Anda di halaman 1dari 2

Balan Mathew Mangan

REFLEKSI PENGHASILAN INOVASI

Sebelum menghasilkan inovasi, kami didedahkan dengan beberapa


pendekatan atau model secara teori daripada pensyarah kursus ini iaitu Dr Agatha
Francis. Kursus ini pada dasarnya memerlukan kemahiran teknolgi maklumat dan
komunikasi (TMK) yang baik. Namun atas keperluan kursus ini, saya bersama-sama
rakan-rakan yang lain perlulah meneroka dengan lebih mendalam mengenai
penggunaan TMK untuk memudahkan penghasilan inovasi yang berkenaan
denegan bahan pengajaran yang berbentuk digital. Walaupun, pada awalnya ilmu
berkenaan dengan TMK agak lemah. Namun, saya bertekad untuk belajar mencari
bahan atau idea untuk menghasilkan pengabungjalinan ilmu ICT dalam media
interaktif.

Semasa melaksanakan projek inovasi ini, terdapat beberapa kelemahan


sepajang pelaksanaannya. Antaranya, ketandusan idea untuk mempelbagaikan
daya kreattiviti dalam projek tersebut. Ini disebabkan masalah penggunaan microsoft
untuk pembinaan inovasi tersebut. Misalnya, thunkable yang memerlukan tempoh
penggunaan yang singkat untuk pembinaan inovasi. Idea gabungjalin beberapa jenis
microsoft tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna akibat daripada masalah
tersebut. Oleh itu, saya mengambil inisiatif menggunakan media interaktif seperti
power point yang mana ia tidak memerlukan bayaran sepanjang penggunaannya.
Lagipun, penggunaan media ini lebih mudah dan berinteraktif, pelbagai unsur media
boleh digabungjalin dalam microsoft power point seperti video, gambar, permainan.
Jadi, unsur-unsur inilah yang menjadikan projek yang saya hasilkan bertambah
menarik. Seterusnya, saya mengahadapi kekangan masa untuk menghasilkan
produk ini. Hal ini demikian kerana, saya perlu melihat beberapa video tutorial
pembinaan produk ini seperti, cara membuat permainan puzzle daripada gambar,
cara membuat butang video dan sebagainya. Perkara inilah yang memakan masa
untuk menghasilkan sesebuah inovasi kerana memerlukan praktikal supaya dapat
menghasilkan produk yang kreatif.

Selepas penghasilan produk ini, saya dapati ilmu TMK semakin bertambah
hasil daripada usaha untuk meneroka beberapa media interaktif yang terdapat
dalam you tube mahupun media sosial. Saya berpuas hati kerana dapat
menghasilkan produk yang bermutu dan mesra pengguna. Ini merupakan satu
Balan Mathew Mangan

kejayaan yang besar bagi saya untuk meningkatkan kualiti pendidikan terutamanya
dalam membantu murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hasil inovasi ini adalah melihat sejauh mana ia dapat membantu murid Tahun 4
Khususnya dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat mahupun pertuturan
harian mereka. Jadi saya berharap, inovasi yang dibangunkan ini dapat
meningkatkan penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
seterusnya menunjukkan rasa minat mereka terhadap Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai