Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di


sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu
hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya,
Selangor.
Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan
menggunakan lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang
ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi
mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan
harga yang mahal, iaitu RM800.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10
tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu
membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada
anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di
sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa
bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat
bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga
dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah
digunakan.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah
berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu
lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah Kevin. Di
sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah
basikal.

Anda mungkin juga menyukai