Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN BENGKEL GOOGLE CLASSROOM 2019

LAPORAN AKTIVITI
TOPIK BUTIRAN AKTIVITI

NAMA PROGRAM BENGKEL GOOGLE CLASS ROOM

MATLAMAT Memberi pendedahan tentang aplikasi Google Classroom


dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Penggunaan Google Classroom sebagai medium pengajaran


dan pembelajaran atas talian.

OBJEKTIF Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat

1. Mudah buat kelas

Wujudkan seberapa banyak kelas dengan pelbagai tetapan gambar,


nama dan pelbagai lagi.

2. Mudah menyimpan senarai murid


Mungkin ada tak ingat nama-nama murid, nak lihat profail murid.
Google classroom ada menyimpan rekod ini.

3. Mudah buat tugasan


Ada tugasan atau latihan nak diberikan? Cipta tugasan dan berikan
kepada murid. Dengan tugasan menggunakan Google Docs, guru
dapat membina satu templat dengan jawapan murid secara indvidu.

4. Mudah buat penilaian


Guru boleh memberikan markah dengan mudah untuk setiap
tuagsan murid.

5. Mudah buat pentaksiran


Dengan beberapa tugasan yang diberikan dan disudahkan oleh
murid, guru mudah membuat pentaksiran kerana ada pengredan dan
rekod tersusun.

6. Mudah buat kolaborasi guru


Guru-guru boleh berkolaborasi untuk mengajar sesuatu kelas dan
begitu juga dalam pindah milik kelas.

7. Mudah disemak pentadbir


Dengan adanya akses pentadbir sebagai guru bersama bagi setiap
kelas, maka pentadbir dapat menyelia perjalanan, tugasan dan
komunikasi setiap kelas di sekolah.

8. Mudah memberi perhatian khusus


Setiap murid adalah unik. Dengan Google Classroom, guru boleh
menghantar mesej secara peribadi kepada mana-mana murid. Hal
ini sangat membantu guru dalam memberikan perhatian khusus
kepada murid-murid tertentu. Setiap murid juga ada senarai semua
tugasan dan rekod markah.

9. Mudah memberi maklumbalas


Setiap tugasan ada ruang maklumbalas guru. Dengan itu, murid
dapat mengetahui perkara yang mereka perlu baiki.

10. Mudah buat pengumuman


Pada bahagian Class Stream, guru boleh membuat sebarang
pengumuman sama seperti News Feed dalam Facebook.

11. Mudah menyimpan bahan


Tiada pelantar untuk mengumpul semua bahan? Ramai guru hanya
simpan semua dalam Google Drive dan berikan link kepada murid.
Namun Google Classroom telah menyusun lebih baik dari segi
direktori bahan PdPc di bahagian Materials.

12. Mudah menyemak kalendar


Murid boleh semak kalendar untuk melihat tarikh tamat tugasan,
aktiviti dan membina sendiri perancangan mereka.

13. Mudah memilih murid


Guru hanya perlu pergi ke bahagian Selector, guru boleh memilih
murid secara rawak bagi tujuan penilaian, pengundian dan
bermacam-macam lagi.

14. Mudah membuat pembelajaran terbeza


Guru boleh memberikan tugasan berlainan untuk murid yang
berlainan. Hal ini sangat membantu pembelajaran terbeza.

15. Mudah mendapatkan notifikasi


Sebarang pengumuman dan tugasan akan masuk dalam bentuk
notifikasi di telefon pintar dan juga email murid. Dengan itu murid
tidak ketinggalan, Malah murid juga boleh buka Google Classroom
app dan rujuk di bahagian notifikasi.

16. Mudah mengitar semula hantaran


Sebarang hantaran pengumuman atau tugasan boleh diguna semula
malah untuk kelas yang berlainan.

17. Mudah membuat Pop Quiz


Guru boleh membuat kuiz ringkas yang boleh dijawab terus oleh
murid.

18. Mudah dijalinkan dengan aplikasi-aplikasi kuiz popular


Aplikasi kuiz seperti Kahoot dan Quizizz mudah dijalinkan
bersama dengan Google Classroom. Markah akan terus direkodkan
bersama profil murid.
19. Mudah membuat perbincangan umum
Guru boleh bertanyakan pendapat dan mendapatkan respon murid.

20. Mudah diakses di mana-mana sahaja


Google Classroom boleh diakses di semua peranti Android dan
komputer yang mempunyai pelayar internet. Hanya gunakan gmail
sebagai ID

TARIKH 25.09.2019
PERLAKSANAAN

MASA 1.30 PETANG


PERLAKSANAAN

BILIK ICT, SJKT LDG KUALA SELANGOR.


TEMPAT

Semua Guru SJKT Ldg Kuala Selangor.


PELAJAR TERLIBAT

Program yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang.


PERJALANAN
PROGRAM

Ia berjaya memupuk minat dan meningkatkan semangat guru untuk


IMPAK
menggunakan aplikasi google classroom.

PENILAIAN Aktiviti yang dilaksanakan berjaya menarik minat penglibatan


PELAKSANAAN guru .

Tarikh pelaksanaan program perlu di teliti dan dirancang dengan


lebih rapi agar segala program dapat dilaksanakan dan tidak
PENAMBAHBAIKAN
bertindih dengan aktiviti lain dalam masa yang sama.

Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh :

................................................ ……………………
(VIJAYAN A/L SUBRAMANIAM)
Guru Penyelaras ICT
SJKT Ldg Kuala Selangor.
Lampiran:

Anda mungkin juga menyukai