Anda di halaman 1dari 29

Sedia Pantas Berintegriti

SKOP DAN PRINSIP


PERTOLONGAN CEMAS

1.Difinisi

1.1 Pertolongan cemas ditakrif sebagai


bantuan permulaan atau rawatan
pertama yang diberikan kepada
seseorang yang tercedera dalam
sebarang kemalangan sebelum
ketibaan bantuan perkhidmatan
kecemasan atau doktor.

Sedia Pantas Berintegriti


2. Prinsip- Perinsip Pertolongan Cemas

2.1 Menyalamat nyawa.


2.2 Memberi pertolongan semasa mangsa
tercedera atau memerlukan rawatan
perubatan.
2.3 Melindungi dan mengurangkan
kecemasan mangsa apabila ada
sesuatu bencana berlaku.
2.4 Menyediakan ubatan, alat-alat untuk
melindungi orang-orang yang cedera.
2.5 menghadkan kesan-kesan kecederaan.
2.6 Menggalakan pemulihan.
2.7 Perhubungan/ tindakan apabila
sesuatu kejadian.

Sedia Pantas Berintegriti


Pertolongan Cemas
3. Seorang Ahli Pertolongan Cemas Yang Baik dan Mahir

3.1 Tajam Pemerhatian


– nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.
3.2 Pantas Ikthiar
– menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang
ada sekelilingnya.
3.3 Tidak Kasar
– jangan menyakitkan orang yang tercedera
3.4 Berakhlak Budi
– tidak menambah kesakitan.
3.5 Bertimbang Rasa
– menghiburkan hati orang yang tercedera.
3.6 Sentiasa tersenyum
– muka yang tersenyum memberi keyakinan kepada
pesakit.
Sedia Pantas Berintegriti
Pertolongan Cemas

4.Tanggunjawab Ahli Pertolongan Cemas

4.1 Sentiasa tenang dan dapat tanda dan gejala sesuatu


kecederaan.
4.2 Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa
4.3 Panggil Doktor atau hantarkan ke hospital.
4.4 Berikan maklumat yang terang kepada Doktor.

Sedia Pantas Berintegriti


Pertolongan Cemas
5. Tugas Ahli Pertolongan Cemas

Iatu memberi bantuan rawatan kecemasan kepada


pesakit:

5.1 Menahan pendarahan.


5.2 Berikan perlindungan di tempat yang teduh
dan selesa.
5.3 Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa
tidak bernafas.
5.4 Tanggalkan sebarang objek yang boleh
menyukarkan mangsa untuk bernafas.
5.5 Jika mukanya pucat, baringkan dan
selimutkan mangsa itu
5.6 Berikan layanan tertentu yang dikehendaki.
5.7 Jangan memberi orang ramai berkerumun
kerana pesakit perlukan udara yang bersih.

Sedia Pantas Berintegriti


Pertolongan Cemas

6. Jangan Memberi Apa-apa Minuman

6.1 Jika pesakit itu tidak sedar


6.2 Jika pesakit itu tercedera di bahagian paru-paru atau
perutnya.

MUSTAHAK: Dengan segera panggil Doktor atau


hantar ke hospital.
INGATAN: Seorang Ahli Pertolongan Cemas adalah
bukan seorang Doktor.

Sedia Pantas Berintegriti


Pertolongan Cemas

Nadi

Nadi merupakan gelombang tekanan yang mengalir


di sepanjang arteri yang wujud akibat denyutan
jantung. Lazimnya nadi dapat dirasai apabila terdapat
arteri yang rapat pada permukaan badan. Bagi orang
dewasa, kadar denyutan nadi biasanya antara 60 -
80 denyutan seminit. Kadar ini adalah lebih cepat
pada kanak- kanak. Ia mungkin lebih perlahan bagi
orang dewasa yang sihat. Kadar denyutan nadi
mungkin meningkat ketika dalam keadaan takut,
demam, letih, kehilangan darah dan sakit. Pengsan,
fungsi jantung yang tidak teratur dan tekanan
serebral mungkin memperlahankan denyutan nadi.

Sedia Pantas Berintegriti


Pertolongan Cemas

Dimanakah Nadi Dapat Dirasai

Denyutan nadi lazimnya direkodkan dari pergelangan


tangan (nadi radial). Jika berlaku kecemasan, pemeriksaan
denyutan nadi dilakukan dileher, iatu nadi karotid. Bagi
bayi pula, pemeriksaan denyutan nadi dibuat pada
bahagian atas lengan bayi, iatu nadi brakial. Nadi ini
mudah untuk dirasai.

Sedia Pantas Berintegriti


Pertolongan Cemas

Gunakan hujung jari anda


jangan gunakan ibu jari kerana
ia mempunyai nadinya tersendiri

Untuk mendapatkan denyutan nadi radial, letakan tiga jari


pada bahagian lekuk pergelangan tangan, iatu pada
pangkal atau dasar ibu jari tangan. Kemudian tekan
perlahan-lahan. Periksa dan rekodkan:
• Kadar denyutan nadi
• Daya kekuatan (kuat atau lemah)
• Nada (tetap atau tidak tetap)

Sedia Pantas Berintegriti


LUKA

LUKA

1. Difinisi

1.1 Sebarang kecederaan yang tidak normal


pada kulit atau pada permukaan badan ia
dinamakan sebagai luka. Kebanyakan luka
adalah terkoyak dan terbuka yang menyebabkan
darah serta cecair lain mengalir keluar daripada
badan. Luka yang tertutup pula membenarkan
darah terlepas dari sistem peredaran tetapi tidak
mengalir keluar.

Sedia Pantas Berintegriti


LUKA

2. Jenis-Jenis Luka

2.1 Luka Terhiris

Luka yang lurus dan bersih akibat terkena benda


tajam seperti pisau cukur atau pecahan kaca yang
menyebabkan darah meleleh.

2.2 Luka Melecet

Luka yang kesat dan kasar disebabkan oleh daya


tekanan yang teruk tetapi luka ini tidak
menyebabkan pengaliran darah seperti luka terhiris.

Sedia Pantas Berintegriti


LUKA

2.3 Luka Calar Balar


Luka pada permukaan yang menyebabkan
lapisan atas pada kulit tergesel. Luka calar
balar sering mengandungi partikel asing yang
terbenam didalamnya dan akan menyebabkan
infeksi.

2.4 Luka Lebam


Sebarang tamparan yang kasar boleh
memecahkan kapilari dibawah lapisan kulit
dan darah yang masuk kedalam tisu-tisu
menyebabkan lebam.

Sedia Pantas Berintegriti


LUKA

2.5 Luka Tercucuk


Luka akibat daripada terpijak paku atau
tercucuk atau tertikam benda tajam yang
menghasilkan luka pada titik kemasukan yang
kecil tetapi dalam dan menyebabkan
kerosakan dalaman.

2.6 Luka Tembakan


Tembakan peluru atau lain-lain pelontar
mungkin termasuk kedalam badan yang
menyebabkan kecederaan dalam yang sirius.
Luka pada titik kemasukan peluru mungkin
kecil dan bersih tetapi luka didalam mungkin
lebih sirius serta lebih besar.

Sedia Pantas Berintegriti


PENDARAHAN

Sebagai seorang ahli pertolongan cemas anda akan


bertemu dengan mangsa yang mengalami luka
berdarah.
Terdapat dua jenis pendarahan:

a. Pendarahan Dalaman (Internal)


b. Pendarahan Luaran (External)

Pendarahan dalaman tidak boleh dilihat oleh mata


kasar. Ia berlaku dalam badan apabila salur darah
mengalami kecederaan.

Pendarahan luaran boleh dilihat dengan mata


kasar kerana terdapat perpecahan pada kulit
badan kita.
Sedia Pantas Berintegriti
Pendarahan
A. Pendarahan Dalaman

Akibat daripada pendarahan yang boleh


menimbulkan masaalah hingga boleh meragut
nyawa seseorang.
Sebagai orang pertama memberi bantuan, kita
perlu memberi perhatian serius terhadap
pendarahan kerana renjatan boleh berlaku.
Kehilangan darah yang banyak akan
menjejaskan fungsi otak, jantung, buah
pinggang dan lain-lain organ penting dan boleh
menyebabkan organ-organ tersebut gagal
berfungsi sama sekali.

Sedia Pantas Berintegriti


PENDARAHAN

Pendarahan Luaran
a. Pendarahan Arteri
Arteri membawa darah dari jantung
keseluruhan bahagian badan. Darah ini
kaya dengan oksigen. Ia berwarna merah
cerah. Ianya memancut keluar jika tidak
dikawal dengan cepat, pesakit boleh
kehilangan darah yang banyak dalam
beberapa minit sahaja.

Sedia Pantas Berintegriti


PENDARAHAN

b. Pendarahan Kapilari
kapilari merupakan salur darah yang kecil yang
menghubungkan vena dengan arteri. Pendarahan
dari kapalari selalunya meleleh sahaja dan tidak
menyebabkan renjatan. Contohnya, pendarahan
apabila terjatuh atau tercalar dawai.
c. Pendarahan Vena
Vena membawa darah dari bahagian badan yang lain
terus kejantung untuk dicuci. Pendarahan dari vena
selalunya keluar lebih perlahan dari arteri
disebabkan tekanan yang lebih rendah. Darah
berwarna merah gelap

Sedia Pantas Berintegriti


PENDARAHAN

Mengawal Pendarahan

Mengawal Pendarahan Dalaman

Pendarahan dalaman tidak dapat dikawal dengan mudah. Ia


seringkali memerlukan pembedahan. Pesakit yang disyaki
mempunyai luka dalaman haruslah dikejarkan kehospital
dengan segera.

Mengawal Pendarahan Luaran

(Pastikan anda memakai sarung tangan getah sebelum


memegang bahagian yang berdarah) basuh tangan selepas
memegang pesakit. Sekiranya darah memancut dari
bahagian-bahagian yang luka, gunakan goggles untuk
melindungi mata.
Sedia Pantas Berintegriti
PENDARAHAN

Terdapat 4 cara mengawal pendarahan luaran.

1. Direct Pressure- memberi tekanan


pada tempat
luka

2. Elevation- meninggikan tempat


yang luka.

3. Pressure point- memberi tekanan


pada tempat
yang tertentu
4. Tourniquet

Sedia Pantas Berintegriti


PENDARAHAN

Direct Pressure

Cara-caranya:
– Jangan buang masa dapatkan kain yang bersih.

– Lekapkan tangan anda (pastikan anda mamakai


sarung tangan) pada tempat luka dan berikan
tekanan pada tempat luka tersebut.

– Pastikan tekanan yang diberikan itu cukup kuat untuk


menghentikan pendarahan.

– Apabila pertolongan tiba, dapatkan gauze atau kain


yang bersih dan teruskan memberi tekanan sehingga
darah berhenti.

– Apaila darah telah berhenti, balutkan luka itu


dengan bandage
Sedia Pantas Berintegriti
PENDARAHAN

Elevation

Disamping memberitekanan berterusan,


pendarahan juga boleh dikurangkan dengan
meninggikan bahagian yang luka supaya lebih
tinggi dari kedudukan jantung.

Pressure Point

Untuk menggunakan cara ini, kita mesti tahu


kedudukan salur-salur darah arteri. Menekan
bahagian-bahagian tertentu (dimana terletak
dibawah kulit) kadangkala ia boleh
memberhentikan pendarahan.
Posisi terbaik pesakit adalah berbaring atau duduk.

Sedia Pantas Berintegriti


Membalut Luka

Fungsi Bandage

a. Melekapkan dressing yang


dibuat kepada luka.
b. Memberikan tekanan terhadap
pendarahan
c. Memberikan sokongan/
imobilisasi seperti kain anduh.

Sedia Pantas Berintegriti


Membalut Luka

Prinsip-prinsip Merawat dan Membalut.

1. Untuk mengawal pendarahan, betulkan posisi


pesakit, gunakan kaedah memberi tekanan
dan meninggikan tempat luka (direct
pressure and elevation) jika boleh.
2. Dedahkan luka dengan memotong kain yang
menutupi bahagian yang luka.
3. Jangan mengeluarkan sebarang objek tajam
yang tertanam pada luka.
4. Lindungi luka dengan gauze yang steril untuk
mengurangkan risiko infeksi.

Sedia Pantas Berintegriti


Membalut Luka

Prinsip-prinsip Merawat dan Membalut.

5. Balut seluruh luka dengan bandage yang


secukupnya,
6. Pastikan tekanan bandage mencukupi, tetapi
tidak terlampau ketat sehingga boleh
menghalang pengaliran darah.
7. Pastikan tidak ada bahagian kain yang terlepas
atau pun longgar kerana ini boleh tersangkut
atau terburai.
8. Jangan simpul kain pada permukaan kulit,
kerana ia boleh menybabkan iritasi.

Sedia Pantas Berintegriti


Membalut Luka
Prinsip-prinsip Merawat dan Membalut.

9. Jangan tutup hujung jari tangan dan hujung jari kaki


supaya dapat memeriksa pengaliran darah dan fungsi
saraf-saraf.

10. Bandingkan pengaliran darah, warna dan suhu diatas


dan di bawah kawasan yang berbalut.

11. Jika pembalut menjadi basah dengan darah,


tambahkan dressing dan ketatkan dengan bandage
lain.

12. Jika objek tajam terlekat pada luka, jangan cabut.


Gunakan dreassing yang tebal supaya ia tidak
bergerak.

Sedia Pantas Berintegriti


Membalut Luka

13. Longgarkan bandage dengan segera


sekiranya:

• Kulit di sekeliling pembalut menjadi pucat


atau kebiru-biruan.
• Pesakit mengadu kesakitannya bertambah
selepas lukanya dibalut.
• Kulit di sekeliling menjadi sejuk
• Pesakit mengadu rasa kebas dan
mencucuk-cucuk di bawah bandage.

Sedia Pantas Berintegriti


Menahan Pendarahan

Memberi Tekanan Pada Pressure Piont

1. Tekanan pada arteri femoral


2. Tekanan pada arteri brakial

Tourniquet

penggunaan tournique tidak digalakan. Ini adalah


kerana ia boleh menyebabakan tissue ischeamia
dimana tisu-tisu kekurangan oksigen.

Jika boleh gunakan cara lain untuk mengawal


pendarahan.

Sedia Pantas Berintegriti


Menahan Pendarahan

Penggunaan DRESSING DAN BANDAGE


Apabila darah tidak lagi mengalir dengan banyak,
anda boleh merawat dan menbalutnya dengan
menggunakan bandage.
Fungsi Rawatan Luka
a. Melindungi luka dari pendarahan.
b. Melindungi luka dari jangkitan
c. Menstabilkan objek yang tajam.
d. Melindungi luka-luka yang terbelah besar.
Pastikan dressing itu tebal, lembut dan steril
(bebas dari kuman), pastikan saiznya lebih
besar dari luka dan cukup padat untuk
luka tersebut.

Sedia Pantas Berintegriti

Anda mungkin juga menyukai