Anda di halaman 1dari 3

PJMS 3183 BIOMEKANIK

TAJUK: APLIKASI BIOMEKANIK DALAM ANALISIS KUALITATIF

Soalan Tugasan:
1. Pilih satu jenis sukan dan satu kemahiran sukan tersebut.
2. Huraikan dan intergrasikan fasa-fasa kemahiran serta faktor-faktor biomekanik dalam
mempengaruhi prestasi atlet dalam kemahiran yang anda pilih dalam bentuk rajah.

i. Pengenalan
Olahraga merupakan sukan tertua di dunia yang bermula di Greece Kuno pada
1000 tahun sebelum masihi. Pada peringkat awal, olahraga hanya dianggap
sebagai satu bidang seni sahaja. Namun begitu, sukan Olimpik Kuno pada tahun
776 S.M. merupakan tempat bermulanya sukan olahraga dalam tamadun
manusia dan ada tahun 1896 apabila Sukan Olimpik Moden di Greece olahraga
telah menjadi acara wajib sehinggalah pada masa kini. Salah satu acara yang
paling awal dipertandingkan pada masa tersebut adalah acara larian.

ii. Kemahiran dalam olahraga


Sukan olahraga mempunyai dua jenis acara yang dipertandingkan iaitu acara
balapan dan acara padang. Antara sukan yang terdapat di dalam acara balapan
adalah kemahiran lari pecut dan acara larian jarak sederhana dan jarak jauh.
Manakala bagi acara padang pula terdiri daripada lontar peluru, lompat jauh,
lembing, lompat tinggi, lempar cakera dan sebagainya.

iii. Lontar peluru


Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang kerap kali
dipertandingkan di dalam dunia sukan olahraga. Oleh sebab acara ini di sertai
oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan sukan ini juga boleh dikatakan agak
meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa
bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan
kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam
acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh
latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan. Selain itu lontar peluru
merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan
tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan
pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang
berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi
syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam
acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik
dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah
pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Justeru, terdapat 3 gaya Lontaran
dalam lontar peluru, gaya berdiri, gaya gelungsur dan gaya parryO’brien.

iv. Fasa-fasa dalam lontar peluru

Gaya berdiri merupakan satu kemahiran yang paling mudah untuk dilakukan
berbanding dengan gaya gelungsur dan parry O’brien. Hal ini kerana ianya tidak
memerlukan kemahiran yang rumit semasa melakukan lontaran.

Fasa Penerangan
 kedua-dua kaki di abduksi
seluas bahu pada pusat
Persediaan lontaran.
 Kedudukan tangan kiri
difleksikan ke atas kepala.
Bahu kiri pula menghadap arah
lontaran.
Lakuan  tapak tangan kanan memegang
peluru dengan kedudukan siku
fleksi dan pastikan bola peluru
menyentuh di bawah telinga.
 Lutut dan badan fleksi serendah
yang boleh bagi merendahkan
pusat graviti untuk
keseimbangan badan sebelum
lontaran dilakukan.
 Pinggang dan bahu menjadi
tork untuk mengayun lengan kiri
ke belakang semasa putaran
pinggang dan bahu ke
hadapan.

Akhir  melompat kemudian mendarat


dengan kaki kanan.

v. Rajah

Lontar peluru gaya berdiri

Kuasa Kedudukan anatomi Pelepasan

a) Daya tolakan d) Arah Sasaran


b) Halaju e) Sudut pelepasn
f) Pusat gravity
c) Kekuatan otot siku
g) Berat badan

2. Penutup

Oleh itu, pemilihan gaya yang sesuai serta teknik yang betul haruslah diberikan
perhatian oleh seseorang jurulatih terhadap atlet acara lontar peluru. Dalam pada itu,
beliau juga harus peka dengan segala kesalahan biomekanik lontaran atlet tersebut
agar kesilapan itu dapat diperbaiki dengan latihan dan teknik yang sesuai
berdasarkan gaya lontaran yang dipilih. Dalam pada itu, faktor-faktor biomekanik
juga perlu dilihat dengan lebih teliti supaya atlet dapat mencapai prestasi cemerlang
dalam acara lontar peluru.

Anda mungkin juga menyukai