Anda di halaman 1dari 13

SOALAN 1

a) Nyatakan 3 contoh struktur pembelajaran dan huraikan (10 markah)

Struktur Pembelajaran merujuk kepada bentuk pembelajaran murid


berdasarkan persaingan, individu, dan koperatif.

 Persaingan
-Huraian: pelajar belajar dalam suasana persaingan untuk menang/
mencapai matlamat.
-Contoh:guru menggunakan kaedah ganjaran seperti teori behaviorisme.
Secara positif, persaingan dapat menimbulkan sedikit rasa cemas dan
seterusnya memotivasikan pelajar untuk mencapai matlamat
pembelajaran mereka. Namun harus berjaga-jaga, rasa cemas berlebihan
boleh merosak motivasi, yang menang dimusuhi dan dianggap
menjatuhkan rakan-rakan, yang kalah dinilai negative/ stigma negative.

 Individu
-Huraian: Setiap pelajar belajar mengikut kepantasan/kemampuan
mereka masing-masing.
-Contoh: Di dalam kelas disediakan beberapa learning centers, pelajar
menempatkan diri di learning center mengikut minat masing-masing.
Standard ditetapkan oleh guru, berbeza bagi setiap individu. Sekiranya
pelajar dapat mencapai atau melampaui standard, pelajar akan
memperoleh gred A. Sekiranya pelajar tidak dapat mencapai standard,
pelajar memperoleh gred C/D. Pelajar bersaing dengan diri sendiri
bukannya rakan sekelas.
Tidak stress/ belajar mengikut kemampuan sendiri tetapi dibimbangi
tidak pandai bermasyarakat dan kaedah yang mahal dan sulit untuk
bilangan pelajar yang ramai.

 Koperatif
-Huraian: Kerja sama dalam pembelajaran/ belajar dalam kelompok.
-Contoh: Pelajar duduk di dalam kumpulan dan bekerjasama bagi
menyelesaikan tugasan atau masalah, dengan bimbingan daripada guru
tentang cara mengendalikan kerja kumpulan. Contoh, guru tekankan
setiap ahli kumpulan harus memberi sumbangan dan berkomunikasi
bukannya menjadi free loafer, dan peranan ahli kumpulan perlu
ditetapkan dari awal.
Dibimbangi berlaku konflik yang besar apabila pelajar tidak tahu cara
mengendalikan kumpulan dan kumpulan tidak produktif.

Kesimpulan: Struktur koperatif dilihat sebagai penyelesaian bagi struktur persaingan


(yang mementingkan kejayaan seseorang atas kegagalan orang lain) dan struktur
individu (yang dibimbangi akan menyebabkan kerjasama dalam bermasyarakat tidak
dibentuk) dengan syarat pelajar perlu tahu cara mengendalikan kumpulan masing-
masing agar dapat membaiki prestasi akademik, agar pelajar belajar menerima
perbezaan individu, dan agar pelajar biasa bekerja sama dan berkobalorasi.
(b) Beri 4 kebaikan struktur pembelajaran yang dipilih

Saya memilih koperatif.

 Pelajar mempunyai pencapaian yang lebih tinggi dalam pembelajaran


koperatif berbanding individu dan persaingan.
(Dalam beberapa kajian, keputusan menunjukkan pelajar mempunyai
pencapaian yang lebih tinggi , disebabkan kerjasama dapat memberi impak yang
lebih kuat dalam meningkatkan prestasi)
 Pelajar lebih positif terhadap sekolah, mata pelajaran, dan guru ketika
berlaku kerja sama.
(Keseronokan pembelajaran yang dialami daripada struktur kooperatif –
mungkin disebabkan berlakunya komunikasi pelbagai hala dan kepelbagaian/
kelainan dalam pembelajaran, memotivasikan pelajar dan memberi persepsi
positif kepada pelajar)
 Pelajar lebih positif dalam struktur koperatif berbanding ketika mereka
belajar menggunakan struktur individu dan persaingan.
Dalam struktur koperatif, kepelbagaian diraikan. Pelajar belajar menerima
kekuatan dan kelemahan ahli kumpulan, dan belajar menerima perbezaan
walaupun berbeza bangsa, keupayaan, dan tahap, kerana ingin menolong antara
satu sama lain untuk mencapai objektif.
 Pelajar mempunyai kemahiran interpersonal yang lebih baik berbanding 2
struktur lagi. Mereka lebih tahu bagaimana mengambil bahagian dalam
perbualan, lebih berketerampilan ketika berinteraksi, lebih mahir bekerja
dengan orang lain.

