Anda di halaman 1dari 18

TOPIK 1.

0 - ASAS BANTU MULA (FIRST AID)

1. PENGENALAN

First Aid adalah rawatan sementara waktu yang diberikan oleh penyelamat kepada
mangsa sebelum tibanya bantuan perubatan seperti paramedik, doktor dan
sebagainya. Rawatan yang diberikan adalah rawatan awal di tempat kejadian.

Terdapat beberapa variasi nama, antaranya adalah:


✓ First Aid
✓ Bantu Mula
✓ Pertolongan Cemas

Tujuan memberi bantuan atau rawatan First Aid adalah untuk:

✓ Menyelamat nyawa
✓ Mengelak kecederaan yang lebih serius
✓ Mengurangkan kesakitan
✓ Menguruskan pemindahan ke hospital

Statistik menunjukkan sebanyak 30% – 40% bantuan First Aid telah membantu
mengurangkan kecederaan yang lebih serius sekaligus menyelamatkan nyawa.

2. DEFINISI KECEMASAN

Satu situasi kritikal yang mengancam nyawa dan sekiranya tiada rawatan segera,
kesakitan mangsa akan menjadi lebih serius, lebih mudarat dan mungkin
menyebabkan kematian.

Untuk menjadi seorang penyelamat (first aider) yang professional, anda hendaklah
mempunyai ciri-ciri peribadi seperti berikut:

✓ Bertanggungjawab
✓ Berjiwa cekal, waras dan tenang
✓ Mengamati prinsip keselamatan diri
✓ Berpengetahuan dan berkeyakinan
✓ Terlatih

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 1


3. ISIAN KOTAK FIRST AID

Mengikut standard isian dan alatan kotak first aid yang biasa didapati adalah
seperti yang disenarai di bawah, namun isian dan alatan boleh diolah mengikut
keperluan dan tujuan penggunaan sama ada untuk individu, orang awam,
organisasi dan sebagainya.

a) Acriflavine Solution
b) Dettol Antiseptic Lotion
c) Bacidin Antiseptic Cream
d) Cotton Ball
e) Cotton Bud
f) Gauze Swab
g) Crepe Bandage
h) Triangular Bandage
i) Finger Dressing
j) Lint Dressing
k) Surgical Tape
l) Eye Wash
m) Medicated Oil
n) Antacid
o) Diarrhoea Tablet
p) Paracetamol
q) Measuring Cup
r) Wooden Splint
s) Antiseptic Wipe
t) Folding Scissors
u) Nails
v) Plaster Strip
w) Plastic Tweezers
x) Safety Pin
y) Thermometer
z) Content Card
aa) First Aid Booklet

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 2


4. PEMBEBATAN & PEMBALUT

Definisi
• Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan.
• Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan.

Jenis Kain Pembalut


• Pembalut Tiga Segi
• Pembalut Lebar
• Pembalut Kecil
• Pembalut Gulung

5. IKATAN, BALUTAN & ANDUH

2 3 4

1 2

3 4

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 3


2

2 3

1 2 3

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 4


1
2

1 2

1 2
2

3
1

1 2 3

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 5


6. JENIS KEMALANGAN & CARA RAWATAN

a) Renjatan

Berlaku apabila sistem peredaran darah terganggu. Tisu tidak mendapat bekalan
oksigen yang mencukupi dan berlakunya renjatan.

Cara Rawatan

b) Pengsan/Pitam

Berlaku apabila kegiatan otak terganggu yang disebabkan oleh kecederaan atau
tekanan yang menyebabkan darah ke otak tidak mencukupi.

Cara Rawatan

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 6


c) Luka dan Pendarahan

Disebabkan terpotongnya tisu badan yang mengakibatkan pengaliran darah. Luka


boleh menyebabkan serangan kuman ke dalam badan.

Cara Rawatan

d) Patukan Ular

Patukan ular berbisa bergantung kepada spesis, amaun racun, kedudukan dan
kedalaman patukkan. Kesannya boleh membawa maut.

Cara Rawatan

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 7


e) Terkelar, Terbakar dan Melecur

Terkelar, terbakar dan melecur adalah sama keadaannya. Perbezaannya hanya dari
segi tahap kecederaan. Kebiasaan terbakar melibatkan kecederaan yang lebih
serius daripada melecur.

Cara Rawatan

• Baringkan mangsa di tempat teduh, sejuk dan selesa.


• Tanggalkan pakaian dan perhiasan pada anggota tercedera seperti kasut, cincin,
jam tangan, dan sebagainya.
• Elakkan memberi minuman dan makanan jika keadaan mangsa serius dan
hantar ke hospital jika perlu.

1 2

f) Renjatan Elektrik

Renjatan elektrik boleh menyebabkan maut. Penyelamat juga boleh menjadi


mangsa sekiranya tidak menyetahui teknik menyelamat yang betul.

Cara Rawatan

• Sekiranya mangsa tidak bernafas, pulihkan pernafasan dari mulut ke mulut.


