Anda di halaman 1dari 2

Kejatuhan Turki Uthmaniyah

Antara faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah ini adalah disebabkan beberapa
aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Faktor politik adalah perkara utama yang
menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini
termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta
ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki
Uthmaniyah. Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula
memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan
sultan(pemimpin), baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya.
Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota atau kelompok
tertentu dalam istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan
dalam pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan
keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca tercetusnya kemerosotan


dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang
bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan
kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada
perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi
dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki
Uthmaniyah. Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan
yang tidak pernah berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan
belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada
kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek ekonomi
semakin suram dan menuju kejatuhan.

Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan gejala
rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan
merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi
penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila
berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah
tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah
mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi.
Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepad
kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Kesan terhadap umat Islam hari ini

Kejatuhan Turki Uthmaniyah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada
negara-negara Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Hal ini merupakan petunjuk
kepada pengakhiran kegemilangan kerajaan Islam yang dahulunya telah berkembang pesat.
Rentetan kejatuhan ini menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki
sebagai negara republik. Kejatuhan Turki Uthamniyah telah memberi kesan kepada negara
Islam yang lain dari aspek politik. Antaranya ialah kehilangan institusi khilafah dalam
kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan.

Kesan yang paling ketara yang menimpa negara Islam adalah aspek sosial akibat
kejatuhan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhan
Turki telah mempengaruhi negara Islam yang lain. Permodenan Turki telah menjadi ikutan
negara Islam yang lain. Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak
masyarakat di negara-negara Islam. Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan
terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai