Anda di halaman 1dari 15

MTE3101 MENGENAL NOMBOR

Topik 4 Nombor Nisbah

4.0 Sinopsis

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Nombor Nisbah serta ciri-ciri asas
nombor tersebut. Kardinaliti (cardinality) bagi Nombor Nisbah juga dibincangkan. Selain itu,
turut dibincangkan juga Nombor Nisbah Kompleks dan Pecahan Berterusan (continued
fractions). Akhir sekali, topik ini memuatkan beberapa penyelesaian masalah tentang
Nombor Nisbah.

4.1 Hasil Pembelajaran


1. Mengenal pasti ciri-ciri Nombor Nisbah.

2. Melakukan operasi ke atas pelbagai Nombor Nisbah.

3. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan Nombor Nisbah.

4.2 Kerangka Konsep

NOMBOR NISBAH

Ciri-ciri asas / Definisi

Kardinaliti

Nombor Nisbah Kompleks Dan Pecahan


Berterusan (Continued Fractions)

Penyelesaian Masalah

4.3 Ciri-ciri Asas Nombor Nisbah

1
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

4.3.1 Definisi
Nombor Nyata ( Real Numbers ) terdiri daripada :

(a) Nombor Bulat ( Whole Numbers )


(b) Nombor Asli ( Natural Number )

(c) Nombor Integer ( Integers )

(d) Nombor Nisbah ( Rational Numbers )

(e) Nombor Bukan Nisbah ( Irrational Numbers )

Set Nombor di atas boleh digambarkan seperti rajah di bawah :

Dalam dunia Matematik, Nombor Nisbah adalah sebarang nombor yang dapat ditulis
sebagai nisbah / pecahan (ratio) dua integer , dengan keadaan penyebut, tidak sama
dengan 0. Set Nombor Nisbah disimbolkan sebagai , Selanjutnya, sebarang nombor
perpuluhan yang berulang dan berakhir adalah Nombor Nisbah.

p q
p/q =
(pengangka) (penyebut)
1
1 1 1/1

0.5
1 2 1/2

0.55
55 100 55/100

0.001
1 1000 1/1000

25.3
253 10 253/10

7 0 7/0 SALAH ! q tidak boleh sama dengan 0.


2
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

Contoh umum:

1.5 adalah Nombor Nisbah, boleh ditulis sebagai nisbah 3/2.

7 adalah Nombor Nisbah, boleh ditulis sebagai nisbah 7/1.

0.317 adalah Nombor Nisbah, boleh ditulis sebagai nisbah 317/1000.

Berikut adalah beberapa contoh lain:

Nombor Sebagai Nisbah Rasional?


Ya
5 5/1

Ya
1.75 7/4

Ya
0.001 1/1000

Ya
0.111... 1/9

√2
? TIDAK !
(Punca kuasadua bagi 2)

Punca kuasa dua bagi 2 adalah 1.4142135…( nombor perpuluhan yang tidak berulang )
dan tidak dapat ditulis sebagai nisbah / pecahan.

Perhatikan pernyataan berikut :

10  4  16
, , , ...
2 2 8

Dalam set integer,  , operasi pembahagian seperti di atas dapat dijalankan dan memberi
hasil yang tepat. Perhatikan pula pernyataan berikut :

 16 5 2
, ,. . ...
5 12 7

Kita mendapati set nombor yang kedua di atas tidak dapat memberi jawapan yang tepat /
jitu.

Set yang pertama di atas dikenali sebagai set NOMBOR NISBAH manakala set yang
kedua adalah set NOMBOR BUKAN NISBAH ( akan dibincangkan dalam topik 5 nanti )

3
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

DEFINISI NOMBOR NISBAH


NOMBOR NISBAH adalah set nombor yang terdiri daripada di mana a dan b merupakan
nombor integer, dan b . Ia dilambangkan sebagai Q. (contoh , , 0.4, , dan sebarang nombor
perpuluhan berterusan yang berulang )

Contoh 1
a) Tukar 0. 2 6 2 6 2 6 2 6 2 6 …….kepada pecahan.
b) Seterusnya, tentukan samada 10.262626 ……adalah Nombor Nisbah atau tidak.

Penyelesaian
(a) Jadikan x = 0.26262626 … ----- (persamaan 1)

(Darab dengan 100) , 100 x = 26.262626 …. ----- (persamaan 2)


(persamaan 2 – persamaan 1) 100x – x = 26.26262626  0.26262626…..
99 x = 26
26
x = #
99

(b) Jadikan y = 10. 26262626 … ----- (persamaan 1)

(Darab dengan 100) 100 y = 1026.262626..----- (persamaan 2)


(persamaan 2 – persamaan 1) 99 y = 1016
1016
y = (pecahan)
99
Maka 10.262626 adalah Nombor Nisbah, Q. #

4.3.2 Operasi Ke Atas Nombor Nisbah

4
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

a c
Jika dan adalah nombor Nisbah, maka
b d
a c ad bc ad  bc
PENAMBAHAN :    
b d bd bd bd

a c ad bc ad  bc
PENOLAKAN :    
b d bd bd bd

a c ac
PENDARABAN :  
b d bd

a c ad
PEMBAHAGIAN :   ( c  0)
b d bc

Contoh 2:
2 1
Tambahkan 
15 10

Penyelesaian:
Langkah 1: Cari GSTK bagi 10 dan 15. Didapati GSTK(10,15) = 30

2 1 ( 2  2)  (3  1)
 
15 10 30
Langkah 2:
7

30

Contoh 3:
173 69
Tolakkan 
180 1200

Penyelesaian:
Langkah 1: Cari GSTK bagi 180 dan 1200. Didapati GSTK(180,1200) = 3600

5
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

173 69 ( 20  173)  (3  69)


 
180 1200 3600
Langkah 2:
3253

3600

Contoh 4:
Darabkan Nombor Nisbah berikut :
2 4 1 3
(a)  (b) 3 2
3 7 2 5

Penyelesaian:

2  4 8
(a)  
3 7 21
1 3 7 13 91
(b) 3 2 =  
2 5 2 5 10

Contoh 5:
Bahagikan Nombor Nisbah berikut :
3 4 4 8
(a)  (b) 
4 7 3 9

Penyelesaian:
3 4 3 7
  
4 7 4 4
(a)
 21 21
 
 16 16

4 8 4 9
  
3 9 3 8
(b)
36 3
 
24 2

6
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

Contoh 6:
2 5
Cari Nombor Nisbah antara dan
3 6

Penyelesaian:
Langkah 1: Tambahkan kedua-dua pecahan/nombor nisbah itu.

2 5 4 5
  
3 6 6 6
9

6
3

2

Langkah 2: Ambil setengah/separuh daripada hasil tambah di atas:

1 3 3
 
2 2 4

3 2 5
Nombor Nisbah berada antara dan
4 3 6

Cuba anda selesaikan soalan-soalan berikut:


(b) (c) (d)

4.4 Kardinaliti
Kardinaliti merujuk kepada bilangan elemen / saiz dalam sesuatu set. Kardinaliti boleh
mengambil nilai INTEGER POSITIF TERHINGGA ( FINITE ) atau TAK TERHINGGA
( INFINITE ). Sebagai contoh, kardinaliti bagi set penduduk di Malaysia adalah lebih kurang
30 juta orang; kardinaliti bagi set INTEGER adalah infiniti.

Cuba jawab soalan berikut :

7
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

Berapakah jumlah kesemua Nombor Nisbah ? Jawapan anda tentunya : INFINITI.


Kita akan membincangkan tentang konsep PADANAN SATU DENGAN SATU bersama
KARDINALITI.

Perhatikan gambarajah berikut :


(a)
Set C Set D

f i
g j
h k

(b) x y

1
-3 0
2
-1 4

Jika terdapat / wujud PADANAN SATU DENGAN SATU antara semua elemen daripada
dua set, kita dapat katakan kedua-dua set tersebut mempunyai KARDINALITI yang sama.

Kita boleh katakan set { -3, -1, 0, 2 } dan { 1, 0, 2, 4 } mempunyai kardinaliti yang sama:

-3 1 -1 0 0 2 2 4

Bagi SET TERHINGGA( finite set ),KARDINALITI adalah bilangan elemen dalam set
tersebut. Maka, dalam contoh di atas, set X { -3, -1, 0, 2 } mempunyai kardinaliti 4. ( ditulis
juga sebagai X  4

Persoalan sekarang,

APAKAH KARDINALITI BAGI SET NOMBOR NISBAH?

8
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

4.5 NOMBOR NISBAH KOMPLEKS DAN PECAHAN BERTERUSAN (CONTINUED


FRACTIONS)

4.5.1 Nombor Nisbah Kompleks


Pecahan kompleks (atau pecahan majmuk) ialah pecahan yang pengangka atau
penyebutnya (atau kedua-duanya sekali) mengandungi pecahan.

1 78 12
3
Sebagai contoh:
2 ,
17 
95 ,
4
dan sebagainya.
3 26
4

Untuk memudahkan satu pecahan/nombor nisbah kompleks, bahagikan pengangka


dengan penyebut seperti dalam pecahan yang lain.

Contoh 7:
1 1

3 4
Mudahkan
7 3

8 16

Penyelesaian:
Langkah 1: Selesaikan pengangka dengan mencari GSTK bagi 3 dan 4.
Didapati GSTK(3,4) = 12, maka

9
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

1  1 (4  1)  (3  1)
 
3 4 12
7

12
Langkah 2: Selesaikan penyebut dengan mencari GSTK bagi 8 dan 16.
Didapati GSTK(8,16) = 16, maka

7 3 ( 2  7)  (1  3)
 
8 16 16
11

16
1 1

3 4
Langkah 3: Selesaikan
7 3

8 16
1 1 7

3 4  12
7 3 11

8 16 16

7 16
 
12 11

28

33

Contoh 8:

7 5
Mudahkan 
6 x 8x

Penyelesaian :

Langkah 1: Penyebut adalah 6x dan 8x


Langkah 2: GSTK bagi 6x dan 8x adalah 24x
Langkah 3: Selesaikan masalah diberi

10
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

7 5 ( 4  7)  (3  5)
 
6 x 8x 24 x
28  15

24 x
43

24 x

Cuba anda mudahkan soalan-soalan berikut:

(b)

4.5.2 Pecahan Berterusan ( Continued Fractions)


(A) Definisi :
Pecahan Berterusan yang mewakili nombor nyata, x adalah dalam bentuk
1
x  a0 
1
a1 
1
a2 
a 3  ...

di mana a 0 , a1 , a 2 , a 3 ,... adalah nombor integer a 0 , a1 , a 2 , a 3 ,... > 0. a 0 boleh

mengambil nilai integer negatif. (Untuk menjimatkan ruang, pecahan berterusan

boleh juga diringkaskan sebagai x  [ a 0 , a1 , a 2 , a 3 ,...]


Contoh 9:
31
Tulis sebagai pecahan berterusan.
9

Penyelesaian:
31
Langkah 1: cari bahagian integer bagi
9
Langkah 2: kita tahu bahawa 31 = 9 x 3 + 4, jadi kita tulis
31 4
 3
9 9
Langkah 3: pastikan pengangka sentiasa bernilai 1, jadi kita tulis
4 1

9 9
4
Langkah 4: kita tahu bahawa 9 = 4 x 2 + 1

11
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

4 1 1
 
Langkah 5: Jadi, 9 9 1
2
4 4
Langkah 6: Jadi, kita dapat menulis
31 4 1
 3  3
9 9 1 ( ini dikenali sebagai pecahan berterusan yang
2
4
mudah/ringkas ).

Contoh 10:
Diberi pecahan berterusan
1
x  4
1
3 .
1
2
5
Tulis semula pecahan di atas sebagai Nombor Nisbah.

Penyelesaian:
1 1
x  4 4
1 1
Langkah 1: 3 = 3
1 11
2
5 5

1 1
x  4  4
1 5
Langkah 2: 3 3
11 11
5

1 1
x  4  4
Langkah 3: 5 38
3
11 11

12
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

1 11
x  4  4
Langkah 4: 38 38
11

11 163
Langkah 5: x  4 
38 38

Cuba anda selesaikan soalan-soalan berikut:

(1)Cari pecahan berterusan kepada Nombor Nisbah berikut:

(a) (b) (c)

(2) Tukarkan Pecahan Berterusan berikut kepada Nombor Nisbah:

(a) (b) (c)

(B) Menggunakan Algoritma Euclidean untuk mendapatkan Pecahan


Berterusan

Proses mendapatkan Pecahan Berterusan daripada Nombor Nisbah adalah


sebenarnya mencari Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi pengangka dan
penyebut dengan menggunakan Algoritma Euclidean

Contoh 11:

900
Tulis sebagai pecahan berterusan.
189

Langkah 1: 900 = 189 x 4 + 144 , jadi

13
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

900 144
 4
189 189

Langkah 2: 189 = 144 x 1 + 45

900 1
 4
Langkah 3: 189 45
1
144

Langkah 4: 144 = 45 x 3 + 9 dan 45 = 9 x 5 + 0

900 1
 4
189 1
Langkah 5: 1
1
3
5

NOTA: Jawapan yang kompak ( compact form), diberi sebagai

900
 [ 4,1, 3, 5] .
189

Cuba anda selesaikan soalan-soalan berikut:

(1)Cari pecahan berterusan kepada Nombor Nisbah berikut:

(a) (b) (c)

(2) Beri jawapan anda juga dalam bentuk kompak(compact form).

(3) Nyatakan samada nombor-nombor berikut adalah nombor nisbah


dan berikan sebabnya.
a. 7329
b. √4
c. 0.95832758941
d. 0.5287593593593

Peringatan: Anda digalakkan melayari laman web atau cari dari buku rujukan di
pusat sumber untuk meningkatkan pemahaman anda. Segala latihan yang dibuat
perlu dimasukkan dalam portfolio masing-masing.

14
MTE3101 MENGENAL NOMBOR

SELAMAT BELAJAR!

Rujukan

Hardy, G.H.& Wright, E.M.(1979). An introduction to the theory of numbers, 5th edn.Oxford
University Press, Oxford.

Michon, G.P. 2005, Final answers – Continued fractions. Retrieved 9 January 2006 from
http://home.att.net/~numericana/answer/fractions.htm#patterns

Knott,R. 2006, An introduction to the continued fraction. Retrieved 7 January 2006 from
http://www.mcs.surrey.ac.uk/Personal/R.Knott/Fibonacci/cfINTRO.html

Shakuntala Devi. (1986). The joy of numbers. Delhi, India: Orient Paperbacks.

Sullivan, Michael. (1999). Algebra and Trigonometry. 5th ed. New Jersey: Prentice Hall.

Tipler, M.J. et.al.(2003). New national framework Mathematics. USA: Nelson Thornes
Limited.

15

Anda mungkin juga menyukai