Sekiranya tiada tindakbalas segera lakukan CPR.
• Jika ada kesan terbakar beri rawatan terbakar.
• Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 8


g) Patah dan Terseliuh

Kecederaan tulang meliputi patah atau retak. Kecederaan boleh berlaku


disebabkan oleh pukulan secara langsung atau tidak langsung, terjatuh dari
bangunan yang tinggi, tarikan otot anggota yang tertindih, tembakan atau
perlanggaran dan sebagainya.

Jenis-jenis Patah

Patah Tebu Patah Kayu Muda Patah Riuk Patah Melarat

Kaedah Mengangkat Mangsa

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 9


h) Tercekik

Tercekik terjadi apabila terdapat bendasing tersekat di saluran pernafasan.

Cara Rawatan

i) Lemas di Air

Pernafasan terhenti disebabkan air telah memasuki paru-paru kerana tenggelam di


air.

Cara Rawatan

• Lakukan pemeriksaan asas seperti periksa pernafasan dan nadi.


• Periksa tahap kesedaran, buka salur pernafasan dan lakukan CPR.

j) Keracunan

Sebarang bahan jika dimasukkan ke dalam badan dengan kuantiti yang berlebihan
boleh mengakibatkan kemudaratan/keracunan.

Cara Rawatan

• Pastikan persekitaran dan diri anda selamat.


• Alihkan mangsa ke tempat yang selamat.
• Jika terdapat kesan melecur pada mulut, berikan
mangsa air atau susu sedikit demi sedikit.
• Jika sesak nafas, baringkan ke posisi koma.
• Jika tidak sedar – lakukan ‘primary survey’.

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 10


TOPIK 2.0 - ASAS PEMULIHAN PERNAFASAN (CPR)

1. PENGENALAN

Anatomi Jantung

Sistem Kardiovaskular
Organ —> Jantung dan Salur Darah
Fungsi —> Menghantar darah ke seluruh badan
Mengangkut gas-gas respiratori

Anatomi Paru-Paru

Sistem Respiratori
Organ —> Hidung, Salur Darah dan Paru-paru
Fungsi —> Membekal oksigen
Menyingkir karbon dioksida
Pertukaran gas
Mengekal kestabilan persekitaran

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 11


2. APAKAH CPR?

Definisi dan Komponen CPR

Inhale Air atau udara yang disedut masuk mengandungi 21% Oksigen, di mana
hanya 3% - 5% yang diguna-pakai oleh paru-paru.

Exhale Air atau udara yang dibuang mengandungi kira-kira 16% - 18% Oksigen.

Berapa peratuskah ‘Used Air’ atau udara yang telah diguna-pakai yang
diperlukan oleh mangsa?

EAR —> EXPIRED AIR RESUSCITATION

Teknik:
Penyelamat membuat HEMBUSAN untuk
memasukkan UDARA ke dalam PARU-PARU dengan
kaedah;
1. Mulut ke Mulut
2. Mulut ke Hidung
3. Mulut ke Hidung dan Mulut

ECC —> EXTERNAL CARDIAC COMPRESSION

Teknik:
Penyelamat membuat TEKANAN secara
langsung ke ATAS DADA mangsa.

CPR —> CARDIO PULMONARY RESUSCITATION

Teknik:
Penyelamat menggunakan satu kaedah pemulihan pernafasan yang dilakukan
dengan DUA PERGERAKAN, iaitu HEMBUSAN dan TEKANAN JANTUNG
secara bergilir-gilir.

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 12


3. BILAKAH CPR DIPERLUKAN?
- Apabila semua komponen dan bahagian penting di dalam Sistem Pernafasan
dan Peredaran Darah berhenti berfungi.

4. PENYEBAB KEPERLUAN CPR


- Lemas - air, asap, gas beracun
- Tercekik makanan
- Dicekik
- Renjatan elektrik
- Tertindih
- Terperangkap tanpa udara
- Penyalahgunaan dadah
- Gigitan binatang berbisa/beracun

5. TANDA-TANDA KEPERLUAN CPR


- Wajah/badan bertukar biru/pucat
- Urat leher timbul/bengkak
- Nafas terputus-putus, lemah dan hilang
- Denyutan nadi lemah
- Tidak sedarkan diri

6. TANDA-TANDA KEJAYAAN CPR


- Hilang warna biru/pucat
- Ada suara mengerang
- Ada pergerakan mata
- Ada tindakbalas sakit
- Denyutan nadi semakin kuat/aktif

7. KELEBIHAN CPR
- Pertukaran udara banyak
- Boleh bantu dengan cepat
- Tidak perlu peralatan khas
- Seorang penyelamat
- Tangan penyelamat bebas-gerak
- Hasil dengan segera

8. MASALAH CPR
- Dada tidak turun naik
- Penutupan mulut yang bocor
- Tekanan tidak tepat dan kuat
- Pemuntahan
- Pendarahan

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 13


9. PROSES KEMATIAN

a) Kematian Klinikal

- Kematian pada peringkat awal.


- Jantung dan paru-paru terhenti, bekalan oksigen juga terhenti.
- Tanpa oksigen yang baru, sel-sel otak masih dapat hidup di antara 4 hingga 6
minit dengan baki oksigen yang sedia ada.

b) Kematian Otak

- Sel-sel otak mulai mati antara 4 hingga 6 minit selepas denyutan jantung dan
pernafasan terhenti.
- Selepas 10 minit, semua sel-sel otak akan mati.

10. TEKNIK DRABCD

Guidelines 2005

❖ DANGER (BAHAYA)
❖ RESPONSE (TINDAKBALAS)
❖ AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)
❖ BREATHING (PERNAFASAN)
❖ CIRCULATION (PEREDARAN)
❖ DEFIBRILLATION (AED)

Guidelines 2011

❖ DANGER (BAHAYA)
❖ RESPONSE (TINDAKBALAS)
❖ CIRCULATION (PEREDARAN)
❖ AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)
❖ BREATHING (PERNAFASAN)

Definisi & Teknik

❖ DANGER (BAHAYA)
- Pastikan keselamatan anda.
- Pastikan mangsa anda.
- Alihkan bahaya dari mangsa.
- Alihkan mangsa dari bahaya.
- Kurangkan pergerakan.

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 14


❖ RESPONSE (TINDAKBALAS)
- Panggil dan kejutkan mangsa.
- Tiada tindakbalas; minta bantuan perubatan dengan mendail 999 untuk
talian tetap atau 112 untuk telefon tangan.
- Meminta rakan yang membantu memberi maklum-balas bahawa pihak
bantuan perubatan telah dihubungi.

❖ AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)


- Donggakan kepala, buka saluran pernafasan
secara HEAD TILT, CHIN LIFT.
- JAW THRUST jika mangsa disyaki ada
kecederaan/patah tulang leher atau tulang
belakang.

❖ BREATHING (PERNAFASAN)
- Tekap mulut anda ke atas mulut mangsa.
- Beri 2 x hembusan perlahan.
- Picit hidung semasa hembus.
- Lihat dada naik dan turun.

❖ CIRCULATION (PEREDARAN)
- Denyutan jantung – periksa nadi karotik
sebelah trakea dengan 2 jari.
- Ada nadi, ada denyutan jantung.
- Tiada nadi, tiada denyutan jantung.
- Beri 30x tekanan, 2x hembusan (Push Hard, Push Fast).

❖ DEFIBRILLATION – AED (ALAT BANTUAN PEMULIHAN PERNAFASAN)


- Alat bantuan pemulihan pernafasan.
- Perlukan latihan/sesi penerangan.
- Mudah dan lebih berkesan.

Posisi dan gaya kedudukan badan seorang penyelamat dan


mangsa yang betul.

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 15


Posisi Koma - teknik yang betul
untuk merehatkan mangsa selepas
mangsa kembali sedar.

11. TEKNIK CPR UNTUK BAYI

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 16


12. TERCEKIK

Teknik

❖ JAW THRUST
Membetulkan kedudukan saluran pernafasan
dengan cara:
i) Dongakkan kepala mangsa.
ii) Tarik tulang rahang.

❖ ABDOMINAL THRUST (HEIMLICH MANEUVER)


Mengeluarkan halangan dari saluran pernafasan dengan cara:
i) Genggaman penyelamat di antara pusat dan ulu hati
mangsa.
ii) Tekanan ke atas dengan cepat dan pantas.

❖ CHEST THRUST
Mengeluarkan halangan dari saluran pernafasan untuk orang
gemuk atau mengandung dengan cara:
i) Genggaman penyelamat di tengah-tengah tulang dada.
ii) Tekanan ke dalam.

❖ BACK BLOW
Mengeluarkan halangan dari saluran pernafasan untuk bayi
atau kanak-kanak dengan cara:
i) Ampukan mangsa dengan tangan atau baringkan.
ii) Kemudian tampar dengan kuat, cepat dan tepat di antara tulang dayung.

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 17


13. KESIMPULAN

Ada Nadi Tiada Nafas —>EAR

• 12 x hembusan nafas seminit sehingga mangsa boleh bernafas sendiri.


• Setiap 5 saat – 1 x hembusan.
• Periksa nadi karotik setiap 1 minit atau selepas 12x hembusan.

Tiada Nadi Tiada Nafas —> CPR

• 30 kali tekanan
• 2 kali hembusan
• 5 pusingan
• 100 kali seminit

Dewasa (8 tahun ke atas)

• 30 x tekanan dan 2 x hembusan


• 5 pusingan
• 2 tangan tindih-menindih
• Tengah dada
• Kedalaman: 1.5 – 2 inci
• Mulut atau Hidung

Kanak-kanak(1 hingga 8 tahun)

• 30 x tekanan dan 2 x hembusan


• 5 pusingan
• 1 tangan
• Tengah dada
• Kedalaman: 1 – 1.5 inci
• Mulut atau Hidung

Bayi (1 tahun ke bawah)

• 30 x tekanan dan 2 x hembusan


• 5 pusingan
• 2 jari di antara tetek bayi
• Tengah dada
• Kedalaman: 0.5 - 1 inci
• Mulut dan Hidung
• Jangan dongak kepala ke tahap maksimum

ASAS BANTU MULA & CPR | EDISI 2016 | AKADEMI AQUAPUTRA 18

Anda mungkin juga menyukai