Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan oleh
sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya
atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa
berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras menitik beratkan
pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau
bidang tertentu. Menurut Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba(1962), laras
ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang
perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya, atau bentuk
peribahasanya. Dalam kerja kursus Bahasa Melayu Kontekstual (GBM 1103), pelajar
dikehendaki menganalisis atur cara pengurusan majlis perhimpunan bulanan dan perbezaan
laras bahasa yang digunakan dalam tersebut . Kerja kursus ini akan menerangkan atur cara
atau pengurusan majlis perhimpunan rasmi dan perbandingan beberapa jenis penggunaan
laras bahasa yang digunakan sepanjang perhimpunan tersebut.

2.0 PENGURUSAN MAJLIS DAN ATUR CARA MAJLIS

Majlis Perhimpunan Bulanan ini merupakan majlis yang wajib dihadiri oleh semua
siswa guru dan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Pada 12
Februari 2019 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Rasmi di Dewan Dato’
Razali Ismail (DDRI) dan didatangi tetamu istimewa iaitu Yang Berhormat Dr Maszlee bin
Malik bagi Melacarkan Pelancaran 60 Tahun Kampus Ilmu Khas dan Menerangkan tentang
Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu.

Para pelajar dan pensyarah harus hadir ke majlis tersebut sebelum jam 8 pagi bagi
sesi pendaftaran yang menggunakan sistem imbasan QR Code. Terdapat empat tetamu
istimewa (VVIP) yang terdiri daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee bin Malik, Rektor IPGM
Dr Hjh. Rusmini Bin Ku Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (pembangunan Pelajar) Dato
Sulaiman bin Wok serta tujuh orang pengarah dari IPG lain.

Tetamu yang hadir akan berkumpul di Bilik Bunga Raya untuk menanda tangani buku
pelawat VVIP dan menjamu sedikit sarapan di bilik tersebut. Setelah selesai para tetamu akan
di iringi oleh penyambut tetamu kehadapan dewan untuk menyaksikan persebahan yang
dipersembahkan oleh siswa guru semesta enam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)
yang berlangsung selama 8 minit.

Seterusnya pada jam 8.50 pagi, para tetamu jemputan masuk kedalam dewan dan
mengambil tempat duduk yang telah di khaskan. Semua yang hadir perlu berdiri untuk
menyanyiksn Lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu IPGM sebagai tanda
menghormati serta menanam sifat patriotik di dalam diri setiap warganegara. Terdapat iringan
musik yang di mainkan oleh siswa guru Pendidikan Muzik semesta enam dan bahasa isyarat
yang dianggotai oleh siswa guru Pendidikan Khas masalah pendengaran semesta lapan
sewaktu nyanyian.

Selanjutnya, pengacara memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan menggunakan


serangkap pantut. Bagi memberkati majlis ini, pengacara telah menjemput Saudara Mohd
Izwan bin Mohd Ali Kusbari bagi membacakan doa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan
aluan Pengarah IPGKIK Dr. Suhaimi bin Ali yang mengambil masa selama 6 minit yang berisi
ucapan terima kasih kepada Menteri Pendidikan serta tetamu jemputan yang lain kerana sudi
hadir ke Wada Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu dan Pelancaran 60 Tahun Kampus Ilmu
Khas. Terdapat juga sedikit penceritaan tetang IPGKIK secara umum di dalam ucapan beliau.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan segmen Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf
Baharu dijalankan. Antaranya ialah demonstrasi modul 10 minit yang dipersembahkan oleh
murid-murid SK Sungai Kantan, Kajang. Selepas taman persembahan, terdapat info interaktif
Modul 10 Minit Perhimpunan yang dikendalikan oleh Nur Hawa binti Mokhtar siswa guru
semester 8 Pendidikan Jasmani selama 5 minit. Penutup bagi modul 10 Minit Perhimpunan
ini terdapat segmen E-Petah yang dikendalikan oleh Zulaikha binti Zulkifli siswa guru semesta
2 Pendidikan Muzik bersama dua orang murid SK Seri Bintang Utara. Keseluruhan aktiviti
yang dipersembahkan telah mengambil tidak melebihi 30 minit.

Setelah selesai sahaja acara tadi, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan
daripada Menteri Pendidikan Dr, Maszlee Malik. Sebaik sahaja YB habis berucap, beliau telah
merasmikan Pelancaran 60 tahun Kampus Ilmu Khas serta berterima kasih kerana sudi
menjemput beliau menghadiri majlis yang gilang gemilang ini. Beliau juga telah
menyampaikan sumbangan sebanyak 50 ribu ringgit keada IPGKIK sebagai tanda
penghargaan.

Pihak multimedia juga menyediakan persembahan. Terdapat video berkenaan


Pelancaran 60 Tahun Kampus Ilmu Khas yang dipaparkan dilayar untuk tonton para tetamu
yang hadir.terdapat perarakan yang terdiri daripada siswa guru program persediaan sehingga
tahun akhir program ijazah yang merangkumi kebitaraan IPGKIK sebagai gimik pelancaran.
Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik diatas pentas diiringin oleh
Pengarah IPGKIK.

Setelah tamat perhimpunan para tetamu khas dibawa ke sekeliling IPGKIK untuk
meninjau kawasan sekeliling. Manakala siswa guru boleh mengambil makanan yang
disediakan oleh pihak pengurusan sebelum bersurai. Program pada hari itu berjalan dengan
lancar dan teratur tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
3.0 BANDING BEZA DARI ASPEK PENGGUNAAN LARAS BAHASA DALAM MAJLIS

Dalam perhimpunan 12 Februari 2019 yang lalu, terdapat perbezaan daripada


penggunaan laras bahasa antara pengerusi majlis dan YB Dr. Maszlee Malik Menteri
Pendidikan Malaysia. Pengacara majlis ialah Zulfakri bin Mos dan Siti Arini binti Mohd Yunus
yang merupakan siswa guru IPGKIK. Salah satu laras bahasa yang digunakan oleh mereka
ialah laras bahsa kreatif yang mana sewaktu ucapan alu-aluan pegacara majlis meraka
memberikan beberapa pantun sebagai contoh:

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau dihujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Pantut ini tadi menunjukkan laras bahasa kreatif. Manakala ucapan YB Dr. Maszlee
pula menggunakan laras bahasa agama. Contohnya sewaktu ucapan beliau pada minit ke 11
beliau menceritakan kisah tentang para ulama dan cendiakiawan memandang muzik sebagai
suatu yang manusiawi yang boleh digunakan dalam perubatan, pembangunan, peperangan
dan muzik juga mampu unutk memuhasabah diri.

Penggunaan teks oleh pengacara majlis juga telah membuktikan meraka


menggunakan laras bahasa umum. Hal ini kerana pengacara berucap dalam sebuah majlis
yang formal perlu untuk menyediakan teks supaya majlis berjalan lancar. Tetapi berbeza
dengan ucapan YB Dr. Maszlee, walaupun beliau mempunyai teks ucapan yang rasmi, beliau
juga ada menyelitkan cerita pengalaman beliau pada minit ke 6 dimana beliau menceritakan
pengalamannya menziarahi sebuah institusi perguruan di negara jiran iaitu Indonesia.
Terdapat juga cerita beliau mengimbas kembali zaman persekolah beliau yang membanding
bezakan dengan zaman persekolah pada masa kini. Terbukti pengucapan beliau terdapat
penggunaan laras bahasa santai oleh beliau.

Perbandingan laras bahasa yang terakhir ialah laras bahasa sukan yang digunakan
oleh pengacara majlis contohnya selepas bacaan doa oleh Saudara Mohd Izwan, pengacara
majlis menceritakan pencapaian Saudara Izwan yang berbunyi “ Beliau juga telah pendapat
pingat emas dalam acara 400 meter dan pingat gangsa dalam acara 100 meter dalam Sukan
SUKMA Sarawak 2016”. Manakala laras bahasa yang digunakan oleh YB Dr. Maszlee
terdapat laras bahasa sains yang digunakan. Sebagai bukti pada ucapan beliau pada minit ke
17, beliau mengimbas kembali sewaktu membuat lawatan ke Londan dan menhadiri sebuah
forum yang bertajuk “education world forum”. Antara isu yang dibangkitkan ialah berkenaan
teknologi dalam pendidikan. Pada masa kini murid-murid harus mahir dalam sains dan
teknologi seperti ICT , Robotik, seni, matematik dan sains sukan. Istilah yang terdapat dalam
ucapan beliau terbukti bahawa mempunyai laras bahasa sains digunakan.
Rujukan

Astera. (2013, April 14). Nota IPG Laras Bahasa Melayu. Retrieved from Laras Bahasa Bahasa
Melayu: http://nota-ipg.blogspot.my/2013/04/laras-bahasa-bahasa-melayu.html

Document.tips. (2016, Januari 25). Laras bahasa. Retrieved from Document:


http://documents.tips/documents/laras-bahasa-55a0cec328e5b.html

ipghelper. (2018, Februari 3). Bahasa Melayu Kontekstual – Laras Bahasa Klasik. Retrieved from
Bahasa Melayu Konstektual-Laras Bahasa Klasik-IPG Kampus Internet:
https://ipghelper.wordpress.com/2018/02/03/bahasa-melayu-kontekstual-laras-bahasa-
klasik/

Killer. (2009, Julai 26). Laras Bahasa Melayu. Retrieved from gurubahasamelayu: Laras Bahasa
Melayu: http://gurubahasamelayu.blogspot.my/2009/07/laras-bahasa-melayu.html

Mud, N. L. (2014, Ogos 7). Laras Bahasa. Retrieved from Jenis-Jenis Dan Laras Bahasa:
https://www.slideshare.net/Nicholas940217/jenis-jenis-dan-ciriciri-laras-bahasa

Anda mungkin juga menyukai