Anda di halaman 1dari 8

PSIKOLOGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

LANJUTAN
(GGGB6213)

TUGASAN INDIVIDU
( ULASAN JURNAL )

PENSYARAH:
DR. SHAHLAN BIN SURAT

NAMA NO.MATRIK
NUR SHAHIERA NAJATI BINTI CHE MOHD P98791
RAHIM

FAKULTI PENDIDIKAN
SEM 1 2019/2020

1
PENGENALAN

Jurnal yang diambil dikarang oleh Majita Ahmad Sultan, Abdul Halim Masnan, Noor Aizal
Akmal Rohaizad & Mad Ithnin Salleh di dalam Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada
tahun 2016 yang bertajuk tahap pemahaman kanak-kanak terhadap konsep bentuk dalam
lukisan.

Kajian artikel ini membincangkan tentang aplikasi dan penguasaan teori Piaget yang digunakan
di dalam pembelajaran peringkat pendidikan awal kanak-kanak melalui konsep penguasaan
bentuk lukisan .

ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pemahaman kanak-kanak prasekolah mengenai
konsep bentuk melalui lukisan. Hasil lukisan diinterpretasikan berdasarkan Rubrik Penilaian
Tahap Pemahaman Lukisan Kanak-kanak. Sampel kajian adalah seramai 50 orang kanak-
kanak prasekolah yang berumur antara 5 hingga 6 tahun dari dua buah sekolah di daerah Bestari
Jaya, Selangor.

Konsep dan tema kajian

Gardner memperkenalkan teori pelbagai kecerdasan dan menyatakanbahawa kebolehan ruang


adalah satu kecerdasan yang berkait dengan kebijaksanaan membuat persepsi kedudukan dan
posisi objek dalam ruang, serta memahami kedalaman dan dimensi ruang. Berasaskan
interpretasi ini, kebolehan ruang juga dikatakan memerlukan keupayaan menaakul dan
membuat representasi. Selain memahami imej seperti rajah, lukisan, peta, model, carta dan
sebagainya, penaakulan ruang adalah berbeza daripada penaakulan bahasa dan logik
matematik.

Dalam pendidikan awal kanak-kanak, kecerdasan ruang berkenaan asas pemahaman tentang
bentuk dapat dibina semasa aktiviti-aktiviti yang dilakukan di prasekolah ataupun dalam
aktiviti seharian.

2
Konsep dalam Awal Matematik di prasekolah Malaysia berdasarkan pada dokumen Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan yang berkaitan dengan kemahiran dan kefahaman tentang
nombor, termasuklah bentuk, saiz dan konsep ruang..

Teori Konsep Bentuk

Menurut Piaget, kanak-kanak pada usia 2-7 tahun mula melukis dan melakukan pemodelan
mewakili ciri-ciri ruang. Pemikiran topologi dibuktikan dalam lukisan mereka. Sebagai
kebiasaan sekitar usia ini, kanak-kanak belum memiliki kemampuan berfikir yang boleh
digambarkan dalam Geometri Unjuran (3D) atau perkara membenarkan kanak-kanak ini
membayangkan objek pada sisi yang lain.

Dalam menilai pemahaman kanak-kanak prasekolah tentang konsep bentuk dan ruang, teori
berkenaan geometri turut diguna pakai. Ini adalah disebabkan dalam geometri, ia termasuk
konsep bentuk, saiz, kedudukan, arah, dan pergerakan yang menerangkan dan
mengklasifikasikan ruang fizikal persekitaran kanak-kanak.

Jadual 1 menunjukkan perkembangan hubungan antara lukisan kanak-kanak dengan kemahiran


melukis dan menulis dalam Teori Pembangunan Perwakilan Ruang Kanak-kanak oleh Piaget.

3
Melukis merupakan kaedah yang sering digunakan untuk menilai pemahaman kognitif kanak-
kanak. Kecenderungan pengkaji melihat faktor kognitif kanak-kanak dalam menghasilkan
lukisan sebenarnya dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Melalui latihan dan kaedah
melukis yang betul,sebenarnya dapat membantu kanak-kanak untuk lebih memahami konsep
Awal Matematik dengan membuktikan bahawa dengan kaedah melukis, kanak-kanakmakan
lebih memahami konsep-konsep dalam Awal Matematik.

Kaedah kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap pemahaman kanak-kanak prasekolah mengenai
konsep bentuk dalam lukisan. Pemahaman kanak-kanak ini dikaji melalui hasil lukisan yang
mereka hasilkan. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 50 orang kanak-kanak prasekolah
yang berumur antara 5 hingga 6 tahun. Pengkaji menggunakan sampel kanak-kanak prasekolah
yang terdiri daripada dua buah prasekolah di kawasan Ijok, Bestari Jaya.

Pengkaji menggunakan tugasan melukis dan rubrik penilaian lukisan sebagai instrumen untuk
mendapatkan hasil kajian. Maklumat ini pula perlu diinterpretasikan supaya dapat memberikan
keputusan tahap pemahaman kanak-kanak tentang konsep bentuk yang dikaji dalam kajian ini.

4
Bagi mengetahui kebolehan dan kefahaman kanak-kanak mengenai konsep bentuk, pengkaji
telah menyediakan tugasan melukis gambar rumah, ayam, pokok dan matahari dalam satu
lukisan

Antara ciri-ciri lukisan yang dilihat adalah seperti berikut:

i. Bentuk rumah mestilah lebih besar dari semua objek lain.


ii. Bentuk pokok (bergantung kepada jenis pokok yang dilukis), boleh jadi saiz
besar daripada rumah atau boleh jadi saiz lebih kecil daripada saiz rumah.
iii. Bentuk ayam mestilah lebih kecil daripada saiz rumah dan pokok
iv. Bentuk matahari, disebabkan ianya sangat jauh, maka saiznya mestilah lebih
kecil daripada saiz rumah, pokok dan ayam.

Analisis lukisan kanak-kanak telah dilakukan menggunakan Rubrik Penilaian Tahap


Pemahaman Lukisan Kanak-kanak (RPLK). Rubrik ini menilai lukisan kanak-kanak dari segi
pemahaman mengenai bentuk dan ruang yang dikategorikan kepada empat tahap iaitu:

1. Tahap 1: belum kenal bentuk objek, dan belum boleh melukis, hanya boleh
menconteng sahaja.
2. Tahap 2: sudah kenal bentuk objek tetapi belum boleh melukis bentuk
dengan baik untuk menunjukkan ciri-ciri objek tersebut.
3. Tahap 3: sudah kenal bentuk objek dan boleh melukis bentuk objek tetapi
masih belum lengkap ciri-ciri objek yang ditunjukkan.
4. Tahap 4: memahami bentuk objek dan ciri-cirinya serta boleh melukis dengan
baik/lengkap.

Hasil dapatan kajian menunjukkan secara umum, kebanyakan kanak-kanak 5-6 tahun dalam
kajian ini mempunyai pemahaman yang agak baik mengenai konsep bentuk dan ruang (rumah,
pokok, matahari dan ayam). Hanya segelintir kanak-kanak didapati masih belum muncul
pemahaman konsep-konsep ini yang dinilai daripada hasil lukisan mereka. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa dengan melukis dapat mengembangkan kemahiran kognitif kanak-kanak
melalui tentang ‘konsep bentuk’ yang ditemui setiap hari. Selain itu, tahap pemahaman bentuk
kanak-kanak prasekolah telah wujud,sama ada masih di peringkat emergen ataupun awal, iaitu
wujud tetapi kurang jelas. Selain itu, terdapat tahap pemahaman bentuk kanak-kanak yang
wujud tetapi kurang tepat. Ini disebabkan kanak-kanak berada di dalam ruang pertimbahngan
antara dunia realiti atau imaginasi. Mereka perlu didedahakan dengan bahan maujud bagi

5
membantu mereka membuktikan segala hasil lukisan mereka benar-benar boleh membantu
memahami dunia reality sebenar.

ULASAN KRITIS ARTIKEL

Berdasarkan jurnal ini, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas tentang kajian ini. Perkara
tersebut ialah tentang kandungan artikel, kekuatan dan kelemahan dan cadangan untuk
penambaikan artikel. Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah yang mengkaji mengenai
Tahap Pemahaman Kanak-Kanak Terhadap Konsep Bentuk Dalam Lukisan. Para penulis
jurnal ini bersetuju bahawa terdapat penguasaan kemahiran kognitif berdasarkan teori Piaget
melalui konsep lukisan kanak-kanak. Hasil dapatan mengesahkan bahawa terdapat perkaitan
di antara konsep bentuk dan kemahiran tahap kognitif di peringkat prasekolah kanak-kanak.
Oleh yang demikian, penulisan ini memerhatikan dan mengkaji tahap penguasaan kanak-kanak
dalam lukisan dan menganalisis lukisan tersebut menggunakan rubrik penilaian tahap
pemahaman lukisan kanak-kanak (RPLK).

Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu penulis menggunakan kaedah penilaian
lukisan kanak-kanak menggunakan rubrik penilaian tahap pemahaman lukisan kanak-kanak
(RPLK) menunjukkan lukisan kanak-kanak dapat dinilai untuk menunjukkan tahap kognitif
kanak-kanak di peringkat prasekolah. Berdasarkan teori Piaget, perkembangan kognitif di
peringkat kanak-kanak prasekolah yang berumur 5 hungga 6 tahun adalah berada di peringkat
praoperasi iaitu kemahiran menguasai penguasaan simbol untuk melambangkan atau
menggambarkan sesuatu objek.

Isu yang dikaji dilihat menarik,kerana kajian ini dapat melihat dan mengetahui tahap kognitif
dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak di peringkat prasekolah sebagai asas
perkembangan matematik di masa hadapan. Isu ini juga relevan kerana kebanyakan di
peringkat kanak-kanak prasekolah banyak melakukan aktiviti seperti melukis maka kajian ini
memberi pengetahuan tentang penguasaan kognitif yang terdapat di dalam aktiviti ini dan
kesannya terhadap perkembangan pelajaran kanak-kanak.

Hasil kajian ini dapat dipersetujui dan diterima kerana menggunakan rubrik penilaian yang
tepat iaitu rubrik penilaian tahap penilaian lukisan kanak-kanak (RPLK) menganalisis
penguasaan kognitif kanak-kanak melalui lukisan.

Kesan penulisan artikel ini membantu untuk memberi kesedaran bahawa kanak-kanak
mempunyai tahap kemahiran kognitif yang perlu dikuasai di peringkat prasekolah dan memberi

6
pendedahan untuk perkara yang perlu ditekankan bagi memastikan perkembangan kognitif
bertepatan dan bersesuaian di peringkat kanak-kanak prasekolah.

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti di dalam penulisan ini. Penulis
cenderung melakukan pengujian berdasarkan lukisan sahaja sedangkan kemahiran melukis
adalah berbentuk abstrak yang mungkin dikuasai atau tidak dikuasai oleh seseorang. Kajian ini
juga tidak menerangkan dengan lanjut tentang hubungan pemahaman lukisan kanak-kanak
dengan penguasaan kemahiran asas awal matematik seperti yang dikatakan di dalam tujuan
kajian.

KESIMPULAN

Kajian ini telah memberi pengetahuan dalam memahami tahap pemahaman kognitif kanak-
kanak melalui konsep lukisan. Kajian ini boleh dilakukan dengan lebih lanjut bagi
membuktikan bahawa kemahiran lukisan yang baik kanak-kanak di peringkat prasekolah akan
membantu perkembangan awal matematik kanak-kanak supaya lebih bersedia ke peringkat
pembelajaran yang seterusnya.

7
RUJUKAN

Majita Ahmad Sultan, Abdul Halim Masnan, Noor Aizal Akmal Rohaizad & Mad Ithnin Salleh
abdul.halim. (2016). Tahap Pemahaman Kanak-Kanak Terhadap Konsep Bentuk Dalam
Lukisan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 5 (2016), 61-77

Anda mungkin juga menyukai