Anda di halaman 1dari 2

Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) menyatakan;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

*Ciri-ciri FPK yang telah di gariskan di atas merupakan unsur FPI yang telah dimasukkan ke
dalam FPK.

Manakala Falsafah Pendidikan Islam (FPI) pula berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan
As-Sunnah. Falsafah ini menerangkan hubungan antara manusia dengan Pencipta, manusia
dengan manusia dan manusia dengan alam sekitar. Ciri-ciri falsafah pendidikan Islam ialah
bersesuaian dengan roh Islam, berkaitan dengan realiti yang dibina dengan ilmu pengetahuan, dan
pengalaman bersifat universal.

Secara keseluruhannya, FPK menyokong FPI beserta ciri-cirinya. Hal ini kerana usaha FPK adalah
untuk melahirkan masyarakat seimbang, mempunyai nilai-nilai murni, tanggungjawab
terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Hal ini menunjukkan FPK sebenarnya merangkumi
keseluruhan FPI dalam usaha mendidik rakyatnya.

Aspek kerohanian yang dititikberatkan dalam FPK menunjukkan pemberatan kerajaan dalam
hal-hal kerohanian seseorang rakyat, khususnya bagi rakyat Muslim dan juga rakyat yang berlainan
agama. Pendekatan Malaysia memasukkan unsur keagamaan ke dalam FPK adalah kerana agama
merupakan suatu ajaran yang tidak akan mengajar ke arah kejahatan. Jika setiap rakyat itu
berpegang teguh kepada agama masing-masing melalu usaha FPK dalam menerapkan unsur-unsur
kerohanian, nescaya, Malaysia seharusnya telah melahirkan rakyat yang seimbang dan
berakhlak mulia seiring dengan hasrat FPK. Tambahan pula, mata pelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral yang diajar di sekolah-sekolah seharusnya melahirkan hasrat FPK dari aspek
kerohanian.

Sifat FPI yang menitikberatkan unsur hubungan antara manusia dengan manusia, malahan
hubungan manusia dengan Penciptanya dan hubungan manusia dengan alam sekitar
melahirkan seorang penganut yang seimbang. Oleh itu, hasrat FPK untuk melahirkan rakyat yang
seimbang boleh dicapai sekiranya seseorang itu berpegang teguh kepada tiga jenis hubungan ini.
Dengan menjaga hubungan sesama manusia, rakyat dapat mengekalkan kemakmuran dan
kesejahteraan tanah air. Tidak akan ada pergaduhan atau pertengkaran di antara kaum seperti
peristiwa 13 Mei 1969 yang lalu. Selain itu, menjaga hubungan antara manusia dan alam sekitar
bakal melahirkan bumi Malaysia yang aman, nyaman, tanpa pencemaran dan bumi Malaysia yang
bakal kekal lama. Hubungan antara manusia dan Penciptanya sememangnya tidak dapat dilihat
dengan mata kasar namun, penghayatan rohani yang diberikan menerusi hubungan ini seharusnya
melahirkan rakyat yang harmoni, rakyat yang mempunyai jiwa mental dan sihat sekaligus
menghapuskan masalah keruntuhan akhlak di Malaysia.
Matlamat dan usaha yang dibawakan oleh FPK merupakan suatu usaha yang murni. Sekiranya
pelaksanaan FPK dapat dikawal dan diimplemenkan secara berterusan, nescaya, segala hasrat FPK
akan dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai