Anda di halaman 1dari 1

Pada zaman yang penuh dengan pancaroba ini, kes pembuangan bayi semakin berleluasa di

Negara Malaysia, iaitu negara kita. Kes ini menjadi serius apabila banyak remaja membuang bayi mereka
sesuka hati di tempat-tempat seperti sungai-sungai dan tong sampah. Mereka yang berdosa ini
mungkin dapat menyembunyikan identitinya sebagai ibu bapa bayi yang dibuang jika isu ini tidak
dititikberatkan oleh pihak kerajaan dan lain-lain.

Kes pembuangan bayi ini disebabkan oleh banyak punca. Salah satu punca ialah penghamilan
dalam kalangan remaja. Mereka berasa seronok jika selalu boleh melakukan seks bebas tanpa diketahui
ibu bapa mereka. Mereka juga tidak tahu lelaki mesti memakai kondom apabila melakukan seks. Lelaki
tidak sedar bahawa spermanya dilepaskan apabila melakukan seks yang cepat ketika memasukkan
auratnya ke dalam aurat teman wanitanya. Masyarakat juga terlalu cepat menilai seseorang (berburuk
sangka).

Kesan kesan pembuangan bayi ialah amalan pembuangan bayi menjadi trend remaja sekarang.
Perkara ini tidak baik langsung kerana mereka tidak menghargai bayi sendiri pun. Sleain itu, imej negara
akan terjejas selepas berita ini disebarkan ke luar negara. Nyawa bayi juga diancam kerana boleh mati
jika tidak dijumpai orang. Teman lelaki dan wanita yang melakukan seks bebas menjejaskan imej sendiri
dan keluarganya.

Langkah langkah menyelesaikan kes ini adalah dengan mendidik remaja mengenai keburukan
seks bebas. Selain itu, pihak kerajaan mesti menjalankan kempen anti-seks bebas. Selain itu, guru-guru
harus mengajar remaja untuk mempunyai harga diri supaya mereka sedar akan isu ini. Mereka yang
melakukan kesalahan ini hendaklah diberi hukuman berat.

Kesimpulannya, semua pihak mesti bekerjasama agar imej negara terjamin.

Anda mungkin juga menyukai