Anda di halaman 1dari 2

MOTO “WE DELIVER”

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

We Del ver
KETERANGAN MOTO ‘WE DELIVER’

We Del ver
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Moto “WE DELIVER” - melambangkan warga JPN Perak, PPD dan sekolah sebagai satu organisasi
kebersamaan yang kukuh, mantap dan sentiasa bersedia dalam menyampaikan ilmu, maklumat, pengetahuan
dan nilai murni. JPN Perak komited dalam melahirkan modal insan, mewujudkan pendidikan berkualiti,
sekolah unggul, murid holistik. Oleh itu, semua warga pendidik perlu mempunyai satu misi yang sama ke
arah penyampaian pendidikan berkualiti untuk membangunkan sekolah unggul bagi menyediakan murid
kalis masa depan. Warga pendidik juga perlu menghayati nilai teras yang sama iaitu berilmu dan beramal,
beriltizam, bekerjasama, berintegriti dan berakauntabiliti serta bersyukur.

PUTIH, KUNING, DAN HITAM


1. Melambangkan warna bendera Negeri Perak.
2. Moto ini melambangkan aku janji warga pendidik untuk memberi perkhidmatan
terbaik ke arah kecemerlangan pendidikan di Negeri Perak.

WARNA
1. MERAH - Melambangkan keberanian dalam memacu sistem pendidikan Negeri
Perak untuk terus ke puncak kecemerlangan serta TOV yang
memerlukan penambahbaikan dan peningkatan.
2. BIRU - Melambangkan kesepaduan dan kebersamaan warga pendidik dalam
merealisasikan sistem pendidikan abad ke-21 dan sasaran
yang perlu dicapai.
3. Melambangkan hala tuju organisasi Jabatan Pendidikan Negeri Perak selari
dengan Visi dan Misi KPM.

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID (SPM)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Anda mungkin juga menyukai