yang dimahukan dan
ditetapkan demi menghasilkan satu kerja kursus yang berkualiti dan lengkap.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 28

Kelemahan yang timbul semasa menjalankan amali terapi cara kerja ialah muzik yang
perlahan semasa membuat regangan. Semasa memasang muzik,pelajar di hadapan
sahaja mendengar muzik. Hal ini menyebabkan pelajar di belakang membuat bising
dan memberi perhatian. Selain itu, masa yang tidak mencukupi menyebabkan pelajar
tidak diberi peluang untuk memberitahu hasil yang telah mereka dapat buat. Sebagai
penambahbaikan, saya akan cuba membahagikan masa dengan elok supaya dengan
masa yang ada, saya dapat melaksanakan pelbagai aktiviti dan pelajar dapat
menyatakan hasil tangan mereka supaya pelajar dapat menyatakan idea kreatif pelajar.

Untuk keseluruhan, saya berasa gembira mempelajari terapi dalam pendidikan


khas. Hal ini kerana, saya dapat idea baru untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang
baik berdasarkan pengetahua dan pengalaman yang telah saya pelajari semasa
menjalani amali. . Di samping itu, terdapat juga sedikit kesukaran difahami seperti
untuk mengaplikasikan terapi semasa proses pengajaran berlangsung menyebabkan
saya berasa putus asa untuk mempelajari. Walaubagaimanapun, saya perlu berusaha
untuk memastikan saya dapat menguasainya.

Akhir kalam, saya akui bahawa setiap insan tidak sempurna. Namun ada
kelebihannya tersendiri yang memerlukan diri kita sendiri untuk terokainya,begitu jua
dengan hasil tugasan yang telah saya laksanakan. Bagi saya, saya telah memberi
sepenuh komitmen serta idea bagi melaksanakan tugasan ini. Tetapi setiap orang
mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza. Namun begitu, saya berharap agar
hasilan saya dapat memuaskan hati pensyarah di samping saya memperoleh pelbagai
faedah serta maklumat baharu melalui tugasan Terapi dalam Pendidikan Khas ini.
Maklumat sedemikian amat berguna bagi saya aplikasikan dalam alam khidupan saya
kelak.

Sekian, terima kasih.


TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 29

NAMA : SITI SARAH BT ABDUL WAHAB SHAARI


NO KAD PENGENALAN : 890826-02-5552

Pada semester 5 kali ini, saya telah mengambil subjek PKU 3109 iaitu Terapi dalam
Pendidikan. Subjek ini mengajar kami jenis-jenis terapi, kepentingan dan cara
mengaplikasikan terapi ini dalam pengajaran di bilik darjah. Subjek ini begitu menarik
dan saya pasti ramai yang meminati subjek ini kerana selain daripada belajar di dalam
kuliah, kami semua juga dapat melakukan amali berkumpulan berdasarkan jenis terapi
yang berbeza. Terdapat beberapa terapi yang telah kami jalankan iaitu terapi floor time,
main, muzik, cara kerja dan lain-lain. Terdapat juga terapi yang kami lakukan diluar
IPDA iaitu terapi berkuda yang diadakan di Equistrian Jitra dan terapi renang yang
dijalankan di Darulaman Golf Club Center di Jitra.

Setiap kumpulan mempunyai giliran masing-masing untuk mengajar dan


mengaplikasi terapi yang diagihkan. Kumpulan saya telah mendapat tugasan terapi
cara kerja yang telah dilaksanakan pada 1 Februari 2012. Kumpulan saya terdiri
daripada saya sendiri Siti Sarah, Amalina Afiqah, Nur Bazilah, Nazri dan Husna. Saya
dan rakan-rakan telah berbincang untuk melakukan aktiviti terapi cara kerja yang
mudah didapati, murah dan senang dikendalikan. Pelbagai cadangan yang diberi oleh
rakan-rakan kumpulan saya.setiap cadangan yang diberi telah kami renungi dan kaji
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 30

dengan teliti. Setelah itu, kami telah mendapat keputusan untuk membuat terapi cara
kerja iaitu main doh. Untuk menjimatkan kos, kami telah bersepakat untuk
menggunakan 1kg tepung yang dibancuh bersama air dan minyak dan sedikit pewarna
makanan. Oleh itu, faktor keselamatan telah kami terapkan dalam terapi yang kami
rancang. Disebabkan terapi cara kerja ini memerlukan aktiviti pembelajaran langsung
yang memerlukan pelajar sendiri menyentuh doh mainan yang telah kami sediakan
menyebabkan kumpulan kami perlu menyediakan doh mainan yang banyak yang
mencukupi untuk 61 orang pelajar yang mengambil subjek ini. Boleh juga doh mainan
yang sedia ada atau palestesin dibeli di kedai-kedai atau pasaraya, namun untuk
menjimatkan kos, strategi yang kami gunakan adalah begitu meringankan bebanan
kami sebagai pelajar. Sama ada guru pelatih atau guru yang mengajar di sekolah juga
boleh menggunakan terapi ini dengan senang hati kerana tidak perlu risau murid anda
memasukan doh mainan tersebut didalam mulut malahan kos yang digunakan juga
sangat berpatutan.

Setelah melalui perbincangan dalam kumpulan, saya dan rakan kumpulan juga
telah menemui salah seorang pensyarah kami iaitu Cik Zubaidah untuk bertanya
mengenai aktiviti yang telah kami susun. Banyak pandangan, komen dan idea yang
berguna yang dilontarkan oleh Cik Zubaidah yang menjadikan aktiviti yang saya dan
kumpulan kendalikan lebih menarik. Setelah itu, saya dan kumpulan bersama-sama
menyusun kembali langkah-langkah aktiviti yang bakal kami bentangkan.

Perbincangan telah dibuat, aktiviti telah disusun perkara yang seterusnya adalah
membuat risalah mengenai terapi yang diajar dan menyediakan power point yang bakal
ditayangkan sebelum berlangsungnya terapi cara kerja doh mainan untuk sedikit
taklimat. Penyediaan power point dan risalah disediakan oleh saya, Amalina dan Nur
Bazilah. Manakala, pembentangan pula kumpulan kami telah menugaskan Nazri dan
Husna sebagai pembentang. Namun, tugas tersebut telah saya pikul sebagai bidan
terjun.
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 31

Sehari sebelum berlangsungnya pembentangan tugasan amali terapi cara kerja,


saya dan kumpulan telah mengamanahkan Amalina Afiqah untuk membuat doh yang
telah kami rancang disebabkan faktor kemudahan yang dia ada serta faktor jarak antara
saya dan kumpulan yang lain berjauhan telah menyebabkan tugas-tugas penyediaan
doh mainan tidak dapat dilakukan bersama. Walaubagaimanapun, pembahagian tugas
juga telah kami lakukan antara kumpulan. Salah seorang kumpulan kami iaitu Husna
tidak begitu mengambil berat mengenai terapi yang kami rancang, tiada tugas khas
yang dia buat. Husna hanya membantu membahagi doh pada kumpulan pelajar di
dalam kelas sewaktu pembentangan dijalankan.

Hari yang ditunggu dan saat yang di nanti-nanti telah tiba. Tugasan terapi cara
kerja perlu dibentangkan berdasarkan yang telah kami rancangkan bersama.
Pembentangan kami dimulai dengan sedikit taklimat mengenai terapi cara kerja oleh
Nazri dan dibantu oleh saya. Semasa taklimat berlangsung, risalah turut diedarkan oleh
kumpulan saya. Semua rakan-rakan pelajar memberi perhatian yang baik kepada
pembentangan kami. Setelah itu, aktiviti terapi cara kerja telah dikendalikan oleh saya.
Aktiviti pertama ialah senaman jari, aktiviti ini dijadikan sebagai aktiviti pra terapi cara
kerja memandangkan terapi ini bertujuan untuk kemahiran motor halus. Aktiviti kedua
pula ialah meramas doh mainan yang diberi kepada semua orang. Aktiviti meramas doh
mainan adalah merupakan aktiviti aras rendah kerana aktiviti ini mudah dilakukan oleh
murid-murid pendidikan khas. Setelah itu, aktiviti ketiga adalah menggentel doh mainan
membentuk bulatan yang besar. Aktiviti menggentel doh membentuk bulatan
merupakan aktiviti aras sederhana kerana tidak semua pelajar yang mampu
membentuk bulatan yang betul. Aktiviti ketiga merupakan aktiviti aras tinggi yang
memerlukan pelajar menggentel doh mainan menjadi lima doh berbentuk bulat. Aktiviti
ini mungkin sukar bagi murid-murid Pendidikan Khas yang mempunyai masalah motor
halus, namun latihan demi latihan perlu diberi supaya kemahiran motor halus mereka
semakin meningkat. Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti membentuk pelbagai objek
secara bebas mengikut kreativiti murid. Kreativiti murid boleh dinilai oleh guru dan
disamping itu juga, guru juga boleh membantu membimbing murid ketika aktiviti ini
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109) 32

dijalankan. Guru juga boleh mengambil hasil doh mainan yang paling cantik untuk
dipamerkan di dalam kelas.

Dengan aktiviti yang terakhir ini, maka berakhirlah pembentangan tugasan kami.
Perkara terakhir yang perlu dilaksanakan adalah menghantar laporan terapi cara kerja
beserta dengan refleksi individu. Laporan tugasan telah disediakan oleh Nur Bazilah
dan Amalina Afiqah. Manakala saya menyediakan lampiran rujukan dan lampiran
bergambar.

Kesimpulannya, tugasan terapi cara kerja banyak membantu saya dan


kumpulan untuk menimba ilmu dan pengalaman yang baru yang begitu berguna kelak.
Saya harap, saya dapat mengaplikasi jenis-jenis terapi yang saya telah belajar di
sekolah nanti.

Anda mungkin juga menyukai