Semua ini menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih baik, tahap penerimaan
terhadap pelbagai individu lebih baik, keterampilan social yang lebih baik.
SOALAN 2

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan persepsi sosial? (2 markah)


Jawapan:
Proses seseorang untuk menginterpretasikan dan evaluasi
tentang sifat-sifat, kualiti ,dan keadaan
yang ada dalam diri orang yang dipersepsi
sehingga terbentuk gambaran
tentang orang yang dipersepsi.
@
Proses untuk mengetahui atau memahami orang lain/ pembelajaran kooperatif
@
People’s insight or view towards cooperative learning.

(b) Nyatakan 2 contoh persepsi sosial daripada tanggapan positif dan 2 contoh persepsi sosial
daripada tanggapan negative dalam kedua-dua pembelajaran? (8 markah)
Jawapan:
Tanggapan negatif:
- Ibu bapa beranggapan guru kurang mengajar terutamanya kepada murid yang lemah
(berpusatkan murid, pelajar pintar ajar pelajar lemah)
-Pelajar beranggapan berlakunya dominasi dalam kumpulan (oleh individu dominan)
-Guru beranggapan pembelajaran kooperatif/ kolaborati memerlukan masa yang panjang
untuk membuat persediaan (kekangan masa)
Tanggapan positif:
-Ibu bapa beranggapan ia boleh menimbulkan kemahiran sosial yang baik (sebab komunikasi
untuk selesaikan kerja)
-Guru beranggapan proses pembelajaran berpusatkan murid (guru tidak perlu banyak
bercakap dan memberi penerangan seperti kelas tradisional)
-Pelajar beranggapan PDPc menarik kerana pelbagai aktiviti (tidak lagi membosankan seperti
tradisional)

(c) Bagaimanakah persepsi sosial ini berlaku dalam kedua-dua pembelajaran? (8m)
 Persepsi sosial negative dalam kalangan pelajar berlaku apabila berlakunya masalah
komunikasi dalam sesama pelajar (Contoh ahli kumpulan tidak memberi perhatian,
menolak pendapat, mengganggu perbincangan…) .Persepsi sosial positif berlaku
apabila pelajar menyenangi pelbagai aktiviti berbeza yang membolehkan mereka
berkomunikasi dan bergerak, sekaligus menambahkan minat mereka dalam
pembelajaran.
 Persepsi sosial neatif dalam kalangan guru berlaku apabila berlakunya off-task
behaviour (murid tidak melakukan aktiviti seperti yang diminta), kerja berkumpulan
tidak mengikut masa yang ditetapkan, bahan yang disediakan tidak tepat. (Semua ini
adalah contoh guru kurang memberi penekanan kepada cara mengendalikan kerja
berkumpulan walaupun sering melakukan kerja berkumpulan, maka wujudlah
masalah2 seperti yang disebutkan, dan terbentuklah persepsi sosial seperti
pembelajaran kooperatif dan kolaboratif memerlukan masa yang banyak untuk
persediaan tetapi kurang berkesan). Persepsi sosial positif berlaku apabila pelajar
lebih banyak memberi idea dan membentuk idea (berpusatkan murid, jadi guru
hanya membantu (facilitate)
 Persepsi sosial positif dalam kalangan ibu bapa berlaku apabila melihat komunikasi
dalam kalangan anak-anak adalah bertambah baik (mungkin disebabkan telah
dibiasakan melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif) namun persepsi sosial
negative berlaku apabila melihat keputusan peperiksaan sekolah atau anak2 mereka
tidak memuaskan apabila dibandingkan dengan keputusan peperiksaan sewaktu
guru mengamalkan pemngajaran tradisional. Ini menunjukkan seolah-olah
pembelajaran tidak berkesan untuk meningkatkan keputusan pelajar.
 Persepsi sosial positif dalam kalangan pentadbir berlaku apabila pentadbir
diamanahkan untuk meneraju seluruh warga sekolah untuk mengamalkan amalan
kolaboratif dan kooperatif. Pentadbir mungkin beranggapan kaedah ini adalah
sangat baik memandangkan ia dapat memberi latihan kepada pelajar supaya
membentuk nilai, kreatif dan kritis, bekerjasama, sekaligus menyediakan pelajar
untuk bersaing dalam alam pekerjaan. Anggapan ini dibentuk oleh pembuat dasar
seterusnya para pentadbir, guru2, murid2 dan ibu bapa. Namun persepsi sosial
negative juga boleh berlaku apabila melihat guru-guru kurang mengamalkan
pembelajaran kooperatif dan kolaboratif atas sebab sebab tertentu seperti kekangan
masa untuk persediaan disebabkan lambakan kerja perkeranian dan keputusan
pelajar tidak memberansangkan.

(d) Jelaskan persamaan persepsi sosial dalam kedua-dua pembelajaran (10m)

 Melihat bahawa pelajar perlu terlibat aktif


(aktiviti berkumpulan yang disediakan adalah berpusatkan murid, murid perlu
bekerja di dalam kelompok kecil untuk mencapai objektif)
 Melihat bahawa guru sebagai pemudahcara
(Guru hanya menjadi pemudah cara, membantu pelajar dalam mengendalikan
kumpulan, dan sekiranya berlaku masalah dalam kerja berkumpulan, dan
menentukan kaedah kerja kumpulan, pelajar mencari sendiri jawapan dan
penyelesaian melalui kerjasama sesame ahli kumpulan)
 Melihat bahawa pelajar sebagai penyumbang idea
(kedua2 pembelajaran memerlukan pelajar memberi idea masing-masing untuk
menyelesaikan masalah dan tugasan yang diberi)
 Melihat bahawa kemahiran social dan kerja berpasukan dibangunkan
(pelajar perlu berkomunikasi sesama ahli kumpulan dan antara kumpulan dengan
kumpulan, ini melatih kemahiran social dan mengajar cara bekerja sama)
 Melihat bahawa penglibatan pelajar bukan setakat belajar tetapi juga mengajar,
penglibatan guru bukan shaja mengajar tetapi juga belajar.
(selain input daripada guru, dalam kumpulan, pelajar aras tinggi perlu menerangkan
apa2 yang tidak difahami oleh pelajar aras rendah, guru sambil mengajar boleh
belajar apa yang diajar)
SOALAN 3

(a) Huraikan 5 persamaan dalam pembelajaran koperatif dan kolaboratif


(10 markah)
(b)Huraikan 5 perbezaan dalam kedua-dua pembelajaran (10 markah)

PERSAMAAN
KOOPERATIF DAN KOLABORATIF
 Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif
 Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.
 Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan
pembelajaran dialami oleh guru dan murid.
 Kedua-dua bentuk pembelajaran menghendakkan pelajar
menyampaikan idea dalam kumpulan kecil.
 Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan
pasukan.
PERBEZAAN
KOPERATIF KOLABORATIF
1. Aktiviti distrukturkan di mana Pelajar-pelajr merunding dan
setiap pelajar memainkan peranan mengorganisasi usaha sendiri
spesifik.
2. Guru memantau, mendengar dan Aktiviti kumpulan tidak dipantau
mencampur tangan kegiatan oleh guru. Jika timbul persoalan,
kumpulan jika perlu. soalan itu dijawab oleh kumpulan itu
sendiri. Guru cuma membimbing
pelajar ke arah penyelesaian
persoalan
3. Pelajar-pelajar menilai prestasi Pelajar-pelajar menilai prestasi
individu dan kumpulan dengan individu dan kumpulan tanpa
dibimbing oleh guru dibimbing oleh guru
.
4. Hasil secara kumpulan Hasil Secara Individu
5. Pergantungan positif setiap ahli Tiada ‘ kontrak’ pergantungan dalam
dalam memnentukan kejayaan kolaboratif bersama
menentu kejayaan pasukan
SOALAN 4

(a) Berikan maksud pembinaan insaniah. (2m)

Pembinaan insaniah ialah


kaedah untuk mengenal atau mengkategorikan
kemahiran dan kebolehan seseorang
dalam sesuatu bidang.
Terutamanya dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara

(b) Bagaimana motivasi dapat meningkatkan pembentukan insan dalam pembelajaran


koperatif. (10m)

 Menimbul dan mengekalkan minat pelajar.

Motivasi dalam bentuk intrinsik dan ekstrinsik.


Dalam pembelajaran koperatif,
Dengan adanya motivasi intrinsic, pelajar-pelajar didorong untuk belajar kerana
minat,suka dan bukan kerana paksaan.
Namun, pelajar yang kurang motivasi intrinsic, guru antara yang berperanan
memberi motivasi ekstrinsik

(contoh: kata semangat, affectionate, hadiah sewaktu pembelajaran koperatif


dijalankan).
Perkara ini boleh menarik minat pelajar.

 Motivasi menggalakkan semangat persaingan.

Motivasi guru dalam pembelajaran koperatif akan menggalakkan persaingan sesama


pelajar,
pelajar rasa bersemangat untuk bekerjasama mencapai objektif pembelajaran.

Contohnya, guru sentiasa menunjukkan self-affection dan penghargaan kepada


pelajar, memberi hadiah/ insentif/ sijil/ merit.
Perkara-perkara ini disukai oleh pelajar kerana penghargaan daripada seorang guru
amat bermakna.
Maka pelajar berlumba secara berkumpulan.

 Motivasi intrinsik dapat membentuk nilai hormat

Apabila minat, setiap anggota kumpulan berdiam dan mendengarkan pendapat atau
input rakan mereka tanpa membuat sebarang 'judgement'.
Nilai hormat juga dapat disemai melalui perbuatan menunggu giliran masing-masing
untuk mengemukakan pandangan, tanpa membuat celahan spt dalam aktiviti
koperatif Talking Chips.
Nilai hormat juga dapat dilihat apabila para pelajar dididik agar menunjukkan reaksi
melalui raut wajah atau gerak-geri yang positif ketika mendengar pendapat rakan
dalam pembelajaran koperatif.

 Motivasi untuk bertanggungjawab –

Apabila pelajar bermotivasi dalam kooperatif learning ,


pelajar akan belajar bahawa 'we sink or swim together'.
Maknanya, pelajar-pelajar dalam kumpulan harus bekerjasama dan
bertanggungjawab untuk membantu setiap ahli.

Nilai bertanggungjawab juga terserlah melalui aktiviti seperti Three Stray, One Stay
yang menginginkan setiap ahli kumpulan memegang peranan khusus demi
memastikan tugasan yang diberikan kepada kumpulan itu terlaksana dengan sebaik
mungkin secara bekerjasama.

 Penglibatan secara aktif dalam pembelajaran.

Apabila pelajar bermotivasi dalam pembelajaran kooperatif, pelajar akan dengan


sendirinya melibatkan diri secara aktif dan tidak curi tulang

Contoh: pelajar jelas tentang struktur pembelajaran kooperatif dan jelas tentang
cara mengendalikan kerja berkumpulan, dan guru pula bertindak selaku fasilitator,
maka kemudahan ini menggalakkan lagi pelajar terlibat secara aktif dlm
pembelajaran koperatif.

(c) Motivasi dikaitkan dengan ganjaran / hukuman. Jelaskan hubungan ini dalam konsep
pembelajaran koperatif. (10 m)

Dalam menggalakkan berlakunya pembelajaran koperatif yang berjaya, guru perlu


meningkatkan motivasi pelajar dalam kerja berkumpulan,iaitu melalui peneguhan
positif dan negative.

