Anda di halaman 1dari 3

BIOMEKANIK

PJMS3183

TAJUK 8 : PERGERAKAM MANUSIA DI DALAM BENDALIR

Soalan Tugasan :

1. Huraikan dengan ringkas;

a) Sifat Bendalir
Bendalir adalah bahan yang sentiasa berubah bentuk termasuk cecair dan gas.
Antara sifat-sifat fizikal bendalir adalah seperti ketumpatan, berat tentu, graviti tentu,
isipadu tentu, kelikatan, ketumpatan bandingan, kebolehmampatan, tekanan
permukaan dan tekanan wap.

b) Keapungan (Buoyancy)
Keapungan adalah merupakan keupayaan objek untuk terapung di atas air, udara
atau pun cecair lain.

c) Seretan (Drag)
Seretan merupakan rintangan yang disebabkan oleh bentuk dan profil objek semasa
ia bergerak melalui cecair. Terdapat 2 fasa seretan iaitu seretan pasif dan seretan
aktif. Seretan pasif adalah merupakan rintangan yang memenuhi perenang semasa
berenang ke hadapan. Manakala seretan pasif adalah rintangan yang dihadapi atau
dikenakan oleh perenang profesional.

d) Daya Angkat (Thrust Force)


Sesuatu mesti menolak perenang untuk menyeimbangkan daya seret. Dalam hal ini,
ianya melibatkan gabungan aksi perenang menendang air dengan kakinya dan
menariknya dengan tangannya semasa berenang, perenang membuat daya dorong
(thrust force) yang mendorong perenang ke hadapan.
2. Pilih satu gaya renang dan beri justifikasi cara perenang mengurangkan catatan
masa renangan dengan mengaplikasikan teori-teori biomekanik di dalam bendalir.

Teknik Gaya Bebas

Teknik freestyle atau pun gaya bebas dalam renang adalah merupakan teknik yang
paling cepat dan paling berkesan dari stroke renang lain yang kerap digunakan
dalam pertandingan. Teknik ini selalunya digemari oleh perenang yang
berpengalaman. Namun begitu, teknik ini bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi
individu sekiranya menggunakan teknik yang salah semasa berenang malah ia juga
memberi risiko kecederaan kepada seseorang individu. Oleh itu, berikut adalah cara
bagi mengurangkan catatan masa renangan dalam teknik tersebut.

Pada bahagian kepala, seorang perenang perlu memastikan kedudukan


kepala sentiasa selari dengan tubuh badan dengan melihat lurus ke bawah. Hal ini
dapat membantu seseorang perenang mengekalkan kedudukan badan secara
horizontal di atas permukaan air dan mengurangkan daya seretan (drag) semasa
berenang di samping bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian leher. Selain itu,
kepala yang diangkat terlalu tinggi dapat mengganggu keseimbangan dan
menambah daya seretan kepada perenang.

Seterusnya bahagian badan, semasa bergerak ke hadapan perenang perlu


memastikan kedudukan badan berada dalam kedudukan mendatar bagi memastikan
keseimbangan semasa berenang. Dalam pada itu, perenang jga perlu memastikan
badan bergolek secara bebas dari sisi ke sisi di atas air mengikut pergerakan
tangan. Hal ini adalah kerana apabila badan seseorang perenang itu berada dalam
keadaan seimbang, ia dapat mengurangkan daya seretan (drag) perenang tersebut.
Namun begitu, kedudukan kepala juga turut mempengaruhi keseimbangan badan
individu tersebut.

Bagi aspek bahagian kaki dan tangan pula, apabila individu menendang pada, anda
tidak boleh memecahkan permukaan air atau menggerakkan kaki anda terlalu
rendah di bawah garis badan kerana ianya melibatkan keseimbangan seseorang itu.
Sekiranya perenang melakukan hal sedemikian ianya akan mewujudkan lebih
banyak daya seretan (drag). Di samping itu, bagi memaksimumkan kelajuan, individu
perlu anda perlu menyelaraskan dan merapatkan jari tangan dan lengan anda serta
memastikan bahagian tersebut menghadap ke belakang semasa bergerak. Hal ini
dapat bagi membantu meningkatkan daya angkat (thrust force) yang dapat
mendorong perenang bergerak sedikit lebih laju ke hadapan.

Sebagai kesimpulannya, sekiranya individua tau perenang amnya mengetahui


segala yang telah dinyatakan tidak mustahil seseorang itu dapat mengurangkan
catatan masa dalam acara renang menggunakan teknik gaya bebas.

Anda mungkin juga menyukai