Anda di halaman 1dari 3

Topik-Topik Penting Ujian Lisan Bahasa Melayu (MFL IGCSE ORAL EXAM) : Topik

Pembentangan dan Perbualan Umum.

1.
Hobi saya
- Apakah hobi anda – ceritakan tentang kebaikan hobi anda – anda melakukan
hobi itu dengan siapa – apakah hobi2 yang berfaedah dan yang tidak
berfaedah – apakah yang akan berlaku jika anda tidak ada hobi – apakah
aktviti anda Bersama keluarga pada masa lapang
- Adakah hobi melepak itu bagus? Mengapa?
- Apakah aktiviti anda Bersama rakan pada masa cuti
- Bagaimana cara anda berkongsi hobi anda dengan rakan-rakan

2. Haiwan peliharaan saya


- Anda ada haiwan peliharaan? Ceritakan tentang haiwan peliharaan anda –
mengapa anda menjaga haiwan itu – apakah kegemarannya pada masa
lapang
- Bagaimana cara menjaga haiwan
- Apa haiwan-haiwan yang boleh kita bela di rumah – apakah tempat yang
sesuai untuk haiwan anda tinggal
- Di mana anda membeli makanan dan apakah makanan kegemaran haiwan
peliharaan anda
-
3. Sekolah saya
- Ceritakan keistimewaan sekolah anda – aktiviti yang ada – cara menjaga
kebersihan sekolah

4. Rutin sekolah saya


- Aktiviti pada masa rehat dan selepas tamat sekolah
- Program yang bagus di sekolah anda

5. Rumah dan Keistimewaan Tempat tinggal saya


- Di manakah anda tinggal – ceritakan tentang rumah anda – bagaimana cara
menjaga rumah anda – apakah ciri-ciri keselamatan yang ada
- Mengapa anda sayang rumah anda – apa aktiviti yang anda lakukan di
rumah
- kemudahan yang terdapat berhampiran rumah anda ( pasar raya, stesyen
bas, perpustakaan awam, balai polis dll )
- Apakah tujuan kemudahan itu disediakan?

6. Aktiviti bersama keluarga di rumah/luar rumah dan tujuan melakukan aktiviti


bersama-sama

7. Jiran Saya

8. Kawan baik saya ( siapa / ciri-ciri kawan baik / keistimewaannya / kepentingan


mempunyai kawan dalam hidup

9. Cita-cita saya
- Ceritakan cita-cita anda – mengapa anda memilih cita-cita itu – apakah
kebaikannya -apakah yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita itu.

10. Percutian yang menarik/bermakna ( bercuti di mana? sebab menarik / sebab


bermakna untuk anda )
11. Tempat percutian yang saya impikan

12. Pengalaman bercuti di dalam / di luar negara

13. Negara yang saya cintai

- CERITAKAN TENTANG NEGARA anda


- Apakah tempat menarik – makanan – pusat beli-belah
- mercu tanda di negara anda
- Cara anda mempromosikan tentang negara anda
- Cara menjaga kebersihan

14. Tempat-tempat menarik dan cuaca di dalam / luar negara

15. Kebudayaan di negara saya ( pakaian tradisional@kebangsaan / perayaan selain


Tahun Baru Cina, Deepavali / Krismas / Hari Raya / adat perkahwinan/Pesta
Songkran dll )

16. Perayaan yang terdapat di Malaysia

17. Permainan tradisional di Malaysia ( jenis dan tujuan dimainkan / kenapa tidak
popular lagi / bagaimana untuk popularkan kembali )

18. Makanan-makanan istimewa di Malaysia / makanan dan minuman kegemaran


saya

19. Kampung halaman saya

20. Filem kegemaran saya / Rancangan televisyen kegemaran saya

21. Perkhidmatan dan pengangkutan awam

22. Alam semula jadi ( Kepentingan menjaga alam sekitar /punca pencemaran /
kesan / langkah mengatasi )

23. Pencemaran alam ( Punca / kesan dan langkah )

24. Kebaikan Amalan menabung

25. Kesihatan dan kecergasan diri (cara menjaga kesihatan diri / amalan gaya hidup
sihat)
26. Kebaikan bersukan
27. Idola saya ( ibu bapa /pelakon / penyanyi / tokoh politik / tokoh sukan/ tokoh
akademik dan sesiapa sahaja yang anda jadikan sebagai idola )
28. Sukan Kegemaran Saya
29. Kebaikan amalan membaca
- Apakah bahan bacaan yang bagus – di mana kamu boleh membaca –
mengapa membaca sangat penting – apakah bahan bacaan yang sesuai
untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

*** Topik-topik ini sekadar cadangan cikgu semata-mata sebagai panduan. Jika kamu ada
topik lain yang lebih menarik, kamu boleh teruskan dengan topik tersebut TETAPI jangan
terlalu jauh daripada silibus asal yang telah ditetapkan oleh Cambridge.

Anda mungkin juga menyukai