Contoh peneguhan positif adalah apabila…..

 Guru memberi pujian kepada pelajar yang aktif, kata-kata semangat, senyuman,
self-affection –supaya pelajar rasa semangat untuk terus mengahsilkan kerja yang
berkualiti
 Guru mewujudkan papan ganjaran untuk memberi mata dan bintang -supaya
pelajar rasa dihargai walaupun sekecil-kecil usaha dan bersaing.
 Guru memberikan hadiah/ insentif kepada pelajar yang menonjol (aspek
keberanian, kepimpinan, keyakinan)- supaya pelajar sentiasa belajar cara
mengendalikan kerja berkumpulan dengan betul

Contoh peneguhan negative adalah apabila…….


 Terdapat pelajar yang menjadi free loafer/ curi tulang; maka hukuman berbentuk
positif boleh diberi seperti memberi tanggungjawab/peranan/ role kepada setiap
individu supaya setiap orang lebih rasa diperlukan dan mahu bertanggungjawab
 Terdapat pelajar yang melakukan ‘off-task behaviour’ , suka bercakap tentang
perkara yang tidak berkaitan dengan isi pelajaran dan tidak focus kepada kerja;
maka guru bolehlah memberi teguran tetapi secara tidak memalukan murid.

(d) Ganjaran dan maklum balas dalam pembelajaran koperatif boleh memperbaiki prestasi hasil
kerja individu. Huraikan.
 Sewaktu menjalankan pembentangan hasil kerja ahli kumpulan, contohnya 1 stay, 2
stray, dalam masa yang sama, pelajar akan mendapat “maklum balas”/ feedback
secara terus daripada rakan sekelas, dari segi pemahaman terhadap bahan atau
pemahaman terhadap komunikasi.
Perkara ini akan membantu pelajar untuk memperbaiki hasil kerja dan komunikasi
pada masa akan datang.
 Dalam pembentangan hasil kerja, guru pasti memberi input tentang sama ada
penyampaian isi kita tepat atau tidak, dan cara penyampaian kita samada perlu
dibaiki. Pada masa hadapan, sekiranya ingin mendapat markah yang lebih cemerlang
sudah pasti input tersebut berguna untuk membuahkan hasil kerja yang lebih
bermutu atau membaiki kerja sedia ada.
 Apabila terdapatnya ganjaran, maka pelajar sudah tentu berusaha untuk
membuahkan hasil kerja kumpulan yang paling baik. Sudah pasti keadaannya
berbeza apabila tiada sebarang ganjaran, pelajar sekadar memenuhi tugasan tetapi
tiada persaingan untuk menjadi yang paling baik.
 Apabila maklum balas positif dan ganjaran diberi setiap kali prestasi kerja
berkumpulan baik, sudah pasti ini akan meningkatkan lagi usaha untuk membuat
yang lebih baik lagi pada masa hadapan agar terus mendapat maklum balas positif
dan ganjaran.
SOALAN 5

(a) Jelaskan pendekatan berstruktur dalam pembelajaran koperatif (10m)

Pendekatan berstruktur merupakan kaedah mengorganisasi interaksi murid.


Terdapat perbezaan di antara struktur, kandungan dan juga aktiviti.
Pendekatan berstruktur bermaksud bagaimana sesuatu pengajaran itu disampaikan. (contoh
think pair share)
Isi kandungan pula bermaksud apa pengajaran yang disampaikan. (contoh ciri ismometric
transformation)
Gabungan struktur dan isi kandungan akan menghasilkan aktiviti di dalam pembelajaran
koperatif.

(b) Berikan 2 contoh dan huraikan (10m)

 2 stay 2 stray
-Aktiviti dilakukan dalam 4 orang 1 pasukan, cari maklumat, siapkan bahan.
-Sewaktu pembentangan, 2 orang akan kekal di station untuk membentangkan isi
kandungan, 2 lagi akan bergerak dari kumpulan ke kumpulan lain untuk mendapatkan
maklumat.
-Kemudian, pasangan tadi bertukar fungsi, pembentang akan dapatkan maklumat, dan
pelajar yang bergerak tadi akan menjadi pembentang.
-apabila masa mencukupi, pelajar berkumpul di dalam kumpulan masing-masing dan
melakukan sesi perkongsian.

Perkara yang perlu dititik beratkan: pengurusan masa, carapenyampaian maklumat agar
tidak tiris

 think-pair-share
- seorang berfikir, kembangkan dengan rakan sebelah, share dengan rakan sekelas.

Perkara yang perlu dititik beratkan: komunikasi perlu berlaku sebab dua orang saja, bila dah
bincang dengan kawan, lebih yakin untuk present.
SOALAN 6

(a) Huraikan sekurang-kurangnya 5 perbezaan kumpulan pembelajaran koperatif dan


kumpulan pembelajaran tradisional (10 m)

Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Pembelajaran yang


melibatkan pelajar secara aktif di dalam kumpulan. Setiap ahli di dalam kumpulan memiliki peranan
yang penting dalam setiap kumpulan. Semasa aktiviti diadakan di dalam kumpulan akan berlaku
hubungan interaksi antara pelajar di dalam kumpulan. Setiap ahli di dalam kumpulan
bertanggungjawab atas tugas dan peranan yang diberikan di dalam kumpulan. Manakala guru hanya
akan membantu dalam kaedah interpersonal di dalam kumpulan. Guru juga akan berinteraksi
dengan kumpulan pelajar sekiranya diperlukan sahaja. Pembelajaran koperatif juga mempunyai ciri-
ciri seperti memberi ganjaran dalam kumpulan, tanggungjawab individu, peluang yang sama untuk
berjaya dan matlamat kumpulan.

Manakala perbezaan yang ada dalam pembelajaran tradisional adalah pembelajarannya berpusatkan
guru. Aktiviti yang akan dijalankan semasa pdpc akan ditentukan berdasar arahan guru.
Pembelajaran tradisional lebih menitikberatkan proses menghabiskan silibus mata pelajaran.
Pengajaran guru di dalam kelas menggunakan kaedah ceramah atau chalk and talk sahaja. Guru pula
menggunakan buku teks sebagai panduan utama semasa pdpc dijalankan. Pembelajaran tradisional
juga lebih memfokuskan kepada isolated work iaitu pelajar belajar secara individu.

COOPERATIVE TRADITIONAL
Shared responsibility for each others’ Responsible only for own learning
learning
Group members regarded as a major source Teacher is the major source
(Students centerd) (Teacher centered)
Small group (2-4 students) 8-12 students in a group
Individual accountability No individual accountability
Positive interdependence No positive interdependence

(b) 5 masalah dalam pembelajaran koperatif (10 m)

1. Keadaan dalam kumpulan yang sukar untuk dikawal akibat daripada ahli yang tidak berdisplin

2. Ahli dalam kumpulan yang tidak sependapat dalam menjalankan sesuatu tugasan

3. Pemilihan pelajar dalam kumpulan tidak diurus dengan baik oleh guru

4. Ahli dalam kumpulan yang ramai daripada kaedah yang ditetapkan.

5. Masa yang tidak mencukupi dalam menguruskan aktiviti pembelajaran koperatif di dalam kelas
(free loafer, off task behaviour, masa persediaan tak cukup, pelajar terlalu ramai-bising-kawalan
kelas-space tak cukup, komunikasi tidak berlaku)

SOALAN 7

(a) Apakah maksud perubahan tingkah laku.

manusia akan berubah sesuai dengan apa yang dipelajari


dan apa yang dipelajari itu yang akan membentuknya
sesuai dengan keperluan

(b) Berdasarkan model tertentu dalam pembelajaran koperatif, jelaskan perubahan


tingkah laku murid
 Mewujudkan nilai kerjasama untuk memahami konsep yang dipelajari (sink or swim
together)
 Mewujudkan budaya hormat menghormati (culture of listening)
 Meraikan pelbagai perbezaan di dalam heterogenus (pelbagai level, bangsa, latar
belakang…belajar terima, sebab nak kerja sekali)
 Perhubungan interpersonal bertambah baik (belajar bersosial)

(c) Bagaimana guru membantu perubahan tingkah laku murid dalam pembelajaran
koperatif
 Develop culture of listening
 Pastikan group heterogenus
 Menggalakkan berlakunya komunikasi dalam kumpulan, dan arahan yang jelas
tentang cara bekerja dalam kumpulan. Guru explain dulu cara.
 Bertukar-tukar ahli kumpulan supaya sentiasa belajar untuk mingle.

(d) Nyatakan perubahan tingkah laku guru dalam menjayakan pembelajaran koperatif.

 Guru lebih kreatif dan kritis (bila guna kepelbagaian aktiviti dan cari sumber)
 Guru cuba untuk lebih bersedia (dari segi bahan kerja kumpulan, supaya berjalan
lancar, ikut flow..berbanding tradisional hanya chalk n talk tak perlu bersedia sangat)
 Pengurusan masa lebih baik- apabila persediaan perlu rapi, maka guru terpaksa
menguruskan masa dengan lebih baik , dah tak boleh bersantai lagi)
 Guru lebih bersikap terbuka (untuk berubah dan menyediakan pelajar to be able to
compete in d future workforce, demi masa depan pelajar)
SOALAN 8

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan konflik

Satu kemahiran yang perlu dititik beratkan untuk kekalkan kesejahteraan


(limitkan aspek negative dan tingkatkan aspek positif

(b)Huraikan pengurusan konflik yang sesuai dalam pembelajaran koperatif

 Contoh konflik: murid terlalu bising (pengurusan: silent signal)


 Contoh konflik: kawalan kelas , murid ramai (tegas, jumlah ahli kumpulan
perlu optimum)
 Contoh konflik: murid kurang minat terhadap subjek dan guru (kreatif
pelbagaikan aktiviti, be affectionate, ganjaran)
 Contoh konflik: bilik darjah tidak diselia dengan baik (susunan bilik
darjah yg sesuai ikut kumpulan, peraturan bilik darjah, kelas perlu
kondusif dan selesa)
 Contoh konflik: off task behavior/ free loafing (guru sentiasa semak kerja
murid tetapi tak boleh overtaking)

(c) Bagaimana guru membantu murid dalam pengurusan konflik semasa


pembelajaran koperatif.

 Wujudkan role (peranan setiap ahli, supaya tak berlaku free loafing)
 Memberi pilihan kepada pelajar untuk “self-select” kerana pelajar lebih
tahu tentang kawan2 yang mempunyai ‘ambition’ yang sama, dapat
bergerak sehaluan
 Beri ganjaran/ merit bagi pengendalian kumpulan yang baik dan tidak
berlaku off task behaviour
 Beri arahan yang sangat jelas sebelum memulakan kerja kumpulan
(develop culture of listening, maka pelajar akan belajar untuk mendengar
suara ahli kumpulan juga)
 Mengadakan sesi ‘self-reflect’ setelah kerja kumpulan selesai, supaya
setiap ahli dapat senaraikan balik fungsi masing2

(d)Bagaimana guru boleh mengelakkan konflik berlaku dalam pembelajaran


koperatif.

 Mulakan kelas dengan mengajar murid kemahiran pengurusan konflik


seperti perbincangan tentang ciri2 kawan yang baik, bagaimana ingin
berkawan, apa perasaan apabila mendapat kawan yang baik/ tak baik
 Mengajar kemahiran komunikasi seperti budaya mendengar, meminta
penjelasan, membuat bahasa badan yang sesuai
 Ingatkan pelajar ttg guideline untuk group work-make sure students
faham task, dan highlight kan responsibility masing2)
 Brainstorm possible conflict which might occur, n how to solve
 every student gets a turn having a specific job related to class management and
maintenance: Every Monday, job responsibilities are rotated so that each student
has an opportunity to try each job
 Team building activity each particular day (let say every Friday)

Anda mungkin juga menyukai