Anda di halaman 1dari 5

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP)

BAHASA MELAYU 2020 (BENTUK PERENGGAN)

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : 2 Zamrud
3. Bilangan Murid : 30 orang
4. Tarikh : 15 Januari 2020
5. Hari : Khamis
6. Masa : 8.10 hingga 9.10 pagi
7. Tema : Kelestarian Alam Sekitar
8. Tajuk : Lestarikan Alam Kita

9. Kemahiran Fokus : Kemahiran Mendengar dan Bertutur

10. Standard Kandungan (SK)


1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

11. Standard Pembelajaran (SP)


1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks.

12. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:


i. Bertutur untuk menjelaskan isu alam sekitar mengikut konteks.
ii. Bercerita menggunakan maklumat yang tersurat dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
bertatasusila

13. Sistem Bahasa


 Kosa kata: habitat, sumber alam, pemuliharaan dan kepupusan
 Sebutan dan intonasi

Pengurusan Bilik Darjah (2 Minit)

Murid memastikan kelas bersih dan mereka bersedia untuk belajar.

Set Induksi ( 5 Minit )

Guru menunjukkan tiga cawan plastik dicat warna kuning, coklat dan biru yang diibaratkan sebagai tong sampah kitar
semula. Murid memasukkan cebisan kertas, gambar botol air yang telah digunting bentuknya dan cebisan aluminium
ke dalam cawan tersebut mengikut jenis-jenisnya. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan tong sampah kitar
semula. Guru membimbing murid untuk menghubungkaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Langkah 1 (5 minit)
Guru menayangkan video “kelestarian alam sekitar tanggungjawab bersama” (https://youtu.be/HqvW/itn8Dk). Guru
bersoal jawab dengan murid berkaitan video yang ditayangkan. Beberapa orang murid dipilih untuk menjawab
soalan daripada guru. Murid dapat menyatakan secara lisan empat cara untuk melestarikan alam.

Penilaian Objektif (i)

BBM
Komputer riba, lcd dan video kelestarian alam sekitar.

Langkah 2 (15 minit)

Guru memperkenalkan permainan “pilih satu dan ceritakan”. Murid dikehendaki membentuk 10 kumpulan yang
mempunyai empat atau tiga orang ahli. Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk mengambil satu
sampul. Secara berkumpulan, murid dikehendaki untuk membuat satu lakonan atau menceritakan cara melestarikan
alam berdasarkan gambar yang diperolehi dalam sampul yang dipilih. Murid diberi masa untuk berbincang. Murid
dikehendaki menggunakan boneka jari untuk bercerita atau berlakon di hadapan kelas. Setiap murid dalam
kumpulan wajib untuk bertutur.
Penilaian Objektif (ii)

BBM

10 sampul dan 10 boneka jari.

Langkah 3 (18 minit)

Penilaian

Guru memperkenalkan permainan bahasa iaitu “menara belon”. Murid diminta untuk membentuk lima kumpulan.
Setiap murid dalam kumpulan dikehendaki meniup belon dan menulis kesan tidak melestarikan alam di atas belon.
Kesan tersebut mestilah tidak sama dengan ahli kumpulannya. Murid diminta untuk membina menara menggunakan
belon yang terdapat pada kumpulan masing-masing. Murid diminta untuk membentangkan hasil binaan dan kesan
yang disenaraikan oleh kumpulanya. Guru dan murid berbincang tentang kesan tidak melestarikan alam yang
disenaraikan oleh murid-murid. Murid dapat menyenaraikan dan menulis lima daripada tujuh kesan tidak
melestarikan alam dengan betul.

Pengayaan

Murid dikehendaki untuk membincangkan soalan yang diberi oleh guru bersama ahli kumpulan.

Pemulihan
Secara berpasangan murid diminta untuk bertutur menggunakan dialog yang terdapat pada buku teks Bahasa
Melayu muka surat 167 di hadapan guru.

BBM
40 belon, 10 marker dan dua pelekat.
Penutup (5 minit)

Penutup Kognitif
Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk merumuskan isi pelajaran. Guru membimbing murid untuk
merumuskan keseluruhan tajuk yang dipelajari hari ini.

Penutup Sosial
Guru memberi motivasi, pujian dan galakan kepada murid kerana menunjukkan kerjasama dan kesungguhan semasa
Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.

Nilai murni
Keberanian, kasih sayang, kerjasama, rasional.

LAMPIRAN
Rajah 1: Video kelestarian alam sekitar tanggungjawab bersama.

Menjimatkan sumber semula


jadi

-mengekalkan sumber alam.


Rajah 2: langkah pemulihan dan
pengayaan.

Kilang tanpa asap Mengekalkan habitat haiwan

–menghalang -mengelakkan kepupusan haiwan.


pencemaran udara.

Rajah 3: gambar yang terdapat dalam sampul bagi langkah


2.

Media massa

-perlu banyak menyiarkan mengenai


kelestarian alam.

Anda mungkin juga menyukai