Anda di halaman 1dari 23

“UNIK, CEMERLANG & TERBILANG”

KOLEJ DAR AL-HIKMAH


SUNGAI RAMAL DALAM
43000 KAJANG
SELANGOR
DARUL EHSAN

DIRASAH AYAT AL-AHKAM

AHMAD HAIKAL BIN AHMAD MOCHTAR (DPS 19043047 )

TAJUK:
HUKUM PENYAKSIAN HUTANG DAN PENCATATANNYA,
ADIL DALAM TIMBANGAN DAN MEMENUHI TUNTUTAN
PIHAK DALAM TRANSAKSI JUAL BELI

PENSYARAH:

USTAZ MOHD AKMAL BIN IBRAHIM


ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/ SURAT

1 BAHAGIAN A: JUAL BELI SECARA KREDIT 1 - 10

2 BAHAGIAN B: MEMENUHI TUNTUTAN SEMUA PIHAK 11 - 15


DALAM JUAL BELI

3 BAHAGIAN C: BERLAKU ADIL DALAM TIMBANGAN JUAL 16 - 19


BELI

4 KESIMPULAN 20

5 RUJUKAN 21
BAHAGIAN A: HUKUM JUAL BELI SECARA KREDIT

1. Pengenalan Kepada Jual Beli Kredit

Jual beli kredit ialah transaksi yang amat biasa dalam urusan perniagaan, terutamanya dalam
urusan perniagaan antara bisnes dan perniagaan langsung dengan pelanggan.

Contoh transaksi yang biasanya dilakukan secara kredit ialah:

• Pembelian perabot dari kedai perabot dengan membayar secara ansuran setiap bulan.
• Pembelian rumah dengan mendapatkan pembiayaan perbankan Islam
• Pembelian barangan mentah atau inventori oleh peniaga dari pembekal.

Secara amnya, jual beli kredit dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

• Jual beli di mana bayaran didahulukan. Ia dikenali sebagai bai’ as-salam (‫)بيع السلم‬
kerana peniaga menerima bayaran terlebih dahulu dan merekodkan pendapatan itu
sebagai hasil terdahulu (unearned revenue). Ia merupakan liabiliti dalam akaun peniaga
sehingga servis atau produk diberikan kepada pelanggan.
• Jual beli di mana barangan atau servis diberikan dahulu sebelum bayaran. Ia dikenali
sebagai bai’ bitaqsith (‫)بيع بالتقسيط‬. Dalam hal ini, pelanggan menerima barangan atau
servis terlebih dahulu tetapi berhutang kepada peniaga. Produk atau servis itu
merupakan liabiliti kepada pelanggan sehingga bayaran dilunaskan kepada peniaga.

Al-Quran membincangkan tentang jual beli kredit secara langsung di dalam Al-Quran, dalam
Surah Al-Baqarah ayat 282 iaitu:

‫يا أيها الذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل مسمى فاكتبوه وليكتب بينكم كاتب بالعدل وال يأب كاتب أن يكتب كما علمه هللا‬
‫فليكتب وليملل الذي عليه الحق وليتق هللا ربه وال يبخس منه شيئا فإن كان الذي عليه الحق سفيها أو ضعيفا أو ال يستطيع أن‬
‫يمل هو فليملل وليه بالعدل واستشهدوا شهيدين من رجالكم فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ممن ترضون من الشهداء‬
‫أن تضل إحداهما فتذكر إحداهما األخرى وال يأب الشهداء إذا ما دعوا وال تسأموا أن تكتبوه صغيرا أو كبيرا إلى أجله ذلكم‬
‫أقسط عند هللا وأقوم للشهادة وأدنى أال ترتابوا إال أن تكون تجارة حاضرة تديرونها بينكم فليس عليكم جناح أال تكتبوها‬
‫وأشهدوا إذا تبايعتم وال يضار كاتب وال شهيد وإن تفعلوا فإنه فسوق بكم واتقوا هللا ويعلمكم هللا وهللا بكل شيء عليم‬

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan
dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah
kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu
menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana
Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang
berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa
kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.
Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak
merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan
hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak
ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-
orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi
perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-
saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis
perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang
demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi,
dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu
mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu
tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana
jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka
sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu
hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini)
mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Kemudian, ayat ini diikuti dengan ayat 283 dari Surah Al-Baqarah iaitu:

‫وإن كنتم على سفر ولم تجدوا كاتبا فرهان مقبوضة فإن أمن بعضكم بعضا فليؤد الذي اؤتمن أمانته وليتق هللا ربه وال‬
‫تكتموا الشهادة ومن يكتمها فإنه آثم قلبه وهللا بما تعملون عليم‬
Terjemahan: Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang
yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang
gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi
hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang
gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan
bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah
Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan
perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia
adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.
Maksud Kalimah Terpilih

• ‫تَدَايَ ْنت ُ ْم‬


Maksud: Bermuamalat secara tertangguh
• َ ‫ِإلَى أ َ َجل ُم‬
‫س ًّمى‬
Maksud: Sehingga tempoh tertentu
• ‫بِ ْالعَد ِْل‬
Maksud: Dengan adil
• ْ ‫َو َال يَ ْبخ‬
‫َس‬
Maksud: Dan janganlah mengurangkan
• ‫سفِي ًها‬
َ
Maksud: Safih ialah mereka yang lemah sudut fikiran, pendengaran, bodoh dan tidak pandai
urus harta.
• ‫َوا ْست َ ْش ِهد ُوا شَ ِهيدَي ِْن‬
Maksud: Perintahkanlah agar adanya 2 orang saksi lelaki.
• َ‫ض ْون‬
َ ‫ت َْر‬
Maksud: Kamu redha
• ‫أ َ ْن ت َِضل‬
Maksud: Melakukan kesalahan.
• ‫ِ َو َال ت َ ْسأ َ ُموا‬
Maksud: Dan janganlah kamu jemu
• ‫فَ ِرهَان‬
Maksud: Al-Rahn iaitu memegang barangan berharga sebagai cagaran atau ganti untuk
sempurnakan hutang.
2. Asbabun Nuzul
A. Menurut riwayat Ibn Abbas: Tatkala Allah mengharamkan riba’ dan mengharuskan jual
salam, katanya: Aku bersaksi sesungguhnya Salam itu mengandungi muamalah
bertangguh hingga tempoh tertentu yang dihalalkan Allah SWT dalam Al-Quran serta
َ ‫يَا أَيُّ َها الَّذِينَ آ َمنُوا إِذَا تَدَايَ ْنت ُ ْم ِب َدي ٍْن إِلَ ٰى أ َ َج ٍل ُم‬.
diizinkanNya. Kemudian beliau membaca ayat ‫س ًّمى‬
B. Menurut riwayat Ar-Rabi’: Diturunkan ayat ‫ش َهدَا ُء إِذَا َما ُدعُوا‬ َ ْ ‫ َو ََل يَأ‬ketika mana
ُّ ‫ب ال‬
kalangan lelaki yang berada serta berlegar dalam satu kaum. Lantaran itu kaum tersebut
mengajak mereka supaya memberi saksi, namun tiada seorang pun dari kalangan
mereka yang menyahutnya.

3. Munasabah Ayat

Munasabah Ayat Sebelum: Ayat 281 Surah Al-Baqarah menyebut tentang peringatan dan
pengharaman transaksi berdasarkan riba, balasan buruk terhadap mereka memakan dan
memberinya. Ia menyebabkan harta yang dikumpul dan transaksi yang berlaku menjadi tidak
berkat dan haram.

Munasabah Ayat Selepas: Ayat 284 Surah Al-Baqarah membicarakan tentang pemilikan Allah
SWT terhadap segala ciptaanNya dan Allah SWT mengetahui apa yang zahir dan yang
terselindung dalam hati manusia. Allah SWT juga mengkhabarkan bahawa manusia akan
diadili dan menegaskan kekuasaanNya.
4. Konsep Jual Beli Secara Kredit

Berdasarkan perbahasan di atas, ulama berhukum bahawa transaksi atau muamalat secara
kredit dibenarkan syarak.

Dalam tugasan ini, perbincangan akan berkisar pada 2 jenis transaksi kredit iaitu bai as-salam
dan bai bitaqsith.

4.1 Bai’ as-Salam

4.1.1 Definisi Bai’ as-Salam

Bai’ as-Salam (‫ )بيع السلم‬atau juga dikenali sebagai Bai’ as-Salaf (‫ )بيع السلف‬deertikan sebagai
menjual sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungan dengan lafaz al-Salam atau
al-Salaf.

As-Salam ialah lafaz yang digunakan di Hijaz manakala As-Salaf ialah lafaz yang digunakan
di Iraq pada masa dahulu. Adapun kalimah As-Salaf diambil daripada kalimah ‫ التسليف‬yang
bererti pendahuluan, kerana bayaran didahulukan

4.1.2 Rukun Bai’ as-Salam

Ulama menggariskan rukun bai’ as-salam kepada 4 iaitu:

• Akad oleh penjual dan pembeli.


• Sighah
• Wang pendahuluan sebagai bayaran.
• Barangan atau servis untuk diserahkan pada waktu lain.

4.1.3 Syarat Bai’ as-Salam

Ulama 4 mazhab bersepakat tentang 6 syarat bai’ as-salam iaitu:

• Diketahui jenisnya
• Diketahui sifatnya
• Diketahuinya jumlahnya
• Tempoh penyerahan ditentukan
• Nilai harga diketahui
• Tempat penyerahan diketahui jika penyerahan mengeluarkan kos penghantaran
4.1.4 Bai al-Istisna’: Bahagian Daripada Bai as-Salam
Dari segi bahasa, istisna’ (‫ )االستصناع‬bererti menyampaikan perbuatan (‫)طلب الفعل‬.
Dari segi istilah, istisna’ ialah jual beli tempahan. Iaitu seseorang meminta seseorang yang
mempunyai kemahiran membuat sesuatu berdasarkan ciri-ciri tertentu yang berkaitan dengan
kemahirannya. Dan bahan yang diperlukan disediakan oleh pembuat.

Contoh jual beli yang menggunakan kontrak istisna’ ialah kontrak pembinaan rumah.

Dalam mazhab Syafi’e, ulama mengatakan bahawa memadai sah kontrak istisna’ sekiranya ia
mematuhi garis panduan bai’ as-salam kerana ia merupakan cabang daripada bai’ as-salam.

4.2 Bai’ at-Taqsith

4.2.1 Definisi Bai’ at-Taqsith

Dari segi bahasa, taqsith (‫ )تقسيط‬bererti membahagikan sesuatu kepada bahagian kecil dan
terpisah.

Dari segi istilah, bai at-Taqsith bermaksud barang yang dibeli didahulukan kepada pelanggan.
Dan pelanggan menangguhkan pembayaran harga barangan tersebut sama ada kesemua jumlah
harga ataupun sebahagiannya secara beransur-ansur dalam tempoh yang ditetapkan.

4.2.2 Hukum Bai’ at-Taqsith

Jumhur ulama dari mazhab 4 mengharuskan jual beli berunsurkan bai’ at-taqsith. Mereka
berhujah berdasarkan ayat 282 Surah Al-Baqarah dan hadis berikut:

‫ فرهنه درعه‬،‫عن عائشة رضي هللا عنها أن النبي اشترى طعاما ً من يهودي إلى أجل‬

Mafhum: Daripada Aishah, sesungguhnya Rasulullah membeli makanan daripada kaum


Yahudi dengan secara tangguh dan Rasulullah telah menjadikan baju besi baginda sebagai
gadaian.

Dalam membahaskan hadis ini, ulama menyatakan bahawa ia menjadi kebiasaan untuk orang
Yahudi menjual barangan atau servis mereka secara kredit.

Hanya segelintir ulama sahaja yang berpendapat bahawa bai at-taqsith diharamkan sekiranya
harga yang dijual secara hutang lebih mahal berbanding harga sekiranya membeli secara tunai
kerana melihat transaksi tersebut sebagai melibatkan riba’.
Walaupun begitu, jumhur ulama membenarkan pertambahan sekiranya barangan dijual secara
hutang. Mereka berhujah dengan ayat 29 dari surah An-Nisa

‫ياأيها الذين آمنوا ال تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل إال أن تكون تجارة عن تراض منكم‬

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta
kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.

Ulama juga menggunakan hadis yang diriwayatkan Aisyah RA di atas sebagai bukti bahawa
penambahan dalam harga sekiranya jualan dilakukan secara kredit dengan hujah bahawa ia
menjadi kebiasaan untuk Yahudi Madinah menjual produk atau servis pada harga yang lebih
mahal sekiranya pembayarannya tertangguh.

4.2.3 Syarat Bai at-Taqsith

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk mengelakkan jual beli kredit daripada
menjadi seakan-akan riba. Syarat-syaratnya ialah:

i. Jualan bukan barangan ribawi seperti emas, perak dan wang (pertukaran forex).
ii. Tidak boleh menambah nilai bayaran daripada apa yang telah disepakati sekiranya
pembeli terlewat membayar.
iii. Barangan yang dijual sah milik penjual semasa akad jual beli.
iv. Barangan yang dijual wujud ketika transaksi jual beli berlaku.
v. Harga ditentukan semasa akad secara jelas.
vi. Tiada unsur gharar dalam transaksi jual beli.
5. Perbincangan Ulama Tentang Hukum Mencatat Hutang

Terdapat beberapa pandangan tentang hukum mencatat hutang. Antaranya:

1. Sesetengah ulama’ berpendapat wajib khasnya jika tidak ditulis boleh mengundang
pergaduhan.

2. Menurut pendapat jumhur ulama, pencatatan hutang dan tempoh hanyalah saranan.

3. Menurut as-Sya’bi, hukum mencatat hutang ialah fardhu, kemudian dinasakhkan


dengan ayat ُ ‫ضكُ ْم بَعْضًا فَ ْليُؤ َِد الَّذِي ا ْؤتُمِ نَ أ َ َمانَتَه‬
ُ ْ‫فَ ِإنْ أَمِ نَ بَع‬

Ulama mentarjihkan pandangan kedua dengan mengatakan bahawa pencatatan hutang dan
tempohnya ialah disunatkan dan dianjurkan.

6. Perbincangan Tentang Penyaksian Hutang

6.1 Saksi Daripada Golongan Adil

ْ‫ْل َي ْكتُبْ َب ْينَكُ ْم كَاتِب ِب ْال َعد‬

Pencatat hutang perlulah dari kalangan orang yang adil iaitu:

• Berilmu
• Bertakwa
• Amanah
• Beriltizam dengan agama

Tidak boleh menokok tambah dan mengurangkan kuantiti hutang atau condong kepada satu
pihak dalam urusan mencatat hutang.

6.2 Perbahasan Mengenai Kalimah ‘Safih’

‫ضعِيفًا أ َ ْو َال يَ ْستَطِ ي ُع أ َ ْن يُمِل ه َُو فَ ْلي ُْمل ِْل َولِيهُ بِ ْالعَد ِْل‬ َ ‫علَ ْي ِه ْال َحق‬
َ ‫سفِي ًها أ َ ْو‬ َ ‫فَإ ِ ْن َكانَ الذِي‬

Ulama’ berselisih pendapat tentang makna kalimah safih.

Menurut Mujahid: Golongan yang tidak tahu mengeja dan menulis

Menurut ad-Dahhak dan As-Sudiy: Golongan bodoh dan membazir


Menurut sesetengah pendapat: Orang tua

Menurut pendapat yang lain: Orang yang lemah akal fikiran

Dapat difahami bahawa seandainya orang yang berhutang ada kelemahan seperti bodoh, gila,
lemah akala tau gagap, maka urusan diserahkan pada walinya.

6.3 Syarat Saksi

Menurut jumhur ulama’, syarat saksi ialah:

• Baligh
• Berakal
• Islam
• Merdeka
• Adil dari aspek maruah dan agama

6.4 Wanita Sebagai Saksi Hutang

ِ ‫ام َرأَت‬
‫َان‬ ْ ‫فَإ ِ ْن لَ ْم يَكُونَا َر ُج َلي ِْن فَ َر ُجل َو‬

Menurut jumhur ulama, penyaksian wanita dalam urusan berkaitan harta hukumnya harus
berdasarkan ayat di atas.

Dalam kes jenayah, hanya lelaki sahaja yang diterima kesaksiannya.

Adapun dalam kes selain harta, ulama berselisih pendapat. Berikut ialah pendapat ulama:

Menurut pandangan Sufian At-Thauri dan Ahlu ar-Ra’yi: Harus diterima kesaksian wanita dan
lelaki dalam perkara selain jenayah.

Menurut ulama Mazhab Maliki: Harus penyaksian wanita tentang harta dan perkara yang
berkaitan dengannya. Penyaksian dalam kes jenayah dan kekeluargaan ditolak.

Menurut Imam As-Syafie: Harus penyaksian wanita dalam perkara yang wanita lebih
mengetahui seperti bersalin, dara, penyusuan dan seumpama dengannya.

Menurut ulama mazhab Hanafi: Harus penyaksian wanita dalam hal harta, talak, nikah, rujuk,
pembebasan hamba dan yang sepertinya. Adapun hudud dan qisas maka penyaksiannya
ditolak.
6.5 Hukum Mencatat Penyaksian Hutang

‫يرا إِلَى أ َ َج ِل ِه‬


ً ِ‫ِيرا أ َ ْو َكب‬
ً ‫صغ‬َ ُ‫َال ت َ ْسأ َ ُموا أ َ ْن ت َ ْكتُبُوه‬

Ulama berselisih pendapat terhadap kewajipan menulis terhadap penulis dan menanggung
penyaksian hutang. Antaranya:

Imam Mujahid menyatakan bahawa wajib mencatat hutang ketika diminta.

Al-Hasan berpendapat ia menjadi wajib jika tiada penulis selain dirinya.

Sesetengah ulama mengatakan bahawa ia sunat dan digalakkan.

Menurut Ad-Dahhak, hukum asalnya wajib namun dinasakhkah dengan ayat ‫ضار كَاتِب َو َال‬
َ ُ‫َو َال ي‬
‫ش ِهيد‬
َ

6.6 Saksi Dan Jurutulis Bebas Daripada Dipaksa

‫ضار كَاتِب َو َال شَ ِهيد‬


َ ُ‫َو َال ي‬

Ulama’ berselisih pendapat tentang makna ayat ini:

Menurut pendapat Al-Hasan dan Tawus: Tidak boleh memaksa saksi hingga menyebabkan
saksi tidak mahu menulis dan menjadi saksi. Dalam erti kata lain, tidak boleh saksi dan penulis
dipaksa, diseksa atau diugut untuk memanipulasi penyaksian mereka.

Menurut pendapat lain: Ketika golongan yang diminta menjadi saksi sedang sibuk dengan
urusan lain, lantas golongan yang mencari saksi mengatakan bahawa penyaksian mereka
merupakan perintah Allah SWT menjadikan golongan yang menjadi saksi hanya bertindak
kerana terpaksa.

Ayat ‫ َو ِإ ْن ت َ ْفعَلُوا فَإِنهُ فُسُوق بِكُ ْم‬menunjukkan bahawa mendesak saksi ialah perkara yang tidak
dibenarkan.

7. Pengajaran Ayat

Pengajaran daripada ayat ini ialah disarankan untuk mencatat hutang supaya:

• Urusan dapat dijalankan dengan teliti dan berhati-hati


• Ada rujukan sekiranya berlakunya perselisihan setelah muamalat agar mengelakkan
penipuan dan penindasan dalam urusan muamalat secara hutang
BAHAGIAN B: MEMENUHI TUNTUTAN SEMUA PIHAK
DALAM JUAL BELI
1. Proses Jual Beli

Proses jual beli ialah proses pertukaran barangan atau perkhidmatan daripada satu pihak kepada
pihak yang lain.

Dalam sistem ekonomi semasa, proses jual beli dilakukan dengan wang sebagai medium
pertukaran antara dua pihak yang biasanya dikenali sebagai pembeli dan penjual.

Pembeli ialah golongan yang berhajat kepada barangan atau servis sementara penjual ialah
golongan yang menyediakan barangan atau servis dalam pasaran.

Dalam Islam, jual beli atau dalam bahasa Arabnya ‫ البيع‬diertikan sebagai satu akad di antara
dua pihak yang bertujuan untuk memindahkan secara kekal sesuatu yang berupa harta atau
manfaat dengan cara tukar menukar harta menurut syarat-syaratnya.

Al-Quran membahaskan tentang akad dalam ayat pertama Surah Al-Maidah iaitu:

‫ياأيها الذين آمنوا أوفوا بالعقود أحلت لكم بهيمة األنعام إال ما يتلى عليكم غير محلي الصيد وأنتم حرم إن هللا يحكم ما‬
‫يريد‬

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-


perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya),
kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-
binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan
ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia
kehendaki.

2. Maksud Kalimah Terpilih


• ‫أ َ ْوفُوا بِ ْالعُقُو ِد‬

Maksud: Tunaikan akad-akad kamu.


3. Munasabah Ayat Sebelum Dan Selepasnya

Ayat yang dibahaskan merupakan ayat pertama dalam Surah Al-Maidah.

Munasabah Ayat Sebelum: Ayat 176 surah An-Nisaa menceritakan tentang pewarisan harta
pusaka sekiranya seseorang meninggal dunia.

Munasabah Ayat Selepas: Ayat kedua dalam surah ini menceritakan tentang perlunya untuk
menghormati bulan-bulan Haram dan menghormati kemuliaan Masjidil Haram.

4. Asbabun Nuzul

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Asma’ binti Yazid, ia berkata: “Ketika aku sedang
memegang tali kekang Rasulullah, tiba-tiba turun kepada beliau surah al-Maidah secara
keseluruhan. Kesan turunnya surah al-Maidah, berdetak pangkal kaki depan unta itu.”

5. Tafsir Ayat

Lafaz yang berkaitan dengan perbincangan untuk tugasan ini ialah: ‫أ َ ْوفُوا ِب ْالعُقُو ِد‬

Ia merupakan lafaz zahir yang menunjukkan perintah Allah SWT untuk orang yang beriman
agar mereka memenuhi akad-akad yang mereka laksanakan.

Ia dapat diertikan sebagai ‘penuhilah akad-akad kalian’. Adapun menurut Al-Qurthubi, berikut
merupakan antara perbahasan dalam ayat ini iaitu:

• Tuntutan memenuhi akad


• Penghalalan binatang ternakan
• Pengharaman berburu ketika dalam ihram
• Pengecualian pengharaman berburu jika tidak berihram

Dalam isu tuntutan memenuhi akad, Ibn Jarih mengatakan bahawa frasa ini ditujukan kepada
ahli kitab. Hal ini kerana ahli kitab berakad dengan Allah SWT, maka Allah SWT menurunkan
ayat ini sebagai peringatan dan tuntutan kepada ahli kitab untuk menunaikan janji mereka
kepada Allah SWT.

Ibn Arabi pula mengatakan bahawa frasa ini diturunkan kepada ahli kitab berpandukan ayat
187 Surah Ali Imran, iaitu: ‫وإذ أخذ هللا ميثاق الذين أوتوا الكتاب لتبيننه للناس وال تكتمونه‬.

Namun begitu, terdapat pandangan berbeza dinyatakan dalam tafsir Ibn Kathir.
Menurut Ibn Kathir, berikut merupakan pendapat-pendapat dalam memahami tafsir ini:

• Ali bin Abi Talhah meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa yang dimaksud dengan
perjanjian yaitu menyangkut hal-hal yang dihalalkan oleh Allah dan hal-hal yang
diharamkan, dan hal-hal yang telah difardukan dan yang sudah ada akepan-
batasannya dalam Al-Qur’an, dan janganlah kalian berkhianat dan melanggar hal
tersebut
• Ibn Abbas, Mujahid, dan beberapa ulama lainnya mengatakan bahawa yang dimaksud
dengan aqad adalah perjanjian. Ibnu Jarir juga menceritakan adanya ijma tentang hal
itu. Dia mengatakan: Perjanjian-perjanjian adalah apa yang mereka sepakati, berupa
sumpah atau yang lainnya.
• Pendapat Hasan: Berkata sebagian ulama bahawa yang dimaksud dengan akad adalah
akad agama dan muamalah, yaitu akad manusia atas dirinya daripada menjual, membeli,
sewa-menyewa, dan selain demikian

Secara amnya, pendapat yang ditulis dalam tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa frasa ‫أ َ ْوفُوا‬
‫ بِ ْالعُقُو ِد‬merupakan frasa yang ditujukan kepada umat Islam dan menuntut supaya mereka
memenuhi akad-akad mereka.

6. Perbahasan Mengenai Akad

6.1Definisi Akad Menurut Islam

Akad dari sudut penggunaan bahasa Arab mempunyai makna yang pelbagai antaranya, janji,
jaminan, kepercayaan dan ikatan.

Akad dari istilah fiqh ialah ikatan di antara ijab dan qabul yang dibuat mengikut cara yang
disyariatkan yang sabit kesannya. Dalam konteks perniagaan, akad melibatkan pergantungan
salah satu pihak yang berakad dengan pihak yang satu lagi, mengikut ketentuan syarak yang
akan melahirkan kesan pada barang yang diakadkan.

6.2 Hak Khiyar Dalam Akad Perniagaan

Dalam memahami frasa ‫أ َ ْوفُوا بِ ْالعُقُو ِد‬, ulama berselisih tentang sama ada khiyar (hak memilih)
diberikan dalam kontrak jual beli.

Menurut mazhab Hanafi dan Maliki, hak khiyar tiada berdasarkan frasa tersebut yang menuntut
semua pihak menunaikan akad jual beli yang dilakukan.
Menurut mazhab Syafi’e, Hanbali dan jumhur ulama, hak khiyar ada.

Mereka berhujah dengan hadis berikut:

‫ البيعان بالخيار ما لم يتفرقا‬:‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬: ‫عن ابن عمر قال‬

Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Penjual dan pembeli
mempunyai hak khiyar [hak memilih untuk jadi atau membatalkannya], selama mereka belum
berpisah.”

6.3 Jenis Akad Perniagaan

6.3.1 Akad Perniagaan Berdasarkan Sifatnya Dari Sudut Syarak

Dari sudut syarak, akad perniagaan dapat dibahagikan kepada 6 jenis iaitu:

Akad sahih ialah kontrak yang sempurna semua rukun dan syarat yang ditetapkan syarak dan
tidak ada sebarang unsur dan sifat meragukan yang boleh mengeluarkannya dari dikira sah dari
segi pensyariatannya. Hukum kontrak ini ialah sah dan sabit kesannya serta-merta sebaik sahaja
selesai ijab dan qabul jika tidak ada khiyar dalam jual beli.

Akad batil ialah kontrak yang tidak sempurna (cacat) syarat dan rukunnya. Hukum kontrak
seperti ini ialah tidak sah dan tidak melahirkan sebarang kesan sedikit pun.

Akad nafiz ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan dan kuasa
untuk melakukannya. Hukumnya ialah kontrak seperti ini menerbitkan kesan segera sebaik
sahaja ia dibuat, tanpa tertakluk kepada kelulusan dan keizinan seseorang.

Akad mauquf ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan untuk
berkontrak, tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya seperti kontrak yang
dilakukan oleh kanak-kanak yang mumaiyiz bagi kontrak yang ada risiko untung dan rugi.
Hukumnya ialah kontrak ini tidak boleh melahirkan sebarang kesan melainkan setelah
mendapat kelulusan dan persetujuan oleh pemilik hak yang berkuasa melakukannya. Jika
pemilik hak tidak mempersetujui atau meluluskannya maka kontrak itu menjadi batal.

Akad lazim ialah kontrak yang tidak membolehkan salah satu pihak yang memeterai kontak
membatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa dan jual beli.

Akad jaiz ialah kontrak yang membolehkan salah satu pihak yang berkontrak membatalkannya
tanpa sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak wakalah.
6.3.2 Jenis Akad Berdasarkan Tempoh Berkuatkuasanya Akad

Ulama membahagikan jenis akad berdasarkan tempoh berkuatkuasanya akad kepada 3:

Akad munjiz ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz yang tidak digantungkan dengan sebatang
syarat dan tidak disandarkan pelaksanaannya pada masa hadapan. Kontrak seumpama ini
menerbitkan kesan segera ke atas kontrak sebaik sahaja ia dibentuk.

Akad muallaq ialah kontrak yang dikaitkan kewujudannya dengan meletakkan satu syarat yang
tidak ada kena mengena dengan transaksi. Sekiranya wujud perkara tersebut maka wujudlah
kontrak, jika sebaliknya maka tidak berlakulah kontrak. Sebagai contoh si A berkata kepada si
B, “Sekiranya aku dapat tangkap ikan barulah kau akan dilantik menjadi pengganti aku”.
Kontrak seumpama ini tidak akan terbentuk melainkan adanya syarat yang dikaitkan itu.

Akad mustaqbali ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz penerimaan disandarkan pada masa
yang akan datang. Hukum kontrak ini ia akan berlaku atau terbentuk segera, tetapi kesannya
tidak ada kecuali pada waktu yang ditetapkan itu, iaitu waktu yang disandarkan berlaku

6.3.3 Jenis Akad Jual Beli

Terdapat banyak jenis akad jual beli dalam Islam seperti bai as-salam dan bai at-taqsith yang
dibahaskan dalam tugasan ini. Selain kedua jenis transaksi itu, berikut merupakan beberapa
akad jual beli lain yang dibahaskan dalam Islam:

• Bai’ al-sil’ah bi al-naqd (‫)بيع السلعة بالنقد‬: Transaksi menggunakan mata wang. Contonya
ialah membeli nasi goreng dengan membayar Ringgit Malaysia.
• Bai’ al-muqayadhah (‫)بيع المقايضة‬: Dikenali sebagai barter. Digunakan pada zaman
dahulu. Masih ada perniagaan yang menggunakan sistem barter. Sebagai contoh,
syarikat kelapa sawit membarterkan kelapa sawit dari sebuah konglomerat untuk
mendapatkan teknologi pemprosesan atau penghasilan makanan.
• Bai’ al-sharf (‫)بيع الصرف‬: dikenali sebagai transaksi FOREX (pertukaran matawang atau
sesuatu yang dinisbahkan pada matawang, khasnya barangan ribawi) seperti menjual
emas dengan emas, Ringgit Malaysia dengan dolar Amerika Syarikat atau Yen.
• Bai’ al-murabahah (‫)بيع المرابحة‬: iaitu jual beli sesuatu barangan pada harga kos bersama
tambahan margin keuntungan, seperti menjual sesuatu barangan berharga RM100
dengan harga kos dan ditambah pula margin keuntungan sebanyak RM10 yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
BAHAGIAN C: BERLAKU ADIL DALAM TIMBANGAN JUAL BELI

1. Menipu Timbangan Dalam Jual Beli

Menipu timbangan merupakan antara taktik memaksimakan keuntungan yang paling awal
dilakukan manusia. Sikap buruk ini diceritakan di dalam Al-Quran.

Antara dalil yang menceritakan mengenai sikap menipu timbangan oleh peniaga dalam Al-
Quran ialah ayat 85 Surah Al-A’raf iaitu:

‫وإلى مدين أخاهم شعيبا قال يا قوم اعبدوا هللا ما لكم من إله غيره قد جاءتكم بينة من ربكم فأوفوا الكيل والميزان وال‬
‫تبخسوا الناس أشياءهم وال تفسدوا في األرض بعد إصالحها ذلكم خير لكم إن كنتم مؤمنين‬

Terjemahan: Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia
berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain
daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan
kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi
manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan
sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang
beriman.

Hal ini menunjukkan bahawa amalan menipu timbangan merupakan amalan yang telah lama
dilakukan manusia. Ayat di atas secara khusus menyebut tentang penduduk kaum Madyan yang
melakukan penipuan dalam timbangan ketika transaksi jual beli untuk mendapatkan
keuntungan yang lebih.

Selain itu, terdapat juga laknat Allah SWT terhadap orang yang melakukan penipuan dalam
timbangan jual beli seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Mutafiffin ayat 1-3:

‫وإذا كالوهم أو وزنوهم يخسرون‬. ‫الذين إذا اكتالوا على الناس يستوفون‬. ‫ويل للمطففين‬

Terjemahan: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan).
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka
mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang
untuk orang lain, mereka kurangi.
2. Makna Kalimah Terpilih
• َ‫فَأ َ ْوفُوا ْال َك ْي َل َو ْالمِيزَ ان‬

Makna: Sempurnakanlah sukatan dan timbangan

• ‫اس أ َ ْشيَا َءهُ ْم‬


َ ‫َو َال ت َ ْب َخسُوا الن‬

Makna: Dan jangan kamu kurangkan bagi manusia timbangan mereka

• ‫مطففين‬

Makna: Orang yang menipu (dalam timbangan)

• ‫يستوفون‬

Makna: Memenuhi sukatan timbangan

• ‫وزنوهم‬

Makna: Berat mereka (timbangan barangan yang dibeli)

• ‫يخسرون‬

Makna: Kurangkan atau rugikan


3. Munasabah Ayat Sebelum dan Selepasnya

3.1 Surah Al-A’raf Ayat 85:

Munasabah Ayat Sebelum: Ayat 84 Surah Al-A’raf memberitakan tentang bala yang
ditimpakan Allah SWT ke atas kaum Lut atas kekufuran mereka.

Munasabah Ayat Selepas: Ayat 85 Surah Al-A’raf menegah manusia daripada menghalang
orang untuk melakukan amal ketaatan kepada Allah SWT.

3.2 Surah Al-Mutafiffin 1-3:

Munasabah Ayat Sebelum: Ayat 19 Surah Al-Infitar mengingatkan manusia tentang hari di
mana tidak ada bantuan dapat diberikan dan semua urusan diserahkan kepada Allah SWT.

Munasabah Ayat Selepas: Ayat 4 Surah Al-Mutafiffin mengingatkan manusia tentang hari
mereka akan dibangkitkan dan diadili berdasarkan amalan mereka di dunia.

4. Tafsir Ayat

4.1 Huraian Ringkas Surah Al-A’raf ayat 85:

Surah Al-A’raf ayat 85 membincangkan tentang dakwah Nabi Syuaib kepada kaumnya di
Madyan. Antara perlakuan mungkar yang diamalkan kaum Nabi Syuaib A.S ialah melakukan
penipuan dalam sukatan timbangan.

4.2 Huraian Ringkas Surah Al-Mutaffifin 1-3:

4.2.1 Asbabun Nuzul Surah Al-Mutaffifin

Menurut riwayat Imam an-Nasaie, Ibn Abbas berkata: Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke
Madinah, penduduk Madinah merupakan antara penduduk yang buruk dalam amalan
timbangan mereka. Maka turunlah ayat ini sebagai peringatan dan ancaman untuk mereka.
Selepas itu, penduduk Madinah menjadi orang yang jujur dalam timbangan dan sukatan jual
beli.

Menurut Ibn Kathir, ulama mengaitkan pemahaman dalam Surah Al-A’raf ayat 85 dengan
surah Al-Mutafiffin dalam memahami penafsiran kedua ayat tersebut.
5. Hukum Menipu Dalam Timbangan Jual Beli

Ayat di atas menunjukkan bahawa menipu dalam timbangan jual beli merupakan salah satu
daripada dosa besar yang ditegah Allah SWT.

Al-Qurthubi dalam tafsirnya menyebut bahawa kalimah ‫ ويل‬merupakan penekanan bahawa


peniaga yang menipu dalam timbangan jual beli akan diazab di akhirat kelak.

Allah SWT mengutuk golongan yang menipu dalam timbangan jual beli. Maka, jelaslah
bahawa menipu dalam timbangan jual beli termasuk dalam perbuatan yang diharamkan syarak
dan ditegah.

6. Pengajaran Ayat

Antara hikmah daripada penegahan penipuan dalam urusan jual beli ialah:

• Membela hak pembeli untuk mendapatkan apa yang setimpal dengan harga yang
dibayar.
• Menguji keimanan dan ketakwaan peniaga kepada Allah SWT dengan mengharamkan
keuntungan yang berdasarkan penipuan.
• Memastikan pasaran stabil tanpa ada pihak yang tidak berpuas hati.
BAHAGIAN D: KESIMPULAN

Berdasarkan tugasan ini, perkara yang dapat disimpulkan ialah:

1. Islam membenarkan transaksi secara kredit dengan mengikut landasan tertentu supaya
tidak menindas sesiapa.
2. Ayat 282 Surah Al-Baqarah menyarankan supaya pihak yang terlibat dalam transaksi
kredit menulis hutang dan meminta penyaksian supaya dapat menguruskan perselisihan
dan perbalahan yang mungkin timbul nanti.
3. Dalam ayat yang sama, ayat tersebut membincangkan kebebasan saksi dan menuntut
agar mendapatkan saksi yang adil dan tidak condong kepada mana-mana pihak dalam
transaksi jual beli.
4. Seterusnya, ayat 1 Surah Al-Maidah membincangkan tentang akad jual beli. Dalam
ayat tersebut, terdapat perbahasan panjang tentang aqad dan pendapat ulama mengenai
kebebasan untuk penjual dan pembeli melakukan khiyar dalam jual beli.
5. Ayat 85 dalam Surah Al-A’raf membincangkan tentang nasihat Nabi Syuaib yang
menegah umatnya daripada melakukan penipuan dalam timbangan jual beli. Hal ini
memastikan integriti pasaran tidak dicemari penipuan dan sebagai tanda ketaatan
kepada Allah SWT.
Rujukan

1. Al-Faqi, A. U. (1982). Fiqh Muamalah Dirasah Muqaranah. Riyadh: Dar al-Marih.

2. Al-Maraghi. (1946). Tafsir Al-Maraghi. Kaherah: Mustofa Al-Bab.

3. Az-Zuhaili, W. (1991). At-Tafsir Al-Munir. Beirut: Dar al-Fikr.

4. CFA Institute. (2018). Financial Reporting and Analysis. New York: CFA Institute.

5. Husain, A. M. (1968). Tafsir al-Wadih. Kaherah: Mat'baah Al-Istiqlal Al-Kubro.

6. Husain, A. M. (1986). Tafsir al-Baghawi. Beirut: Dar al-Makrifah.

7. Kathir, I. (1998). Tafsir al-Quranul Azim. Riyadh: Maktabah Dar as-Salam.

8. Kwant, E., & Paramsothy, V. (2015). Chartered Banker: Credit and Lending.
London: BPP Learning Media.

Anda mungkin juga menyukai