Anda di halaman 1dari 10

HOMELESS…MENDEPANI REALITI KEHIDUPAN SMKPBG

1.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program “Homeless.. Mendepani Realiti Kehidupan” ini merupakan satu program yang telah
dijalankan hasil daripada kolaborasi antara Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Panglima Bukit
Gantang bersama dengan Pelajar-pelajar Praktikal Kursus Kerja Sosial dari Universiti Sains
Malaysia merangkap pelajar Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan bagi memberikan motivasi
dan perkongsian pengalaman kepada pelajar-pelajar yang berisiko. Program ini telah
dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Melihat kepada
permasalahan dari segi kehadiran ke sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengumpul
data-data ketidakhadiran pelajar bermula dari awal tahun hinggalah ke bulan Ogos. Sepanjang
tempoh berkenaan, beberapa intervensi telah pun dilaksanakan seperti mengadakan program
anti ponteng, pengesanan ponteng dan menjalankan sesi individu dan kelompok.Lantas sebagai
kemuncak kepada program intervensi yang dijalankan , maka hasil perbincangan bersama
pelajar-pelajar praktikal USM ini telah mencetus idea untuk program Homeless ini.

2.0 PENGENALAN

Program “ Homeless..Mendepani Realiti Kehidupan” dijalankan setelah mengambil kira apakah


langkah-langkah intervensi yang berkesan dilaksanakan ke atas kumpulan sasar yang terlibat
dengan ponteng tegar ini. Setelah kata sepakat dicapai antara Unit Bimbingan dan Kaunseling
dengan pelajar-pelajar praktikal kerja sosial, maka terlaksanalah program seperti ini.

Program kolaborasi ini juga telah menjadi titik tolak kepada hubungan yang terjalin secara tidak
langsung antara SMK Panglima Bukit Gantang dan juga Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Ini merupakan satu titik permulaan kepada hubungan –hubungan yang terjalin selepas ini nanti.
Bukan sekadar program yang lebih menjurus kepada motivasi tetapi juga diharapkan dapat
disebar luaskan kepada program-program yang berbentuk selain dari motivasi. Merujuk kepada
kepentingan modal insan yang berkualiti serta cemerlang seperti yang dinyatakan dalam
Rancangan Malaysia ke -10 dan mendepani generasi anak muda yang kini semakin mencabar
seiring dengan ledakan teknologi maka program seperti ini telah dilaksanakan yang menjadikan
program ini sebagai program intervensi kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan gejala
ponteng.
HOMELESS…MENDEPANI REALITI KEHIDUPAN SMKPBG

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang telah dicapai :

3.1 Memberi kesedaran dan membuka minda pelajar yang bermasalah berkenaan
realiti hidup yang sebenar

3.2 Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan merancang dan

mengurus kehidupan dengan baik

3.3 Mendedahkan salah satu kesan keburukan ponteng sekolah

4.0 METODOLOGI

Program ini secara simplistiknya mengetengahkan konsep pendedahan tentang kesan sekiranya
tidak mementingkan pendidikan dalam kehidupan kini dan akan datang. Sebagai intipati utama
program ini adalah bertujuan untuk memberi suntikan motivasi, kesedaran dan semangat agar
mengubah sikap ke arah mencapai kecemerlangan dari segi akademik dan sahsiah diri lantas
mencapai hasrat Negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek selari dengan falsafah pendidikan Negara.

4.1 “ Ini USM Ku”

Melalui slot ini pelajar-pelajar telah dibawa untuk mengelilingi kawasan USM dengan cara
bejalan kaki untuk melihat dengan lebih dekat lagi suasana sebenar di Universiti Sains
Malaysia. Hal ini secara tidak langsung dapat membuka minda mereka melihat keupayaan
orang lain yang mampu menyambung pengajian di USM lantas menyuntik semangat
kepada mereka untuk menyimpan cita-cita menjejakkan kaki di USM satu hari nanti
HOMELESS…MENDEPANI REALITI KEHIDUPAN SMKPBG

4.2 “ Lawatan ke tempat Gelandangan “

Pelajar-pelajar telah diberi taklimat awal oleh Pensyarah USM yang terlibat dengan misi
ini berkenaan tatacara , keselamatan , semasa berhadapan dengan golongan
gelandangan. Pelajar-pelajar telah dibahagi kepada 2 kumpulan dan diketuai oleh Dr.
Syazwani Bt Drani dan Dr. Pramat Sigh untuk ke tempat-tempat yang telah ditetapkan.
Setiap kumpulan disertai sekurang-kurangnya 2 orang guru dan dibantu oleh fasilitator
yang dijemput dari USM. Pelajar-pelajar telah dibekalkan dengan air mineral, buah
kismis, dan kit mandian untuk diedarkan kepada golongan gelandangan. Antara kawasan
yang dilalui ialah stesen bas geogretown , persekitaran komtar dan juga persekitaran
Masjid Kapitan Keling. Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan “ Hotspot “ yang
sememangnya terdapat ramai gelandangan di situ.

Pelajar-pelajar telah mendekati golongan gelandangan ini dengan mengambil peluang


untuk mendengar kisah hidup mereka disamping memberikan barang-barang yang telah
disediakan. Begitulah perjalanan program lawatan ke tempat gelandangan ini sehingga
semua barangan keperluan gelandangan habih diedarkan.

4.3 “ Sesi Binding “

Setelah selesai misi , pelajar-pelajar telah dibawa ke Padang Kota Lama untuk sesi
perkongsian. Setiap pelajar telah diminta untuk berkongsi pengalaman masing-masing
semasa misi dijalankan. Setelah selesai pelajar-pelajar berkongsi pengalaman mereka,
Pensyarah USM iaitu Dr. Syazwani bt. Drani dan Dr. Pramat Sigh telah merumuskan hasil
perkongsian pelajar-pelajar melalui aktiviti yang telah mereka lalui.
HOMELESS…MENDEPANI REALITI KEHIDUPAN SMKPBG

5.0 SENARAI NAMA PELAJAR YANG TERLIBAT

BIL NAMA PELAJAR TINGKATAN


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
HOMELESS…MENDEPANI REALITI KEHIDUPAN SMKPBG

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Tuan Haji Mohd Sa’ad b. Hashim ( Pengetua )

Pengerusi : Puan Hajah Junaidah bt Nayan ( PK Hal Ehwal Murid )

Timbalan Pengerusi : Puan Hajah Nur Basirah bt Mahamud ( PK Pentadbiran )

Penyelaras : En. Azuan b. Aminuddin

Pen. Penyelaras : Puan Nurul Islah bt Abdul Wahid

Setiausaha : Puan Suraya bt Samsudin

Penyelaras Praktikal : Dr. Syazwani bt. Drani ( Pensyarah USM )

Pelajar Praktikal : Muhd Fairul Hafiz b. Mohd Ghazali

Muhammad Shamsuri b. Hashim

Hassan Azhar b. Md. Noor


HOMELESS…MENDEPANI REALITI KEHIDUPAN SMKPBG

6.0 PERBELANJAAN PROGRAM

BIL PENDAPATAN JUMLAH


1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )
2. Alumni SMK Panglima Bukit Gantang
JUMLAH

BIL PERBELANJAAN JUMLAH


1. Penginapan
2. Pengangkutan
3. Makanan dan Minuman
4. Cenderahati
5. Keperluan Gelandangan
JUMLAH
HOMELESS…MENDEPANI REALITI KEHIDUPAN SMKPBG

7.0 JADUAL PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

TARIKH MASA AKTIVITI


3.30 ptg Bertolak dari SMK Panglima Bukit Gantang ke USM

5.00 ptg Tiba di USM / Solat Asar di Masjid USM

8 Sept 2017 5.30 ptg Slot “ Ini USM Ku “


( Jumaat )
6.30 ptg Check In (Penginapan ) / Pengurusan Diri

7.30 mlm Solat Maghrib / Makan Malam / Solat Isyak

9.30 mlm Ice-Breaking / Taklimat Program

11.00 mlm Bergerak ke Geogretown / Program ‘Homeless:Mendepani


Realiti Kehidupan
3.00 pg Pulang ke Tempat Penginapan

5.30 pg Bangun / Siap Diri / Solat Subuh / kuliah subuh- Terapi Diri
9 Sept 2017
( Sabtu ) 7.00 pg Sarapan

8.00 pg Bergerak pulang ke SMK Panglima Bukit Gantang

8.0 IMPAK PROGRAM

Antara impak yang dijangkakan melalui program ini :

8.1 Pelajar akan menyedari bahawa reality sebenar hidup di dunia yang begitu mencabar
sekiranya tidak menyediakan diri dengan sebaiknya

8.2 Pelajar dapat menyedari salah satu kesan keburukan ponteng sekolah dan tidak
bersungguh-sungguh dalam pelajaran

8.3 Pelajar sedar tentang pentingnyamembuat perancangan kehidupan dengan baik


HOMELESS…MENDEPANI REALITI KEHIDUPAN SMKPBG

9.0 PENUTUP

Melalui program yang telah dilaksanakan ini, diharapkan program ini dapat memberi nilai
kepentingan kepada pelajar-pelajar yang disasarkan. Bukan itu sahaja, kerjasama yang terjalin ini
sesungguh dapat memberi banyak manfaat kepada pihak sekolah dan juga kepada pelajar.
Menjadi harapan Unit Bimbingan dan Kaunseling mudah-mudahan program sebegini dapat
diteruskan lagi pada masa hadapan.
HOMELESS…MENDEPANI REALITI KEHIDUPAN SMKPBG

LAMP
IRAN
( REFL
EKSI
PELAJ
AR )
HOMELESS…MENDEPANI REALITI KEHIDUPAN SMKPBG

LAMPIRAN
( GAMBAR AKTIVITI )

Anda mungkin juga menyukai