Anda di halaman 1dari 8

2019

KESAN APLIKASI
TULAR KEPADA
GOLONGAN BELIA

DISEDIAKAN OLEH

SHAHIERA NUR
ANIS BINTI SHAHZURI

SITI NURFARAHANI BINTI


AHMAD YUSRI

nama guru : www.wuvodesigns.com


Encik Jasmi bin Md Isa wuvodesigns@mail.com
PENGENALAN
Laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kaji selidik
penggunaan telefon mudah alihnya pada 2014 menunjukkan lebih 95 peratus pengguna
di negara ini mengatakan penggunaan telefon mudah alih adalah penting.

Walaupun kepentingannya sebagai alat komunikasi masih teratas, namun cara


komunikasi menggunakan aplikasi telah meningkat saban tahun, dengan dibantu oleh
kehadiran aplikasi seperti WhatsApp, Messenger, Telegram dan WeChat.

Keperluan aplikasi bukan sahaja terhenti kepada tujuan komunikasi secara langsung,
namun turut ditambah oleh capaian Internet dan kepentingan media sosial dalam
kalangan masyarakat masa kini.

Dianggarkan 61 peratus capaian ke Internet adalah melalui aplikasi telefon pintar. Jika
ingin disenaraikan kepentingan dan contoh aplikasi yang popular dalam kalangan
pengguna telefon pintar, tidak mungkin cukup ruangan untuk dikongsikan.

Masyarakat kini menjadikan media sosial sebagai rujukan utama untuk mengetahui berita
terkini (sama ada palsu atau benar) serta membeli dan mempromosi perniagaan.
Tidak kurang juga
yang menggunakan medium itu sebagai tempat meluahkan perasaan kecewa berbanding
bercerita kepada keluarga dan insan rapat.
Sejak akhir-akhir ini, melarat pula kisah berhibur menggunakan aplikasi seperti Bigo dan
Tik Tok
yang memerlukan pengguna melakukan pelbagai aksi seperti menari, melompat dan seb
againya mengikut lagu yang disediakan.
Terbaharu, bukanlah aplikasi tetapi trend semasa yang digelar Keke Challenge. Ia merup
akan tarian yang perlu dilakukan di luar kereta dan dalam keadaan kereta bergerak samb
il mengikut rentak lagu In My Feelings dendangan artis antarabangsa, Drake.
Secara umumnya, tiada masalah mengenai cabaran mahupun aplikasi yang disebut di at
as.

\Apa
yang lebih mengesalkan ialah bila munculnya pengguna dari kalangan wanita terutamany
a yang beragama Islam tanpa segan silu menari dan berjoget dengan penuh erotik demi
perkara yang disebut sebagai hiburan mengikut trend.
Kesimpulannya, folio ini mengetengahkan aplikasi-aplikasi yang sedang tular di Malaysia
pada masa ini seperti Facebook, Tik Tok dan Bigo.
ti k
TikTok adalah aplikasi media iOS dan Android untuk merakam dan berkongsi
video pendek. Aplikasi ini dilancarkan pada tahun 2017 oleh ByteDance, untuk
pasaran di luar China. ByteDance sebelum ini telah melancarkan Douyin untuk
pasaran China (Cina: 抖⾳ ; pinyin: Dǒuyīn; secara harfiah: 'bunyi bergetar') pada
September 2016. TikTok dan Douyin menggunakan perisian yang sama, tetapi
mengekalkan rangkaian berasingan untuk mematuhi sekatan penapisan China.

Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat video muzik pendek 3 hingga 15


saat dan video gelung pendek 3 hingga 60 saat. Ia adalah platform video pendek
utama di Asia, Amerika Syarikat, dan bahagian lain di dunia.TikTok tidak tersedia
di China dan pelayannya berpusat di negara-negara di mana aplikasi tersedia.

Pada tahun 2018, aplikasi itu mendapat populariti dan menjadi aplikasi yang
paling dimuat turun di A.S. pada bulan Oktober 2018. Sehingga 2018, ia boleh
didapati di lebih daripada 150 pasaran, dan dalam 75 bahasa. Pada Februari
2019, TikTok, bersama-sama dengan Douyin, melanda satu bilion muat turun
secara global, tidak termasuk pemasangan Android di China.

Di Malaysia, aplikasi ini digunakan secara meluas oleh golongan belia dan
remaja serta penggunaannya meluas kepada semua peringkat umur sama ada
jantina lelaki atau perempuan.

Tik Tok ialah aplikasi yang memerlukan pengguna melakukan pelbagai aksi
seperti menari, melompat dan sebagainya mengikut lagu yang disediakan dan
menjadi tular apabila ianya dimuat naik di media sosial. Lihat sahaja di media-
media sosial lambakan video-video menari yang kebanyakannya dimuat naik
oleh wanita yang berhijab, mereka tanpa segan silu mempamerkan lenggok
tubuh mereka. Dimanakah malu mereka? Perkara ini mendorong mereka dalam
mempamerkan aksi yang boleh menjatuhkan maruah seorang wanita Islam.

Sehubungan itu, perkara ini meningkatkan kebimbangan masyarakat Islam. Hal


ini seperti mana yang telah dibincangkan oleh penceramah dan pensyarah
Akademi Islam, Universiti Teknologi Mara, Selangor iaitu Ustazah Asmak Husin
dalam akhbar Kosmo Online bertarikh 24 Julai 2018 bahawa beliau percaya
perkara ini berlaku kerana kurangnya ilmu mengenai adab berhibur yang dituntut
oleh Islam. Katanya lagi, agama Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur,
namun perlulah berdasarkan landasan yang betul.
Ini adalah berdasarkan hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah:

“Orang-orang habsyah datang menari pada hari raya di Masjid. Aku pun mengajak baginda SAW
melihatnya bersama. Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku
berpaling dari melihat mereka”. ( Riwayat Muslim )

Namun jika dilakukan di hadapan lelaki ajnabi maka hukumnya haram. Ini kerana, hal tersebut
boleh menimbulkan fitnah yang besar bagi lelaki, termasuk dalam perbuatan yang mendekati
zina. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah ada sepeninggalku fitnah yang paling berbahaya bagi lelaki selain fitnah terhadap wanita”
(Riwayat al-Bukhari dan Ibnu Hibban)

Dalam menangani isu ini adalah dengan mewujudkan kesedaran dalam diri setiap wanita.
Mereka sepatutnya mempunyai sifat malu kerana ianya fitrah seorang wanita. Berdasarkan
firman Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

“Katakanlah kepada wanita-wanita mukminah: Hendaklah mereka menundukkan pandangan mata mereka
dan menjaga kemaluan mereka.”

Menjaga kemaluan adalah menjaganya daripada perbuatan zina, homoseksual dan lesbian,
juga menjaganya dengan tidak menampakkan dan menyingkapnya di hadapan manusia.

Jangan disebabkan ingin popular di dunia, sifat malu mu hilang. Cukuplah simpan video-video
tersebut untuk tatapan diri sendiri dan tidak perlu dimuat naik untuk mendapatkan follower
yang ramai di media sosial. Jangan dek kerana terlampau taksub dengan aplikasi ini, wanita
sanggup melupakan sifat muslimah yang sejati.

Masyarakat Islam harus sedar bahawa trend terkini seperti Tik Tok ini merupakan salah satu
agenda musuh Islam untuk merosakkan pemikiran anak muda yang mudah terpengaruh
dengan anasir-anasir luar. Perkara ini perlu diketengahkan dan perlu ditangani dengan serius
agar masyarakat hari ini tidak terjebak dengan perkara yang menjatuhkan maruah diri,
keluarga dan masyarakat Islam terutamanya golongan wanita.
bi li
BIGO LIVE adalah aplikasi streaming langsung yang membolehkan pengguna untuk
berkongsi rutin kehidupan mereka, merakam permainan video, menganjurkan
pertunjukan mereka sendiri dan berinteraksi dengan pengguna lain di platform. julat umur
pengguna adalah dari remaja berumur tujuh belas tahun dan lebih tua, BIGO LIVE
adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan, tetapi mengandungi pembelian
dalam aplikasi untuk mata wang platform.

Berdasarkan penjelasan tersebut, aplikasi ini seperti tiada apa apa celanya. Namun
begitu, aplikasi live streaming ini digunakan oleh golongan belia untuk mendapatkan
ganjaran yang digelarkan beans ataupun diamond yang dapatkan ditukarkan kepada
mata wang sebenar. Maka, pemilik akaun Bigo Live ini semakin ghairah dan terdesak
mendapatkan ganjaran ini demi wang sehingga sanggup menunjukkan aset mereka dan
ada yang menunjukkan aset yang tidak sepatutnya ditunjukkan.

Pada tahun 2017, tersebar rakaman video melalui aplikasi Bigo Live milik Natasha Elyzza
yang antara lain memaparkan dirinya bersama seorang wanita yang terdedah
sebahagian daripada tubuhnya.

Rakaman video itu mencetuskan kontroversi kerana wanita terbabit dikatakan mirip
Fathia. Bintang Ariana Rose itu terus hangat apabila pembabitannya dalam drama La
Luna terbitan TenView Sdn Bhd ditamatkan serta merta.
Berdasarkan kontroversi tersebut, terbukti bahawa aplikasi Bigo Live membuka aib
individu jika kita menyalah gunakannya. Tayangan aksi aksi tidak senonoh adalah
punca utama aplikasi ini tular di Malaysia sehingga menyebabkan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) digesa menyiasat aplikasi ''Bigo Live'' dan
mengambil tindakan segera mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut.

Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff ketika membahaskan usul menjunjung
kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara hari ini
berkata aplikasi berkenaan dianggap sebagai ''pelacur media sosial'' yang memberi
ancaman kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah.

Katanya aplikasi yang berbentuk ''live streaming'' itu semakin mendapat perhatian
dalam kalangan pengguna media sosial kerana fungsinya yang membolehkan
pengguna berinteraksi secara langsung seperti berkenalan dengan rakan baharu
atau meluaskan perniagaan mereka.

"Apa yang menyedihkan ialah rata-rata pengguna media sosial menyalahgunakan


''Bigo Live'' yang bertujuan menjatuhkan moral dan dikhuatiri boleh mengundang
masalah sosial yang teruk pada masa depan," katanya.

Mustapa berkata penonton aplikasi itu begitu ghairah memberi 'hadiah' kepada
pemilik akaun 'Bigo Live' yang dengan mudah menayangkan 'aset' mereka,
termasuklah aset yang tidak sesuai untuk ditayangkan.

"Ia semakin membimbangkan apabila ada antara mereka memberi komen lucah dan
mahukan lebih daripada apa yang ditayangkan dan perkara ini mengundang
ketagihan kepada pengguna dan akhirnya menjebakkan diri kepada perkara tidak
sihat," katanya.

Aplikasi ''Bigo Live'' yang dibangunkan syarikat dari Singapura mempunyai pengikut
terutamanya dari negara Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina itu,
memberi pendapatan kepada pemilik akaun menerusi 'hadiah' yang diterima
sepanjang waktu siaran langsung itu

Katanya teknik pemasaran seperti itu menarik minat pengguna aplikasi itu untuk
mendapatkan seberapa banyak 'hadiah' daripada penonton.
fa ok
Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara
persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan
memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih
menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan
saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman
kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan
oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Setakat Disember 2018, pengguna Facebook telah
mencapai 2.3 billion aktif secara bulanan.

Penggunaan laman sosial seperti Facebook yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh
menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut.
Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang
berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat
Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah
mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti
itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan
mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa
penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan
kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.

Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur
pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di
laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah
diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman
sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan
seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan
“Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan
mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan
gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi
pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai